DRB-HICOM 1 (Ivan Babic 19) VS Negeri Sembilan 3 (Andrew Nabbout, 82 -pen; Joel Chianese 84 dan Alex Smith, 88)
PEMBURUAN gelaran juara keseluruhan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas musim 2014 berakhir lebih awal apabila ketiga-tiga kategori, CP130, CP115 dan Wira diketahui pemiliknya sebaik pusingan kesembilan kejuaraan berakhir di Jempol, Negeri Sembilan, semalam.
Masih berbaki satu pusingan yang akan berlangsung di Kedah, hujung November ini, Mohd Zaqhwan Zaidi yang menjuarai lima pusingan perlumbaan pada musim ini dinobatkan selaku juara keseluruhan sebaik berjaya menamatkan perlumbaan akhir di tangga ketiga dengan masa 14’46.782s.
Sementara itu, Mohd Izzat Zaidi Salehan (Motul Yamaha YY Pang) muncul juara keseluruhan kategori CP115 setelah mengumpul 178 mata.
3 Jun 2013
Khairy Jamaluddin
Itu kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berhubung reaksi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah yang terkilan dengan teguran beliau.
Khairy bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut perkara itu kerana tidak mahu ia berpanjangan ketika diajukan wartawan pada Majlis Perasmian Penutup Kursus Asas Haji di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Dato’ Haji Hassan Haji Sail, di sini, semalam.
Sebaliknya, beliau hanya menyifatkan pandangan disuarakan itu selaras dengan jawatan menteri yang menjaga perkembangan sukan tanah air.
Sebelum ini, Khairy membidas FAM dan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dengan menyifatkan kedua-dua persatuan itu tidak profesional.
FAM dikatakan tidak bertindak adil apabila memperuntukkan 60,000 tiket kepada PBNP.
Manakala, PBNP pula gagal memastikan keselamatan terjamin di Stadium Darul Makmur sehingga memaksa perlawanan terpaksa ditangguhkan.
Khairy berkata, kenyataan dibuatnya itu merupakan pandangan diambil daripada maklum balas orang ramai yang mempersoalkan keputusan diambil FAM.
Bagaimanapun, kenyataan Khairy mengundang rasa kurang senang Sultan Ahmad Shah.
19 Mei 2013
B. Sathianathan
JURULATIH Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B.Sathianathan mengakui bahawa kurang fokus dan konsentrasi menjadi punca anak-anak buahnya tewas 1-2 kepada Negeri Sembilan pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi semalam.
Sathianathan menjelaskan, pemain-pemain bukan sahaja berada pada tahap kurang meyakinkan malah turut mengamalkan sikap sambil lewa ke atas pasukan lawan.
“Pemain hilang fokus hampir sepanjang perlawanan hingga menyebabkan banyak peluang gagal disempurnakan dengan baik dan hasrat mengutip mata di halaman sendiri tidak kesampaian.
“Sebaliknya pasukan lawan meraih mata penuh kerana kesilapan kita dan ini harus menyedarkan pemain supaya tidak lagi leka dan terlalu yakin atau berasa cepat selesa kerana ia jelas boleh membawa padah kepada pasukan,” kata Sathianathan ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.
Ketika ditanya adakah ketiadaan pemain importnya, Marlon Alex James yang menjejaskan hasrat ATM untuk mencuri tiga mata, Sathianathan bagaimanapun menyangkal dakwaan itu.
Sebaliknya beliau menganggap nasib tidak menyebelahi mereka meskipun pemain-pemainnya mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol.
“Seperti saya katakan tadi, sikap sambil lewa yang menyebabkan pemain gagal menyerlah. Selepas Negeri Sembilan menjaringkan gol pertama para pemain saya sudah mula goyah.
“Keadaan menjadi bertambah teruk selepas mereka menyumbat gol kedua kerana saya nampak fokus pemain untuk bertahan semakin berkurangan sehingga pasukan lawan banyak mencipta peluang dan ruang bagi menjaringkan gol tetapi nasib juga tidak menyebelahi pasukan tuan rumah,” katanya yang memuji semangat juang pemain pasukan lawan.
Semalam, hasrat ATM untuk memintas kedudukan Lions XII selaku pendahulu Liga Super tidak kesampaian apabila tewas mengejut kepada Negeri Sembilan.
Kekalahan itu sekali gus menyaksikan The Gladiators kekal di tangga kedua liga, dipisah dengan perbezaan dua mata oleh Lions XII.
Mengulas lanjut, beliau yang mengakui kecewa dengan keputusan itu bagaimanapun berharap pemain ATM akan bangkit sambil menegaskan pasukannya tidak lagi boleh keciciran mata dalam baki empat perlawanan selepas ini.
“Setakat ini Lions XII memang mempunyai kelebihan untuk bergelar juara, tapi peluang tetap terbuka untuk kami asalkan baki empat lagi perlawanan memihak kepada ATM.
“Dan Lions XII juga harus disekat agar pasukan itu tidak terus melebarkan jurang mata,” ujarnya lagi.
The Gladiators akan bertemu dengan Selangor 21 Jun, pasukan Terengganu 25 Jun, Pahang 2 Julai manakala Perak 6 Julai.
sukan@utusan.com.my
Melalui laman sosial, Twitter miliknya sebaik sahaja pelantikan semalam, beliau berkata: Alhamdulillah dan terima kasih semua atas mesej tahniah.
Amanah yang berat. Mohon idea dari rakan-rakan semua untuk masa depan sukan dan belia."
Sementara itu, ketika dihubungi, beliau berkata tumpuannya sudah tentu kepada pembangunan belia dan sukan.
Saya akan cuba melakukan transformasi orang muda yang mana saya berperanan untuk lebih rapat dengan golongan tersebut," katanya.
Menurutnya, beliau memerlukan masa dua minggu untuk mendengar pandangan daripada pelbagai pihak sebelum membuat sebarang perancangan.
Saya akan cuba melakukan transformasi dengan membawa suara anak muda ke dalam Kabinet," ujar beliau.
Khairy, yang dilahirkan pada 19 Januari 1976 adalah Menteri Belia dan Sukan paling muda yang pernah dilantik memegang jawatan tersebut.
Khairy pertama kali bertanding di Parlimen Rembau, Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan berjaya mempertahankan kerusi tersebut pada PRU-13 lalu.
Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, pernah memegang jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 2007 hingga 2010.
Khairy pernah terbabit dalam rancangan realiti sukan popular, MyTeam. Pasukan itu beraksi dalam Liga Perdana pada 2007 sebelum bergabung dengan Perak UPB dan dikenali sebagai UPB-MyTeam.
Beliau menjadi Presiden pasukan tersebut sehingga berjaya muncul naib juara Liga Perdana 2007 dan beraksi dalam Liga Super pada 2008.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130516/su_01/Amanah-cukup-berat#ixzz2TVhqC1xO
© Utusan Melayu (M) Bhd
22 April 2013
Muhamad Hanifah
Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Kontinjen negeri, Superintendan Muhamad Hanifah Abdul Majid berkata, sekumpulan 100 penyokong membuat protes terhadap pemain dan jurulatih skuad Hoben Jang Hoben sejurus selepas perlawanan berlangsung.
Menurutnya, anggota polis yang bertugas terpaksa membuat halangan untuk memberi laluan kepada para pemain dan jurulatih keluar dari bilik persalinan.
“Kita telah memberi arahan kepada penyokong supaya bersurai tetapi mereka enggan sehingga berlakunya kejadian tolak-menolak dengan anggota keselamatan.
“Dalam insiden itu, kita telah menahan dua lelaki kerana melanggar arahan polis dengan cuba merempuh sekatan yang dibuat anggota kita,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini, semalam.
Muhamad Hanifah berkata, lelaki berusia 27 dan 30 tahun itu ditahan reman bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan semalam dengan ikat jamin polis.
“Kedua-dua lelaki yang berasal dari bandar ini ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana mengganggu tugas polis.
“Kita telah serahkan kertas siasatan kes kepada Pejabat Peguam dan kita akan tunggu keputusan sama ada mahu mendakwa mereka atau tidak,” katanya.
17 April 2013
Pemain Selangor Mohd Amri Yahya membuat percubaan namun berjaya dihalang penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT) Muhd Al Hafiz semasa perlawanan Piala FA di Stadium Shah Alam. -
Pada perlawanan suku akhir kedua malam tadi, Kelantan berjaya menumpaskan Sarawak 2-0 untuk menang agregat 4-1 di Stadium Negeri di Kuching.
Sebelum ini, Kelantan mendahulu Sarawak 2-1 pada perlawanan pertama di Stadium Sultan Muhammad IV.
Dua gol Kelantan dijaringkan oleh Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-18 dan Mohd Norfarhan Muhammad pada minit ke-30.
Sementara itu, turut mengiringi Kelantan ke separuh akhir ialah satu lagi pasukan Pantai Timur iaitu Terengganu yang mencatat kemenangan dengan agregat 6-1 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Sultan Nasiruddin Shah.
Terengganu yang mendahului Negeri Sembilan 3-1 pada perlawanan pertama sebelum ini meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan pasukan pelawat 3-0.
Tiga gol Terengganu dijaringkan oleh Ashaari Samsudin pada minit ke-24 sebelum Effa Owana meledak gol pada minit ke-53 dan 73.
Di Stadium MP Selayang, naib juara Piala FA musim lepas, Sime Darby gagal mengulangi pencapaian tersebut apabila tewas dengan agregat 0-2 kepada Pahang.
Kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada perlawanan pertama.
Pemain import Pahang, Matias Conti muncul waira buat pasukannya apabila menyumbangkan dua gol pada minit ke-75 dan ke-80.
Harimau Selatan merupakan pasukan terakhir mengesahkan slot apabila berjaya menewaskan Selangor menerusi sepakan penalti 4-2 selepas kedua pasukan terikat dengan agregat 3-3 sepanjang 120 minit tamat masa perlawanan.
Dalam aksi 90 minit di Stadium Shah Alam, Selangor tewas 1-2 kepada JDT walaupun tuan rumah mendahului pelawat hasil jaringan Mahali Jasuli pada minit 28 sebelum bintang import baru Harimau Selatan dari Argentina, Leonel Nunez menjaringkan gol minit 66 dan 86.
Selangor sebelum ini menewaskan JDT 2-1 pada perlawanan pertamam di Stadium Larkin.
Perlawanan separuh akhir dijadualkan berlangsung pada 25 Mei untuk aksi pertama sebelum timbal balik pada 28 Mei ini.
Berikut keputusan suku akhir kedua Piala FA:
Terengganu 3-0 Negeri Sembilan
* Terengganu mara dengan agregat 6-1
Sime Darby 0-2 Pahang
* Pahang mara dengan agregat 2-0
Kelantan 2-0 Sarawak
* Kelantan mata dengan agregat 4-1
Selangor 1-2 Johor Darul Takzim (JDT)
* JDT mara dengan kemenangan 4-2 menerusi sepakan penalti
Situasi itu membuka ruang kepada Selangor, Johor Darul Takzim, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pahang untuk merapatkan jurang mata dengan pendahulu.
Negeri Sembilan membuka jaringan menerusi pemain import baharu, Leandro Barbosa Fabio hasil rembatan kencang dari jarak 25 meter pada minit ke-15.
Namun, LionsXII hanya memerlukan empat minit kemudian untuk menyamakan kedudukan menerusi Fazrul Nawaz.
Hasrat tuan rumah untuk mencari kemenangan pertama kabur apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain Abd Ghani Abd Rahman dilayangkan kad merah pada minit ke-72.
Sementara itu, Selangor mencatat kemenangan keenam musim ini dengan menumpaskan Felda United 2-0 di Stadium Shah Alam.
Jaringan pembukaan dicipta oleh K. Gurusamy pada minit ke-50, disusuli Francis Forkey Doe, sembilan minit sebelum perlawanan tamat.
Pahang juga bermula langkah kanan pada pusingan kedua Liga Super 2013 apabila menewaskan T-Team 2-1 di Stadium Darul Makmur.
Pemain tengah, R. Gopinathan menceriakan penyokong tuan rumah apabila menjaringkan gol pendahulua pada minit ke-51.
Pada minit ke-60, skuad Tok Gajah menambah menjadikan kedudukan 2-0 menerusi Mohd. Razman Roslan.
Pada minit ke-71, Pahang terpaksa memasukkan penjaga gol simpanan, Mohd. Khairul Azhan Mohd. Khalid selepas Rosfaizul Azuar mengalami kecederaan.
Gol sagu hati T-Team diperolehi menerusi Azrul Hazran Amiludin Baki hasil rembatan kencang dalam kotak penalti menewaskan Mohd. Khairul Azhan pada minit ke-81.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130414/su_05/LionsXII-kena-hambat#ixzz2QPRExsUq
© Utusan Melayu (M) Bhd
Kerja-kerja memasang padang sintetik itu bermula 10 Januari lalu dan telah siap pada 1 Mac dengan menelan belanja lebih RM2.4 juta yang dibuat secara Private Finance Initiative II (PFI II).
Sebanyak 30 padang bola sepak sintetik telah dicadangkan untuk dibina di seluruh Malaysia dengan anggaran peruntukan sebanyak RM50 juta oleh Kementerian Kewangan yang disediakan di bawah peruntukan PFI II.
Sebanyak lima padang bola sepak itu akan dibina di Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Perlis dalam fasa pertama dengan Syarikat Blondal All-Turf telah dilantik bagi melakukan kerja pemasangan tersebut.
Padang bertaraf antarabangsa itu mempunyai akreditasi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA dan digunakan dalam pertandingan sukan di luar negara.
Pembinaan padang bola sepak sintetik itu merupakan ilham Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130404/ws_02/Padang-sintetik-pertama-di-negara-ini#ixzz2PS5qD9Ui
© Utusan Melayu (M) Bhd
Seremban: Kemantapan pelumba kebangsaan nyata sukar digugat apabila mendominasi tujuh kategori Kejohanan Basikal Bukit Terbuka Negeri Sembilan 2013 julung kali diadakan di Tampin, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Kategori Olimpik Lelaki Terbuka menyaksikan Muhammad Emir Shafiq dari pasukan Amaniz Cycling muncul juara, diikuti tempat kedua, Saiful Kohar Abd Halim (Endurace) dan ketiga Shaiful Ahmad (Amaniz Cycling).
Kategori Sirkit Lelaki Terbuka dimenangi Shahrin Amir (Selangor), diikuti Mohd Razif Salleh dan Saiful Kohar Abd Halim (Endurace), masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.
Kategori Olimpik Remaja Lelaki pula menampilkan Julian Sabree Bahare (Amaniz Cycling) muncul johan diikuti Tengku Muhammad Hazib Tengku Fadzil (Negeri Sembilan) kedua dan Garry Tayn (Sarawak) ketiga.
Garry Tan bangkit dengan persembahan lebih baik bagi kategori sirkit apabila muncul juara manakala Tengku Muhammad Hazib dan Awang Adib Awang Sufian, kedua dan ketiga.
Sementara itu, pasukan RSW Cycling dari Seremban mengungguli kategori berpasukan diikuti SBS Giant Negeri Sembilan, kedua dan One Malaysia B, ketiga.
Kejohanan anjuran Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan (PLBNS) itu adalah sebahagian usaha persatuan mencungkil bakat baru dan mengetengahkan pelumba dalam pertandingan berprestij.
Presiden PLBNS Datuk Jamlus Aziz puas hati prestasi atlet Negeri Sembilan dan yakin kejohanan itu bakal menjadi pencetus usaha melahirkan pelumba basikal bukit berprestasi tinggi pada masa depan.
“Kami menjemput pelumba kebangsaan bagi memberi ruang atlet negeri ini bersaing dan memberikan persembahan terbaik serta menimba pengalaman dalam kejohanan yang mencabar,” katanya.
utusanN9@utusan.com.my
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Baharudin Jali berkata, kerja memasang padang sintetik itu bermula pada 10 Januari lalu dan telah siap 1 Mac lalu dengan menelan belanja lebih RM2.4 juta.
''Ia merupakan rumput sintetik fieldturf yang pertama digunakan atas padang di negara ini yang mula dipasang di Kompleks Belia dan Sukan (Kombes) Paroi dan memenuhi piawaian ditetapkan.
''Padang sintetik jenis fieldturf ini lebih mudah diuruskan berbanding rumput asli, yang mudah rosak akibat penggunaan aktif malah ia mempunyai tahap kepudaran yang rendah iaitu 15 tahun penggunaannya," kata beliau.
Baharudin berkata, padang sintetik jenis fieldturf boleh digunakan dalam pelbagai keadaan cuaca sama ada panas atau pun hujan.
Tambah beliau, padang jenis itu mempunyai jangka hayat yang tinggi antara lapan hingga 15 tahun dengan tempoh jaminan sehingga lapan tahun.
''Selain boleh digunakan dalam pelbagai keadaan cuaca, rumput sintetik ini lebih murah kos penyelenggaraan berbanding rumput asli, malah kelab bola sepak England sudah menggunakan rumput jenis ini untuk tujuan latihan mereka," katanya.
''Saya yakin dengan adanya kemudahan di kompleks ini, para belia dapat mengisi masa lapang mereka di samping dapat mengatasi masalah gejala sosial yang semakin berleluasa pada masa kini," katanya.
Tambah Baharudin lagi, pembinaan padang bola sepak sintetik merupakan ilham Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, pelbagai program akan diadakan pada hari perasmian itu termasuk perlawanan bola sepak, persembahan artis seperti Tomok, papa rock, Ramli Sarip dan beberapa artis yang lain.
''Pengunjung bertuah juga akan menerima bola secara percuma sepanjang berlangsungnya majlis perasmian itu," katanya.
Baharudin berkata, negeri ini amat bertuah kerana bukan sahaja telah disediakan sebanyak 154 gelanggang futsal tetapi ditambah lagi dengan padang sintetik.
Tambah beliau, amat diharapkan agar orang ramai menggunakan semua kemudahan disediakan agar tidak menjadi satu pembaziran.
''Ini adalah kemudahan kelas pertama yang disediakan kepada orang ramai seperti hasrat kerajaan iaitu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.
''Saya menjemput orang ramai untuk memeriahkan majlis perasmian yang diadakan pada Rabu ini," katanya.
Menurut beliau, padang tersebut akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dijangka turut hadir.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130319/ws_01/Padang-sintetik-fieldturf-pertama-negara#ixzz2NwQvC5eu
© Utusan Melayu (M) Bhd
27 Februari 2013
T-Team 0 Sime Darby FC 1
Pulau Pinang 0 Terengganu 3
Pos Malaysia FC 0 Negeri Sembilan 2
Sarawak 2 PBAPP FC 0
Pahang 7 Tentera Darat FC 1
Kedah 2 Johor Darul Takzim FC 2 (Johor Darul Takzim FC mara ke separuh akhir selepas mengalahkan Kedah 5-4 menerusi sepakan penalti)
(nota: perlawanan antara Kelantan dan Selangor PKNS FC di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu dibatalkan ekoran hujan lebat)
- Bernama
sukan@utusan.com.my
Turun dengan kesebelasan utama, skuad Hoben Jang Hoben tampak yakin untuk mengakhiri kemarau kemenangan selepas Negeri Sembilan mencatatkan keputusan empat seri dan tiga kalah dalam perlawanan setakat ini.
Separuh masa pertama menyaksikan perlawanan seimbang apabila kedua-dua pasukan nampak berhati-hati sebelum melancarkan serangan ke gawang lawan dan cuba mencipta jaringan awal.
Pada minit ke-20 Mohd. Alif Shamsudin hampir meletakkan pasukan tuan rumah di depan menerusi rembatan dari jarak 20 meter bagaimanapun cubaannya terkena palang gol.
Separuh masa pertama juga turut menyaksikan jentera serangan Negeri Sembilan yang dikemudi oleh menerusi penyerang import dari Argentina, Emanuel Matias De Porras gagal menjana peluang untuk membolehkan pasukan tuan rumah mencipta jaringan.
Begitupun minit ke-35, Abdul Halim Zainal hampir menceriakan pasukan tuan rumah menerusi sepakan dari dalam kotak penalti hasil hantaran Mohd. Nazrin Nawi, bagaimanapun cubaannya terkena kanan palang gol sebelum bola ditangkap kemas oleh penjaga gol Mohd. Iqbal Md. Suhimi.
Usaha kedua-dua pasukan untuk mencari gol tidak kesampaian apabila separuh masa pertama berkesudahan tanpa sebarang jaringan.
Memasuki babak kedua, kedua-dua pasukan cuba untuk memperbaiki corak permainan apabila mula memperkemaskan jentera serangan bagi menghasilkan gol.
Malah, rentak permainan Hoben Jang Hoben mula berubah apabila De Porras cuba mencernakan peluang untuk menghasilkan gol namun gerakan penyudah oleh rakan sepasukan gagal disambar bagi mencipta gol pendahuluan.
Barisan T-Team yang dikemudi oleh Colman Folan dan Latif Suhaimi berjaya menembusi benteng pertahanan Skuad Rusa tetapi tolakan Colman kurang kemas apabila gerakannya berjaya dibaca oleh penjaga gol Mohd. Hamsani Ahmad pada minit ke- 47.
Negeri Sembilan terus mengubah corak permainan dengan lebih tersusun dan peluang untuk menghasilkan jaringan terhidang pada minit ke- 62 menerusi sepakan lintang Shahurain Abu Samah namun De Porras gagal membuat gerakan penyudah ke arah penjaga gol.
Memasuki babak terakhir perlawanan, anak buah Divaldo Alves cuba mempertingkatkan serangan menerusi Mohd. Nazrin Nawi yang berpeluang menembusi benteng pertahanan T-Team namun percubaan Mohd. Nazrin berjaya diselamatkan oleh Mohd. Iqbal pada minit ke-84.
Usaha kedua-dua pasukan untuk menembusi benteng pertahanan gagal apabila mereka sekadar berpuas hati untuk berkongsi mata untuk meraih satu mata.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130223/su_04/NS-buntu-cipta-kemenangan#ixzz2Lm00a9Od
© Utusan Melayu (M) Bhd
22 Februari 2013
Mohamad mencuba bermain bola sepak di padang rumput tiruan di Kompleks Belia dan Sukan, kelmarin.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, padang rumput tiruan yang bernilai RM2.5 juta itu akan dibuka untuk kegunaan orang ramai mulai 1 Mac ini.
“Padang bola sepak rumput tiruan ini telah mendapat akreditasi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) dan sesuai diguna untuk pertandingan antarabangsa.
“Padang ini akan melengkapkan lagi kemudahan sedia ada di kompleks ini untuk orang ramai bersukan dan beriadah,” katanya ketika melawat padang bola sepak rumput tiruan Kompleks Belia dan Sukan Paroi, di sini, kelmarin.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Baharudin Jali.
Menurutnya, kos penyelenggaraan padang rumput tiruan itu lebih murah berbanding padang rumput asli.
“Dalam tempoh 15 tahun penggunaannya, dijangka tahap kepudaran warna rumput hanya sebanyak lima peratus dan padang ini boleh digunakan dalam apa keadaan sekalipun sama ada panas atau hujan.
“Para pengunjung boleh menikmati kemudahan rekreasi ini dan kita mahu ianya dapat dirasai orang ramai ketika melakukan aktiviti sukan dan riadah di kompleks sukan ini,” katanya.
Kompleks Belia dan Sukan Paroi menyediakan pelbagai kemudahan sukan antaranya padang bola sepak, futsal, badminton, tenis, ping pong, sepak takraw, boling padang dan snuker.
Selangor PKNS 2 Negeri Sembilan 2
Angkatan Tentera 2 Selangor 0
Kelantan 2 Terengganu 0
Perak 1 Pahang 0
T-Team 1 Felda United FC 1
Johor DT 2 Lions XII 2
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130220/su_06/Keputusan-Liga-Super#ixzz2LOrcEMAU
© Utusan Melayu (M) Bhd
Pengerusi Persatuan Tuanku Muhriz Shield Negeri Sembilan, Datuk Rusli Harun berkata, galeri itu akan mempunyai fakta dan kaitannya dengan Cabaran Golf Perisai Tuanku Muhriz serta bahan pameran.
"Semua bahan pameran dan artifak telah dikumpulkan oleh sekretariat di Seremban dan apabila lengkap, kita akan pamerkan di Kelab Golf Diraja Seri Menanti, Kuala Pilah," katanya di sini hari ini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130220/ws_04/Galeri-Cabaran-Golf-Perisai-Tuanku-Muhriz-bakal-dibuka#ixzz2LOrGHwN6
© Utusan Melayu (M) Bhd
KUCHING - Kejayaan meleburkan rekod tanpa kalah PDRM dalam Liga Perdana Stadium Negeri, Petra Jaya, Jumaat lalu menjadikan skuad Bujang Senang semakin bersemangat untuk aksi berikutnya menentang NS Betaria di Stadium Hang Tuah, Melaka hari ini.
Dalam perlawanan tersebut, Joseph Kallang Tie menjadi wira pasukannya apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-22.
Jurulatih Sarawak, Robert Alberts memuji kecemerlangan anak buahnya dalam perlawanan tersebut.
Dia secara peribadi mengakui pasukan PDRM bukan pasukan sebarangan.
"Bagaimanapun, usaha dan kerja keras pasukan Sarawak akhirnya berbaloi apabila berjaya meraih tiga mata.
"Kemenangan ini cukup bermakna selepas kita berjaya meleburkan rekod tanpa kalah pasukan PDRM dan sudah pasti saya sangat gembira dengan persembahan kesemua pemain Sarawak," katanya.
Beliau berkata, kesemua pemain menunjukkan mutu permainan yang hebat terutama bahagian pertahanan yang mampu menyerap asakan serangan pasukan lawan.
"Syabas buat para pemain dan pujian kepada penyokong pasukan Sarawak yang tidak putus-putus memberi sokongan di stadium sekali gus menyemarakkan semangat kami," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130218/su_05/Sarawak-bersemangat-jumpa-NS-Betaria#ixzz2LCt6ta3e
© Utusan Melayu (M) Bhd
Pemain import dari Croatia, Karlo Primorac muncul wira selepas melakukan hatrik pada minit keenam, ke-73 dan ke-81, manakala bekas pemain Pahang, Selangor, KL Plus dan T-Team, Fadzli Saari menjaringkan dua gol (m-57 dan m-69).
Satu lagi gol pasukan yang dibimbing Ismail Zakaria dijaringkan Yusof Zainal seminit sebelum perlawanan tamat.
Kemenangan besar itu membolehkan Sime Darby mencabar kedudukan tangga teratas Liga Perdana.
Sementara itu, di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, POS Malaysia gagal menggunakan kesempatan beraksi di tempat sendiri apabila kecundang kepada Johor 0-2.
Pasukan pelawat memperoleh jaringan menerusi pemain import Muriel Orlando pada minit ke-37 sebelum Farid Ideris memastikan kemenangan Johor melalui jaringan kedua pada minit ke-55.
Di Stadium UiTM Shah Alam, pasukan tuan rumah UiTM FC mencatat kemenangan sulung apabila menang 2-0 ke atas Sabah, malah mereka juga berjaya mencipta jaringan pertama selepas lima perlawanan.
UiTM berjaya memecah kebuntuan gol pada minit ke-58 dan berjaya menjaringkan gol kedua pada minit terakhir perlawanan menerusi Muhammad Hafizuddin Harun.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130216/su_04/Sime-Darby-berpesta-gol#ixzz2L1D6JLqt
© Utusan Melayu (M) Bhd
13 Februari 2013
Kerja pemasangan rumput tiruan jenis fieldturf di Kompleks Belia dan Sukan Paroi sedang giat dijalankan.
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Baharudin Jali berkata, ketika ini, kerja pemasangan rumput telah siap 90 peratus dan ia siap lebih awal daripada jangkaan tarikh sebenar iaitu 1 Mac.
Beliau berkata, Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2.5 juta melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta II (PFI II) bagi melakukan kerja pemasangan rumput tiruan berkenaan.
“Padang rumput tiruan jenis fieldturf yang bertaraf antarabangsa di negara ini mempunyai nilai akreditasi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) yang paling tinggi dan digunakan untuk pertandingan sukan di luar negara.
“Padang rumput sebegini lebih mudah diuruskan berbanding rumput asli yang mudah rosak akibat penggunaan yang aktif. Ia merupakan pertama digunakan atas padang dalam negara ini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.
Menurut Baharudin, kerja pemasangan rumput tiruan itu dimulakan pada pertengahan Januari lalu dan ia dilakukan secara berperingkat supaya memenuhi piawaian ditetapkan.
“Sekarang ini, hanya tinggal 10 peratus untuk kerja terakhir bagi penambahbaikan sebelum dibuka kepada orang ramai,” katanya
Buat masa ini, katanya, penggunaan padang sedia ada dan trek balapan di kompleks berkenaan ditutup sementara waktu untuk kerja pemasangan rumput terbabit.





