Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Shakir harap cepat pulih bantu Jang

Dikirim oleh Warieh Rabu, 30 Januari 2013


Oleh Mohd Amin Jalil

Seremban: Kecederaan tumit menyebabkan penyerang Negeri Sembilan, Ahmad Shakir Md Ali tidak dapat membantu pasukan itu mengharungi cabaran saingan Liga Super yang kian berliku apabila skuad itu menghuni tangga terbawah carta liga.
Walaupun semangatnya begitu membara, dia terpaksa akur dan berharap cepat pulih untuk berada dalam kesebelasan utama melakar kemenangan.

“Kedudukan pasukan memberi tekanan kepada rakan kerana belum mencapai kemenangan selepas lima perlawanan. Situasi ini juga membuatkan penyokong hilang keyakinan terhadap kekuatan pasukan musim ini.
“Kecederaan yang saya alami memerlukan masa untuk pulih, namun saya harap dapat diturunkan pada perlawanan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), 16 Februari ini,” katanya.

Penyerang berusia 23 tahun itu mengaku Negeri Sembilan perlu bangkit mencapai kemenangan pada perlawanan akan datang bagi mengelak terus berada dalam zon bahaya yang memungkinkan sasaran memburu kejuaraan tersasar.

Katanya, dia meyakini kemampuan skuad Hoben Jang Hoben dan nasib belum menyebelahi mereka apabila tiga kekalahan yang dialami di tangan Selangor, Pahang dan Perak itu dengan perbezaan satu gol.
Menurutnya, ia menunjukkan kekuatan pasukan masih setanding pasukan lain namun kegagalan barisan depan memanfaatkan peluang jaringan membuatkan usaha memburu kemenangan tidak kesampaian.

“Saya harap dapat bergandingan dengan Emanuel Matias De Porras bagi memantapkan barisan depan dan yakin kemenangan boleh dicatat pada perlawanan akan datang.
“Saya juga percaya De Porras sudah pasti mendapat semangat baru untuk meledak lebih banyak gol selepas mempamerkan persembahan bertenaga pada aksi Piala FA lalu.”

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook