Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Memaparkan catatan dengan label syariah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label syariah. Papar semua catatan

Rita gagal hantar wakil jawatankuasa pendamai

Dikirim oleh Warieh Rabu, 20 Mac 2013 0 Komen


HAMIZAH BASIR
20 Mac 2013
Rita gagal hantar wakil jawatankuasa pendamai
Abd Radzak (kanan) bersama peguam, Noor Ariff ketika ditemui pemberita di pekarangan mahkamah, semalam.
 
SEREMBAN – Pelakon, Rita Rudaini Mokhtar, 37, gagal menghantar wakil  jawatankuasa pendamai bagi proses permohonan cerai dengan suaminya, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak, 26, seperti mana diarahkan Mahkamah Syariah, sebelum ini.

Kegagalan Rita itu mengundang rasa kecewa bapa Aidil, Abd Radzak Salleh, 64, yang hadir di mahkamah, semalam bagi mewakili anaknya.

“Saya sebagai orang tua, saya mahu perkara ini diselesaikan dengan baik, tetapi tindakan Rita yang tidak menghantar wakil menyebabkan saya kecewa.

“Saya berharap masalah mereka ini dapat diselesaikan segera kerana lagi banyak masa diambil, lagi banyak cerita yang tidak baik timbul,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Syariah, semalam.

Kegagalan Rita itu menyebabkan mahkamah menetapkan satu lagi tarikh iaitu 3 April ini untuk Rita menghantar nama wakilnya dalam jawatankuasa berkenaan.

Peguam Aidil, Noor Ariff Delia Ramli berkata, beliau ada menerima surat daripada peguam Rita kelmarin yang memberitahu bahawa wakil pelakon itu tidak dapat hadir kerana berada di luar daerah.

“Sebenarnya, jika tidak dapat hadir sekali pun, pihak Rita boleh menghantar nama wakilnya itu kepada saya atau mahkamah dan proses ini boleh diteruskan.

“Apa yang berlaku sekarang satu lagi tarikh terpaksa ditetapkan berikutan kegagalan pihak defendan menamakan wakil mereka dan sekiranya beliau masih gagal lagi saya akan mohon kepada mahkamah supaya perbicaraan terus dijalankan tanpa perlu menunggu keputusan jawatankuasa pendamai,” katanya.

Pada 25 Februari lalu, mahkamah mengarahkan satu jawatankuasa pendamai ditubuhkan selepas permohonan cerai Mohamad Aidil dibantah Rita.

Dalam jawatankuasa tersebut, kedua-dua pihak dikehendaki menghantar seorang wakil yang terdiri keluarga terdekat untuk mencari jalan penyelesaian sebelum hasil perbincangan itu dikemukakan kepada mahkamah.



6 Mac 2013
SEREMBAN - Kerajaan negeri menubuhkan jawatankuasa khas yang akan bertanggungjawab memantau dan membanteras aktiviti perjudian siber yang semakin berleluasa di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, di bawah jawatankuasa itu juga beberapa langkah drastik diperkenalkan dan akan dilaksanakan serta-merta di mana antaranya termasuk mengenakan tindakan tegas terhadap pemilik premis.

"Sebelum ini tindakan hanya kepada penganjur dan pemain tapi kini kita mahu pemilik premis juga akan dikenakan tindakan, jika didapati mereka menyewa premis mereka kepada pihak yang menjalankan aktiviti haram itu.

"Selain itu kaedah baru iaitu 'tangkap terus dakwa' terhadap penganjur dan pemain turut diperkenalkan bagi memastikan mereka terus diberi hukuman sekali gus memberi pengajaran kepada orang ramai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil pentauliahan kepada peguam syarie Mahkamah Syariah Negeri Sembilan, di sini, hari ini.

Katanya premis yang dikenal pasti menjalankan perjudian siber turut akan disita dan perkhidmatan utiliti seperti bekalan eletrik, air dan perkhidmatan jalur lebar akan dihentikan.

"Selain serbuan berterusan oleh Polis Diraja Malaysia, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri dan pihak berkuasa tempatan, kita juga akan bekerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad, Syarikat Air Negeri Sembilan dan Telekom Malaysia untuk memastikan premis ini tidak meneruskan aktiviti mereka," katanya.

Terdahulu, Mohamad yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri berkata, peguam syarie terutamanya yang masih baru perlu berusaha mendapatkan pengalaman dan pengetahuan bagi memastikan mereka dapat memberikan perkhidmatan terbaik
kepada anak guam mereka.

Katanya perkara ini amat penting bukan sahaja kepada anak guam yang diwakili tetapi juga dalam meningkatkan imej dan mutu perkhidmatan dalam sistem Mahkamah Syariah.

"Keputusan yang ditentukan oleh hakim bergantung kepada hujah peguam syarie ini dan jika peguam tidak dapat menyampaikan hujah dengan baik kemungkinan keputusan tidak memihak kepada anak guamnya sekali gus menyebabkan mereka marah
kepada mahkamah," katanya.

Pada majlis yang turut dihadiri Ketua Hakim Syarie negeri Datuk Mohd Shukor Sabudin itu, seramai 39 peguam syarie baru, menerima sijil pentauliahan.- Bernama


SEREMBAN 6 Mac - Jabatan Kehakiman Syariah negeri ini berjaya menyelesaikan kes Mal berkaitan tuntutan kekeluargaan dan harta benda, melebihi 95 peratus sejak dua tahun kebelakangan ini.
Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Mohd. Shukor Sabudin berkata, pada tahun 2011, jabatan ini telah menerima pendaftaran sebanyak 5,246 kes Mal dan hampir 97 peratus iaitu 5,077 kes berjaya diselesaikan.
''Orang ramai membuat permohonan kes untuk didengar sama ada di Mahkamah Rendah Syariah atau Mahkamah Tinggi Syariah berasaskan bidang kuasa yang diberikan oleh undang-undang dan perlembagaan selaras dengan kehendak prinsip Islam yang terkandung dalam al-Quran, as-Sunah, ijmak dan qias," katanya di sini hari ini.
Beliau berucap dalam Majlis Pentauliahan 39 Peguam Syarie Negeri yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan turut dihadiri Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia cawangan negeri, Hanif Hassan.

Patuhi keputusan mahkamah

Dikirim oleh Warieh 0 Komen


Mohamad Hasan yang diringi Mohd. Shukor Sabudin (kanan) beramah mesra dengan sebahagian peguam syarie selepas menyampaikan tauliah kepada 39 peguam syarie di Seremban, Negeri Sembilan, semalam.. - UTUSAN/Abd Razak Aid 
 
SEREMBAN 6 Mac - Semua kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah wajib dipatuhi terutama yang berkaitan perintah nafkah.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau berharap jangan ada pihak yang memandang rendah keputusan mahkamah itu dan hendaklah dihormati sebagaimana keputusan yang dibuat oleh mahkamah sivil.
''Kita dapati ada kes perintah nafkah tidak dipatuhi bekas suami. Pembiayaan selepas berlakunya perceraian itu tidak diikut. Nafkah kepada bekas isteri dan anak-anak diabaikan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan tauliah 39 peguam syarie negeri ini, di Klana Resort di sini hari ini.

Penggali kubur ditangkap khalwat

Dikirim oleh Warieh Rabu, 27 Februari 2013 0 Komen


Wartawan Sinar Harian
27 Februari 2013
Penggali kubur ditangkap khalwat
Pasangan terbabit disoal siasat sebelum diserahkan kepada Jaim untuk tindakan lanjut.
ALOR GAJAH - Seorang penggali kubur ditahan berkhalwat bersama kekasihnya selepas diserbu imam, ahli jawatankuasa kampung dan pihak polis di sebuah taman di Sungai Petai, di sini, petang kelmarin.

Serbuan kira-kira jam 4 petang itu yang diketuai Imam 1 Masjid Luqman Al-Hakim, Ismail Maaruf, mendapati pasangan berusia 22 tahun dan 30-an itu berada di ruang tamu rumah sambil menonton televisyen.

Jurucakap polis berkata, semasa memberi salam, seorang wanita keluar sebelum muncul seorang lelaki berseluar pendek.

“Ketika imam melakukan soal siasat, lelaki itu mengaku berduaan dengan kekasihnya.

"Bagaimanapun, lelaki terbabit mempertikaikan tindakan imam menangkap mereka berikutan rumah disewa kekasihnya itu merupakan milik bapa saudaranya yang sudah meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, ketika diarahkan ke balai polis berdekatan, lelaki terbabit yang juga penoreh getah cuba memujuk imam supaya melepaskannya sementara wanita berkenaan dipercayai penuntut sebuah kolej di daerah ini berdiam diri.

Katanya, kegiatan sumbang pasangan itu disedari sejak Mei tahun lalu apabila melihat lelaki terbabit kerap keluar masuk dari rumah itu.

Sementara itu, Ismail berkata, pasangan berkenaan diserah kepada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) untuk tindakan selanjutnya.

Aidil tidak mahu hidup bersama Rita lagi

Dikirim oleh Warieh Selasa, 26 Februari 2013 0 Komen



SEREMBAN 25 Feb. - ''Saya mahu menceraikan isteri saya selepas saya sudah tidak ada lagi perasaan sayang dan tidak mahu hidup bersama dengan dia.''
Kenyataan itu keluar dari mulut pemain bola sepak kebangsaan, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Razak, 26, ketika prosiding permohonan perceraian terhadap isterinya yang juga pelakon Rita Rudaini Mokhtar, 37, di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.
Mohd. Aidil Zafuan menjelaskan, dia mahu kemelut rumah tangga mereka diselesaikan dengan cara terbaik apatah lagi masalah ini sudah berlanjutan sejak sekian lama sehingga menimbulkan persepsi dan spekulasi dalam media sejak kebelakangan ini.
''Isteri saya (Rita Rudaini) juga pernah meminta cerai sebelum ini tetapi saya masih bersabar dan saya berpendapat tiada keperluan perbincangan diadakan kerana tiada jalan penyelesaian yang boleh dicapai,'' katanya selepas ditanya oleh Hakim Syarie, Hamizan Mohd. Nor.

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook