-
Mohamad bersalaman dengan pelajar pada Majlis Amanat dan Lafaz Ikrar Pelajar Baru Sarjana Muda Sesi Akademik 2013/2014, di Stadium Tertutup Nilai.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tawaran Penubuhan Kerusi Profesor Kerajaan Negeri Sembilan itu bagi membantu USIM dalam kewangan selain melihat universiti itu mencipta kejayaan sama ada di peringkat negara mahupun antarabangsa.
“Bagaimanapun, penubuhan kerusi profesor di USIM itu akan boleh ditentukan dalam perbincangan yang dimulakan tahun depan,” katanya dalam sidang media pada Majlis Amanat dan Lafaz Ikrar Pelajar Baru Sarjana Muda Sesi Akademik 2013/2014, di Stadium Tertutup Nilai, kelmarin.
Terdahulu beliau menyampaikan amanat kepada 2,162 pelajar baru yang mengikuti 25 program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Hadir sama, Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Asma Ismail dan Timbalan Naib Censelor Hal Ehwal Pelajar dan Alumnai (HEPA) USIM, Datuk Mohd Asim Dollah.
Mohamad berkata, walaupun USIM adalah sebuah IPTA yang masih baru namun universiti ini sudah banyak mencipta kedudukan yang baik dalam kalangan IPTA di negara ini.
“Saya berharap cadangan bagi menubuhkan satu kerusi profesor tetap di universiti dapat diterima semua yang sekali gus akan dapat membantu pihak universiti bagi mengadakan penyelidikan di masa depan,” katanya.
Sementara itu, Asma berkata pihak universiti menerima baik cadangan kerajaan negeri dan akan berbincang bidang kajian yang dilaksanakan nanti.
“Terima kasih kepada menteri besar di atas tawaran ini dan ia adalah satu cara untuk USIM terus ke hadapan dalam bidang ilmiah,” katanya.
14 Julai 2013
Che Yah melambai tangan kali terakhir kepada murid-muridnya dengan menaiki kereta klasik Datsun 1954.
Che Yah Bachek, 58, yang juga guru cemerlang berkata, meskipun sudah bersara dalam dunia pendidikan, tetapi beliau akan terus mendidik murid tahun enam sekolah berkenaan yang akan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada September ini.
“Rasa ralat jika saya tidak terus mendidik anak-anak murid saya terutama tahun enam. Sebab sebelum ini, saya yang mengajar subjek Bahasa Malaysia untuk tahun enam. Jadi, lebih baik saya teruskan agar murid-murid dapat keputusan cemerlang," katanya.
Menyingkap latar belakang kerjaya beliau, sebelum bertugas di SK Undang Johol, Che Yah berkhidmat di SK Air Hitam, Alor Setar Kedah pada 1981 hingga 1985.
“Kemudian saya berpindah ke SK Selama Kedah pada 1986 hingga 1990. Selepas berkhidmat selama empat tahun di sekolah berkenaan, saya pulang semula ke kampung halaman Johol dan bersekolah di sini.
“Saya berkhidmat di SK Udang Johol dari t 1991 hingga 2013. Ini adalah perkhidmatan yang paling lama iaitu 22 tahun. Saya sudah kenal guru-guru di sini telah menabur bakti kepada anak-anak murid di sini sehingga berjaya,” katanya yang mempunyai empat anak.
Pembukaan sekolah terbaharu itu menjadikan ia sebagai sekolah swasta yang bukan sahaja memberikan perhatian dalam subjek teras Kementerian Pendidikan, tetapi turut meletakkan aspek Islamiyah dalam keutamaan pendidikannya.
Pengerusinya, Al Musnid Datuk Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin Al Maliki As Sanusi berkata, sekolah ini menjadi kebanggaan Ahli Sunnah Wal Jamaah serta seluruh umat Islam kerana ia merupakan pusat pengembangan ilmu yang bukan sahaja kepada pelajar sekolah, tetapi juga golongan dewasa.
''Kita membuka satu lagi cawangan Sekolah Tinggi Islam As-Sofa (STIAS) di Senawang ini dan kemasukan pelajar akan dibuat secara berperingkat, selain disediakan kawasan asrama dan padang permainan untuk kemudahan mereka," katanya.
Beliau menjelaskan demikian dalam ucapan semasa Majlis Perasmian Sekolah Tinggi Islam As-Sofa Senawang dan pusat pengajian Fatimah As'Syifa' di Senawang, malam tadi.
Sekolah berkenaan dirasmikan oleh tokoh ulama, Al Musnid Sayyid Nu'man Al Arabi As Sanusi dan Al Musnid Dr. Sayyid Nafi' Al Arabi As Sanusi dan turut dihadiri Ketua Hakim Syarie Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Syukor Sabudin.
Syeikh Muhammad Fuad yang juga Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan berkata, semua pelajar Kumpulan Pendidikan As-Sofa ini akan diberikan didikan ilmu melalui pengajaran dalam bilik darjah, mahupun dalam dewan kuliah yang besar, di mana boleh menempatkan lebih 2,000 pengunjung dalam satu majlis.
Kata beliau, setiap pelajar dalam kumpulan ini wajib menghafal dan memahami isi kandungan al-Quran, selain mampu menguasai pelbagai kitab hadis dan kitab muktabar yang lain.
''Kita mahu pelajar yang lahir dari institusi ini kuat didikan agamanya dan dapat menyebar luaskan dakwah Islamiyyah dalam acuan yang betul mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah," tegas beliau.
Sementara itu kata beliau, ketika ini terdapat lebih 1,500 pelajar dalam Kumpulan Pendidikan As-Sofa dan bilangan tersebut akan bertambah dua kali ganda selepas STIAS Senawang beroperasi secara berasrama penuh dan harian dalam waktu terdekat, selain kemasukan baru pelajar di Kolej Islam As-Sofa, Ampang, Selangor.
Dalam pada itu, Dr. Sayyid Nafi' dalam ucapannya berkata, pelajar hendaklah memberikan kesungguhan dalam mempelajari setiap ilmu yang disampaikan oleh guru, serta menghafal al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW.
''Jangan kita mengambil ilmu sambil lewa. Ilmu yang diterima itu hendaklah dimanfaatkan bukan hanya untuk diri sendiri tetapi umat. Kita perlu ikhlas dalam mempelajari ilmu," kata beliau.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130611/ws_03/STIAS-terus-memperkasa-pendidikan-berteraskan-al-Quran-dan-sunah#ixzz2Vszgkf9G
© Utusan Melayu (M) Bhd
utusanN9@utusan.com.my
Pengarah Pelajaran negeri, Kalsom Khalid berkata, di bawah tema sambutan Hari Guru 2013, 'Guru Malaysia: 1Aspirasi 1Agenda', mengkehendaki semua guru bersama-sama membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia sebagaimana yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.
''Selaras dengan tema tersebut, pameran pendidikan sempena Hari Guru 2013 di Kompleks Belia dan Sukan Paroi ini, yang berlangsung sekarang hingga Ahad ini, amat relevan untuk memberikan penjelasan kepada guru dan masyarakat tentang dasar dan program pendidikan itu.
''Ini telah dimanifestasikan melalui terowong masa dan lain-lain pempamer dari Kementerian Pelajaran. Pengunjung yang datang ke Paroi itu nanti akan merasai perubahan itu apabila mereka menjelajah dalam khemah yang disediakan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kata Kalsom, pameran dari Kementerian Pelajaran itu adalah berkonsepkan Kelestarian Pendidikan Dulu, Kini dan Masa Depan.
''Pengunjung akan melihat pelbagai info dan kejayaan pelbagai dasar kementerian antaranya ialah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2015, Pembudayaan Sains dan Teknologi, Inovasi Guru, Buku dan Karya Penulisan Guru, Program 1 Murid 1 Sukan, Guru Muda 1 Malaysia dan sebagainya.
''Agensi luar kementerian juga turut serta dalam pameran ini seperti Sekolah Amanah, Sekolah Antarabangsa, Penerbitan dan Penterjemahan Buku, Peralatan Pengajaran dan Pembelajaran dan lain-lain," kata Kalsom.
Beliau juga menjelaskan melalui pameran pendidikan ini, masyarakat dan komuniti setempat akan mendapat informasi yang jelas tentang perubahan-perubahan yang berlaku di dalam dunia pendidikan dalam negara ini serta cabaran yang perlu dihadapi.
''Banyak idea kreatif dan inovatif dipamerkan dan diharapkan warga pendidik, pelajar, ibu bapa dan masyarakat setempat akan beramai-ramai hadir dan memperoleh banyak informasi berguna," katanya.
Pada Jumaat (17 Mei), pelbagai acara menarik akan berlangsung di Pameran dan Festival Hari Guru 2013 di kompleks ini sempena sambutan Hari Guru 2013 bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam dan ia termasuklah pertandingan choral speaking, pelancaran buku, ceramah agama, selain jualan buku.
Manakala hari Sabtu akan dilangsungkan aktiviti melukis, penampilan Upin dan Ipin, mewarna, persembahan Sci-Fi Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB) seta konsert Apo Kono Eh Jang yang menampilkan artis terkenal tanah air.
Pada hari Ahad pula berlangsung aktiviti interaktif, pertandingan akhir Bintang Suara Bank Simpanan Nasional (BSN) dan pentarama.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130517/ws_01/Ayuh-serbu-Festival-Hari-Guru-di-Paroi#ixzz2TVhDihWo
© Utusan Melayu (M) Bhd
Penerima anugerah tersebut ialah Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim (Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan); Rabiah Johari, Wan Hamzah Wan Daud, Jacob Mathews (Tokoh Guru Kebangsaan) dan Datuk Freida Mohd. Pilus (Tokoh Guru Sekolah Swasta Kebangsaan).
Kesemua mereka menerima medal, sijil dan hadiah penghargaan yang disampaikan oleh Muhyiddin dalam acara penuh gilang-gemilang.
Noor Rezan yang ditemui wartawan selepas majlis berkenaan berkata, anugerah itu adalah penghargaan buat semua guru dan pendidik yang tidak pernah kenal erti penat mahupun mengalah.
Saya berterima kasih kepada kerajaan ke atas pengiktirafan yang diberikan ini. Bagi saya, guru adalah pendidik sepanjang hayat.
Jika seorang guru melakukan kesilapan dalam mendidik, mereka akan merosakkan generasi bangsa negara ini," katanya dekat sini hari ini.
Noor Rezan merupakan bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran dan telah dilantik sebagai Penasihat Pendidikan bagi Khazanah Nasional Berhad pada 2011, selain memegang pelbagai jawatan memperkasa pendidikan negara.
Beliau pernah dianugerahkan Tokoh Guru Wilayah Persekutuan pada tahun lalu.
Sementara itu Wan Hamzah berkata, guru kini lebih mencabar berbanding dahulu yang mana menuntut pendidik menguasai pelbagai bidang untuk melonjakkan kemampuan pelajar dalam persaingan yang semakin membesar.
Anugerah ini satu tanggungjawab yang perlu diteruskan. Saya akan terus memberikan segala idea dan bantuan untuk merangsangkan profesion perguruan ke tahap lebih tinggi," ujarnya.
Wan Hamzah merupakan bekas Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bahru, Kelantan.
Bagi Jacob yang turut menerima anugerah yang sama memberitahu, profesion perguruan ini memerlukan kesabaran dan dedikasi yang tinggi, apatah lagi dunia pendidikan kini jauh berbeza berbanding dahulu.
Apa yang manis adalah melihat semua anak didik saya berjaya dalam pelbagai bidang dan itu adalah hadiah terbaik buat saya sebagai warga pendidik," katanya yang pernah menjawat jawatan sebagai Guru Penolong Kanan Kurikulum Sekolah Kebangsaan Methodist, Telok Datok, Selangor.
Manakala Rabiah pula memberitahu, pendidik harus terus berdedikasi dan mampu mendidik anak bangsa dengan lebih cemerlang pada masa depan.
Ini adalah tugas hakiki kita bagi memastikan anak muda berjaya dalam mencapai cita-cita mereka. Tugas guru adalah pencetus kepada kejayaan anak-anak bangsa," kata bekas Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak.
Dalam pada itu, Freida berkata, semua guru perlu sentiasa berdedikasi dan meletakkan setiap anak didik itu sebagai aset berharga untuk negara.
Saya juga berazam untuk menubuhkan pusat pendidikan guru bagi melatih dan memberikan ilmu kepada mereka supaya ada dalam kalangan pendidik ini menjadi tenaga pengajar khususnya di sekolah swasta," katanya yang juga pengasas Sekolah Sri Cempaka, Kuala Lumpur.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130517/dn_03/Guru-perlu-komited-didik-anak-bangsa#ixzz2TVgl1WzO
© Utusan Melayu (M) Bhd
pengarang@utusan.com.my
Kata Timbalan Perdana Menteri, pelantikan seorang Menteri Kedua juga melambangkan keprihatinan kepimpinan Perdana Menteri untuk melihat bidang pendidikan di negara ini dapat diurus dengan lebih cekap dan menyumbang secara lebih berkesan kepada kemajuan negara.
Muhyiddin juga berkata, beliau telah mendapat keizinan daripada Perdana Menteri supaya menggunakan nama Kementerian Pelajaran sahaja bagi penggabungan dua kementerian.
Menurutnya, sebelum ini, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi diumumkan sebagai Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi.
''Dengan penggabungan kedua-dua kementerian ini kita akan dapat melaksanakan dasar yang lebih seragam di semua peringkat pendidikan, di samping berkongsi sumber dan kepakaran di sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) untuk melonjakkan lagi mutu pendidikan di negara kita.
''Usaha transformasi pendidikan akan dapat dilaksanakan dengan lebih efisien apabila kepakaran daripada semua peringkat pendidikan digembleng secara lebih menyeluruh untuk menghasilkan satu lonjakan berganda dalam pendidikan negara," kata beliau ketika melancarkan sambutan Hari Guru kali ke-42 di Stadium Tertutup Nilai dekat sini malam ini.
Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II, Datuk Seri Idris Jusoh; Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi I, Datuk Mary Yap Kain Ching; Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II, P. Kamalanathan; Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr. Rosli Mohamed dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud.
Sambutan Hari Guru kali ke-42 tahun ini membawa tema, Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda, sekali gus mencerminkan harapan rakyat dalam melahirkan generasi masa depan yang lebih cemerlang di negara ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi berkata, setiap institusi pendidikan dalam negara ini perlu mewujudkan suasana yang kondusif untuk membolehkan murid daripada pelbagai latar kaum dan agama bergaul sesama mereka dengan lebih mesra dan akrab.
Sementara itu, Muhyiddin mengucapkan terima kasih atas pengorbanan dan keberanian guru di Lahad Datu, Sabah ketika berhadapan dengan situasi pertempuran serangan pengganas Kiram, baru-baru ini.
"Saya mengucapkan terima kasih terutamanya kepada Cikgu Saabi Hasin dari Sekolah Kebangsaan (SK) Lok Buani Lahad Datu yang menjadikan rumahnya sebagai sekolah sementara untuk anak murid belajar dan membiayai pula perbelanjaan makan dan minum mereka.
"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Catherine Gonolon dari SK Fajar Harapan Lahad Datu yang sanggup berada dalam kawasan pertempuran dan mengajar murid dari sekolah berlainan," katanya di Stadium Tertutup Nilai, dekat sini malam tadi.
Justeru kata Muhyiddin, ini adalah contoh guru yang disanjung tinggi.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130517/dn_01/Gabung-tindakan-tepat---TPM#ixzz2TVgUPCyn
© Utusan Melayu (M) Bhd
1 Mei 2013
Abdul Ghafar (tiga, kanan) ketika melakukan gimik pelancaran program, semalam.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud berkata, warga pendidik tidak seharusnya berkecimpung dalam arena politik kerana perbuatan sedemikian jelas melanggar etika perguruan.
“Selaku kakitangan awam, mereka terikat dengan segala peraturan yang digariskan kementerian. Justeru, mereka perlu akur dengan ketetapan tersebut tanpa sebarang kompromi.
“Nasihat ini penting bagi mengingatkan mereka supaya menghormati ikrar yang pernah dilafazkan semasa mula-mula menceburi bidang perguruan,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Prapelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-42 di Kolej Tunku Kurshiah, Bandar Enstek, di sini, semalam.
Ketika diminta mengulas isu murid sekolah digunakan pihak tertentu bagi tujuan berkempen, Abdul Ghafar berkata, setakat ini pihaknya belum pernah menerima sebarang aduan berkaitan perkara terbabit.
Dalam perkembangan lain, menyentuh tentang Anugerah Ikon Guru yang baru diperkenalkan buat pertama kali pada tahun ini, beliau berkata, ia diwujudkan untuk menghargai jasa dan sumbangan guru terhadap masyarakat dalam pelbagai bidang.
“Berbeza dengan Anugerah Tokoh Guru dikhususkan kepada warga pendidik yang sudah bersara, anugerah ini pula diberikan kepada mereka yang masih dalam tempoh berkhidmat,” katanya.
Golongan muda perlu jadikan Za'ba contoh survival sebuah kejayaan
JEMPOL 2 April - Golongan muda hendaklah menjadikan Pendeta Za'ba atau Allahyarham Tan Sri Zainal Abidin Ahmad sebagai contoh kelangsungan menuju kejayaan.
Ahli Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yassin berkata, ketokohan pemikir agung itu bukan sahaja sinonim dalam dunia intelektual Melayu, malah selama hayatnya, beliau berjaya membawa wacana baru dalam pemikiran masyarakat yang selama ini dikongkong oleh kolonialisme.
"Pendeta Za'ba tidak hidup seperti anak-anak hari ini, yang ada banyak kemudahan untuk menimba ilmu dan belajar.
"Za'ba menghabiskan masa petangnya untuk bermain bersama rakan tetapi masih ada ruang untuk belajar dan beliau mampu menguasai banyak bahasa yang perlu dicontohi anak muda," ujarnya.
Lilah berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian Kolokium Za'ba di Dewan Za'ba, Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir dekat sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail dan Setiausaha Kehormat Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Negeri Sembilan, Datuk Sudin Kamari.
Katanya, Za'ba mendapat pendidikan Melayu, Inggeris dan Arab, sesuatu yang jarang dimiliki oleh masyarakat Melayu pada era sebelum merdeka dan telah berjaya meletakkan dirinya sebagai tokoh pendidik, pemikir kreatif, agama dan lain-lain.
"Bagi menghargai sumbangan Pendeta Za'ba ini, usaha sedang dilakukan untuk membina sebuah perpustakaan Za'ba dan dewan terbuka. Sekarang kita sudah ada Dewan Za'ba bersebelahan Teratak Za'ba ini.
"Kita berharap selepas adanya perpustakaan ini, hasil karya tokoh agung itu dapat dihimpunkan di sini dan menjadi rujukan penting kepada pengkaji bahasa, sasterawan, pendidik, ilmuwan, pelajar dan sebagainya," ujar beliau.
Pada majlis itu juga, Lilah turut memaklumkan Lembaga Muzium negeri akan menerbitkan 20 buku modul baharu mengenai ketokohan Za'ba dan sebanyak enam buah buku mengenainya telah pun disiapkan untuk diterbitkan dalam bahasa Melayu.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130403/ws_03/Golongan-muda-perlu-jadikan-Zaba-contoh-survival-sebuah-kejayaan#ixzz2PMKcunKA
© Utusan Melayu (M) Bhd
Rembau: “Semasa peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya hanya mendapat 7A 2B 2C. Saya cukup kecewa dengan pencapaian itu, namun nekad bangkit bagi memastikan lebih cemerlang dalam peperiksaan sebenar. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana memperoleh 10A 1B,” kata, Mohd Ikmal Shahrir, 18, antara 21 calon cemerlang SPM 2012 dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Rembau, di sini.
Mohd Ikmal berkata, dia tidak menyangka mendapat keputusan cemerlang sehingga meletakkan dirinya sebagai pelajar terbaik sekolah bagi SPM 2012. Sebaik tamat peperiksaan, anak kedua daripada empat beradik itu menyasarkan sembilan A dan dia bersyukur apabila usaha dilakukan selama ini membuahkan kejayaan dan mencipta sejarah buat dirinya dan keluarga. Menurutnya, tiada rahsia khusus mengenai kejayaannya itu, tetapi percaya berkat usaha ulangkaji secara bersendirian dan mengadakan latihan secara berkumpulan berupaya memperbaiki kelemahan dalam setiap subjek yang diambil.
“Selain rajin bertanya guru, perbincangan bersama rakan amat membantu. Masa yang ada digunakan sebaik mungkin, apatah lagi tinggal di asrama menjadikan saya lebih menghargai masa dan memberi komitmen 100 peratus untuk mengulang kaji pelajaran.
Adiknya, Nur Hidayah,14, berkata, dia berbangga dengan pencapaian abangnya dan berazam belajar bersungguh-sungguh apatah lagi dia turut bersekolah di sekolah itu dan pastinya menjadi harapan guru untuk mengulangi kejayaan abangnya itu.
“Kejayaan abang menjadi pemangkin semangat untuk saya mencipta kecemerlangan dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan SPM pada masa akan datang. Saya akan jadikan abang sebagai contoh terbaik dan mengambil setiap nasihatnya sebagai azimat untuk berjaya,” katanya.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) Kalsom Khalid dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chembong Datuk Zaifulbahri Idris.
Sementara itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Besar, Tampin, muncul sekolah terbaik di daerah Tampin dalam SPM 2012 apabila tujuh daripada 187 pelajarnya yang menduduki peperiksaan itu mendapat 9A.
Katanya, dia juga mempunyai keyakinan yang tinggi untuk mencapai keputusan cemerlang.
"Saya memberi fokus sepenuhnya di bilik darjah dan semasa di luar pula saya seperti remaja lain, bersukan dan bermain ketika waktu lapang," kata kapten bola sepak dan wakil negeri dalam sukan golf itu.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130322/ws_06/Pelajar-SMS-Tuanku-Munawir-dedah-rahsia-kejayaan#ixzz2ODtne0YR
© Utusan Melayu (M) Bhd
Pengarah Pelajaran negeri, Kalsom Khalid berkata, daripada jumlah itu sebanyak 12 calon sekolah kerajaan berjaya mendapat keputusan cemerlang dengan memperoleh pangkat A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil mengikut penggredan baharu.
"Ini merupakan peningkatan dari tahun 2011 dengan 4.24 peratus memperoleh keputusan sedemikian manakala tahun lalu sebanyak 4.25 peratus," katanya di sini hari ini.
Kalsom bercakap kepada pemberita ketika mengumumkan keputusan SPM di Sekolah Menengah (SM) Sains Tuanku Munawir, dekat sini hari ini.
Katanya, Gred Purata Negeri (GPN) tahun lalu ialah 4.86 iaitu meningkat sebanyak 0.04 mata berbanding 2011 iaitu sebanyak 4.82 sekali gus menunjukkan negeri ini mengekalkan tahap kecemerlangan dalam peperiksaan nasional.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130322/ws_07/Keputusan-SPM-meningkat-di-NS#ixzz2ODtKbxz7
© Utusan Melayu (M) Bhd
Guru Penolong Kanan Bahagian Akademik, Roslin Balia memberitahu, sebanyak RM3,741 telah berjaya dikumpulkan hasil daripada sumbangan 1,132 pelajar sebelum diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.
Menurutnya, sumbangan tersebut amat besar ertinya kepada keluarga anggota keselamatan yang terkorban di medan pertempuran kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu membiayai kos persekolahan anak-anak mereka.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130322/ws_08/Tabung-Lahad-Datu-SMK-King-George-V-OGA-sumbang-RM8741#ixzz2ODsZGzl8
© Utusan Melayu (M) Bhd
19 Mac 2013
Abdul Padzil dan Hairuslina gembira dan terharu melihat keputusan peperiksaan arwah anak mereka.
REMBAU – “Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) anak keempat kami ini menjadi pengubat rindu pada arwah yang sudah berusaha sehabis baik dalam mengejar cita-citanya menjadi guru seperti kami.
Kata bapa calon STPM 2012, Abdul Padzil Che Mohd Azizi, 52, ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Sedia Raja, dekat sini, semalam.
Menurut Abdul Padzil, sekiranya anaknya masih hidup, keputusan peperiksaan itu pasti akan menggembirakannya.
“Arwah berjaya mendapat keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.34 di mana dua subjek yang digemari arwah iaitu Sejarah dan Ekonomi berjaya mencatatkan keputusan A. Malah, sebelum arwah meninggal, arwah sempat menyatakan hasrat menjadi guru Ekonomi,” katanya.
Sementara itu, Hairuslina Abdul Rahman, 52, yang merupakan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato’ Haji Hassan Haji Sail berkata, arwah tidak menunjukkan tanda-tanda tidak sihat dan dia juga tidak mengadu sakit.
Cuma arwah ada cakap tidak larat mahu menulis semasa menjawab peperiksaan bagi kertas Pengajian Am 2 dan Bahasa Malaysia 2.
“Bagaimanapun, jika diteliti kembali 100 hari sebelum arwah meninggal dunia, arwah rupanya-rupanya sudah menunjukkan tanda,” katanya.
Sinar Harian 26 Disember lalu melaporkan kisah pelajar harapan sekolah, Muhammad Hazwan, 19, yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh ibunya di kediaman mereka di Kampung Seberang Batu Hampar, kira-kira jam 12.45 tengah hari, 24 Disember lalu.
Dia disahkan meninggal dunia setelah seminggu selesai menduduki peperiksaan STPM akibat paru-paru berair.
Kumpulan tersebut merupakan antara 1,988 graduan yang menerima diploma pada sidang konvokesyen edisi berkenaan yang turut melibatkan bidang kejuruteraan Mekanikal, Perdagangan dan Awam.
Menurut graduan, Fathur Rahman, 21, dia amat gembira dan tidak sabar untuk melanjutkan pengajiannya ke peringkat lebih tinggi.
''Saya akan meneruskan pengajian ke tempat lain bagi mendalami lagi bidang kejuruteraan elektrik," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130320/ws_03/356-graduan-Politeknik-Port-Dickson-terima-diploma#ixzz2O2NCmpCZ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Kalsom Khalid berkata, kesemua pelajar cemerlang itu merupakan antara 1,621 calon yang menduduki peperiksaan itu pada tahun lalu di sekolah kerajaan termasuk persendirian.
''Seramai 13 pelajar berkenaan memperoleh prinsipal A dalam semua mata pelajaran yang diambil dengan PNGK 4.0.
''Mereka terdiri daripada tiga calon jurusan sains dan 10 calon jurusan sastera dan pelajar terbaik negeri ini ialah Chin Shan Yi dengan memperoleh empat prinsipal A dan satu prinsipal A-, manakala 12 calon lain memperoleh empat prinsipal A," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130319/ws_04/13-terbaik-STPM-di-NS#ixzz2NwPCoWKZ
© Utusan Melayu (M) Bhd
18 Mac 2013
Wahida menunjukkan gambar ibunya yang menjadi pengubat rindu setelah ibunya bertugas di Lahad Datu.
Wahida yang merupakan anak kedua berkata, disebabkan tidak mahu mereka empat beradik berasa bimbang dan gusar, ibunya, Rohaya Jantan, 53, tidak pernah menyampaikan berita mengenai keadaan mencemaskan di lokasi berkenaan sehinggalah pada 1 Mac lalu setelah dua anggota polis negara terbunuh diserang pengganas.
Katanya, sebelum ini ibunya sentiasa menyatakan keadaan terkawal dan selamat di Sabah walaupun mereka sendiri gusar setelah mendapatkan maklumat melalui internet dan juga pelbagai saluran media sejak berita pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina yang menceroboh ke Felda Sahabat 17, Lahad Datu, 9 Februari lalu.
“Ibu tetap juga dengan pendirian untuk berada di sana dan menyuruh kami adik-beradik bersabar dan mendoakan keselamatannya kerana dia hanya akan pulang pada musim cuti sekolah penghujung bulan ini.
“Kami di sini adik beradik cukup bimbang dengan keadaan ibu, tambahan pula setelah mendengar berita ramai anggota polis terbunuh. Semasa situasi di sana tegang, pernah salah seorang adik saya menyatakan akan ke Sabah menjemputnya jika dia masih dengan pendirian yang sama tidak mahu pulang,”katanya.
Menurutnya, kali terakhir berhubung, ibunya berpesan supayaberdoa agar insiden di Lahad Datu dapat selesai segera dan bersabar menanti kepulangannya, Jumaat depan (ini) sempena cuti sekolah.
Lonjak kebolehpasaran siswazah
nazarudin.shahari@utusangroup.com.my
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ICoE adalah kerjasama antara institusi pengajian tinggi (IPT) dengan pemain industri yang antara lain bertujuan melahirkan siswazah yang benar-benar menepati kehendak pasaran.
Beliau berkata, kerjasama itu diharap dapat memastikan kesesuaian yang berterusan antara sukatan pelajaran dengan pembangunan industri serta pembangunan dan penyelidikan di samping menarik komitmen industri yang lain untuk turut serta dalam membangunkan ICoE dengan IPT.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berharap dengan sumbangan itu ia dapat mencetuskan pelajar yang lebih beriltizam untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang berupaya meningkatkan kemahiran insaniah mereka.
"Ia juga memberi ruang kepada pelajar untuk mencurahkan khidmat bakti seperti kerja-kerja amal kepada masyarakat di pelbagai peringkat tanpa mengira bangsa mahu pun agama, sama ada di dalam atau di luar negara," katanya pada majlis penyerahan sumbangan itu serta pelancaran program IM4U Outreach Centre dan University Transformation Centre di USIM, di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin; Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail dan Timbalan Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Dr. Mohamed Asin Dollah.
Bercakap kepada pemberita, Mohamad turut menyifatkan program 1M4U Outreach Centre sebagai program yang dekat di hatinya kerana kerajaan dapat menjalin kerjasama dengan belia melalui aktiviti yang dirasakan sesuai.
"Seharusnya para belia mesti dibimbing sebaik mungkin agar mempunyai minda terbuka dan tidak terlibat dengan gejala tidak sihat yang boleh merugikan masa depan negara.
"Program sebegini yang dilaksanakan pihak USIM juga adalah sesuatu yang tepat pada masanya seperti mana hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu melihat golongan belia melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawanan yang dapat mendatangkan faedah kepada kumpulan sasaran," katanya.
Katanya, kerajaan adalah sebagai pemudah cara dengan bantuan kewangan, tunjuk ajar dan sebagainya untuk golongan belia dalam memastikan segala aktiviti berjalan lancar. - BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130312/dn_53/Kerajaan-NS-sumbang-RM500000-kepada-USIM#ixzz2NNPW3O5M
© Utusan Melayu (M) Bhd
nazarudin.shahari@utusangroup.com.my
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini kerana masih ramai anak orang kurang berkemampuan di luar bandar, pedalaman dan miskin bandar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi tetapi tidak mempunyai kemampuan.
Menurutnya, melalui program seperti itu, mereka yang berkenaan masih mempunyai peluang dan akan meningkatkan taraf hidup dan menyumbang kepada kesejahteraan negara.
"Jika semua IPTA di Malaysia dapat buat seperti yang dilakukan oleh UiTM, saya yakin hasrat kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melihat program sejahtera masyarakat akan dapat dipertingkatkan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival UiTM Di Hati Masyarakat 1Malaysia di sini baru-baru ini.
Yang turut hadir Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Seri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.
Mohamad berkata, siri jelajah program itu turut membawa pasukan pemeriksaan kesihatan dari fakulti perubatan UiTM.
"Saya amat sukacita dengan pasukan perubatan UiTM ini dan saya yakin dan percaya bahawa khidmat bakti yang dibuat ini akan terus dapat dinikmati oleh masyarakat," ujarnya.
Beliau juga berharap pasukan perubatan itu dapat memberi khidmat di kawasan desa seperti Kuala Pilah dan Jempol serta tanah rancangan Felda terutamanya di kalangan warga emas yang sukar untuk pergi ke bandar bagi melakukan pemeriksaan kesihatan.
"Bila kita bawa klinik bergerak ini kepada mereka, saya yakin dan percaya mereka akan dapat memeriksa kesihatan tanpa perlu pergi jauh untuk berbuat demikian," katanya.
Beliau berkata, kerajaan negeri juga sedia bekerjasama untuk menyokong supaya program tersebut dapat diadakan di negeri ini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130313/ws_04/Semua-IPTA-wajar-anjur-MDAB#ixzz2NNOO4aAU
© Utusan Melayu (M) Bhd




