Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Memaparkan catatan dengan label Perayaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perayaan. Papar semua catatan



4 Februari 2013
SEREMBAN - Orang ramai dijemput menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia Negeri Sembilan 2013 di Dewan Majlis Perbandaran Seremban di sini pada Ahad ini.

Majlis anjuran bersama MCA dan Gerakan Negeri Sembilan itu akan berlangsung selama tiga jam bermula 7.30 malam.

Pengerusi pengelola majlis itu, Gan Chee Biow berkata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dijadual hadir pada majlis itu.

"Kita jangka lebih 8,000 orang akan hadir pada majlis tersebut," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Katanya majlis itu akan turut diserikan dengan pertunjukan tarian singa dan naga, persembahan nyanyian artis tempatan dan cabutan bertuah. - Bernama

Kontingensi air musim perayaan

Dikirim oleh Warieh Rabu, 15 Ogos 2012 0 Komen


SEREMBAN 13 Ogos - Permintaan bekalan air bersih yang dijangka meningkat sehingga tiga kali ganda pada musim perayaan ini mendorong Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) melaksanakan pelan kontingensi bekalan air selama 11 hari mulai Khamis ini.
Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat Sains, Azlan Abdul Aziz berkata, pelan itu bertujuan memastikan masalah berkaitan gangguan bekalan air dapat diatasi dengan cepat serta berkesan dalam usaha memastikan kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak terjejas.
Beliau berkata, sebanyak lapan inisiatif bagi menjayakan pelan tersebut telah pun dilaksanakan sejak tiga bulan lalu dengan tumpuan kepada empat faktor yang berkaitan gangguan bekalan air.
"Secara purata, permintaan air sehari di seluruh negeri ini adalah sebanyak 750 juta liter manakala pengeluaran adalah sebanyak 795 juta liter melalui 23 loji rawatan air.
"Semasa musim perayaan ini, kita jangka permintaan tersebut akan meningkat mendadak sehingga tiga kali ganda apabila anak-anak di perantauan pulang untuk menyambut hari raya bersama keluarga masing-masing," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat Sains, di sini hari ini.
Turut hadir, Pengurus Agihan Sains, Razak Lajis dan para pengurus daerah syarikat berkenaan.
Azlan memberitahu, empat faktor yang berkaitan gangguan bekalan air ialah tiada air, tekanan rendah, paip pecah dan jumlah air terawat yang boleh dibekalkan.
Berikutan itu, katanya, sebanyak lapan inisiatif telah mula dilaksanakan bagi mengatasi masalah tersebut antaranya, 18 projek menggantikan paip lama di Kuala Pilah, memasang 14 pam penggalak dan mengaktifkan semula 12 tangki/kolam.
"Selain itu, Sains memasang pam tambahan ke loji air Mendom/Labu-Nilai, mempertingkatkan peralatan mekanikal dan elektrikal serta memasang injap pelega tekanan (PRV) dan injap mengawal had tekanan (PRLV) di beberapa rumah pam.
"Sains turut melaksanakan program 1Sains iaitu mengumpul kakitangan yang mencukupi yang boleh digerakkan serta-merta ke kawasan yang memerlukan.
"Kita juga telah mengadakan pertemuan dengan ketua masyarakat bagi memberi penjelasan mengenai langkah yang telah diambil oleh syarikat ini bagi mengatasi masalah bekalan air semasa musim perayaan," ujarnya.
Azlan memberitahu, sebarang pertanyaan mengenai bekalan air oleh Sains boleh dibuat dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982 atau menghantar khidmat pesanan ringkas ke 06-6033500 yang beroperasi sepanjang masa.

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook