Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2



Negara Islam lain juga guna GST- Hasan Malek

Dikirim oleh Warieh Selasa, 17 Mac 2015






Tiada sebab untuk Pas mendakwa cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang akan diperkenalkan kerajaan pada 1 April ini adalah haram di sisi Islam kerana sebanyak 169 negara di dunia, termasuk negara Islam telah mengguna pakai sistem cukai itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, selain itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan juga telah membuat ketetapan hukum GST adalah harus.

“Maknanya GST tidak salah, hukumnya harus. Jadi tiada masalah,” katanya pada satu sidang media, semalam.

Menganggap dakwaan itu sebahagian daripada cabaran yang perlu ditempuhi kerajaan, Hasan turut mempersoalkan tindakan Pas yang tidak pernah membangkitkan isu itu semasa GST dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen.

“(Dakwaan GST haram) ini timbul dekat-dekat (tarikh pelaksanaannya) sahaja.

“Waktu dalam Parlimen (semasa GST dibahaskan) saya hadir, tak pernah pun timbul isu ini,” katanya.

Menurutnya, GST akan tetap dilaksanakan kerana ia telah diluluskan di peringkat Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta telah diwartakan.

Beliau turut meminta rakyat meyakini bahawa keputusan kerajaan untuk melaksanakan GST adalah untuk kemudahan dan kesejahteraan rakyat.

“Kita lakukan ini untuk negara kita. Apabila kutipan cukai banyak nanti, banyak lagi pembangunan fizikal kita dapat laksanakan terutama di kawasan luar bandar,” katanya.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kali Ke-106 yang bersidang pada 21 hingga 22 Oktober 2014 memutuskan GST adalah harus asalkan pelaksanaannya berpandukan beberapa syarat mengikut Islam.

Keputusan itu bagaimanapun dipersoal Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang menyebut GST haram dikutip kerana tidak menepati tiga syarat untuk mengharuskan cukai dalam Islam.

Katanya, tiga syarat itu ialah kerajaan benar-benar terdesak memerlukan cukai untuk menampung keperluan negara; keperluan mendesak itu berlaku bukan kerana ketirisan dan pemborosan dalam perbelanjaan; serta ia hanya boleh dikenakan kepada golongan berkemampuan yang mempunyai pendapatan melebihi keperluan.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook

    Liga Perdana (Hobin Jang Hobin)

    Standings provided by whatsthescore.com