22 Jun 2013
Abu Ubaidah (empat, kanan) melawat tapak projek Bazar Ampangan yang masih dalam pembinaan, semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam dan Alam Sekitar, Abu Ubaidah Redza, yang turun melawat tapak projek berkenaan berkata, projek bernilai RM8.72 juta itu menunjukkan perkembangan yang baik.
“Projek pembinaan ini sudah 32 peratus siap berbanding jangkaan yang sepatutnya 29 peratus.
“Saya amat berpuas hati dengan hasil kerja kontraktor yang dilantik dan berharap projek ini siap dengan segera dan mencapai standard yang diinginkan,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek Bazar Ampangan, di sini, semalam.
Hadir sama, Pengarah Kejuruteraan Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Sabaruddin Sulaiman.
Menurutnya, projek yang dibiayai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri itu mampu menempatkan 60 para peniaga sebelum ini.
“Bangunan yang mempunyai reka bentuk seperti istana lama Seri Menanti ini lebih sistematik, bersih dan akan menjadi bangunan tersergam indah di Ampangan.
“Kita mahu para peniaga dan pelanggan selesa dengan bangunan baru ini dan projek ini sebagai tanda prihatin kerajaan kepada peniaga dan orang ramai,” katanya.
Abu Ubaidah yang juga Adun Ampangan, berkata, Bazar Ramadhan tetap akan dibuka di kawasan Ampangan iaitu kira-kira 200 meter dari tapak projek.
“Bazar Ramadhan akan dibuka di lokasi biasa seperti tahun yang lalu cuma kali ini kawasan tapak projek ini terpaksa ditutup bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan dilakukan,” katanya.
5 Jun 2013
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kawasan itu bakal menjadi kawasan 'tadahan baharu' kepada Lembah Klang dan ibu negara, Kuala Lumpur dalam menampung kesesakan pembangunan yang kian melimpah hasil pembangunan yang pesat.
"Walaupun Negeri Sembilan tidak termasuk dalam mana-mana dasar kerajaan persekutuan dalam pembangunan koridor raya sama ada utara mahu pun selatan, tetapi kita perlu memastikan negeri ini menjadi pusat bandar bagi Kuala Lumpur atau dipanggil ‘Centralise Town of Kuala Lumpur," katanya pada majlis Malam Apresiasi Media 2013 di sini, malam tadi.
Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mat Ali Hassan, anggota exco dan wakil rakyat Barisan Nasional (BN), Ketua Pengarang Bernama Datuk Zulkefli Salleh dan Pengarang Bernama Mokhtar Hussain.
Mohamad berkata baru-baru ini beliau berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai hasratnya membangunkan kawasan baharu di negeri ini.
Sementara itu, katanya kerjaaan negeri akan memperkukuhkan lagi dasar sedia ada berikutan kemenangan BN dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas.
Menteri besar berkata agenda mensejahterakan rakyat akan diteruskan manakala dasar yang ada akan diperbaiki berdasarkan mandat yang diberi rakyat kepada kerajaan negeri.
Beliau seterusnya menyeru para wartawan agar memahami etika kewartawanan untuk bersama-sama membantu kerajaan negeri memperjelaskan kepada masyarakat mengenai dasar yang sedang dan akan dilaksanakan kerajaan negeri.
"Ini sejajar dengan terjemahan pengundi melalui keputusan PRU13 lalu iaitu memberikan kepercayaan semula kepada BN untuk mentadbir negeri ini," katanya.
Beliau turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga media yang sama-sama berusaha dan membantu melaporkan berita tentang Negeri Sembilan. - Bernama
utusanN9@utusan.com.my
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130604/ws_01/Beri-keutamaan-luar-bandar#ixzz2VCdPvBSH
© Utusan Melayu (M) Bhd
Kata Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Datuk Ir. Dr. Roslan Md. Taha berkata, tender projek pembinaan hospital itu sudah dikeluarkan dengan tarikh tutupnya pada 18 April ini.
Tidak timbul dakwaan projek ini hilang, malah pembinaan fizikal hospital itu juga akan bermula dalam tempoh tiga tahun selepas proses penutupan tender projek berkenaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas dakwaan Ketua Penerangan Pas negeri, Nor Azman Mohamad seperti dipetik akhbar pembangkang 2 April lalu yang turut menyentuh mengenai projek pembangunan di negeri ini kononnya terbengkalai dan hilang seperti projek Hospital Rembau.
Menurut Roslan, hospital yang bakal dibina di atas tanah seluas 19.4 hektar itu dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130405/ws_02/Hospital-Rembau-bukan-projek-hilang#ixzz2PYP0Tnxu
© Utusan Melayu (M) Bhd
13 Februari 2013
Kerja pemasangan rumput tiruan jenis fieldturf di Kompleks Belia dan Sukan Paroi sedang giat dijalankan.
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Baharudin Jali berkata, ketika ini, kerja pemasangan rumput telah siap 90 peratus dan ia siap lebih awal daripada jangkaan tarikh sebenar iaitu 1 Mac.
Beliau berkata, Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2.5 juta melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta II (PFI II) bagi melakukan kerja pemasangan rumput tiruan berkenaan.
“Padang rumput tiruan jenis fieldturf yang bertaraf antarabangsa di negara ini mempunyai nilai akreditasi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) yang paling tinggi dan digunakan untuk pertandingan sukan di luar negara.
“Padang rumput sebegini lebih mudah diuruskan berbanding rumput asli yang mudah rosak akibat penggunaan yang aktif. Ia merupakan pertama digunakan atas padang dalam negara ini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.
Menurut Baharudin, kerja pemasangan rumput tiruan itu dimulakan pada pertengahan Januari lalu dan ia dilakukan secara berperingkat supaya memenuhi piawaian ditetapkan.
“Sekarang ini, hanya tinggal 10 peratus untuk kerja terakhir bagi penambahbaikan sebelum dibuka kepada orang ramai,” katanya
Buat masa ini, katanya, penggunaan padang sedia ada dan trek balapan di kompleks berkenaan ditutup sementara waktu untuk kerja pemasangan rumput terbabit.
Tonggak tersebut ialah pembangunan infrastruktur, ekonomi, perumahan rakyat, pendidikan dan latihan, kesihatan, rekreasi dan sukan, kebajikan, pertanian dan pembinaan masjid serta surau.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek (gambar) berkata, lebih RM300 juta telah dibelanjakan untuk tujuan itu dan jumlah tersebut meningkat dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan rakyat setempat.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah menjelaskan, kesemua projek pembangunan itu dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat sejak negara merdeka pada 1957.
''Sebagai kerajaan yang mengutamakan rakyat, para pemimpinnya tidak pernah berhenti daripada memikir dan merancang pelbagai program dan projek yang mampu membawa manfaat dan faedah kepada rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian selepas penyerahan tajaan akhbar Utusan Malaysia di pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Pilah di sini baru-baru ini.
Hasan menaja sebanyak 10,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia sempena Kempen 1Rumah 1Utusan yang akan diagihkan secara percuma kepada masyarakat, khususnya di lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen berkenaan selama empat minggu mulai minggu lalu.
Beliau berkata, sebanyak RM45.7 juta dibelanjakan oleh kementeriannya bagi menaik taraf jalan luar bandar di DUN Johol, Juasseh dan Pilah serta jalan pintas dari Jalan Tung Yen ke Jalan Bahau di sini dengan peruntukan sebanyak RM3.6 juta daripada Jabatan Perdana Menteri dan Pejabat Kemajuan negeri.
''Kemajuan yang paling ketara ialah projek menaik taraf Jalan Bukit Putus fasa 1 sebanyak RM65 juta yang telah siap dan digunakan sejak 2009 serta fasa 2 bernilai RM12 juta yang sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada April ini.
''Projek ini amat penting kerana kadar trafik di laluan itu telah mencatatkan jumlah kenderaan lebih 23,000 buah sehari," ujarnya.
Sementara itu, Hasan menjelaskan, kementeriannya juga telah membelanjakan lebih RM16.35 juta untuk melaksanakan projek bekalan air luar bandar di daerah Kuala Pilah.
Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak RM12 juta dibelanjakan untuk kemudahan bekalan membabitkan Kampung Langkap - Ulu Mampas dan Kampung Chergun di dalam DUN Seri Menanti dan DUN Juasseh.
Tambahnya, sebanyak 450 buah rumah di Kampung Gunung Pasir, Seri Menanti juga mendapat manfaat daripada pembinaan sebuah rumah pam, penyambungan paip retikulasi dan sebuah menara tangki air dengan kapasiti 100,000 gelen sehari yang membabitkan perbelanjaan sebanyak RM3.7 juta.
''Tangki air juga disediakan untuk empat buah kampung di Kampung Juasseh Tengah dengan kos sebanyak RM650,000," katanya.
Dalam pada itu, Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) turut melaksanakan projek pembangunan semula Pekan Rabu dan Bazar Melayu bernilai RM3.5 juta yang memberi imej baru kepada kawasan perniagaan usang di pekan Kuala Pilah.
Tambahnya, sebanyak RM1 juta dibelanjakan untuk kedai desa, projek usahasama dengan UDA di pekan Juasseh yang memberi peluang ruang niaga yang selesa kepada peniaga bumiputera.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130213/ws_03/Sembilan-aspek-diberi-tumpuan-pembangunan-Kuala-Pilah#ixzz2KjaEApJt
© Utusan Melayu (M) Bhd
utusanN9@utusan.com.my
Biarpun dikategorikan sebagai kawasan pedalaman, namun pelbagai usaha telah dilakukan bagi menaik taraf infrastruktur sedia ada sekali gus membolehkan penduduk menikmati limpahan pembangunan.
Menyusuri sejarah Chennah, kawasan ini mempunyai penduduk majoriti Orang Asli iaitu golongan terawal menerokainya.
Malah berdasarkan maklumat, terdapat empat perkampungan Orang Asli di kawasan itu iaitu terdiri daripada Kampung Dusun Kubur, Kampung Jeram Lesong, Kampung Bertam dan Kampung Tohor.
Namun, selepas beberapa dekad, masyarakat Melayu, Cina dan India mula memasuki dan menetap di kawasan itu sehingga ke hari ini.
Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chennah, Datuk Siow Chen Pin, biarpun terletak di pedalaman, kerajaan negeri dan Persekutuan tidak sesekali mengenepikannya, malah pelbagai usaha terus dilaksanakan bagi memastikan masyarakat turut menikmati arus kemajuan.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam negeri menjelaskan, pihaknya akan memastikan kawasan tersebut terus berkembang maju dari semasa ke semasa dengan penyediaan pelbagai kemudahan.
''Ini termasuklah perbelanjaan sebanyak RM41 juta bagi menanggung kos kerja menaik taraf kemudahan jalan raya bermula dari Kampung Chennah hingga ke Kampung Esok yang dijangkakan siap tidak lama lagi menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
''Projek ini turut meliputi kerja-kerja pelebaran jalan termasuk pembinaan beberapa buah jambatan sepanjang laluan di kedua-dua kampung terbabit," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sebaik sahaja projek itu selesai beliau yakin, ia bukan sahaja dapat dimanfaatkan oleh penduduk sekitar tetapi juga merancakkan aktiviti ekonomi penduduk setempat pada masa akan datang.
Pada masa sama, Chen Pin memberitahu, beberapa kawasan perkampungan di sini juga telah disediakan kemudahan jalur lebar tanpa wajar bagi membolehkan masyarakat terutamanya para pelajar mahupun golongan pentadbiran tempatan untuk berhubung dan mendapatkan maklumat dengan lebih mudah.
Malah aspek pendidikan awal anak-anak juga tidak diabaikan menerusi kewujudan taman bimbingan kanak-kanak Kemas.
''Ini merupakan satu kemudahan kepada masyarakat bukan sahaja dari Kampung Chennah malah bagi anak-anak dari kampung lain agar mereka tidak tercicir dalam pelajaran,"' ujarnya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130212/ws_03/Kerajaan-komited-bangunkan-Chennah#ixzz2KhBq5jja
© Utusan Melayu (M) Bhd
utusanN9@utusan.com.my
Projek yang menampilkan konsep moden dan santai dikenali sebagai PD Waterfront itu dijangka meningkatkan tarikan Port Dickson sebagai antara destinasi pelancongan utama negara selain dikenali Bandar Tentera Darat seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, antara projek yang akan dibangunkan termasuklah pusat komersial bernilai RM300 juta, kediaman dan hotel (RM440 juta), pendidikan dan kesihatan (RM180 juta) serta pelancongan dan rekreasi (RM80 juta).
"Projek ini merupakan kesinambungan rancangan yang tertangguh selama hampir 20 tahun berikutan masalah ekonomi pada 1987 dan 1997.
"Usaha yang dilakukan TSR ini bakal melonjakkan ekonomi di zon pelancongan ini," katanya pada Majlis Perasmian PD Waterfront dan Pelancaran Boutique Suites di Pekarangan PD Waterfront Port Dickson, dekat sini baru-baru ini.
Turut hadir, Pengerusi TSR Capital, Tan Sri Mohamad Noor Rahim.
Tegas Mohamad, produk komersial yang ditawarkan TSR juga dapat memenuhi permintaan ramai dan pakej pembangunan fasa pertamanya menyaksikan premis perniagaan antara yang mendapat tempahan awal.
PD Waterfront dimajukan oleh anak syarikat TSR iaitu TSR Ocean Park Sdn. Bhd. yang akan memastikan pembangunan tanah seluas 60 hektar dekat bandar Port Dickson ini dimajukan sebagai daya tarikan baharu kepada pelancong.
"Perubahan yang berlaku ini telah menarik minat pedagang untuk memulakan perniagaan di tapak komersial di kawasan PD Waterfront ini, bukan sahaja dari dalam negara tetapi perniagaan francais luar negara," katanya
Menurut beliau, pengunjung bukan sahaja dapat menikmati kawasan yang segar tetapi turut berpeluang merasai keenakan makanan yang disajikan di situ serta membeli-belah dikawasan premis komersial berkenaan.
"Kawasan pelancongan di sini akan terus dibangunkan, bukan hanya di PD Waterfront tetapi merangkumi kerja naik taraf kawasan pesisir pantai supaya menjadi lebih cantik dan tersusun.
"Kerajaan juga sedang giat membangunkan semula kemudahan kereta api dari Seremban ke Port Dickson sebagai laluan warisan pelancongan," katanya.
Dalam majlis itu, Mohamad mahu sektor pelancongan terus dilonjakkan serta menjadikan Port Dickson 'hidup' siang dan malam dengan pelbagai aktiviti berteraskan keunikan budaya di negeri ini.
"Isu kebersihan pantai perlu diambil berat supaya laut tidak tercemar. Ini kerana daya tarikan pengunjung ke Port Dickson juga ada hubung kait dengan kebersihan pantai," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130131/ws_01/Teroka-pelancongan-baharu-di-PD#ixzz2JVcdv7IW
© Utusan Melayu (M) Bhd
Walaupun kawasan yang dahulunya 'mati' berikutan kemerosotan ekonomi dan terbiar tanpa kemajuan ia kini berubah landskap menjadi 'permata dalam denyut pembangunan' Port Dickson dengan pelaburan berjumlah RM1 bilion.
Pengerusi TSR Capital, Tan Sri Mohamad Noor Rahim berkata, ketika ini, beberapa unit komersial sudah memulakan operasi dan kini menjadi pilihan pengunjung.
"Antara yang membuka perniagaan termasuklah restoran makanan Korea, Thailand, Jepun serta kedai makanan segera, kedai kek, bistro, masakan tempatan, kopitiam dan banyak lagi.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130131/ws_03/PD-Waterfront-jelmaan-baharu-industri-pelancongan#ixzz2JVc3SOUl
© Utusan Melayu (M) Bhd
Pembinaan dewan bernilai RM3.7 juta itu dijangka siap dalam tempoh 18 bulan.
Majlis pecah tanah pembinaan dewan itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan semalam.
Dalam ucapannya pada majlis itu, Mohamad berkata, pembinaan dewan itu dibuat berdasarkan keperluan yang amat mendesak mengikut kepadatan penduduk di kawasan Sikamat.
Sehingga kini, jelasnya, beberapa kemudahan telah didirikan di sekitar kawasan itu seperti balai polis baru dan klinik kesihatan.
"Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa prihatin dan menjaga kesejahteraan rakyat serta mendengar segala suara rakyat. Dewan orang ramai ini adalah salah satu janji ditepati daripada kerajaan BN kepada rakyat," katanya.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pembinaan PR1MA dengan reka bentuk kondominium itu bertujuan memenuhi hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu melihat rakyat berpendapatan sederhana dan rendah memiliki rumah sendiri.
Beliau berkata, pembinaan PR1MA di situ akan membolehkan mereka yang berkenaan bekerja dan tinggal di kawasan bandar.
"Pembangunan tanah milik Perbadanan Aset Kereta Api seluas 32 hektar itu telah diluluskan mesyuarat Majlis Ekonomi Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri pada pertengahan bulan lalu.
"Pembangunan ini yang akan dikenali sebagai Daerah Perniagaan Baru bagi Seremban merangkumi pembangunan semula stesen kereta api Seremban dan pusat beli-belah serta perniagaan berdasarkan kepada model KL Sentral," katanya.
Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.
Menurutnya, pembangunan tanah kereta api itu bertujuan menampung pembesaran perbandaran Seremban yang semakin pesat saban tahun.
"Oleh itu, kita bercadang menggabungkan semua keperluan bagi memastikan pembangunan itu benar-benar memberikan manfaat kepada negeri dan daerah ini," ujarnya.
Mohamad menjelaskan, pembangunan itu akan dijalankan secara fast track dengan semua kementerian, agensi kerajaan dan kerajaan negeri bergabung di bawah satu jawatankuasa bertujuan melancarkan pembinaannya kelak.
utusanN9@utusan.cpm.my
| |
| BANGUNAN terbengkalai dan terbiar di Taman Serting Jaya dilindungi semak-samun dan memudahkan pelbagai kegiatan tidak bermoral berlaku. |
JEMPOL 2 Jun - Memang benar, sukar untuk mengawal premis terbiar apatah lagi pemiliknya tidak dapat dikesan dan hilang entah ke mana.
Namun begitu, ia bukan alasan bagi mana-mana pihak untuk enggan memantau atau mengambil inisiatif bagi memastikan premis terbiar kosong, ditumbuhi pokok dan hutan kecil itu, dibersihkan supaya tiada anasir negatif berlaku di situ.
Apa pun, harapan itu tidak berlaku di dua premis terbengkalai dan terbiar di Taman Serting Jaya dekat sini, apabila ia semakin 'berhantu' setelah semak-samun yang semakin tinggi menjadi 'mahligai' paling selesa kepada individu tidak bermoral.
Utusan Malaysia yang menerima aduan rakyat meninjau lokasi tersebut hari ini dan nyata, bangunan kosong itu dipenuhi pelbagai jenama arak, kotor dan penuh dengan puntung rokok.
Sama ada ia turut menjadi sarang penagih, sukar untuk dinyatakan tetapi tidak mustahil berdasarkan pemerhatian sekeliling di kawasan 'berhantu' ini, wujudnya senario demikian.
Menurut peniaga di kawasan berhampiran, Ab. Jalil Puteh, 61, bangunan rumah kedai itu tidak pernah berpenghuni sejak dibina sekitar tahun 70-an.
Pihak Majlis Daerah Jempol (MDJL) memberitahu, ia tidak diluluskan kerana keadaan sistem pembetungan yang tidak strategik.
''MDJL pernah datang dan membersihkan bangunan ini. Tetapi itu sudah lama, hampir 10 tahun lepas. Sejak itu tiada pihak berkuasa datang ke sini.
''Dulu ada pelajar membawa pasangan keluar masuk ke dalam bangunan itu.
''Pernah juga anggota polis membuat serbuan di situ. Namun kini keadaan dilihat semakin terkawal, biarpun masih ada kaki botol yang sering ke kawasan tersebut," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sementara itu seorang suri rumah, Asmah Mohd. Yakob, 54, menyatakan rasa bimbangnya jika ada penagih yang menjadikan bangunan terbengkalai dan terbiar itu sebagai tempat melepaskan gian.
"Jika sudah kehabisan wang, pastinya mereka akan mula mencuri, tambahan pula berhampiran bangunan itu terdapat banyak rumah dan pastinya ia menjadi sasaran kelak," jelasnya.
Kata Asmah, di dalam bangunan terbiar itu juga menjadi 'rumah baru' kepada anjing liar dan kadangkala haiwan itu menyalak kuat dan mengganggu penduduk di situ.
''Anjing itu kadangkala mengganggu kanak-kanak yang bermain. Apabila kami melihat anjing liar berkeliaran, semua masuk ke dalam rumah, takut dikejar binatang berkenaan," katanya.
Sehubungan itu, dia dan penduduk di situ berharap ada pihak yang berkenaan datang melihat keadaan bangunan terbiar ini atau bersama-sama menganjurkan gotong-royong membersihkan kawasan itu.
''Kami tidak mahu, jika berlaku musibah, barulah hendak bertindak. Jika itu berlaku, ia sudah terlewat," katanya.




