Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Memaparkan catatan dengan label merdeka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label merdeka. Papar semua catatan

Pelatih OKU hasilkan Jalur Gemilang

Dikirim oleh Warieh Rabu, 15 Ogos 2012 0 Komen


Pelatih dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Juasseh berjaya menghasilkan Jalur Gemilang dan bendera Negeri Sembilan sepanjang 10 meter di Kuala Pilah, semalam. 
 
KUALA PILAH 10 Ogos - Seramai lapan pelatih dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Juasseh mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya menghasilkan Jalur Gemilang dan bendera negeri sepanjang 10 meter bagi memeriahkan sambutan kemerdekaan tahun ini.
Kedua-dua bendera yang dihasilkan oleh para pelatih tersebut memakan masa selama dua hari untuk disiapkan dan kemudiannya digantung di pekarangan PDK Juasseh.
Pengerusinya, Mariah Abu memberitahu, program ini adalah cetusan idea petugas PDK dalam memupuk kecintaan, selain mengembangkan tahap kesedaran tentang nikmat kemerdekaan negara dalam kalangan orang kurang upaya (OKU).
''Biarpun mereka ini dikategorikan sebagai OKU, namun kita mahu supaya mereka memahami erti kemerdekaan, selain meningkatkan lagi tahap patriotisme dalam kalangan pelatih di sini sama seperti kanak-kanak normal lain.
''Malah, kita juga mahu supaya anak-anak ini turut sama merasai bahang sambutan kemerdekaan pada tahun ini," katanya ketika ditemui hari ini
Mariah menjelaskan, penghasilan kedua-dua bendera itu turut dipantau oleh tenaga pengajar PDK berkenaan yang turut sama menjayakan program berkenaan.
Jelasnya, pelbagai aktiviti sampingan juga diadakan bagi memeriahkan lagi bulan kemerdekaan kali ini.
''Penghasilan ini dianggap tidak membebankan petugas dan pelatih kerana apa yang penting adalah semangat patriotisme dan cintakan negara berjaya diterapkan ke atas semua anak-anak yang istimewa," jelasnya.
''Pada masa yang sama kita juga mengadakan aktiviti menonton tayangan filem Leftenan Adnan bagi mengenang jasa pejuang kemerdekaan terdahulu," katanya.

Sekolah Kebangsaan Jempol adakan sambutan kemerdekaan

Dikirim oleh Warieh Khamis, 18 Ogos 2011 0 Komen



Murid Sekolah Kebangsaan Jempol mengibarkan Jalur Gemilang bagi meriahkan kempen sambutan bulan kemerdekaan dan mengibarkan Jalur Gemilang, baru-baru ini.


JEMPOL 17 Ogos – Sambutan bulan kemerdekaan dan kempen mengibarkan Jalur Gemilang di Sekolah Kebangsaan Jempol dekat sini tetap disambut meriah walaupun dianjurkan pada bulan Ramadan.

Seramai 293 orang murid, guru dan kakitangan sekolah itu menyertai sambutan berkenaan yang diadakan baru-baru ini.

Guru besar sekolah itu, Noraini Ahmad berkata, sambutan yang diadakan pada bulan Ramadan tidak menghalang semangat murid-murid untuk menyemarakkan bulan kemerdekaan.

“Sambutan kemerdekaan pada Ramadan tahun ini cukup bermakna kepada murid-murid kerana ibadah puasa dapat memberi keinsafan dan menyuntik nilai kesetiaan kepada negara.

“Jadi tiada istilah penat berpuasa sehingga tidak terdaya mengibarkan Jalur Gemilang dan menyanyikan lagu kemerdekaan setiap pagi di sekolah,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ujarnya, program tersebut diharap dapat mendidik warga sekolah mencintai tanah air.

Pada hari yang sama, katanya, sekolah itu juga melancarkan kempen “Satu Kereta Satu Bendera, Satu Basikal Satu Bendera” dengan setiap basikal pelajar dan kereta guru dan kakitangan sekolah dipasang Jalur Gemilang.

“Sempena bulan kemerdekaan, pelbagai pertandingan diadakan seperti mewarna, melukis poster, mendeklamasikan sajak, lagu-lagu patriotik, mengarang, santapan kemerdekaan dan perarakan merdeka,” ujarnya.

Pada majlis tersebut, Noraini melepaskan tujuh ekor burung pipit sebagai simbolik kebebasan negara daripada belenggu penjajah.

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook