Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Memaparkan catatan dengan label alam sekitar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label alam sekitar. Papar semua catatan



SEREMBAN - Pihak berkuasa Negeri Sembilan bersama-sama Badan Kawal Selia Air (BKSA) telah mengesan bau bahan bakar di Sungai Batang Penar di sini selepas pencemaran air yang telah mengganggu operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi.

Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi, dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan, mengesahkan bahawa pasukan penyiasat telah menjalankan pemeriksaan di lembangan Sungai Linggi sebelum mendapati bau tersebut di sungai yang terjejas.

"Kami telah menjalankan pemeriksaan lanjut di kilang-kilang berhampiran kawasan penemuan bahan bakar tersebut selepas menerima laporan tentang pencemaran sungai pada Sabtu, jam 7:40 malam.

"Kami mendapati sebuah premis yang mengeluarkan bau yang serupa ke dalam air sungai, namun punca pencemaran tidak dapat dikenal pasti. Hanya jejak minyak dan bau yang disyaki petrol atau diesel ditemui dalam longkang di dalam kawasan premis," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau menyatakan bahawa tiga sampel telah diambil untuk tujuan analisis komposisi, iaitu dari Sungai Batang Penar, longkang dalam premis, dan longkang di luar premis, untuk dihantar ke Jabatan Kimia.

Pusat Khidmat Pelanggan Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) telah mengumumkan di Facebook bahawa bau minyak yang tinggi, berjumlah 19 tan, telah menyebabkan pemprosesan air terawat terpaksa dihentikan bagi memenuhi piawaian kualiti air minum kebangsaan.

Akibatnya, majoriti kawasan di Port Dickson dijangka mengalami gangguan bekalan air, dengan beberapa kawasan tinggi dijangka memerlukan tempoh pemulihan yang lebih lama.

53 pekerja Samsung tanam pokok sempena Kempen Hijau

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 17 Mei 2013 0 Komen


Kakitangan Samsung SDI menanam pokok sempena Kempen Hijau di Hutan Lipur Lintang Lenggeng, Negeri Sembilan, semalam.
SEREMBAN 15 Mei - Sebanyak 53 pekerja Samsung SDI Energy (M) Sdn. Bhd. (Samsung SDI) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan turun padang menjayakan program tanam pokok sempena Kempen Hijau di Hutan Lipur Lintang Lenggeng, dekat sini hari ini.
Pengurus Kanan Jabatan Sumber Manusia kilang berkenaan, Dzulfadly Vasan Abdullah berkata, program itu susulan usaha berterusan syarikat berkenaan dalam menjayakan Kempen Hijau.
"Hari ini, kami mahu bergerak seiring dengan usaha kerajaan negeri terhadap Kempen Hijau dan menaja sebanyak 150 anak pokok daripada tiga jenis untuk generasi akan datang.
"Pokok-pokok itu terdiri daripada jenis Bouganvilla, siang-malam dan lily dan kami turut menyediakan baja organik untuk pokok yang baru ditanam," katanya ketika ditemui pemberita dalam program itu.
Menurutnya, Samsung SDI menggalakkan kakitangannya mengaplikasi matlamat Kempen Hijau itu dalam rutin harian di pejabat mahupun di rumah.
"Sebagai contoh kita telah mengurangkan penggunaan bahan cucian yang mengandungi bahan kimia berbahaya dan mengurangkan kawasan merokok di kawasan kilang," katanya.
Sementara itu, Pengurus Bahagian Servis dan Keselamatan kilang sama, Ismanizam Yahaya berkata, pada 1999, Samsung menjadikan Hutan Lipur Lintang Lenggeng ini sebagai 'hutan angkat' syarikat itu.
"Program ini adalah salah satu aktiviti sosial korporat Samsung SDI untuk berkhidmat kepada masyarakat dengan menjaga kebersihan alam sekitar terutama hutan simpan negara," katanya.

Sikap manusia punca lambakan sisa pepejal - MB

Dikirim oleh Warieh Isnin, 18 Februari 2013 0 Komen


Mohamad Hasan beramah mesra dengan penduduk ketika menyerahkan tong sampah beroda pada Majlis Pelancaran My Beautiful Neighbourhood di Dewan Orang Ramai, Rantau, Seremban, kelmarin. 
 
SEREMBAN 17 Feb. - Berdasarkan kajian kerajaan, sikap manusia merupakan penyumbang utama kepada punca lambakan sisa pepejal.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sikap sebegini harusnya dikikis malah turut menyebabkan berlakunya pembaziran termasuk wang ringgit.
Tambah beliau lagi, menguruskan sisa pepejal membabitkan kos yang tinggi, oleh itu rakyat harus bersama untuk menjadikan kawasan persekitaran bersih dan selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju, bersih dan indah.
''Sikap sendiri yang membebankan kita, membebankan negara kerana gagal untuk menguruskan sisa pepejal. Jika sikap ini tidak diubah pada tahun 2020, seluruh negara akan menghadapi sisa pepejal yang banyak yang mana boleh mencecah 30,000 tan sehari.

Beruk liar ceroboh rumah

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 8 Februari 2013 1 Komen


Wartawan Sinar Harian
7 Februari 2013
Beruk liar ceroboh rumah
Anggota JPAM berusaha memujuk beruk liar yang duduk atas loteng selepas menceroboh rumah penduduk. Haiwan itu berjaya ditangkap.
 
MASJID TANAH - Suasana sebuah rumah yang didiami sekeluarga di Kampung Seri Jeram, di sini, petang kelmarin, kecoh apabila seekor beruk liar menceroboh kediaman mereka.

Kejadian berlaku kira-kira 6.30 petang itu disedari Rosita Omar, 42, yang ketika itu sedang memasak di dapur bagi menyediakan hidangan makan malam untuk keluarga.

Menurut Rosita, dia terkejut mendapati seekor beruk jantan memerhatikannya semasa dia hendak ke ruang tamu melihat dua anaknya, Nurfarhana Nurhashim, 17, dan Norman Farhan, 12, sedang menyiapkan kerja sekolah.

"Kerana terkejut, saya menjerit mengarahkan anak-anak saya ke dapur menyelamatkan diri kerana bimbang diserang," katanya.

Menurutnya, suaminya, Nurhashim Md Jani, 49, yang terkejut dengan jeritan itu, terus ke ruang tamu dan cuba menghalau haiwan berkenaan yang mula bertindak agresif
"Suami saya kemudian mencampakkan pisang ke arah beranda rumah untuk menarik perhatian beruk itu, tapi haiwan itu tidak berganjak.

"Kami berusaha mengusirnya  tetapi ia berlegar-legar pula di beranda rumah, sesekali memerhatikan kami di dalam rumah," katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.

Rosita berkata, kira-kira 10 minit kemudian, beruk itu masih tidak berganjak dan berkawal di pintu rumah sebelum memanjat bumbung.

"Saya ingat beruk itu sudah lari ke hutan tapi saya terkejut apabila terlihat beruk berkenaan meninjaunya dari loteng rumah memerhati.

"Bimbang berlaku kejadian buruk, saya menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) untuk bantuan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Skuad JPAM Alor Gajah, Saiful Nazmi Said berkata, pihaknya menerima panggilan dari penghuni rumah berkenaan kira-kira 6.40 petang dan bergegas ke tempat kejadian bersama dua lagi anggota.

“Setiba di lokasi kejadian mendapati beruk  sebesar kanak-kanak berusia tiga tahun itu berada di loteng rumah terbabit dan melarikan diri ke satu sudut sebaik menyedari kehadiran kami,” katanya.

Menurutnya, beruk yang bertindak agresif cuba menyergah anggota sebelum berlari bersembunyi di sebalik barangan diletakkan di loteng sehingga usaha memujuk secara perlahan dilakukan.

“Kami berikan nama 'Awang' kepada beruk itu dan memanggilnya dengan perlahan dan lembut sambil berhati-hati dengan langkah pada palang kayu loteng, bimbang akan terbolos dari siling rumah," katanya.

Bagaimanapun, katanya, beruk berkenaan akhirya mengalah dan turun dari loteng, sebelum anggota JPAM menangkapnya untuk diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Amalan kesukeralaan wajar dipupuk - Mohamad Hasan

Dikirim oleh Warieh Isnin, 4 Februari 2013 0 Komen


MOHAMAD Hasan (tengah) beramah mesra dengan para belia semasa pelancaran program 'My Beautiful Malaysia' peringkat Negeri Sembilan yang berlangsung di Pantai Cahaya, Port Dickson, hari ini. - UTUSAN/KHAIRUL NAJIB ASARULAH KHAN
 
PORT DICKSON 3 Feb. - Amalan kesukarelaan dalam hidup perlu diteruskan kerana ia mencerminkan sikap tanggungjawab terhadap persekitaran, kemanusiaan serta kehidupan sejagat.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sikap berkenaan harus menjadi budaya kehidupan supaya rasa prihatin terhadap sesuatu isu itu dapat ditangani secara bersama dalam suasana baik dan harmoni.
"Dalam kita melakukan kerja suka rela ini, ia boleh dibuat di mana-mana. Sama ada menjaga kebersihan, mengindahkan negara dan tempat tinggal, mahupun kawasan riadah.
"Sebuah negara yang aman dan damai, ia juga mengambil kira aspek kebersihan ini dan sebab itulah kesukarelaan juga wajar dipupuk untuk merasa sensitif dalam persekitaran yang kotor agar ia dibersihkan bersama,'" katanya ketika berucap merasmikan pelancaran 'My Beautiful Malaysia' peringkat negeri di Pantai Cahaya Negeri, di sini hari ini. - UTUSAN

337 kilang kena kompaun

Dikirim oleh Warieh Rabu, 30 November 2011 0 Komen


SEREMBAN 29 Nov. - Sebanyak 337 kompaun bernilai RM674,000 dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) kepada sektor perkilangan yang mencemar alam sekitar di negeri ini dari Januari hingga September lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Peladangan, Sumber Manusia, Alam Sekitar dan Pengaduan Awam negeri, Datuk V. S. Mogan berkata, selain itu, sebanyak 15 kes didaftarkan untuk tindakan mahkamah bagi kesalahan seperti pencemaran perairan daratan, pelanggaran syarat lesen dan pencemaran udara.

Beliau berkata, tindakan dikenakan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

"Bagaimanapun, sehingga kini, tiada penutupan atau penyitaan kilang dilakukan oleh JAS terhadap kilang yang beroperasi di negeri ini," katanya di sini, semalam.

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook