Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Emir, Junaidah jagoan bukit NS

Dikirim oleh Warieh Selasa, 26 Mac 2013


Oleh Mohd Amin Jalil

Seremban: Kemantapan pelumba kebangsaan nyata sukar digugat apabila mendominasi tujuh kategori Kejohanan Basikal Bukit Terbuka Negeri Sembilan 2013 julung kali diadakan di Tampin, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Kategori Olimpik Lelaki Terbuka menyaksikan Muhammad Emir Shafiq dari pasukan Amaniz Cycling muncul juara, diikuti tempat kedua, Saiful Kohar Abd Halim (Endurace) dan ketiga Shaiful Ahmad (Amaniz Cycling).

Kategori Sirkit Lelaki Terbuka dimenangi Shahrin Amir (Selangor), diikuti Mohd Razif Salleh dan Saiful Kohar Abd Halim (Endurace), masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.
Bagi kategori Olimpik Wanita, juara milik Junaidah Juss (Sarawak), Noor Fadilah Saiedin (Negeri Sembilan) kedua dan Carolline George (Sarawak) ketiga manakala kategori sirkit wanita turut menyaksikan kejaguhan atlet kebangsaan apabila Junaidah dan Carolline meraih tempat pertama dan kedua, diikuti Rosnina Anak Minggu (Sarawak) ketiga.

Kategori Olimpik Remaja Lelaki pula menampilkan Julian Sabree Bahare (Amaniz Cycling) muncul johan diikuti Tengku Muhammad Hazib Tengku Fadzil (Negeri Sembilan) kedua dan Garry Tayn (Sarawak) ketiga.

Garry Tan bangkit dengan persembahan lebih baik bagi kategori sirkit apabila muncul juara manakala Tengku Muhammad Hazib dan Awang Adib Awang Sufian, kedua dan ketiga.
Sementara itu, pasukan RSW Cycling dari Seremban mengungguli kategori berpasukan diikuti SBS Giant Negeri Sembilan, kedua dan One Malaysia B, ketiga.

Kejohanan anjuran Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan (PLBNS) itu adalah sebahagian usaha persatuan mencungkil bakat baru dan mengetengahkan pelumba dalam pertandingan berprestij.
Presiden PLBNS Datuk Jamlus Aziz puas hati prestasi atlet Negeri Sembilan dan yakin kejohanan itu bakal menjadi pencetus usaha melahirkan pelumba basikal bukit berprestasi tinggi pada masa depan.

“Kami menjemput pelumba kebangsaan bagi memberi ruang atlet negeri ini bersaing dan memberikan persembahan terbaik serta menimba pengalaman dalam kejohanan yang mencabar,” katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook