BAHAU - Isu sampah yang menghantui peniaga berhampiran dan penduduk
setempat setelah perpindahan seramai 20 peniaga ayam segar di pasar
sementara berhampiran Pusat Penjaja Bahau, di sini akan diselesaikan
Majlis Daerah Jempol (MDJL).
Yang Dipertuanya, Wan Razali Wan Awang berkata, masalah sampah berlonggok tidak akan berlaku susulan ia akan dikutip dua kali sehari.
Menurutnya, ketika ini peniaga berkenaan dalam proses pemindahan ke tapak pasar sementara dalam tempoh beberapa hari ini dan dijangka proses merobohkan pasar lama akan dijalankan minggu depan.
“Pasar sementara ini lebih selesa dan luas dari tapak pasar asal. Manakala kadar sewa di pasar sementara itu akan dikurangkan kepada peniaga ayam dengan kadar 50 peratus," katanya.
Wan Razali berkata, peniaga dibenarkan membawa ayam segar masing-masing ke pasar sementara namun stok ayam hidup tidak dibenarkan ditinggalkan dekat pasar tersebut.
“Ini bagi mengelakkan masalah bau kepada peniaga berhampiran.
"Bagi isu penyembelihan ayam, peniaga dibenarkan menyembelih ayam segar di pasar berkenaan dan bukan seperti yang disarankan sebelum ini iaitu sembelih di tempat lain,” katanya ketika mengulas lanjut perkembangan pasar ayam segar Bahau, semalam.

0 Komen