Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Memaparkan catatan dengan label orang asli. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label orang asli. Papar semua catatan

Leukemia tidak halang Alim aktif dalam sukan

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 29 Mac 2013 0 Komen


Wartawan Sinar Harian
29 Mac 2013
Leukemia tidak halang Alim aktif dalam sukan
Alim menunjukkan anugerah pemain apit terbaik bagi kategori 12 tahun yang diterimanya pada kejohanan tersebut.
SENALING – Walaupun disahkan menghidap penyakit leukemia pada 16 Februari tahun lalu, namun ia bukan penghalang untuk adik Mohd Alim Johari, 12, menceburi Kejohanan Sepak Takraw Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Daerah Kuala Pilah, baru-baru ini.

Meskipun perlu menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur, Mohd Alim yang menetap di Kampung Orang Asli Charik, dekat sini tidak pernah putus harapan dan tetap menyertai kejohanan itu.

Menurutnya, dia meminati sukan sepak takraw dan tidak kisah dengan apa yang dikatakan masyarakat sekeliling.

"Malah saya tidak menjadikan sakit yang dihidapi sebagai beban untuk saya tidak melakukan kerja rumah, bersukan dan beriadah bersama rakan.

"Saya lebih suka aktif bersukan dari duduk di rumah saja. Ibu dan ayah juga tidak menghalang saya bersukan kerana dari situlah tahap kesihatan saya menjadi lebih baik," katanya.

Mohd Alim berkata, dia sentiasa mengambil ubat setiap hari dan bercita-cita menjadi pemain hebat dalam sukan sepak takraw.

"Pada waktu petang saya bermain sepak takraw bersama rakan-rakan dan menjadi rutin harian kami.

"Kerana itu pasukan kami berjaya dalam kategori bawah 12 tahun selepas menewaskan Sekolah Kebangsaan (SK) Senaling di peringkat akhir MSSM," katanya.

Katanya, keluarga sentiasa menyokong penuh dia menceburi bidang sukan meskipun mengetahui status kesihatannya.

"Saya berterima kasih kepada keluarga dan guru yang sentiasa beri sokongan," katanya yang turut menerima anugerah pemain apit terbaik kategori 12 tahun.

Amri anak Orang Asli pertama jadi doktor

Dikirim oleh Warieh Rabu, 6 Mac 2013 0 Komen


Amri Dahdi (tengah) bersama kanak-kanak di kampungnya ketika ditemui di Kampung Orang Asli Batu Peti dekat Rompin, baru-baru ini. 
 
JEMPOL 5 Mac - Tidak ada yang lebih menggembirakan buat seorang anak masyarakat Orang Asli dari Kampung Batu Peti dekat sini, apabila cita-citanya untuk bergelar seorang doktor akhirnya tercapai.
Amri Dahdi, 27, merupakan seorang doktor yang pertama untuk masyarakat Orang Asli di negeri ini.
Ayahnya, Dahdi Kooh, 67, ialah Tok Batin di kampung tersebut manakala ibunya, Leha Pakpot, 67, mengambil upah menganyam rotan.
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kampus Cheras itu memberitahu, ketika zaman kanak-kanak dia bercita-cita menjadi doktor haiwan namun mula berubah ketika meningkat remaja.

Orang Asli selesa bersama BN

Dikirim oleh Warieh Selasa, 5 Mac 2013 0 Komen


HASIM Rusdi (kiri) menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada majlis penyampaian baucer berkenaan di Kampung Tekir, Seremban, baru-baru ini.
SEREMBAN 4 Mac - Pembangunan holistik yang giat dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak hanya tertumpu di bandar semata-mata, malah aspek itu juga turut dirasai masyarakat Orang Asli di sekitar kawasan Labu.
Oleh kerana itu, tidak hairanlah jika ramai di antara mereka yang kini lebih senang dan selesa dengan menjadikan BN sebagai satu-satunya parti yang boleh bergantung harap untuk membela masyarakat Orang Asli.
Malah, jika diamati keperluan masyarakat Orang Asli di Labu, sebahagian besarnya telah dapat ditunaikan, selain bantuan lain daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

34,700 orang Asli terima BR1M 2.0

Dikirim oleh Warieh Khamis, 21 Februari 2013 0 Komen



HASAN Malek (tengah) bersama Mohd. Sani Mistam (belakang) serta masyarakat Orang Asli menunjukkan baucar BR1M ketika Majlis Pelancaran Dokumentari 'Juk Bersamaq Sen Oi Beq' (Sehari Bersama Masyarakat Orang Asli) dan Penyampaian BR1M 2.0 di Kampung Orang Asli Langkap, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, kelmarin.
mp
KUALA PILAH 20 Feb. - Sebanyak 34,700 permohonan untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 dalam kalangan masyarakat Orang Asli telah diluluskan dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM14.8 juta.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek berkata, jumlah itu merupakan 66 peratus daripada 52,415 permohonan.
''Bantuan yang diberikan kerajaan Barisan Nasional (BN) ini mengambil kira keperluan semua rakyat termasuklah masyarakat Orang Asli. Pemberian ini menunjukkan kerajaan tidak pernah meminggirkan mereka, malah sentiasa diberikan keutamaan dalam aspek bantuan yang pelbagai," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130221/ws_06/34700-orang-Asli-terima-BR1M-20#ixzz2LUfmMRqE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

41 rumah Orang Asli terima dekoder Astro Njoi

Dikirim oleh Warieh Isnin, 18 Februari 2013 0 Komen


Rais Yatim menyampaikan dekoder Astro kepada seorang penerima pada program perluasan siaran RTM dan Astro Njoi ke perkampungan Orang Asli di Klawang, Jelebu, baru-baru ini.
JELEBU 17 Feb. - Usaha merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat Orang Asli terus diperhebatkan apabila 41 rumah masyarakat itu di Kampung Orang Asli Kelaka menerima set televisyen serta dekoder Astro Njoi yang keseluruhannya bernilai RM74,000 secara percuma di sini semalam.
Pemberian set itu merupakan salah satu program bagi perluasan siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui satelit Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan-Astro Njoi.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, program yang dianjurkan sejak Jun 2012 itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat Astro.

Kerajaan komited bangunkan Chennah

Dikirim oleh Warieh Selasa, 12 Februari 2013 0 Komen



JELEBU 11 Feb. - Chennah yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Pekan Kuala Klawang bukanlah satu tempat asing bagi penduduk di negeri ini apatah lagi masyarakat sekitar Jelebu.
Biarpun dikategorikan sebagai kawasan pedalaman, namun pelbagai usaha telah dilakukan bagi menaik taraf infrastruktur sedia ada sekali gus membolehkan penduduk menikmati limpahan pembangunan.
Menyusuri sejarah Chennah, kawasan ini mempunyai penduduk majoriti Orang Asli iaitu golongan terawal menerokainya.
Malah berdasarkan maklumat, terdapat empat perkampungan Orang Asli di kawasan itu iaitu terdiri daripada Kampung Dusun Kubur, Kampung Jeram Lesong, Kampung Bertam dan Kampung Tohor.
Namun, selepas beberapa dekad, masyarakat Melayu, Cina dan India mula memasuki dan menetap di kawasan itu sehingga ke hari ini.
Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chennah, Datuk Siow Chen Pin, biarpun terletak di pedalaman, kerajaan negeri dan Persekutuan tidak sesekali mengenepikannya, malah pelbagai usaha terus dilaksanakan bagi memastikan masyarakat turut menikmati arus kemajuan.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam negeri menjelaskan, pihaknya akan memastikan kawasan tersebut terus berkembang maju dari semasa ke semasa dengan penyediaan pelbagai kemudahan.
''Ini termasuklah perbelanjaan sebanyak RM41 juta bagi menanggung kos kerja menaik taraf kemudahan jalan raya bermula dari Kampung Chennah hingga ke Kampung Esok yang dijangkakan siap tidak lama lagi menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
''Projek ini turut meliputi kerja-kerja pelebaran jalan termasuk pembinaan beberapa buah jambatan sepanjang laluan di kedua-dua kampung terbabit," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sebaik sahaja projek itu selesai beliau yakin, ia bukan sahaja dapat dimanfaatkan oleh penduduk sekitar tetapi juga merancakkan aktiviti ekonomi penduduk setempat pada masa akan datang.
Pada masa sama, Chen Pin memberitahu, beberapa kawasan perkampungan di sini juga telah disediakan kemudahan jalur lebar tanpa wajar bagi membolehkan masyarakat terutamanya para pelajar mahupun golongan pentadbiran tempatan untuk berhubung dan mendapatkan maklumat dengan lebih mudah.
Malah aspek pendidikan awal anak-anak juga tidak diabaikan menerusi kewujudan taman bimbingan kanak-kanak Kemas.
''Ini merupakan satu kemudahan kepada masyarakat bukan sahaja dari Kampung Chennah malah bagi anak-anak dari kampung lain agar mereka tidak tercicir dalam pelajaran,"' ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130212/ws_03/Kerajaan-komited-bangunkan-Chennah#ixzz2KhBq5jja
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Warna-warni kampung Orang Asli

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 8 Februari 2013 0 Komen


Goh Cheok Weng menunjukkan cara untuk mengakses internet kepada kanak-kanak Orang Asli di Kampung Belihoi, Seremban, baru-baru ini. 
SEREMBAN 7 Feb. - Keazaman untuk melihat masyarakat Orang Asli bergerak seiring dengan pembangunan arus perdana, syarikat cat dan penyalut terbesar dunia, AkzoNobel telah mengadakan program komuniti, Harapan dan Warna di Kampung Belihoi bersama Dulux di Kampung Belihoi di sini kelmarin.
Program kemasyarakatan itu mendapat kerjasama daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Segamat, Johor.
Pengarah Urusan ICI Paints (Malaysia) Sdn. Bhd., Goh Cheok Weng berkata, tujuan utama program komuniti itu adalah untuk memberikan tumpuan kepada pendidikan dan kesejahteraan hidup masyarakat Orang Asli.

Wajah ceria jelas terpancar pada wajah semua yang terlibat dalam program komuniti AkzoNobel Membawa Harapan dan Warna ke Kampung Belihoi yang dijalankan di Kampung Belihoi di sini kelmarin.
Pengurus Komunikasi AkzoNobel, Ng Yen Tze berkata, sumbangan AkzoNobel menerusi program komuniti yang dijalankan untuk tahun pertama itu bertujuan meringankan beban keluarga Orang Asli di sekitar kawasan itu.
"Pelbagai program telah dijalankan secara berperingkat-peringkat sejak November tahun lalu yang mana sukarelawan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Segamat, Johor telah datang berkampung di sini dan menjalankan gotong-royong," katanya kepada Utusan Malaysia semasa ditemui dalam program komuniti, Akzonobel Membawa Harapan dan Warna ke Kampung Belihoi

Orang Asli gembira terima TV, dekoder Astro Njoi percuma

Dikirim oleh Warieh Selasa, 29 Januari 2013 0 Komen


Rais Yatim merasmikan Program Peluasan Siaran RTM Melalui KPKK-Astro Njoi di Kampung Sungai Sampo, Jempol,baru-baru ini. 
 
JEMPOL 27 Jan. - Lebih 300 masyarakat Orang Asli di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Lui menerima set televisyen dan dekoder Astro Njoi secara percuma dalam program perluasan siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Kampung Sungai Sampo di sini, kelmarin.
Salah seorang penduduk, Normah Titon, 37, memberitahu, keluarganya kini dapat menonton siaran televisyen dengan lebih jelas berbanding dahulu yang gambarnya kabur dan tidak terang.
''Saya sangat bersyukur dengan bantuan yang diberikan, memang kami tidak mampu melanggan Astro kerana bayaran bulanannya agak mahal.
''Malah melalui rangkaian ini, anak saya dapat mengulangkaji menggunakan sistem pembelajaran yang baru. Kalau dulu kita belajar dengan buku, hari ini dalam televisyen ada pelbagai rancangan pembelajaran,'' jelasnya.
Hasniah Kongnga, 50, dari Sungai Sampo turut melahirkan rasa gembira dengan bantuan diberikan sekali gus membuktikan kerajaan mengambil berat tentang kebajikan dan masalah yang membelenggu masyarakat Orang Asli.
''Televisyen di rumah sudah lama, malah kecil sahaja berukuran 21 inci. Terkejut juga apabila diberitahu kami akan mendapat televisyen LCD 32 inci.
''Hal ini membuktikan kerajaan sentiasa mengambil berat soal kami. Banyak bantuan yang telah mereka berikan kepada kami, walaupun duduk di kawasan yang jauh dari bandar kami tetap diutamakan,'' jelasnya.
Ella Fadila Abu, 25, pula menjelaskan, kini keluarganya dapat menonton lebih banyak rancangan di rumah sekali gus mengeratkan hubungan kekeluargaan mereka.
''Apabila banyak rancangan maka banyaklah maklumat yang kami akan terima. Pastinya selepas ini kami akan mendapat pelbagai maklumat terkini dari dalam dan luar negara,'' jelas jururawat di Klinik Simpang Durian, Jelebu itu.
Set televisyen dan dekoder Astro Njoi itu telah disampaikan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Kedai kayu gaharu jadi tumpuan Minggu Karnival 1Malaysia Best

Dikirim oleh Warieh Selasa, 20 Disember 2011 0 Komen



Gerai menjual kayu gaharu antara tempat tumpuan di Minggu 1Malaysia Best di Rabat, Maghribi, kelmarin.


RABAT 19 Dis.- Percayakah anda bahawa kayu gaharu seberat satu gram dijual pada harga 90 Euro (RM371.70) di Maghribi?

Tidak hairanlah gerai menjual kayu gaharu yang diusahakan oleh Kedaik Agarwood Sdn. Bhd., di Minggu Karnival 1Malaysia Best di pekarangan pasar raya Aswak Assalam di sini menjadi tumpuan pengunjung.

Difahamkan, golongan pertengahan dan atasan masyarakat di negara ini sememangnya suka kepada bau-bauan harum daripada kayu gaharu.

Minyak pati kayu gaharu Malaysia seberat 1 gram dijual pada harga AS$30 dolar (RM112) manakala kayu gaharu pula sebanyak AS$45 dolar (RM144) di karnival ini.

Pada masa ini, kayu gaharu itu dicari oleh masyarakat Orang Asli di dalam hutan sekitar Terengganu, Johor dan Pahang sebelum dihantar di kilang milik Kedaik Agarwood, di Rompin, Pahang.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Datuk Mohd. Sani Mistam (gambar) berkata, industri kayu gaharu mempunyai potensi untuk dimajukan dan meneroka pasaran global kerana pati kayu gaharu ini boleh diproses kepada pelbagai bauan minyak wangi.

"Minyak gaharu ini kemudiannya dicampur dengan campuran buah-buahan dan bunga dengan pelbagai haruman supaya kewangiannya kekal lama," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

Dengan adanya industri kayu gaharu ini, beliau yakin ia boleh memberi peluang kepada komuniti Orang Asli menambah pendapatan mereka selain mencari buah-buahan hutan lain untuk menampung kehidupan seharian.

Melihat akan potensi itu, Jakoa telah menanam 4,500 batang pokok gaharu dalam kebun getah di perkampungan Orang Asli Belihoi, dekat Seremban untuk mengembangkan lagi industri tersebut.

Mohd. Sani memberitahu, pihaknya juga bercadang untuk menanam pokok gaharu di beberapa lagi kawasan perkampungan Orang Asli di seluruh negara dan tempoh matang pokok tersebut ialah sekitar 8 hingga 10 tahun. - Utusan


SEREMBAN 18 Dis. - Penambahan ilmu agama serta pemantapan akidah antara usaha berterusan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dalam kalangan saudara baru di negeri ini.

Pengerusi MAINS, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, antara langkah yang dilaksanakan termasuklah mengadakan kelas-kelas pengajian Islam secara berterusan untuk saudara baru yang baru memeluk agama Islam.

''Selain itu juga, kita menyediakan program-program keagamaan termasuklah D'Alam Saudara Muslim, Kursus Tasawwuf Islam, D'Hijrah Suadara Muslim, D'Syahadah Muslim, solat terawih di perkampungan Orang Asli dan bantuan kewangan MAINS.

''Bagi mengilap kefahaman mereka mengenai ilmu agama dan pemantapan akidah, kesemua saudara baru ini turut dihantar mengikuti pengajian di Institut Dakwah Islamiah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim)," katanya di sini.

Dalam pada itu, Mohamad yang juga Menteri Besar menjelaskan, urusan hal ehwal saudara baru adalah dibawah tanggungjawab Unit Ukhuwah, Bahagian Dakwah JHEAINS.

Katanya, antara peranan yang dimainkan oleh unit berkenaan termasuklah memberi perhidmatan berkaitan saudara baru seperti memeluk agama Islam, pengurusan kursus dan program.

''Unit juga berperanan dalam aspek pengurusan dakwah di perkampungan Orang Asli selain menguruskan bantuan serta kebajikan saudara-saudara baru," jelas beliau.

Jelas Mohamad, ini selaras dengan hasrat pihaknya untuk terus meningkatkan lagi syiar Islam di negeri ini melalui pendidikan yang berterusan dalam memastikan mereka yang memeluk agama Islam diberi pemantapan dari aspek ilmu agama dan akidah.

NS tidak anggap kampung Orang Asli sebagai setinggan

Dikirim oleh Warieh Rabu, 30 November 2011 0 Komen


SEREMBAN 29 Nov. - Kerajaan negeri tidak pernah menganggap perkampungan Orang Asli di negeri ini sebagai kampung setinggan serta dibina atas ihsan kerajaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, apa yang dimaksudkannya sebelum ini adalah beliau tidak mahu lagi melihat Orang Asli tinggal di tempat yang dianggap seperti setinggan dengan masa depan yang tidak menentu.

Oleh kerana itu, katanya, kerajaan negeri dalam proses menggazetkan tanah berstatus hutan simpan kekal seluas 1,650 hektar untuk dijadikan perkampungan Orang Asli.

"Saya tidak pernah kata mereka tinggal sebagai setinggan. Apa yang saya maksudkan ialah saya tidak mahu melihat mereka tinggal seperti setinggan.

"Sebab itu kita telah memulakan usaha menggazetkan tanah hutan simpan kekal untuk dijadikan perkampungan mereka bagi memastikan masa depan mereka lebih terjamin.

"Lebih 7,000 Orang Asli yang tinggal di 68 kampung di negeri ini dijangka mendapat nikmat tersebut," katanya kepada para pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.

Beliau membuat penjelasan itu ekoran laporan media pada 21 September lalu yang antara lain memetik beliau sebagai berkata: "Sebelum ini perkampungan mereka dibina di atas tanah hutan simpan atas ihsan kerajaan negeri, jadi ia sebenarnya secara tidak langsung bermakna kampung terbabit adalah kampung setinggan dan mereka tidak mempunyai sebarang hak ke atasnya".

Berikutan itu, seramai 100 masyarakat Orang Asli berkumpul di Wisma Negeri pada 16 November lalu bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar berhubung laporan media tersebut.

Sehingga kini, sebanyak 13 kampung sudah diwartakan sebagai Rizab Orang Asli dengan pemilik rumah diberi geran milikan bersama manakala perkampungan selebihnya dalam proses penukaran status tanah.

Selain itu, kerajaan negeri juga akan menaik taraf kawasan rayau Orang Asli dengan melantik RISDA serta Felcra untuk mengusahakannya dengan pertanian kelapa sawit dan getah.

Agensi terbabit akan menguruskan ladang sawit dan getah di kawasan rayau berkenaan dengan setiap Orang Asli yang terbabit diberi lot saham untuk menggantikan hak milik tanah bagi mengelakkan mereka diperdaya pihak tidak bertanggungjawab.

Mohamad memberi jaminan, kerajaan negeri akan terus membela nasib Orang Asli di negeri ini melalui pelbagai usaha dan tindakan yang diambil dari semasa ke semasa.

Basmi buta huruf Orang Asli

Dikirim oleh Warieh Selasa, 29 November 2011 0 Komen



Sebahagian daripada masyarakat Orang Asli gembira selepas menerima sijil Kedap yang disampaikan Mohamad Hasan di Sekolah Kebangsaan Putra, Jelebu, baru-baru ini. – utusan/Abd. Razak Aid


JELEBU 28 Nov. – Soal pendidikan tidak pernah dipandang ringan, sebaliknya terus dijadikan agenda utama kerajaan dalam memastikan semua lapisan masyarakat tidak dikecualikan dalam mendapat pendidikan secara berkualiti.

Malah, aspek pendidikan yang seringkali mendapat keutamaan kerajaan terus diperluaskan bukan sahaja untuk pelajar sekolah, malah ruang lingkupnya diperbesarkan kepada pelajar-pelajar dewasa dalam usaha mengurangkan kadar buta huruf di kalangan masyarakat Orang Asli.

Justeru, program Kelas Dewasa Ibu Bapa Murid Orang Asli dan Pribumi (Kedap) yang diadakan di negeri ini mencapai matlamatnya apabila 568 orang pelajar dewasa masyarakat Orang Asli menerima sijil berkenaan daripada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di Sekolah Kebangsaan Putra, baru-baru ini.

Mohamad dalam pertemuan dengan pemberita baru-baru ini menjelaskan, program Kedap ini merupakan inisiatif kerajaan untuk memastikan masyarakat Orang Asli mendapat pendidikan berkualiti.

Tegasnya, sehingga kini hanya 10 buah sekolah di negeri ini menawarkan program Kedap dan ia akan ditambah selepas menyaksikan minat dan kejayaan luar biasa di kalangan mereka.

Jelas Mohamad, antara objektif utama Kedap ini diadakan adalah bertujuan membasmi masalah buta huruf di kalangan masyarakat Orang Asli selain menggalakkan penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).

‘‘Sehingga kini kita telah melaksanakan program ini di beberapa buah sekolah kebangsaan melibatkan empat di kawasan Seremban, tiga di Kuala Pilah manakala selebihnya di Jempol, Jelebu dan Rembau.

‘‘Bagi menjayakan program ini, pihak kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM56,250 kepada setiap sekolah bagi menjayakan program selama 75 hari ini,” ujar beliau.

Jelas Mohamad, antara insentif yang diperoleh oleh peserta yang menyertai Kedap meliputi elaun gantian pendapatan, makan, pakaian, kesihatan selain buku dan peralatan serta lawatan.

Tambah beliau, berdasarkan maklum balas yang diterima, kehadiran peserta bagi program ini amat menggalakkan apatah lagi dari aspek keberkesanannya, membolehkan mereka membaca, menulis dan mengira serta mengaplikasikan pembelajaran di dalam kehidupan seharian.

‘‘Apabila Kedap dilaksanakan sejak 2008, kini bilangan buta huruf di kalangan orang dewasa masyarakat Orang Asli kian berkurangan, malah ia menjadi semakin baik apabila sambutan begitu menggalakkan.

‘‘Kita melihat program ini merupakan usaha berterusan kerajaan dalam memastikan masyarakat Orang Asli terus diberikan keutamaan dalam aspek pendidikan sekali gus membanteras masalah kemiskinan menerusi agenda pendidikan,” jelas beliau.

Mesra Minda terap pelbagai ilmu baru

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 19 Ogos 2011 0 Komen

http://www.learnaboutbutterflies.com/orang%20asli%20003a.jpg

JEMPOL 18 Ogos - Hampir 600 masyarakat Orang Asli dari 10 perkampungan menghadiri program Mesra Minda di Kampung Orang Asli Langkap Dangi, dekat sini baru-baru ini.

Program yang diadakan selama tiga hari itu dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan mewarna, karaoke, menyumpit dan sukan.

Tok Batin kampung tersebut, Omjak Pikau berkata, aktiviti yang diadakan dapat membuka minda penduduk di penempatan tersebut.

"Kalau tiada orang luar datang kami sunyi sahaja tanpa aktiviti baru. Bila ada tetamu, macam-macam kami buat.

"Kami juga diberitahu mengenai apa yang berlaku di luar sana. Kami bukan tidak keluar tetapi jarang kerana sibuk dengan kerja di sini," katanya.

Ujarnya, penglibatan agensi kerajaan juga memberikan pelbagai ilmu baru yang sewajarnya diketahui oleh anak buahnya.

Terdapat 112 penduduk di kampung ini daripada 32 keluarga.

Sementara itu, Tok Batin Kampung Sungai Cherbang, Johari Apu, 55, gembira apabila berpeluang hadir ke program tersebut.

"Ia sangat meriah, semua tetamu amat gembira. Saya datang ke sini bersama tujuh orang penduduk dari Sungai Cherbang. Bila bawa mereka datang ke sini dapat juga mereka bercampur dan tidak hanya duduk di rumah.

"Melalui program ini kami dapat bekerjasama dan mengeratkan hubungan yang sedia ada," ujarnya.

Wakil dari Kampung Orang Asli Batu Peti, Kartini Dukol, 30, mengakui mendapat ilmu baru melalui program tersebut.

"Saya berasal dari Felda Pasoh Tiga dan kini menetap di Batu Peti setelah berkahwin dengan penduduk di situ.

"Gembira apabila dapat mendalami pelbagai adat dan belajar bahasa mereka," katanya.

Bagi Iyam Pikau, 62, pula, kehadiran tetamu di kampungnya merupakan satu penghargaan yang sangat tidak ternilai.

"Walaupun mereka datang dari luar namun, mereka tidak sombong malah sangat peramah. Ini membuktikan tiada jurang perbezaan antara kami dan masyarakat luar.

Suliza Basirun, 24, menyifatkan masyarakat Orang Asli sentiasa bersatu hati dalam menjaga keharmonian kampung.

"Daripada 32 keluarga hanya 10 keluarga sahaja terdiri daripada orang Islam. Walaupun kami tidak ramai namun, agama kami sentiasa dihormati.

"Berlainan agama tidak pernah menjadi masalah kepada kami," ujarnya yang telah memeluk Islam enam tahun lalu.

Tompang Pikau, 56, pula gembira apabila masyarakat orang asli sudi memeriahkan kampungnya.

"Pertandingan menyumpit amat menyeronokkan. Nampaknya orang luar juga sudah pandai menyumpit.

"Kedatangan mereka amat dialu-alukan dan kami berharap agar mereka akan datang lagi di masa akan datang," katanya.

500 usahawan Orang Asli

Dikirim oleh Warieh 0 Komen



KANAK-KANAK Orang Asli membuat persembahan tarian 1Malaysia pada Program Mesra Minda, baru-baru ini.


JEMPOL 18 Ogos – Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) akan melahirkan 500 usahawan Orang Asli menjelang 2015 sebagai usaha berterusan kerajaan meningkatkan taraf hidup masyarakat tersebut.

Pengarah Bahagian Pembangunan Sosial Ekonomi Jakoa, Wahid Akmal Omar berkata, sehingga kini jabatan itu berjaya melahirkan 200 usahawan di kalangan Orang Asli.

Beliau berkata, pembangunan usahawan Orang Asli itu akan dibuat dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Jabatan Pertanian dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

“Masyarakat Orang Asli digesa tampil ke depan dan merebut peluang yang disediakan. Mereka boleh menjadi usahawan berjaya terutamanya dalam bidang pertanian.

“Tanah yang luas perlu dimanfaatkan dengan aktiviti berfaedah. Jika mereka ada masalah, Jakoa bersedia meminta bantuan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) untuk membantu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Mesra Minda di Kampung Orang Asli Langkap Dangi, dekat sini baru-baru ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah Jakoa Negeri Sembilan dan Melaka, Zaironida Zainal Abdullah serta Pegawai Jakoa daerah, Mohamad Adnan Abdullah.

Ujarnya, masyarakat Orang Asli di negara ini tidak pernah diabaikan oleh kerajaan malah mereka sentiasa mendapat perhatian pemimpin negara.

“Ini dapat dibuktikan dengan pemberian bantuan untuk sektor pertanian seperti bekalan baja, racun, anak benih dan keperluan asas pertanian,” ujarnya.

Sementara itu, Mohamad Adnan berkata, usaha meningkatkan taraf hidup masyarakat Orang Asli sentiasa dilaksanakan secara berterusan.

“Selain kemudahan infrastruktur seperti elektrik, bekalan air bersih, kita turut memberi bantuan rumah.

“Kita telah mengenal pasti beberapa buah rumah di perkampungan Orang Asli di daerah ini untuk dibaik pulih di bawah pelan tindakan pembinaan rumah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR),” katanya.

Menurutnya, sebanyak 21 unit rumah akan dibaiki sementara empat unit akan dibina rumah SPKR dan 15 unit dalam tindakan pembinaan oleh tentera.

Katanya, kampung yang terlibat ialah Kampung Langkap Dangi, Jeram Panjang, Batu Peti dan Sungai Klebang.

“Projek tersebut akan dilaksanakan pada tahun ini. Melalui pelan tindakan ini, mereka bakal menikmati rumah yang lebih selesa sekali gus membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap masyarakat Orang Asli,” katanya.

Kaji beri Orang Asli tanah tangani pencerobohan

Dikirim oleh Warieh Khamis, 10 Jun 2010 0 Komen

Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail
bhnews@bharian.com.my
2010/06/10

Kerajaan negeri bantu 2,079 keluarga di Negeri Sembilan

SEREMBAN: Kerajaan negeri sedang mengkaji untuk memberi antara satu hingga dua hektar tanah izin guna kepada Orang Asli yang menghuni tanah itu dalam usaha mengatasi masalah pencerobohan tanah milik kerajaan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Hasim Rusdi, berkata ada 2,079 keluarga Orang Asli di negeri ini dan kebanyakan mereka tinggal di tanah izin guna milik kerajaan
Katanya, perkara itu masih dalam perbincangan kerana pelbagai aspek perlu dipertimbangkan sebelum meluluskan pemberian tanah itu.

“Kerajaan negeri mahu Orang Asli menjalani kehidupan yang sama seperti kaum lain di negara ini dan akan memastikan mereka mendapat hak yang sama.

“Kita sedang berunding untuk memberikan tanah kepada mereka secara adil. Ini membolehkan mereka mempunyai tanah untuk kediaman dan kegiatan pertanian,” katanya selepas merasmikan Seminar Pengguna Bersama Pemimpin Masyarakat Orang Asli, di sini, baru-baru ini.

Seramai 150 Orang Asli dari Negeri Sembilan dan Melaka menyertai seminar kepenggunaan itu. Peserta didedahkan dengan ilmu kepenggunaan yang disampaikan oleh pegawai Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri (PPDNKK).
Turut hadir, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) negeri, Bakar Unus.

Hasim berkata, sesetengah Orang Asli menggunakan tanah izin guna seperti tanah milik mereka dan sesuka hati melakukan penerokaan serta pembakaran terbuka hingga menjejaskan alam sekitar dan keaslian hutan.

Katanya, antara punca masalah itu adalah kerana kekurangan pengetahuan mengenai hak dan penggunaan tanah milik kerajaan menyebabkan mereka sewenang-wenang meneroka tanah simpanan milik kerajaan.

“Tindakan mereka bukan saja mendatangkan kerugian kepada kerajaan, malah boleh menyebabkan Orang Asli yang terbabit menghadapi tindakan undang-undang kerana menceroboh tanah kerajaan dan melakukan penebangan pokok tanpa kebenaran,” katanya.

Mengulas mengenai penerokaan hutan oleh Orang Asli di Bukit Miku, Kuala Pilah, beliau berkata kebanyakan mereka yang terbabit tidak tahu perbuatan itu menyalahi undang-undang dan menyangka tanah berkenaan milik mereka.

“PPDNKK dan JHEOA akan memberi penjelasan kepada Orang Asli mengenai tanah izin guna dan hak mereka terhadap tanah itu,” katanya

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook