
14 Julai 2013
Beginiah keadaan tanah runtuh yang menimpa kediaman Jagjeet (kanan) sejak November lalu.
Kanvas digunakan MPS untuk menutup kawasan tanah runtuh.
Jagjeet Singh, 39, mendakwa, walaupun berkali-kali membuat aduan, tiada tindakan oleh PBT untuk menangani gelongsoran tanah di belakang rumahnya selepas tembok pengadang setinggi kira-kira dua meter yang dibina sejak 10 tahun lalu pecah dan runtuh.
“Dari SMS, emel, panggilan telefon sehinggalah berjumpa sendiri dengan mereka. Namun, jawapan diterima cukup menghampakan.
“Menurut mereka, kerja pembaikan masih tidak dapat dijalankan kerana belum ada peruntukan,” katanya.
Jagjeet bagaimanapun berkata, penjelasan diberikan agak tidak masuk akal dan sukar diterima.
“Jika difikirkan secara logik, takkanlah dari November sehingga kini masih belum dapat peruntukan. Sedangkan seperti diketahui umum, Majlis Perbandaran Seremban (MPS) mempunyai sumber kewangan kukuh.
“Wakil MPS pernah datang ke sini untuk meneliti kerosakan dan menutup runtuhan terbabit menggunakan kanvas. Namun, itulah kali pertama dan terakhir mereka berbuat sesuatu,” katanya.
Kata Jagjeet, dia bercadang membaiki kerosakan dialami menggunakan wang sendiri, kemudian menuntut segala kos ditanggung daripada mereka. Malangnya, rancangan itu tidak dipersetujui MPS.
“Bayangkan, belakang rumah saya tidak ubah seperti kawasan air terjun. Bezanya, air turun mencurah-curah bercampur tanah. Bagi mengelakkan masuk ke rumah, saya terpaksa pasang paip untuk menyalurkannya ke tempat lain," katanya.
Sementara itu, Adun Lobak, Siow Kim Leong berkata, pihaknya mengajukan hal ini kepada MPS minggu lalu, tetapi menerima respons lebih mengecewakan.
“Jika dengan Jagjeet, mereka menjelaskan belum dapat peruntukan buat masa ini. Bagaimanapun, kita pula dimaklumkan sememangnya tiada peruntukan langsung untuk membantu Jagjeet.
“Oleh itu, saya akan berjumpa sendiri dengan pihak MPS minggu depan membincangkan hal ini supaya masalah dapat diatasi secepat mungkin,” katanya.
7 Julai 2013
Yang Dipertuanya, Wan Razali Wan Awang berkata, masalah sampah berlonggok tidak akan berlaku susulan ia akan dikutip dua kali sehari.
Menurutnya, ketika ini peniaga berkenaan dalam proses pemindahan ke tapak pasar sementara dalam tempoh beberapa hari ini dan dijangka proses merobohkan pasar lama akan dijalankan minggu depan.
“Pasar sementara ini lebih selesa dan luas dari tapak pasar asal. Manakala kadar sewa di pasar sementara itu akan dikurangkan kepada peniaga ayam dengan kadar 50 peratus," katanya.
Wan Razali berkata, peniaga dibenarkan membawa ayam segar masing-masing ke pasar sementara namun stok ayam hidup tidak dibenarkan ditinggalkan dekat pasar tersebut.
“Ini bagi mengelakkan masalah bau kepada peniaga berhampiran.
"Bagi isu penyembelihan ayam, peniaga dibenarkan menyembelih ayam segar di pasar berkenaan dan bukan seperti yang disarankan sebelum ini iaitu sembelih di tempat lain,” katanya ketika mengulas lanjut perkembangan pasar ayam segar Bahau, semalam.
3 Julai 2013
Anggota penguatkuasa sedang menurunkan papan tanda yang tidak mempunyai kelulusan MPS dalam operasi yang dijalankan, semalam.
Operasi yang bermula kira-kira jam 9 pagi di Jalan Labu Lama, Jalan Sungai Ujong, Jalan Taman Permai dan Jalan Manickavasagam itu telah dilakukan 25 anggota penguatkuasa MPS, diketuai Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Jabatan Perlesenan dan Pembersihan MPS, Anidah Mohd Nazri.
Anidah berkata, antara papan tanda yang dihapuskan kebanyakannya membabitkan papan tanda tunjuk arah premis yang dipasang tanpa kelulusan MPS.
“Papan tanda tunjuk arah premis yang diturunkan dalam operasi itu adalah seperti iklan kelas tarian, iklan tadika, iklan kedai tayar dan iklan jualan rumah oleh pemaju perumahan,” katanya.
Menurutnya, berdasarkan kepada statistik dari Januari hingga Jun tahun ini, pihaknya telah berjaya menurunkan sebanyak 125 papan tanda haram dalam operasi yang dilakukan.
“Pada bulan lepas sahaja, kita telah berjaya menurunkan 43 papan tanda haram menerusi empat operasi yang dijalankan,” katanya.
Menurutnya, mengikut peruntukan Undang-Undang Kecil Iklan MPS 1980, MPS boleh mengeluarkan kompaun maksimum kepada pesalah sebanyak RM250.
5 Jun 2013
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kawasan itu bakal menjadi kawasan 'tadahan baharu' kepada Lembah Klang dan ibu negara, Kuala Lumpur dalam menampung kesesakan pembangunan yang kian melimpah hasil pembangunan yang pesat.
"Walaupun Negeri Sembilan tidak termasuk dalam mana-mana dasar kerajaan persekutuan dalam pembangunan koridor raya sama ada utara mahu pun selatan, tetapi kita perlu memastikan negeri ini menjadi pusat bandar bagi Kuala Lumpur atau dipanggil ‘Centralise Town of Kuala Lumpur," katanya pada majlis Malam Apresiasi Media 2013 di sini, malam tadi.
Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mat Ali Hassan, anggota exco dan wakil rakyat Barisan Nasional (BN), Ketua Pengarang Bernama Datuk Zulkefli Salleh dan Pengarang Bernama Mokhtar Hussain.
Mohamad berkata baru-baru ini beliau berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai hasratnya membangunkan kawasan baharu di negeri ini.
Sementara itu, katanya kerjaaan negeri akan memperkukuhkan lagi dasar sedia ada berikutan kemenangan BN dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas.
Menteri besar berkata agenda mensejahterakan rakyat akan diteruskan manakala dasar yang ada akan diperbaiki berdasarkan mandat yang diberi rakyat kepada kerajaan negeri.
Beliau seterusnya menyeru para wartawan agar memahami etika kewartawanan untuk bersama-sama membantu kerajaan negeri memperjelaskan kepada masyarakat mengenai dasar yang sedang dan akan dilaksanakan kerajaan negeri.
"Ini sejajar dengan terjemahan pengundi melalui keputusan PRU13 lalu iaitu memberikan kepercayaan semula kepada BN untuk mentadbir negeri ini," katanya.
Beliau turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga media yang sama-sama berusaha dan membantu melaporkan berita tentang Negeri Sembilan. - Bernama
utusanN9@utusan.com.my
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130604/ws_01/Beri-keutamaan-luar-bandar#ixzz2VCdPvBSH
© Utusan Melayu (M) Bhd
26 Mei 2013
Asrul (empat, kanan) menyampaikan cenderamata kepada Ketua LKAAM, Lubuk Sakti.
Lawatan sehari yang diketuai Datuk Lubuk Sakti Djafri itu diisi dengan lawatan melihat pameran dan artifak serta taklimat disampaikan Penolong Kurator Bahagian Pengurusan Muzium, Asrul Effendi Kamaruzzaman.
Asrul berkata, kunjungan tersebut dapat memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelancong bahawa muzium bukan sekadar menjadi destinasi pelancongan menarik untuk dilawati, tetapi juga gedung ilmu.
“Muzium merupakan salah satu pilihan lokasi yang boleh dikunjungi oleh pelancong yang datang ke negeri ini.
“Malah, di sini juga tempat mereka boleh mendapat pengetahuan tentang sejarah dan adat istiadat yang menjadi kebanggaan penduduk Negeri Sembilan,” katanya
Menurutnya, kunjungan itu juga menjadi permulaan baik yang dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kedua belah pihak, selain usaha muzium dalam mempromosikan Negeri Sembilan sebagai destinasi pelancongan menarik di negara ini.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata majlis angkat sumpah itu akan diadakan di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Mereka yang dinamakan sebagai Exco ialah ADUN Labu Datuk Hasim Rusdi, Abu Ubaidah Redza (Ampangan), Datuk Jalaluddin Alias (Pertang), Datuk Shamsulkahar Mohd Deli (Serting), Datuk Ismail Lasim (Senaling) dan Abd Razak Ab Said (Gemas).
Turut tersenarai Datuk Zaifulbahri Idris (Chembong), Tun Hairudin Abu Bakar (Bagan Pinang), Datuk Norhayati Omar (Pilah) dan L.Manickam (Jeram Padang).
Semua nama-nama tersebut telah dirujuk dan dinilai bersama Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum dipersembah kepada Tuanku Muhriz dan diperkenan baginda, katanya dalam satu sidang media mengenai perkara itu, di sini hari ini.
Bagi porfolio yang akan dipegang Dun berkenaan, Mohamad berkata ia akan diputuskan dalam satu mesyuarat petang ini.
"Keputusan dalam mesyuarat esok berkenaan Speaker akan kita bawa dalam persidangan pertama Dun untuk kita putuskan Speaker Dun," katanya.
Mengenai ketiadaan wakil Cina dalam senarai tersebut, Mohamad yang juga Pengerusi BN negeri berkata menerusi konsep terbuka yang diamalkan selama ini, beliau yakin kerajaan mampu memberikan perkhidmatan kepada rakyat di negeri ini.
Ditanya sama ada pihaknya akan melantik penasihat kepada kerajaan yang juga akan bertindak mewakili kaum Cina dalam kerajaan negeri, beliau berkata buat masa ini ia belum ada keperluan.
Bagaimanapun, katanya, masyarakat Cina tidak perlu risau mengenai perkara itu kerana walaupun tiada wakil Cina dalam exco kerajaan, tidak bermakna kepentingan dan hal ehwal masyarakat itu akan dipinggirkan.
Pada majlis itu Tuanku Muhriz turut berkenan menyampaikan watikah pelantikan dan menyaksikan semua exco menandatangi sumpah jawatan.
Portfolio yang akan dipegang oleh Adun-adun terbabit dijangka diputuskan pada mesyuarat pertama exco yang akan dipengerusikan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan petang ini.
Tuanku Muhriz dalam titah ucapannya pada majlis itu mengucapkan tahniah kepada semua Adun yang dipilih menganggotai exco dan menggesa mereka berkhidmat sebagai sebuah pasukan yang mantap dalam memajukan negeri.
Baginda bertitah semua yang dilantik harus melaksanakan amanah yang diterima ini dengan bersungguh-sungguh, ikhlas serta telus dan tidak mengkhianati amanah yang diberikan.
"Beta percaya dengan pelantikan ini juga, kamu akan memastikan segala kepentingan luar seperti kepentingan perniagaan akan dilepaskan kerana kedudukan yang diamanahkan ini bukan untuk disalahgunakan bagi tujuan kepentingan diri sendiri," titah baginda.
Turut berangkat ke istiadat itu Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.
Hadir sama Undang Luak Sungai Ujong Datuk Mubarak Dohak, Undang Luak Rembau Datuk Muhamad Sharip Othman, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mat Ali Hassan serta beberapa anggota DUN dan Parlimen.- Bernama
15 Mac 2013
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perbuatan ini bertentangan dengan prinsip dan etika kakitangan kerajaan yang sepatutnya menyimpan rahsia jabatan dengan baik.
"Saya tahu, banyak rahsia kerajaan negeri bocor disebabkan terdapat segelintir pegawai kita yang tidak jujur, dengan memberi maklumat sulit kepada pihak tidak sepatutnya. Tindakan ini sepatutnya dihentikan," katanya.
Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 300 pegawai awam pada Majlis Perjumpaan Bersama Pegawai-Pegawai di Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan di Klana Resort, di sini.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan dan Speaker Dun, Datuk Razak Mansor.
Justeru Mohamad menasihatkan kakitangan awam supaya tidak melakukan khianat terhadap ketua jabatan mereka hanya semata-mata untuk kepentingan orang luar.
"Saya minta semua pegawai awam yang bekerja di Negeri Sembilan agar sentiasa bersikap jujur dan ikhlas dalam pekerjaan mereka.
"Jangan sesekali mengkhianati ketua mahupun pemimpin kita semata-mata mahu membantu pihak luar," katanya.
Mohamad juga berkata, aduan mengenai cara kerja dan perkhidmatan kakitangan awam di negeri ini dilaporkan semakin menurun, berbanding pada 2008 apabila laporan yang diterima hampir 100 peratus.
Bagaimanapun, katanya, sehingga tempoh ini, pihaknya hanya menerima aduan mengenai kakitangan awam sebanyak 20 peratus sahaja.
“Saya berbangga dengan kadar penurunan aduan terhadap kakitangan awam negeri ini yang membuktikan bahawa setiap pekerja kita berada dalam keadaan bersedia dan berhemah dalam memberi perkhidmatan.
“Pada masa ini, saya kurang mendapat aduan, sebaliknya banyak menerima surat pujian daripada orang awam yang memuji kakitangan awam kita melayan mereka dengan baik, sehingga kesulitan dihadapi dapat diselesaikan. Syabas kepada semua," katanya.
SEREMBAN 26 Feb. - Satu persimpangan baharu dan laluan masuk membabitkan kawasan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Seremban Utara dekat sini bakal memberi akses ke Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas).
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerja pembinaan di dua laluan yang telah dimulakan tersebut akan memberi manfaat kepada lebih 20,000 penduduk di kawasan Temiang, Sikamat, Ampangan, Nilai, Mambau, Senawang, Paroi dan Lobak.
''Kawasan Seremban Utara ini dinamakan untuk menunjukkan kawasan di Ulu Temiang. Oleh kerana PR1MA ini menunjukkan pembangunan terancang, maka kita namakan kawasan perumahan baharu itu sebagai PR1MA Seremban Utara manakala di bandar pula dinamakan PR1MA Seremban Sentral.
''Kemudahan ini merupakan satu lagi alternatif kepada laluan masuk dan keluar di kawasan bandar Seremban di mana aksesnya melalui Lekas," ujarnya sewaktu menyaksikan permulaan kerja di persimpangan itu di Temiang, dekat sini hari ini
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130227/ws_03/PR1MA-Seremban-Utara-boleh-akses-ke-Lekas#ixzz2M3PoSEAj
© Utusan Melayu (M) Bhd
SEREMBAN 23 Feb. - Pakej Makan Berselo yang ditawarkan Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) mendapat pujian daripada sekumpulan pelancong Indonesia yang berkunjung ke Muzium Negeri, di sini hari ini.
Ketua rombongan Alumni Universiti Gadjah Mada, Guntur Wianta berkata, pakej tersebut memberi kelainan, di mana ia membuka peluang kepada pengunjung menikmati juadah tempatan dan pada masa sama melihat bahan bersejarah serta artifak negeri itu.
"Ini suatu yang baru, di mana pihak muzium sendiri yang menawarkan pakej makan tengah hari di sini.
"Pada saya makanan yang dihidangkan semuanya lazat meskipun ada lauk yang hampir serupa di tempat asal saya," katanya di sini hari ini.
Bagi seorang lagi peserta rombongan, Hidayu Ratna dari Bali, Indonesia, makanannya sungguh enak, malah memberi pengalaman kepada pengunjung menikmati juadah bersama seperti diamalkan oleh masyarakat adat perpatih.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130224/ws_02/Pelancong-Indonesia-puji-pakej-Makan-Berselo#ixzz2Lm0vF6te
© Utusan Melayu (M) Bhd
14 Februari 2013
Kurator Muzium Negeri (Bahagian Pengurusan Muzium) Aziz Mohd Gorip berkata, pakej yang diperkenalkan mulai tahun ini, memberi peluang kepada pelancong untuk merasai keenakan makanan tradisional Negeri Sembilan di samping melihat pameran dan artifak di muzium itu.
Katanya tiga pakej yang ditawarkan itu berharga antara RM8 dan RM12 dan menyajikan menu masakan tradisi masyarakat Melayu Negeri Sembilan.
"Pakej 1, berharga RM8 dengan menu nasi putih, masak lado api (cili api) ikan sembilang, ayam goreng, ulam-ulaman dan sambal gesek (ikan bilis bersama cili api) serta sirap selasih, manakala Pakej 2 pula berharga RM10 dengan menu nasi putih, masak lado api campur kentang, sambal ikan sembilang, sayur campur dan air jando pulang (air kelapa muda yang dimasak bersama gula melaka dan daun pandan).
"Pakej 3 pula berharga RM12 dengan nasi putih, masak lado api daging salai campur pucuk ubi, sambal ikan sembilang, sambal tempoyak daun kayu, buah dan sirap selasih," katanya di sini hari ini.
Katanya produk tambah nilai 'makan 'berselo' itu diharap dapat mengetengahkan budaya dan adap sopan yang diamalkan masyarakat Melayu di negara ini.
Aziz berkata tempahan terhadap mana-mana pakej tersebut boleh dibuat dengan minimun 15 orang dan maksimun 80 orang mulai 11 pagi hingga 3 petang setiap hari.
Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi beliau melalui talian 013-3293871 atau Mawar Malinda Zakaria di talian 012-2513642 atau 06-7631149. - Bernama
Beliau berkata, walaupun negara ini bukan bertaraf kaya seperti sesetengah negara lain tetapi diurus dengan baik oleh pemimpin dan kepimpinan yang sentiasa meletakkan rakyat sebagai keutamaan.
"Banyak negara kaya di dunia yang tidak dapat menolong rakyat mereka seperti yang kita lakukan kerana pemimpinnya terlalu sibuk berhadapan dengan ancaman digulingkan puak penentang masing-masing.
"Lebih malang rakyat yang sangat berharap dapat menikmati kekayaan yang dianugerahkan kepada negara mereka menjadi mangsa," katanya ketika berucap dalam majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi kawasan Mambau dan Rantau di Dewan Orang Ramai Taman Angsamas, di sini semalam.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130215/ws_03/Rakyat-perlu-syukuri-pelbagai-nikmat#ixzz2KvPkvxbr
© Utusan Melayu (M) Bhd
utusanN9@utusan.com.my
Biarpun dikategorikan sebagai kawasan pedalaman, namun pelbagai usaha telah dilakukan bagi menaik taraf infrastruktur sedia ada sekali gus membolehkan penduduk menikmati limpahan pembangunan.
Menyusuri sejarah Chennah, kawasan ini mempunyai penduduk majoriti Orang Asli iaitu golongan terawal menerokainya.
Malah berdasarkan maklumat, terdapat empat perkampungan Orang Asli di kawasan itu iaitu terdiri daripada Kampung Dusun Kubur, Kampung Jeram Lesong, Kampung Bertam dan Kampung Tohor.
Namun, selepas beberapa dekad, masyarakat Melayu, Cina dan India mula memasuki dan menetap di kawasan itu sehingga ke hari ini.
Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chennah, Datuk Siow Chen Pin, biarpun terletak di pedalaman, kerajaan negeri dan Persekutuan tidak sesekali mengenepikannya, malah pelbagai usaha terus dilaksanakan bagi memastikan masyarakat turut menikmati arus kemajuan.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam negeri menjelaskan, pihaknya akan memastikan kawasan tersebut terus berkembang maju dari semasa ke semasa dengan penyediaan pelbagai kemudahan.
''Ini termasuklah perbelanjaan sebanyak RM41 juta bagi menanggung kos kerja menaik taraf kemudahan jalan raya bermula dari Kampung Chennah hingga ke Kampung Esok yang dijangkakan siap tidak lama lagi menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
''Projek ini turut meliputi kerja-kerja pelebaran jalan termasuk pembinaan beberapa buah jambatan sepanjang laluan di kedua-dua kampung terbabit," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sebaik sahaja projek itu selesai beliau yakin, ia bukan sahaja dapat dimanfaatkan oleh penduduk sekitar tetapi juga merancakkan aktiviti ekonomi penduduk setempat pada masa akan datang.
Pada masa sama, Chen Pin memberitahu, beberapa kawasan perkampungan di sini juga telah disediakan kemudahan jalur lebar tanpa wajar bagi membolehkan masyarakat terutamanya para pelajar mahupun golongan pentadbiran tempatan untuk berhubung dan mendapatkan maklumat dengan lebih mudah.
Malah aspek pendidikan awal anak-anak juga tidak diabaikan menerusi kewujudan taman bimbingan kanak-kanak Kemas.
''Ini merupakan satu kemudahan kepada masyarakat bukan sahaja dari Kampung Chennah malah bagi anak-anak dari kampung lain agar mereka tidak tercicir dalam pelajaran,"' ujarnya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130212/ws_03/Kerajaan-komited-bangunkan-Chennah#ixzz2KhBq5jja
© Utusan Melayu (M) Bhd










