Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Memaparkan catatan dengan label bolasepak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bolasepak. Papar semua catatan

Liga Perdana: Negeri Sembilan Menang

Dikirim oleh Warieh Selasa, 16 Februari 2016 0 Komen

Liga Perdana

DRB-HICOM 1 (Ivan Babic 19) VS Negeri Sembilan 3 (Andrew Nabbout, 82 -pen; Joel Chianese 84 dan Alex Smith, 88)

Sathia: Kurang konsentrasi punca ATM tewas

Dikirim oleh Warieh Isnin, 20 Mei 2013 0 Komen


NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
19 Mei 2013
B. Sathianathan
B. Sathianathan

JURULATIH Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B.Sathianathan mengakui bahawa kurang fokus dan konsentrasi menjadi punca anak-anak buahnya tewas 1-2 kepada Negeri Sembilan pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi semalam.

Sathianathan menjelaskan, pemain-pemain bukan sahaja berada pada tahap kurang meyakinkan malah turut mengamalkan sikap sambil lewa ke atas pasukan lawan.

“Pemain hilang fokus hampir sepanjang perlawanan hingga menyebabkan banyak peluang gagal disempurnakan dengan baik dan hasrat mengutip mata di halaman sendiri tidak kesampaian.

“Sebaliknya pasukan lawan meraih mata penuh kerana kesilapan kita dan ini harus menyedarkan pemain supaya tidak lagi leka dan terlalu yakin atau berasa cepat selesa kerana ia jelas boleh membawa padah kepada pasukan,” kata Sathianathan ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Ketika ditanya adakah ketiadaan pemain importnya, Marlon Alex James yang menjejaskan hasrat ATM untuk mencuri tiga mata, Sathianathan bagaimanapun menyangkal dakwaan itu.

Sebaliknya beliau menganggap nasib tidak menyebelahi mereka meskipun pemain-pemainnya mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol.

“Seperti saya katakan tadi, sikap sambil lewa yang menyebabkan pemain gagal menyerlah. Selepas Negeri Sembilan menjaringkan gol pertama para pemain saya sudah mula goyah.

“Keadaan menjadi bertambah teruk selepas mereka menyumbat gol kedua kerana saya nampak fokus pemain untuk bertahan semakin berkurangan sehingga pasukan lawan banyak mencipta peluang dan ruang bagi menjaringkan gol tetapi nasib juga tidak menyebelahi pasukan tuan rumah,” katanya yang memuji semangat juang pemain pasukan lawan.

Semalam, hasrat ATM untuk memintas kedudukan Lions XII selaku pendahulu Liga Super tidak kesampaian apabila tewas mengejut kepada Negeri Sembilan.

Kekalahan itu sekali gus menyaksikan The Gladiators kekal di tangga kedua liga, dipisah dengan perbezaan dua mata oleh Lions XII.

Mengulas lanjut, beliau yang mengakui kecewa dengan keputusan itu bagaimanapun berharap pemain ATM akan bangkit sambil menegaskan pasukannya tidak lagi boleh keciciran mata dalam baki empat perlawanan selepas ini.

“Setakat ini Lions XII memang mempunyai kelebihan untuk bergelar juara, tapi peluang tetap terbuka untuk kami asalkan baki empat lagi perlawanan memihak kepada ATM.

“Dan Lions XII juga harus disekat agar pasukan itu tidak terus melebarkan jurang mata,” ujarnya lagi.

The Gladiators akan bertemu dengan Selangor 21 Jun, pasukan Terengganu 25 Jun, Pahang 2 Julai manakala Perak 6 Julai.

Penyokong skuad Jang ditahan

Dikirim oleh Warieh Isnin, 22 April 2013 0 Komen


HAMIZAH BASIR
22 April 2013
Muhamad Hanifah
Muhamad Hanifah
SEREMBAN – Polis menahan dua penyokong bola sepak Negeri Sembilan yang menimbulkan kekecohan selepas perlawanan Liga Super antara Negeri Sembilan dan Selangor yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Kontinjen negeri, Superintendan Muhamad Hanifah Abdul Majid berkata, sekumpulan 100 penyokong membuat protes terhadap pemain dan jurulatih skuad Hoben Jang Hoben sejurus selepas perlawanan berlangsung.

Menurutnya, anggota polis yang bertugas terpaksa membuat halangan untuk memberi laluan kepada para pemain dan jurulatih keluar dari bilik persalinan.

“Kita telah memberi arahan kepada penyokong supaya bersurai tetapi mereka enggan sehingga berlakunya kejadian tolak-menolak dengan anggota keselamatan.

“Dalam insiden itu, kita telah menahan dua lelaki kerana melanggar arahan polis dengan cuba merempuh sekatan yang dibuat anggota kita,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini, semalam.

Muhamad Hanifah berkata, lelaki berusia 27 dan 30 tahun itu ditahan reman bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan semalam dengan ikat jamin polis.

“Kedua-dua lelaki yang berasal dari bandar ini ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana mengganggu tugas polis.

“Kita telah serahkan kertas siasatan kes kepada Pejabat Peguam dan kita akan tunggu keputusan sama ada mahu mendakwa mereka atau tidak,” katanya.

LionsXII kena hambat

Dikirim oleh Warieh Ahad, 14 April 2013 0 Komen


Mohd. Razman (kanan) cuba menghalang pergerakan pemain import T-Team, Antwi George pada saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam tadi. - MINGGUAN/MAHATHIR ALI
KUALA LUMPUR - Hasrat pendahulu Liga Super, LionsXII untuk mengekalkan kelebihan empat mata di tangga teratas tidak kesampaian apabila sekadar seri 1-1 dengan pasukan tercorot, Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, semalam.
Situasi itu membuka ruang kepada Selangor, Johor Darul Takzim, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pahang untuk merapatkan jurang mata dengan pendahulu.
Negeri Sembilan membuka jaringan menerusi pemain import baharu, Leandro Barbosa Fabio hasil rembatan kencang dari jarak 25 meter pada minit ke-15.
Namun, LionsXII hanya memerlukan empat minit kemudian untuk menyamakan kedudukan menerusi Fazrul Nawaz.
Hasrat tuan rumah untuk mencari kemenangan pertama kabur apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain Abd Ghani Abd Rahman dilayangkan kad merah pada minit ke-72.
Sementara itu, Selangor mencatat kemenangan keenam musim ini dengan menumpaskan Felda United 2-0 di Stadium Shah Alam.
Jaringan pembukaan dicipta oleh K. Gurusamy pada minit ke-50, disusuli Francis Forkey Doe, sembilan minit sebelum perlawanan tamat.
Pahang juga bermula langkah kanan pada pusingan kedua Liga Super 2013 apabila menewaskan T-Team 2-1 di Stadium Darul Makmur.
Pemain tengah, R. Gopinathan menceriakan penyokong tuan rumah apabila menjaringkan gol pendahulua pada minit ke-51.
Pada minit ke-60, skuad Tok Gajah menambah menjadikan kedudukan 2-0 menerusi Mohd. Razman Roslan.
Pada minit ke-71, Pahang terpaksa memasukkan penjaga gol simpanan, Mohd. Khairul Azhan Mohd. Khalid selepas Rosfaizul Azuar mengalami kecederaan.
Gol sagu hati T-Team diperolehi menerusi Azrul Hazran Amiludin Baki hasil rembatan kencang dalam kotak penalti menewaskan Mohd. Khairul Azhan pada minit ke-81.

Padang sintetik fieldturf pertama negara

Dikirim oleh Warieh Selasa, 19 Mac 2013 0 Komen


Mohamad Hasan menunjukkan aksi menendang bola ketika kali pertama mencuba menggunakan rumput tiruan fieldturf yang telah siap dipasang di padang Kombes, Seremban, baru-baru ini.
SEREMBAN 18 Mac - Penggunaan padang sintetik jenis fieldturf diyakini dapat memberi impak besar dalam arena bola sepak negara dalam usaha melahirkan lebih ramai pemain berbakat sehingga ke peringkat antarabangsa.
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Baharudin Jali berkata, kerja memasang padang sintetik itu bermula pada 10 Januari lalu dan telah siap 1 Mac lalu dengan menelan belanja lebih RM2.4 juta.
''Ia merupakan rumput sintetik fieldturf yang pertama digunakan atas padang di negara ini yang mula dipasang di Kompleks Belia dan Sukan (Kombes) Paroi dan memenuhi piawaian ditetapkan.
''Padang sintetik jenis fieldturf ini lebih mudah diuruskan berbanding rumput asli, yang mudah rosak akibat penggunaan aktif malah ia mempunyai tahap kepudaran yang rendah iaitu 15 tahun penggunaannya," kata beliau.
Baharudin berkata, padang sintetik jenis fieldturf boleh digunakan dalam pelbagai keadaan cuaca sama ada panas atau pun hujan.
Tambah beliau, padang jenis itu mempunyai jangka hayat yang tinggi antara lapan hingga 15 tahun dengan tempoh jaminan sehingga lapan tahun.
''Selain boleh digunakan dalam pelbagai keadaan cuaca, rumput sintetik ini lebih murah kos penyelenggaraan berbanding rumput asli, malah kelab bola sepak England sudah menggunakan rumput jenis ini untuk tujuan latihan mereka," katanya.
''Saya yakin dengan adanya kemudahan di kompleks ini, para belia dapat mengisi masa lapang mereka di samping dapat mengatasi masalah gejala sosial yang semakin berleluasa pada masa kini," katanya.
Tambah Baharudin lagi, pembinaan padang bola sepak sintetik merupakan ilham Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, pelbagai program akan diadakan pada hari perasmian itu termasuk perlawanan bola sepak, persembahan artis seperti Tomok, papa rock, Ramli Sarip dan beberapa artis yang lain.
''Pengunjung bertuah juga akan menerima bola secara percuma sepanjang berlangsungnya majlis perasmian itu," katanya.
Baharudin berkata, negeri ini amat bertuah kerana bukan sahaja telah disediakan sebanyak 154 gelanggang futsal tetapi ditambah lagi dengan padang sintetik.
Tambah beliau, amat diharapkan agar orang ramai menggunakan semua kemudahan disediakan agar tidak menjadi satu pembaziran.
''Ini adalah kemudahan kelas pertama yang disediakan kepada orang ramai seperti hasrat kerajaan iaitu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.
''Saya menjemput orang ramai untuk memeriahkan majlis perasmian yang diadakan pada Rabu ini," katanya.
Menurut beliau, padang tersebut akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dijangka turut hadir.

Piala FA: Negeri Sembilan layak ke suku akhir

Dikirim oleh Warieh Rabu, 27 Februari 2013 0 Komen



27 Februari 2013
BERIKUT keputusan pusingan kedua bola sepak Piala FA dalam perlawanan di beberapa venue hari ini:
  
  
    T-Team            0     Sime Darby FC          1
  
    Pulau Pinang      0     Terengganu             3
  
    Pos Malaysia FC   0     Negeri Sembilan        2 

    Sarawak           2     PBAPP FC               0
  
    Pahang            7     Tentera Darat FC       1
    Kedah             2     Johor Darul Takzim FC  2 (Johor Darul Takzim FC mara ke separuh akhir selepas mengalahkan Kedah 5-4 menerusi sepakan penalti)
  
    (nota: perlawanan antara Kelantan dan Selangor PKNS FC di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu dibatalkan ekoran hujan lebat)
  
- Bernama

NS buntu cipta kemenangan

Dikirim oleh Warieh Ahad, 24 Februari 2013 0 Komen


SEREMBAN - Kemarau Negeri Sembilan untuk mencipta kemenangan pertama berpanjangan apabila seri tanpa jaringan dengan T-Team dalam Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam tadi.
Turun dengan kesebelasan utama, skuad Hoben Jang Hoben tampak yakin untuk mengakhiri kemarau kemenangan selepas Negeri Sembilan mencatatkan keputusan empat seri dan tiga kalah dalam perlawanan setakat ini.
Separuh masa pertama menyaksikan perlawanan seimbang apabila kedua-dua pasukan nampak berhati-hati sebelum melancarkan serangan ke gawang lawan dan cuba mencipta jaringan awal.
Pada minit ke-20 Mohd. Alif Shamsudin hampir meletakkan pasukan tuan rumah di depan menerusi rembatan dari jarak 20 meter bagaimanapun cubaannya terkena palang gol.
Separuh masa pertama juga turut menyaksikan jentera serangan Negeri Sembilan yang dikemudi oleh menerusi penyerang import dari Argentina, Emanuel Matias De Porras gagal menjana peluang untuk membolehkan pasukan tuan rumah mencipta jaringan.
Begitupun minit ke-35, Abdul Halim Zainal hampir menceriakan pasukan tuan rumah menerusi sepakan dari dalam kotak penalti hasil hantaran Mohd. Nazrin Nawi, bagaimanapun cubaannya terkena kanan palang gol sebelum bola ditangkap kemas oleh penjaga gol Mohd. Iqbal Md. Suhimi.
Usaha kedua-dua pasukan untuk mencari gol tidak kesampaian apabila separuh masa pertama berkesudahan tanpa sebarang jaringan.
Memasuki babak kedua, kedua-dua pasukan cuba untuk memperbaiki corak permainan apabila mula memperkemaskan jentera serangan bagi menghasilkan gol.
Malah, rentak permainan Hoben Jang Hoben mula berubah apabila De Porras cuba mencernakan peluang untuk menghasilkan gol namun gerakan penyudah oleh rakan sepasukan gagal disambar bagi mencipta gol pendahuluan.
Barisan T-Team yang dikemudi oleh Colman Folan dan Latif Suhaimi berjaya menembusi benteng pertahanan Skuad Rusa tetapi tolakan Colman kurang kemas apabila gerakannya berjaya dibaca oleh penjaga gol Mohd. Hamsani Ahmad pada minit ke- 47.
Negeri Sembilan terus mengubah corak permainan dengan lebih tersusun dan peluang untuk menghasilkan jaringan terhidang pada minit ke- 62 menerusi sepakan lintang Shahurain Abu Samah namun De Porras gagal membuat gerakan penyudah ke arah penjaga gol.
Memasuki babak terakhir perlawanan, anak buah Divaldo Alves cuba mempertingkatkan serangan menerusi Mohd. Nazrin Nawi yang berpeluang menembusi benteng pertahanan T-Team namun percubaan Mohd. Nazrin berjaya diselamatkan oleh Mohd. Iqbal pada minit ke-84.
Usaha kedua-dua pasukan untuk menembusi benteng pertahanan gagal apabila mereka sekadar berpuas hati untuk berkongsi mata untuk meraih satu mata.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130223/su_04/NS-buntu-cipta-kemenangan#ixzz2Lm00a9Od
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rumput tiruan lengkapi kompleks belia

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 22 Februari 2013 0 Komen


Wartawan Sinar Harian
22 Februari 2013
Mohamad
Mohamad mencuba bermain bola sepak di padang rumput tiruan di Kompleks Belia dan Sukan, kelmarin.
SEREMBAN – Kompleks Belia dan Sukan Paroi kini dilengkapi padang rumput tiruan jenis ‘fieldturf’ sekali gus menjadi negeri pertama memiliki padang bola sepak rumput tiruan di negara ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, padang rumput tiruan yang bernilai RM2.5 juta itu akan dibuka untuk kegunaan orang ramai mulai 1 Mac ini.

“Padang bola sepak rumput tiruan ini telah mendapat akreditasi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) dan sesuai diguna untuk pertandingan antarabangsa.

“Padang  ini akan melengkapkan lagi kemudahan sedia ada di kompleks ini untuk orang ramai bersukan dan beriadah,” katanya ketika melawat padang bola sepak rumput tiruan Kompleks Belia dan Sukan Paroi, di sini, kelmarin.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Baharudin Jali.
Menurutnya, kos penyelenggaraan padang rumput tiruan itu lebih murah berbanding padang rumput asli.

“Dalam tempoh 15 tahun penggunaannya, dijangka tahap kepudaran warna rumput hanya sebanyak lima peratus dan padang ini boleh digunakan dalam apa keadaan sekalipun sama ada panas atau hujan.

“Para pengunjung boleh menikmati kemudahan rekreasi ini dan kita mahu ianya dapat dirasai orang ramai ketika melakukan aktiviti sukan dan riadah di kompleks sukan ini,” katanya.

Kompleks Belia dan Sukan Paroi menyediakan pelbagai kemudahan sukan antaranya padang bola sepak, futsal, badminton, tenis, ping pong, sepak takraw, boling padang dan snuker.

Keputusan Liga Super : Negeri Sembilan terus tercorot

Dikirim oleh Warieh Rabu, 20 Februari 2013 0 Komen



Selangor PKNS 2 Negeri Sembilan 2
Angkatan Tentera 2 Selangor 0
Kelantan 2 Terengganu 0
Perak 1 Pahang 0
T-Team 1 Felda United FC 1
Johor DT 2 Lions XII 2

Sarawak bersemangat jumpa NS Betaria

Dikirim oleh Warieh Isnin, 18 Februari 2013 0 Komen

KUCHING - Kejayaan meleburkan rekod tanpa kalah PDRM dalam Liga Perdana Stadium Negeri, Petra Jaya, Jumaat lalu menjadikan skuad Bujang Senang semakin bersemangat untuk aksi berikutnya menentang NS Betaria di Stadium Hang Tuah, Melaka hari ini.
Dalam perlawanan tersebut, Joseph Kallang Tie menjadi wira pasukannya apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-22.
Jurulatih Sarawak, Robert Alberts memuji kecemerlangan anak buahnya dalam perlawanan tersebut.
Dia secara peribadi mengakui pasukan PDRM bukan pasukan sebarangan.
"Bagaimanapun, usaha dan kerja keras pasukan Sarawak akhirnya berbaloi apabila berjaya meraih tiga mata.
"Kemenangan ini cukup bermakna selepas kita berjaya meleburkan rekod tanpa kalah pasukan PDRM dan sudah pasti saya sangat gembira dengan persembahan kesemua pemain Sarawak," katanya.
Beliau berkata, kesemua pemain menunjukkan mutu permainan yang hebat terutama bahagian pertahanan yang mampu menyerap asakan serangan pasukan lawan.
"Syabas buat para pemain dan pujian kepada penyokong pasukan Sarawak yang tidak putus-putus memberi sokongan di stadium sekali gus menyemarakkan semangat kami," katanya.

Sime Darby berpesta gol

Dikirim oleh Warieh Sabtu, 16 Februari 2013 0 Komen


PEMAIN SPA Putrajaya FC, Hanifuddin Abdul Rahman (depan) diasak pemain Kuala Lumpur pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Aizzul A.Majid
KUALA LUMPUR - Naib juara Piala FA musim lalu, Sime Darby FC mencatat kemenangan besar dalam aksi Liga Perdana semalam selepas membelasah NS Betaria 6-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Pemain import dari Croatia, Karlo Primorac muncul wira selepas melakukan hatrik pada minit keenam, ke-73 dan ke-81, manakala bekas pemain Pahang, Selangor, KL Plus dan T-Team, Fadzli Saari menjaringkan dua gol (m-57 dan m-69).
Satu lagi gol pasukan yang dibimbing Ismail Zakaria dijaringkan Yusof Zainal seminit sebelum perlawanan tamat.
Kemenangan besar itu membolehkan Sime Darby mencabar kedudukan tangga teratas Liga Perdana.
Sementara itu, di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, POS Malaysia gagal menggunakan kesempatan beraksi di tempat sendiri apabila kecundang kepada Johor 0-2.
Pasukan pelawat memperoleh jaringan menerusi pemain import Muriel Orlando pada minit ke-37 sebelum Farid Ideris memastikan kemenangan Johor melalui jaringan kedua pada minit ke-55.
Di Stadium UiTM Shah Alam, pasukan tuan rumah UiTM FC mencatat kemenangan sulung apabila menang 2-0 ke atas Sabah, malah mereka juga berjaya mencipta jaringan pertama selepas lima perlawanan.
UiTM berjaya memecah kebuntuan gol pada minit ke-58 dan berjaya menjaringkan gol kedua pada minit terakhir perlawanan menerusi Muhammad Hafizuddin Harun.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130216/su_04/Sime-Darby-berpesta-gol#ixzz2L1D6JLqt
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Corot bukan bermakna Negeri Sembilan lemah

Dikirim oleh Warieh Selasa, 12 Februari 2013 0 Komen



KUALA LUMPUR - Perbezaan jauh di tangga kedua dengan dua tangga tercorot tidak bererti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) boleh memandang mudah Negeri Sembilan apabila mereka menyambung aksi Liga Super 2013 di Paroi, Seremban, Sabtu ini.
Jurulatih ATM, B. Sathianathan berkata, kedudukan bahaya 'Si Rusa' selepas mengharungi lima perlawanan masih tanpa menang, tidak menggambarkan kemampuan sebenar mereka yang diakui sebuah pasukan yang bagus, rajin dan liat untuk ditundukkan.
"Mereka hanya sukar menjaringkan gol. Itu yang membezakan kedudukan mereka sekarang. Selain itu, Negeri Sembilan tetap sebuah pasukan yang bukan mudah untuk dihadapi sesiapa pun," katanya, menjelang pertembungan di Stadium Tuanku Abdul Rahman itu.
Kata bekas jurulatih kebangsaan itu, mana-mana pasukan yang cuba mengambil mudah dengan setiap lawan, hanya akan menjerat diri sendiri dan beliau tidak rela 'Gladiators' menanggung padah lagi selepas disekat Selangor menerusi penentuan penalti pusingan pertama Piala FA, akhir bulan lalu.
Sepanjang tempoh rehat lebih dua minggu liga sejak 25 Januari lalu, katanya, ATM hanya melalui dua perlawanan persahabatan pemanas badan dengan menewaskan Geylang United Singapura 2-1 dan pendahulu Liga Perdana 2013, Polis Diraja Malaysia 1-0.
"Kami dapati kecergasan pemain berada pada tahap terbaik dan mereka sudah cukup bersedia bagi menyambung semula Liga Super. Hanya Mohd. Fitri Omar yang kurang 10 peratus lagi untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130212/su_06/Corot-bukan-bermakna-Negeri-Sembilan-lemah#ixzz2KhCsPtzV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pembinaan Stadium Felda United mula bulan depan

Dikirim oleh Warieh Khamis, 7 Februari 2013 0 Komen


SEREMBAN - Pembinaan stadium bola sepak bagi pasukan Felda United di Nadi Kota dekat Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pahang dijangka dapat dimulakan pada awal Mac ini.
Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, Lembaga Felda pada minggu lalu telah pun melantik kontraktor bagi melaksanakan kerja membina stadium berkenaan yang mampu menampung sehingga 30,000 penonton.
"Kerja-kerja pembinaan itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun.
"Tumpuan pada masa ini adalah pembinaan stadium tersebut manakala pembinaan kemudahan sukan yang lain akan dilaksanakan dalam fasa kedua yang akhirnya akan menjadikan kawasan berkenaan sebagai kompleks sukan," katanya kepada para pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil dan Anugerah Anak Felda ke Akademi Bolasepak Cardiff City, Wales di sini, semalam.
Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.
Yang turut hadir Pengerusi 1Malaysia Cardiff City Football Academy Sdn. Bhd., Datuk Chan Tien Ghee.
Pembinaan stadium tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan sambutan Hari Peneroka di Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pahang pada Julai 2011.
Pada majlis semalam, seramai 50 anak Felda yang menjalani latihan pendedahan di Akademi Bola Sepak Cardiff City di Wales selama tiga minggu bermula pada 15 November tahun lalu menerima sijil masing-masing.
Mengulas mengenainya, Mohd. Isa memberitahu, Felda berharap pendedahan latihan di luar negara itu akan meningkatkan kemampuan 50 anak Felda tersebut hingga mencapai tahap peringkat kebangsaan.
"Kita mempunyai rancangan untuk menghantar lagi anak-anak Felda mendapat latihan di luar negara dalam usaha melahirkan pemain pelapis sebagai satu sumbangan Felda kepada pembangunan sukan negara," katanya.

Misi NS keluar dari zon corot: Shahurain

Dikirim oleh Warieh Khamis, 31 Januari 2013 0 Komen

Seremban: Misi keluar daripada kelompok terbawah carta liga menjadi sasaran utama skuad Negeri Sembilan sebaik saingan Liga Super kembali bersambung dengan bertemu Tentera di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, 16 Februari depan.

Sekalipun amat menyedari betapa tugas selepas ini lebih mencabar, skuad Hobin Jang Hobin bertekad untuk berusaha keras memperkemaskan lagi jentera pasukan bagi memastikan persembahan lebih baik dapat dipamerkan untuk merealisasikan kemenangan.
 
 Pemain sayap kiri pasukan, Shahurain Abu Samah, berkata dia yakin peluang pasukan itu memperbaiki kedudukan dalam carta liga masih belum tertutup walaupun mengakui saingan liga semakin berliku dengan setiap pasukan masing-masing memperkemaskan jentera pasukan.


“Saya yakin peluang kami untuk mencabar pasukan lain belum tertutup kerana prestasi pasukan masih di tahap yang terbaik kerana kami hanya mengalami kekalahan tipis dalam tiga perlawanan sebelum ini. Jika kami dapat mengemaskan semula jentera pasukan, saya yakin kemenangan akan dapat dicapai,” katanya, semalam.

Shakir harap cepat pulih bantu Jang

Dikirim oleh Warieh Rabu, 30 Januari 2013 0 Komen


Oleh Mohd Amin Jalil

Seremban: Kecederaan tumit menyebabkan penyerang Negeri Sembilan, Ahmad Shakir Md Ali tidak dapat membantu pasukan itu mengharungi cabaran saingan Liga Super yang kian berliku apabila skuad itu menghuni tangga terbawah carta liga.
Walaupun semangatnya begitu membara, dia terpaksa akur dan berharap cepat pulih untuk berada dalam kesebelasan utama melakar kemenangan.

“Kedudukan pasukan memberi tekanan kepada rakan kerana belum mencapai kemenangan selepas lima perlawanan. Situasi ini juga membuatkan penyokong hilang keyakinan terhadap kekuatan pasukan musim ini.
“Kecederaan yang saya alami memerlukan masa untuk pulih, namun saya harap dapat diturunkan pada perlawanan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), 16 Februari ini,” katanya.

Penyerang berusia 23 tahun itu mengaku Negeri Sembilan perlu bangkit mencapai kemenangan pada perlawanan akan datang bagi mengelak terus berada dalam zon bahaya yang memungkinkan sasaran memburu kejuaraan tersasar.

Katanya, dia meyakini kemampuan skuad Hoben Jang Hoben dan nasib belum menyebelahi mereka apabila tiga kekalahan yang dialami di tangan Selangor, Pahang dan Perak itu dengan perbezaan satu gol.
Menurutnya, ia menunjukkan kekuatan pasukan masih setanding pasukan lain namun kegagalan barisan depan memanfaatkan peluang jaringan membuatkan usaha memburu kemenangan tidak kesampaian.

“Saya harap dapat bergandingan dengan Emanuel Matias De Porras bagi memantapkan barisan depan dan yakin kemenangan boleh dicatat pada perlawanan akan datang.
“Saya juga percaya De Porras sudah pasti mendapat semangat baru untuk meledak lebih banyak gol selepas mempamerkan persembahan bertenaga pada aksi Piala FA lalu.”

Aidil calon ketua pasukan

Dikirim oleh Warieh 0 Komen


PETALING JAYA - Ketiadaan beberapa pemain senior dalam skuad kebangsaan memberi ruang buat pertahanan negara, Aidil Zafuan Abdul Radzak untuk memakai lilit ketua pasukan dalam pertemuan dengan Qatar 6 Februari ini di Doha.
Pemain pertahanan Johor Darul Takzim (DT) itu menerima dengan hati terbuka jika jurulatih, Datuk K. Rajagobal memberi kepercayaan kepadanya menggalas tugas sebagai ketua pasukan dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2015.
"Saya tidak memikirkan sangat tentang tugas sebagai ketua pasukan, paling penting buat saya adalah perlawanan yang akan kami hadapi nanti, dalam erti kata lain saya lebih fokus kepada persediaan pasukan," katanya kepada media di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam.
Selain Safiq Rahim yang digantung perlawanan, beberapa lagi pemain senior lain seperti Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha dan Amar Rohidan juga tidak berada dalam pasukan ke Doha akibat masalah kecederaan.
"Saya akui masalah kecederaan yang kami alami ketika ini adalah yang paling ramai dalam pasukan kebangsaan tetapi perkara ini normal bagi sesebuah pasukan, ada pemain yang mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Safee dan Norshahrul.
"Dari segi semangat sepasukan saya rasa ia tidak menjadi masalah kerana kami sudah pun mengenali antara satu sama lain, cuma yang membezakan adalah pengalaman di antara pemain baru dan lama," katanya.
Jika dilihat daripada posisi yang diletakkan Rajagobal dalam latihan semalam, Aidil dijangka bergandingan semula dengan pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Amirizwan Taj Tajuddin pada bahagian pertahanan tengah.
Kedua-dua pemain tersebut pernah bergandingan bersama musim lalu ketika Aidil beraksi bersama ATM sebelum berhijrah ke Johor DT musim ini.
"Semua pemain dalam skuad kebangsaan sekarang saya lihat mempunyai kekuatan yang sama, dari segi rangkaian pertahanan tidak banyak berubah kerana tidak ramai pemain di posisi ini yang mengalami kecederaan.
"Bahagian serangan sedikit terjejas berikutan masalah kecederaan tetapi bola sepak bukanlah permainan individu ia melibatkan satu pasukan semuanya terletak kepada jurulatih untuk mengharungi perlawanan nanti," katanya.
Tambahnya, bertemu pasukan terkuat Asia seperti Qatar adalah satu pengalaman yang amat berguna buat pasukan kebangsaan dan mereka juga masih mempunyai masa untuk memperbaiki segala kekurangan menjelang perlawanan persahabatan menentang Iraq Jumaat ini.

Negeri ke pusingan kedua piala F.A

Dikirim oleh Warieh Ahad, 27 Januari 2013 0 Komen







Negeri Sembilan layak ke pusingan kedua piala FA setelah menundukan pasukan UiTM FC 2 -0 gol- gol Negeri Sembilan dijaringkan oleh pemain import Negeri Sembilan D Poress pada minit 17 dan 45. Perlawanan diadakan di Stadium UiTM Shah Alam. Negeri Sembilan dijangka akan bertemu Pos Malaysia dalam pusingan kedua.

NS kaji kedudukan import

Dikirim oleh Warieh Khamis, 24 Januari 2013 0 Komen



Aksi Negeri Sembilan menentang Kelantan dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu kelmarin yang berakhir seri tanpa jaringan.
SEREMBAN - Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) akan mengkaji semula kedudukan pemain import pada posisi serangan ekoran prestasi kurang memberangsangkan selepas lima perlawanan Liga Super.
Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, terdapat masalah yang dihadapi pada bahagian jentera serangan sehinggakan banyak peluang yang terhidang gagal dimanfaatkan.
Justeru katanya, pihaknya sedang mengintai pemain import baru posisi penyerang untuk dibariskan dalam kesebelasan utama dalam tempoh masa terdekat.
“Secara keseluruhan saya melihat posisi yang sedia ada sudah cukup baik, cuma kita kurang berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan pemain import dari Argentina Emanuel Matias De Porras setakat ini.
“Kita akan menilai semula pemain ini dan apabila tiba masanya nanti kita akan menggantikan dengan pemain import baru," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri, semalam.
Mohamad yang juga Menteri Besar menjelaskan secara keseluruhannya skuad ketika ini masih lagi baru memandangkan kebanyakan pemain yang menjadi kesebelasan utama dalam skuad Rusa adalah muka baru yang memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dalam pasukan.
“Namun jangan ambil masa terlalu lama untuk serasi kerana musim ini cukup mencabar, cabaran kali ini semuanya hebat dan kita perlu segera bangkit," katanya.
Dalam pada itu Mohamad menjelaskan, tidak ada sebab untuk PBNS menggantikan Divaldo Elves kerana jurulatih berkenaan mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam membimbing pasukan Negeri Sembilan.
Katanya, apa yang sebenarnya berlaku kebanyakan tonggak utama dalam pasukan masih lagi dibelenggu kecederaan dan sudah pastinya muka baru dalam simpanan diberi tanggungjawab untuk bermain.
“Banyak pemain kita yang masih mengalami kecederaan namun kesebelasan utama dalam pasukan dapat mengikat kedudukan seri bersama Kelantan dalam perlawanan tempoh hari. Bagi saya ini sudah cukup bahawa pemain kita mampu bersaing dengan pasukan besar seperti Kelantan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130124/su_03/NS-kaji-kedudukan-import#ixzz2IuLZ49z3
© Utusan Melayu (M) Bhd 

NS, Kelantan kian terdesak

Dikirim oleh Warieh Selasa, 22 Januari 2013 0 Komen


Kota Bharu: Selepas gagal mencipta kemenangan dalam tiga perlawanan sebelum ini, skuad Kelantan tekad memburu tiga mata dalam pertembungan dengan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

Pemain pertahanan, Zairul Fitree Ishak menegaskan skuad The Red Warriors sangat dahagakan kemenangan selepas tidak mampu mengutip tiga mata penuh daripada tiga perlawanan terakhir saingan liga.
Kami tercicir tujuh mata daripada tiga perlawanan itu dan ini sangat merugikan pasukan. Kami sudah ketinggalan empat mata di belakang pendahulu liga Pahang dan menduduki tangga kelapan liga, kami perlu bangkit selaku juara bertahan dan juara tiga piala musim lalu.


Di Seremban, Negeri Sembilan yang kian terdesak untuk mencari kemenangan pertama bertekad untuk merealisasikan impian itu dalam pertemuan malam ini.

Sekalipun menyedari bakal berdepan cabaran berliku, ketua jurulatih, Divaldo Alves mengharapkan strategi yang dirangkanya akan membuahkan hasil terutama dengan kehadiran semula penyerang import Emanuel De Porras selepas tidak diturunkan dalam dua perlawanan sebelum ini akibat kecederaan.

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Kedah mengalahkan Sabah 2-0 pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Likas, hari ini.

Gol pasukan pelawat dijaringkan oleh Mohd. Khyril Muhymeen Zambree pada minit ke-40, diikuti jaringan Muhamad Fiqkry Md. Isa pada minit ke-80. - UTUSAN
Keputusan
Johor 2 - UiTM FC 0
Sabah 0 - Kedah 2
Sime Darby 0 - Sarawak 0
PDRM 1 - Pos Malaysia 1
Perlis 0 - K. Lumpur 1
SPA Putrajaya 2 - NS Betaria 3

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook