Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2



Penjawat awam ditahan SPRM

Dikirim oleh Warieh Rabu, 13 Mei 2015






SEREMBAN - Tiga lelaki termasuk dua penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri kerana disyaki meminta suapan bagi membebaskan seorang tahanan dalam lokap.

Ketiga-tiga suspek berusia 21 hingga 31 tahun itu masing-masing merupakan seorang anggota polis berpangkat Inspektor, anggota penguat kuasa agensi kerajaan tempatan dan orang awam.

Dua ditahan di Mantin, Nilai kira-kira jam 5 petang kelmarin kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM1,000 bagi membebaskan seorang tahanan atas kesalahan bergaduh.

Manakala, seorang lagi ditahan di lobi sebuah hotel di Seremban kira-kira 10.30 malam hari sama, selepas disyaki meminta wang dan seks daripada seorang wanita sebagai syarat bagi melepaskan dan membebaskan tahanan sama.

Pengarah SPRM negeri, Shahrom Nizam Abd Manap mengesahkan kejadian berkenaan.

Beliau berkata, kesemua suspek kini direman bagi membantu siasatan di bawah Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Pendaftar Mahkamah Rendah Seremban, Nur Hayatie Mohd Saini membenarkan kesemua tertuduh direman masing-masing sehingga esok dan Jumaat ini.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook

    Liga Perdana (Hobin Jang Hobin)

    Standings provided by whatsthescore.com