Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Memaparkan catatan dengan label pertanian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pertanian. Papar semua catatan

'Hantu getah' kaut habuan

Dikirim oleh Warieh Selasa, 16 Julai 2013 0 Komen


'Hantu getah' kaut habuan
Seh Yong (kanan) ketika mengadakan sesi dialog bersama pekebun getah.
 
JELEBU – Kewujudan pencuri getah di Simpang Pertang, dekat sini sejak tiga tahun lalu, semakin menghantui pekebun getah di kawasan berkenaan.

Penoreh mendakwa, keadaan semakin menjadi-jadi sejak tiga bulan lalu menyebabkan mereka kerugian mencecah ribuan ringgit.

Bagi menangani masalah itu, Adun Bahau, Chew Seh Yong mengadakan sesi dialog bersama pekebun getah di kawasan berkenaan bagi mencari jalan penyelesaian.

Menurut Seh Yong, masalah 'hantu getah' itu sememangnya meresahkan pekebun kerana ia satu-satunya sumber pencarian utama mereka.

“Saya menerima aduan daripada pekebun berhubung masalah ini dan mereka mendakwa kerugian sehingga menggugat sumber pendapatan mereka. Hampir setiap hari hasil kerja titik peluh mereka akan hilang dan sejak kebelakangan ini keadaan semakin menjadi-jadi,” katanya.

Menurutnya, masalah itu perlu ditangani segera kerana sekiranya dibiarkan berlarutan, ia akan memberi kesan kepada kira-kira 300 pekebun getah di kawasan tersebut.

Lebih-lebih lagi, katanya, pekebun bersusah payah bekerja seawal pagi untuk menoreh getah, sudah tentu lebih kecewa apabila hasil mereka dicuri mereka yang mahu mengaut keuntungan mudah.

"Sebagai tindakan susulan, pihak kami bersama pekebun menubuhkan jawatankuasa khas membanteras aktiviti mencuri getah ini.

"Bagaimanapun, menjadi harapan pekebun agar polis juga turut sama membantu memastikan pihak tidak bertanggungjawab menjalankan kegiatan ini dapat ditangkap," katanya.

Selain itu, katanya, beliau bersama Adun Chennah, Anthony Loke dan pekebun terbabit akan menghantar memorandum kepada Ketua Polis Daerah Jelebu berkaitan masalah ini.

Penat lelah 30 tahun terbalas

Dikirim oleh Warieh Sabtu, 29 Jun 2013 0 Komen


Penat lelah 30 tahun terbalas
Jalaludin (kanan) bersama anaknya menunjukkan belimbing yang sudah masak di kebunnya.
LUI MUDA - Penat lelah seorang pengusaha kebun belimbing di Felda Lui Muda dekat sini sejak 30 tahun lalu, terbalas apabila dia berjaya merangkul Anugerah Usahawan Terbaik 2013, baru-baru ini.

Jalaludin Sabi, 64, berkata, dia mengusahakan tanaman belimbing selepas menerima saranan daripada pengurus Felda sebelum ini dan mendapat kebenaran untuk menggunakan tanah rizab seluas dua hektar.

"Saya berasa sangat beruntung sebab Felda memberi kebenaran ini untuk menambah pendapatan sedia selain mengusahakan kebun kelapa sawit.

"Saya hanya menggunakan modal sendiri untuk membeli baja serta racun serangga. Sebanyak 400 pokok belimbing yang perlu dijaga dan akan mengeluarkan hasil lebih kurang empat kali setahun,” katanya.

Menurutnya, dia menanam dua jenis belimbing iaitu belimbing madu dan biasa.

"Kesemua belimbing ini dijual dengan harga berbeza mengikut kualiti sedia ada.

"Harga pasaran bagi belimbing biasa mencecah RM5 sekilogram, namun saya hanya menjualnya dengan harga RM3.50 manakala RM4 bagi belimbing madu,” katanya.

Jalaludin berkata, sebelum ini, dia menjual hasil tanamannya kepada pemborong buah, namun harga yang dibeli terlalu murah.

"Tindakan itu tidak berbaloi sedangkan dia boleh menjualnya dengan harga agak tinggi dalam pasaran tempatan," katanya.

Katanya, isteri, Rosnah Suradin, 53, bersama dua anak lelakinya berusia 21 dan 26 tahun turut membantunya menguruskan kebun yang berjaya mengeluarkan hasil jualan dianggarkan hampir RM1,500 sebulan.

Sementara itu, anaknya, Yaakop, 26, berkata, setiap hari dia akan mengikut bapanya ke kebun.

"Biasanya saya akan membalut buah yang sudah masak supaya tidak dimakan burung selain memastikan pokok belimbing berada dalam keadaan baik.

"Ada juga pokok belimbing yang ditanam tidak menjadi akibat terlebih air. Lagipun untuk mendapatkan hasil yang banyak serta buah cantik ianya perlu dibaja setiap tiga bulan sekali dengan kos RM500,” katanya.

Dalam pada itu, dua Pegawai Penyelarasan Usahawan Felda Lui Muda, Mohd Farid Ahmad dan Mazlin Che Yun sempat melawat kebun Jalaludin semalam, bagi melihat perkembangan tanaman yang diusahakan.

NS perhebat tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil getah

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 15 Mac 2013 0 Komen


MOHAMAD Hasan mengagihkan bahan rangsangan lateks kepada peserta pada Majlis Pelancaran Kempen Penggunaan Bahan Rangsangan Lateks Peringkat Negeri Sembilan di Kampung Siliau, Rantau, semalam.
SEREMBAN 14 Mac - Kerajaan negeri akan memperhebatkan kempen penggunaan bahan rangsangan lateks kepada pekebun kecil dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi mereka.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihaknya akan menjalankan kerjasama dengan RISDA bagi menjayakan usaha tersebut yang akan melibatkan sebanyak 44,105 pekebun kecil getah dan sawit di negeri ini.
''Daripada jumlah itu, hanya empat peratus yang menggunakan bahan rangsangan tersebut.
''Saya yakin dengan perancangan dan strategi yang diadakan oleh RISDA, akan dapat membantu meningkatkan sosioekonomi masyarakat pekebun kecil di negeri ini," katanya dalam Majlis Pelancaran Kempen Penggunaan Bahan Rangsangan di Kampung Siliau dekat sini hari ini.

Pakar mula operasi Sabtu ini

Dikirim oleh Warieh Selasa, 5 Mac 2013 0 Komen


Wartawan Sinar Harian
5 Mac 2013
Yunus
Yunus ketika melakukan lawatan kerja di Pakar, semalam sambil diiringi Siti Nurul Haida dan Rasid.
Pakar
Pakar menjadi sebuah lagi pusat tumpuan ramai di Seremban.

SEREMBAN - Orang ramai terutama penduduk sekitar daerah ini akan memiliki banyak pilihan untuk membeli keperluan barangan dapur apabila Pasar Komuniti dan Karavan (Pakar) akan mula beroperasi di Jalan Seremban – Kuala Pilah mulai Sabtu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat berkata, Pakar merupakan satu tempat pilihan untuk memberi barang keperluan, terutama barang mentah.

Menurutnya, projek melibatkan kos RM3.6 juta itu diyakini dapat memberi kemudahan kepada masyarakat setempat selain memberi ruang kepada peniaga berniaga dalam keadaan selesa.

“Pakar yang merupakan infrastruktur kekal, akan mula operasi pada Sabtu ini dalam dua sesi iaitu dari jam 7 pagi sehingga 1 petang, dan 4 petang sehingga 12 malam, setiap hari kecuali Isnin.

“Di sini, kita menyediakan sebanyak 81 lot niaga kepada mereka yang ingin menjual pelbagai barangan tanpa had,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan di Pakar, semalam.

Turut serta, Timbalan Pengarah Fama negeri, Siti Nurul Haida Ibrahim dan Pengurus Pakar Paroi, Rasid Yusop.

Yunus berkata, Pakar di Negeri Sembilan merupakan projek kelima kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, selepas Seri Manjung, Perak; Jengka dan Bera, Pahang serta Satok, Sarawak, beroperasi beberapa tahun lalu.

Menurutnya, selain perniagaan, ia juga boleh digunakan sebagai tempat menjalankan aktiviti komuniti setempat seperti kenduri kahwin atau majlis perasmian.

Ladang dipenuhi semak

Dikirim oleh Warieh Selasa, 26 Februari 2013 0 Komen


Wartawan Sinar Harian
26 Februari 2013
Ladang dipenuhi semak
Ladang blok C yang dipenuhi semak.
 
KEPIS – Peserta Felcra di Bukit Kepis I, kecewa apabila ladang kelapa sawit mereka di blok C tidak diurus dengan baik oleh pihak kontraktor yang dilantik sehingga dipenuhi semak samun.

Selain itu, peserta juga mendakwa hasil tanaman kelapa sawit di blok C yang mempunyai keluasan 148 hektar tidak dikutip oleh pihak berkaitan.

Peserta, Esah Alias, 60, berkata, dia sering ke ladang pada waktu petang untuk mencari ternakan kambingnya yang meragut rumput di kawasan berkenaan.

Menurutnya, sebelum memasuki kawasan ladang itu, dia perlu menebas semak di kawasan jalan.

"Jadi, apabila sering kali memasuki ladang ini, saya dapat tahu sebahagian tanaman kelapa sawit di blok C tidak diurus dengan baik.

"Jadi pada pandangan saya, sudah pasti kontraktor tidak melakukan kerja dengan baik dari aspek pembersihan ladang, pembajaan dan mengutip hasil kelapa sawit,” katanya.

Manakala, Ali Mihat, 44, berkata, ladang Bukit Kepis I yang keluasan 360 hektar dibahagikan kepada tiga blok dengan dibarisi 123 peserta dari Kampung Kepis dan sekitarnya.

“Kebanyakan peserta Felcra adalah warga emas. Jadi, sudah pasti mereka bergantung harap kepada hasil dari ladang ini.

“Meskipun kami menerima wang sara hidup sebanyak RM500 sebulan, namun sebenarnya ia tidak mencukupi memandangkan kos sara hidup tinggi,” katanya.

Hanya bersih di bahagian depan ladang

Bagi Siti Osman, 67, pula berkata, dia kesal kerana kontraktor lebih menumpukan kawasan di bahagian depan ladang yang terletak di tepi jalan.

"Blok A dan blok B, tiada masalah seperti di blok C. Jadi, saya berharap pihak Felcra dapat memantau masalah ini yang berlarutan sejak tiga tahun lalu,” katanya.

Idris Abd Karim, 74, berkata, kos kontraktor yang melakukan kerja-kerja di ladang tersebut dibayar menggunakan duit peserta.

“Kami yang membayar kontraktor untuk melakukan kerja. Jadi amat dukacita, bila mereka ini tidak melaksanakan tugas dengan baik.

“Kami sudahlah tidak menerima dividen, malah wang sara hidup yang diberikan tidak mencukupi jika dibandingkan dengan keuntungan. Kami juga tidak tahu jumlah sebenar hutang dengan Felcra,” katanya yang berharap pihak Felcra dapat menyatakan jumlah hutang kepada peserta.

Lantik kontraktor baru

Sementara itu, Pengurus Kawasan Bukit Kepis I, Mohd Norzan Yusuf berkata, kerja-kerja pembersihan ladang dilaksanakan bermula 15 Februari hingga 31 Mac ini mengikut jadual ditetapkan.

Menurutnya, pihaknya sudah melantik kontraktor baru untuk mengeluarkan hasil, membersihkan ladang dan membaja pokok kelapa sawit.

"Kawasan yang dinyatakan oleh peserta memang dipenuhi semak samun, namun pihak Felcra sudah melantik kontraktor untuk mengatasi masalah tersebut.

“Kerja-kerja pembersihan juga sudah bermula cuma belum tiba di kawasan blok C. Insya-Allah dalam masa terdekat kawasan itu akan dibersihkan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Norzan berkata, pembayaran kos sara hidup sebanyak RM500 bermula pada Februari 2012 sehingga kini.

“Kos sara hidup ini diberikan bagi membantu peserta dari segi kewangan. Seperti yang diketahui, kebanyakan peserta adalah warga emas. Jadi bila ada wang ini, dapatlah menampung perbelanjaan keluarga mereka.

“Pada 2010, pembayaran kos sara hidup bermula RM280 sahaja kemudian pada Februari 2012 meningkat kepada RM500. Setiap peserta akan menerima RM6,000 setahun dan jika didarabkan dengan 123 peserta, ia menelan kos sebanyak RM738,000 setahun,” katanya.


JELEBU 25 Feb. - Lebih 3,000 membanjiri kawasan Karnival Jelebu 1Malaysia dalam usaha mengeratkan hubungan kaum, selain memperkenalkan produk pengusaha tempatan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, Datuk Yunus Rahmat berkata, program itu berlangsung sejak Khamis lalu dan berakhir semalam, berjaya menarik ramai pengunjung pelbagai kaum ke karnival berkenaan.
Jelasnya, karnival ini melibatkan 30 jabatan kerajaan, selain 80 pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS), yang mana memberikan akses kepada pengunjung untuk mendapatkan produk terus daripada pembuatnya.
''Kita mengetengahkan aktiviti rakyat serta acara bola sepak. Kita libatkan Persatuan Orang Kerdil Malaysia dan menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 kepada 620 penerima.
''Sebanyak 50,000 benih ikan lampam telah pun dilepaskan di Sungai Klawang," katanya di sini hari ini.

Pasar Komuniti dan Karavan mula operasi 3 Mac

Dikirim oleh Warieh Khamis, 21 Februari 2013 0 Komen


Wartawan Sinar Harian
21 Februari 2013
SEREMBAN – Pasar Komuniti dan Karavan (Pakar) yang terletak di jalan Seremban - Kuala Pilah, Paroi, dekat sini, akan bermula operasi pada 3 Mac depan.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) negeri, A Rahaman Suleiman, berkata, pasar yang baru siap dibina itu akan menempatkan seramai 100 peniaga yang akan berniaga pelbagai barangan setiap hari kecuali Isnin.

“Pasar Komuniti yang bernilai RM3.4 juta ini dijangka akan dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan pada 16 Mac ini.

“Segala persiapan sudah dilakukan dan para peniaga akan memulakan operasi perniagaan mereka pada 3 Mac depan,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Kunci Bangunan Pakar daripada kontraktor kepada Fama Negeri, di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya menyasarkan sebanyak RM60,000 hingga RM100,000 hasil jualan sebulan.

“Pasar tani diadakan Rabu dan Jumaat dari jam 7 pagi hingga 2 petang; pasar malam (Selasa dan Ahad, 4 petang–12 malam); pasar sehari (Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad, 7 pagi–2 petang), Uptown (Jumaat, Sabtu dan Ahad, 4 petang–3 pagi) dan pasar borong, Selasa hingga Ahad dari jam 4 pagi hingga 7 pagi,” katanya.

Tujuh lembu susu kena curi

Dikirim oleh Warieh Selasa, 12 Februari 2013 0 Komen


WARTAWAN SINAR HARIAN
12 Februari 2013
􀀵􀁖􀁋􀁖􀁉􀀁􀁍􀁆􀁎􀁃􀁖􀀁􀁔􀁖􀁔􀁖􀀁􀁌􀁆􀁏􀁂􀀁􀁄􀁖􀁓􀁊
Tamilselvan menunjukkan tabung ubat pelali yang ditemui di kadang lembu Nganersegaran.
BAHAU, NEGERI SEMBILAN - Seorang penternak lembu terpaksa menanggung kerugian hampir RM30,000 selepas tujuh ekor lembu susu yang diternak berhampiran ladang Chong Win Chan, di sini hilang dipercayai dicuri awal pagi kelmarin.

Penternak lembu, M.Nganersegaran, 54, berkata, dia menyedari lembunya dicuri ketika dia datang membuat pemeriksaan harian di kandang kira-kira dua kilometer dari rumahnya sekitar jam 7 pagi.Menurutnya, ketika tiba di kandang lembunya itu, dia melihat terdapat kesan tayar lori dan motosikal atas tanah.

Apabila masuk ke dalam, dia melihat empat ekor lembunya sudah pengsan manakala dua lagi dalam keadaan selamat.

“Setelah diperiksa, ada enam tabung ubat pelali di atas lantai. Manakala tujuh ekor lembu sudah hilang. Hati saya luluh apabila lembu susu yang diternak hilang begitu sahaja.

“Tanpa lengah saya terus memaklumkan insiden itu kepada Jabatan Veterinar daerah seterusnya membuat laporan di Balai polis Bahau kira-kira jam 8 pagi hari yang sama,” katanya yang menjadi penternak sejak 30 tahun lalu.

Nganersegaran berkata, sebanyak 13 ekor lembu yang diternaknya itu merupakan jenis ‘Friesian- Jersey’. Dua daripada tujuh ekor lembu yang hilang itu merupakan lembu betina.

Penternak lembu, K.Tamilselvan, 39, berkata, kejadian terbabit kerap berlaku di sekitar kawasan Kampung Tamanjaya dan sekitar daerah Jempol.

“ Penternak lembu terpaksa menanggung kos kerugian akibat kecurian ini sehingga beribu-ribu ringgit bahkan lebih dari jumlah itu, “ katanya.

Manakala rakannya, yang juga penternak lembu, A. Mageswaran, 38, berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan memandang serius insiden itu.

“Menternak lembu ini sudah menjadi pekerjaan tetap saya dan punca rezeki anak-beranak, jika perkara ini terus menerus berlaku, tidak akan ada lagilah penternak lembu selepas ini,” katanya yang pernah kehilangan lembunya.

Sementara itu, Timbalan Ketua polis daerah, Deputi Superintendan Tukiman Seriman, ketika dihubungi berkata mengesahkan ada menerima laporan pengadu dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

NS ke arah pengeluar buah-buahan tempatan

Dikirim oleh Warieh Isnin, 11 Februari 2013 0 Komen


JELEBU 10 Feb. - Sebanyak 40 batang pokok ditanam di kawasan rezab Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah ini berhampiran pertemuan Sungai Teriang dan Sungai Klawang sempena program My Beautiful Malaysia di sini hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, Datuk Yunus Rahmat berkata, usaha yang dilakukan itu bertujuan menjadikan kawasan pertemuan dua sungai itu satu daya penarik kepada orang ramai untuk datang berkunjung ke sini.
''Pokok yang ditanam itu ialah rambutan, pulasan dan durian. Pokok ini dibekalkan oleh Jabatan Pertanian nengeri dan akan dijaga dan dibaja oleh kakitangan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) negeri ini," katanya di sini semalam.
Tambah Yunus yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, program itu turut disertai 24 jabatan kerajaan, selain pemimpim masyarakat dan orang ramai.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130211/ws_05/NS-ke-arah-pengeluar-buah-buahan-tempatan#ixzz2KXr2cNEd
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kerajaan terus bela penduduk ladang Gatco

Dikirim oleh Warieh Rabu, 23 Januari 2013 0 Komen


Mohamad Hasan diiringi Rahim Tamby Chik dan Wan Mohamad Zuki Mohamad bersalaman degan peserta pekebun kecil RISDA ketika hadir pada Majlis Sarapan Kasihi Pekebun di Dewan Sri Rembau, Rembau, semalam.

REMBAU 22 Jan. - Kerajaan negeri akan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bagi membangunkan tanah ladang Gatco, dekat Jempol untuk tanaman semula getah.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tanah berkenaan telah diserahkan kepada peneroka asal, warisnya serta individu yang membelinya sebagai penyelesaian kepada kemelut berpanjangan sejak 47 tahun lalu.
''Kita berjaya menyelesaikan perkara ini dan sebahagian besar bersetuju dengan formula yang kerajaan berikan.
''Dalam pemberian itu ada tanah seluas lebih 488 hektar di mana kerajaan berjanji untuk membangunkannya melalui projek tanaman semula getah dan dua minggu lalu, pemilik tanah ini bersetuju dan rela menyerahkan semula tanah itu secara percuma kepada kerajaan.

Upah naik, peniaga mula 'pening kepala'

Dikirim oleh Warieh Isnin, 21 Januari 2013 0 Komen


SYAMILAH ZULKIFLI
20 Januari 2013
Upah naik, peniaga mula 'pening kepala'
Peniaga daging di pasar kini terbeban dengan kenaikan kadar upah penyembelihan.
SEREMBAN – Sudahlah upah penyembelihan lembu yang ditetapkan naik mendadak, perkhidmatan ditawarkan juga kurang memuaskan menyebabkan peniaga di Pasar Besar Seremban, di sini kini hilang sabar.

Mereka mendakwa kadar upah baru penyembelihan ditetapkan sebuah pusat penyembelihan di daerah ini mula dinaikkan kepada RM68 bagi seekor lembu sejak tahun lalu, sekaligus jauh lebih tinggi berbanding negeri lain yang hanya dikenakan RM15.

Bukan itu saja, malah mereka mendakwa kerja penyembelihan juga dibuat tidak sempurna, sekaligus menunjukkan pusat berkenaan hanya mementingkan keuntungan.

Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Ali berkata, sebelum ini mereka boleh lagi bersabar, namun ia semakin menekan apabila perkhidmatan diharapkan tidak setimpal dengan apa yang mereka dapat.

“Sebelum ini kami hanya dikenakan bayaran RM30, tapi sejak tahun lalu ia dinaikan sekali ganda menyebabkan ramai yang tidak berpuas hati.

“Kami ingatkan bila harga naik perkhidmatan diberi juga ditambah baik, tapi amat mengecewakan apabila daging lembu disembelih kurang sempurna dan tidak bersih,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Menurutnya, disebabkan kos penyembelihan semakin tinggi, peniaga tiada pilihan lain, selain menaikkan harga daging.

“Kalau harga penyembelihan pun tinggi, macam mana kami mahu untung," katanya.

Sementara itu, bagi Ariffin Mohd Syed, 45, beliau berpendapat, pihak berkenaan sepatutnya berbincang dahulu dengan peniaga dan bukan sewenangnya menaikkan kadar upah.

Katanya, setiap kali persoalan ditimbulkan, pihak terbabit hanya memberi alasan kos semakin meningkat menyebabkan harga penyembelihan juga perlu dinaikkan.

“Memang tak masuk akal harga ditetapkan sedangkan di negeri lain harga ditetapkan antara RM15 hingga RM30 bagi seekor lembu," katanya.

Ariffin turut meminta pihak berkaitan menyiasat masalah itu, seterusnya mencari jalan penyelesaian agar peniaga dan pelanggan tidak terus terbeban.

Beli di pasar tani jimat sehingga RM18

Dikirim oleh Warieh Rabu, 15 Ogos 2012 0 Komen


YUNUS Rahmat, (kanan), mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai secara percuma pada Majlis Pelancaran Pasar Tani Khas Aidilfitri peringkat negeri di Pasar Tani Paroi, Seremban, semalam. 
 
SEREMBAN 12 Ogos - Para pengguna di negeri ini mampu berjimat sehingga RM18 jika membeli 11 barangan keperluan dapur yang dijual pada harga lebih rendah daripada pasaran di pasar tani di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat berkata, antara barangan tersebut ialah ayam, sayur-sayuran, buah-buahan dan komoditi seperti kentang, bawang dan kelapa.
Sebagai contoh, katanya, harga ayam yang dijual di pasar tani ialah RM6.60 sekilogram berbanding RM8 di pasaran biasa.
"Pengguna menikmati penjimatan sebanyak RM1.40 sekilogram dan jika mereka membeli kesemua 11 barangan tersebut, penjimatan adalah sebanyak RM18," katanya kepada Utusan Malaysia selepas melancarkan Pasar Tani Khas Aidilfitri peringkat negeri di Pasar Tani Paroi di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri, A. Rahaman Suleiman.
Menurut Yunus, penjimatan harga yang ditawarkan oleh pasar tani mencapai 20 peratus walaupun FAMA hanya menyasarkan penjimatan sebanyak 5 peratus.
Jelasnya, penawaran harga rendah itu mampu dilaksanakan memandangkan barangan tersebut ditanam atau diternak sendiri oleh peserta pasar tani berkenaan.
"Keupayaan kita menjual pada harga rendah ini adalah hasil daripada program Jimat Belanja Dapur (JBD) yang dimulakan pada Ogos tahun lalu bertujuan meringankan beban rakyat dalam perbelanjaan keluarga.
"Oleh kerana itu, kerajaan negeri menggesa para pengguna di negeri ini terutamanya umat Islam yang sedang membuat persiapan hari raya yang menjelang tiba agar membeli barangan keperluan dapur di pasar tani," ujarnya.
Yunus juga menyangkal dakwaan bahawa harga barangan di pasar tani adalah lebih mahal daripada pasaran termasuk di pasar raya besar.
Katanya, tuduhan itu hanya bertujuan memburuk-burukkan pasar tani dengan harapan orang ramai akan menjauhi pasar tersebut.
Beliau berkata, pihak berkuasa sentiasa memantau dan memeriksa pasar tani bagi memastikan ketulenan perniagaan yang dijalankan di situ.

Pasar tani NS untung RM16.7j

Dikirim oleh Warieh Selasa, 13 Disember 2011 0 Komen


SEREMBAN 12 Dis. – Prestasi jualan pasar tani di seluruh negeri ini meningkat sebanyak 12 peratus apabila mencatatkan nilai keuntungan melebihi RM16.7 juta dari Januari hingga Oktober lalu berbanding tempoh sama pada 2010.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri, A. Rahaman Suleiman berkata, perkembangan positif itu merupakan hasil kutipan jualan membabitkan 29 tapak pasar tani pelbagai jenis di sekitar negeri ini.

“Dalam tempoh 10 bulan, negeri ini berjaya mencatatkan jualan keseluruhan sebanyak RM16,797,335 berbanding RM14,849,819 pada tahun sebelumnya.

“Daripada jumlah tersebut, peningkatan nilai jualan adalah sebanyak RM1,947,515 iaitu pada kadar 12 peratus,” katanya selepas melawat tapak Pasar Tani Mega Paroi Jaya di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat.

Katanya, berdasarkan statistik, purata jualan bulanan bagi seluruh pasar tani di negeri ini adalah sebanyak RM1.7 juta.

“Jika prestasi ini berterusan, nilai jualan bagi tahun ini boleh mencecah RM20.4 juta berbanding RM17.9 juta pada 2010,” jelasnya.

Tambahnya, tiga Pasar Tani Mega yang mencatatkan nilai jualan tertinggi adalah di Pasar Tani Mega Ampangan (RM2,188,136) diikuti Pasar Tani Mega Rembau (RM1,784,839) dan Pasar Tani Mega Paroi Jaya (RM1,590,897).

Dalam pada itu, A. Rahaman memberitahu, berdasarkan komoditi jualan, makanan dan minuman mencatatkan nilai jualan tertinggi berbanding barangan lain.

“Bagi makanan dan minuman, nilai jualan yang dicatatkan sebanyak RM2,681,454 diikuti sayur-sayuran iaitu sebanyak RM2,299,373 manakala ikan laut RM2,130,821,” ujarnya.

Sasar 3,400 tan buah-buahan

Dikirim oleh Warieh Rabu, 7 September 2011 0 Komen

http://arfahrahman.blogdetik.com/files/2011/06/fruit-11.jpg

SEREMBAN 6 Sept. – Program Negeri Sembilan sebagai Kebun Buah-buahan dijangka bakal menampakkan keberkesanannya dengan jangkaan penghasilan 3,400 tan dalam tempoh dua hingga lima tahun akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat berkata, program berkenaan baru sahaja di peringkat pelaksanaan dan kesan ekonominya hanya akan diketahui dalam tempoh berkenaan.

Ujar beliau, di bawah program ini, setiap rumah kampung dan taman-taman telah dibekalkan dengan dua anak pokok buah-buahan berserta baja kimia sebanyak 500 gram selain baja organik seberat 2 kilogram.

“Jenis pokok buah-buahan yang dibekalkan adalah manggis, nangka, mangga, jambu batu, jambu air, pulasan, kelapa, limau kasturi, limau nipis dan durian belanda.

“Sehingga Jun 2011, sebanyak 30,010 pokok buah-buahan pelbagai jenis telah diedarkan kepada 15,005 orang peserta setakat ini,” katanya di sini, hari ini.

Jelas Yunus, keberkesanan program ini diukur mengikut agihan yang disasarkan berjumlah 163,520 pokok yang setakat ini telah diedarkan kepada orang ramai sebanyak 43,142 pokok di seluruh daerah negeri ini dan bakinya akan selesai diedarkan akhir tahun ini.

Tambahnya, tumpuan masa ini adalah untuk meningkatkan bilangan peserta dan penambahan bilangan anak pokok yang akan ditanam di samping memastikan pokok yang dibekalkan dapat ditanam dan dibuat penjagaan yang secukupnya.

“Melalui program ini, kita menjangkakan matlamat yang dicapai akan memenuhi sasaran dan kita akan melaksanakannya dengan terbaik mungkin bagi memastikan program ini dapat memenuhi keperluan yang dihasratkan oleh kerajaan negeri.

“Malah kita berharap, masalah kebergantungan buah-buahan tempatan yang diimport dari negeri-negeri lain dapat dikurangkan sekali gus dapat memenuhi keperluan orang ramai di negeri ini dan sekitar Lembah Klang,” ujar beliau.

Mantai dipromosi seluruh negara

Dikirim oleh Warieh Isnin, 29 Ogos 2011 0 Komen



Mohamad Hasan melapah daging lembu ketika melawat gerai menjual daging segar pada Mantai Perdana 2011 di Seremban, semalam.


SEREMBAN 28 Ogos – Program Mantai Perdana Aidilfitri 2011 bukan sahaja akan dijadikan acara tahunan yang hanya diketahui masyarakat di negeri ini semata-mata, tetapi bakal dipromosikan ke seluruh negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, melihat pada keberkesanan dan maklum balas orang ramai yang begitu memberangsangkan, program itu akan dijadikan pusat sehenti bagi menemukan pembeli, penternak, peladang dan petani dalam urusan jual beli produk.

Malah katanya, langkah itu sebagai cara memudahkan pembeli untuk mendapatkan bekalan daging dan tani di satu tempat tanpa perlu ke bandar atau pasar menjelang musim perayaan pada kadar harga yang lebih murah.

‘‘Kita melihat program itu semakin berjaya setelah beberapa kali diadakan sebelum ini. Kita belajar daripada apa yang telah berlaku dan mahu menjadikan ia sebagai acara tahunan setiap kali menjelang perayaan Aidilfitri,” katanya kepada pemberita selepas melawat jualan daging dan tani di tapak bekas kem Paroi di sini, hari ini.

Turut sama Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat.

Program itu dianjurkan bersama kerajaan negeri, Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri, Lembaga Pelancongan negeri dan Jabatan Pertanian negeri melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Mohamad berkata, beliau dimaklumkan harga jualan yang lebih rendah di pasar berkenaan menyebabkan ia semakin dikenali seperti harga sekilo daging lembu dijual RM18 dan ayam pula RM7 sekilogram.

Menurutnya, pada Mantai Perdana itu, kerajaan menyediakan sebanyak 100 ekor lembu, 20 ekor kerbau, 50 ekor kambing, 2,000 ekor ayam daging, 2,000 ekor ayam telur daging, 2,000 ekor puyuh dan beberapa ekor itik dan rusa untuk dijual kepada orang ramai.

Bekalan raya dijamin cukup

Dikirim oleh Warieh Isnin, 22 Ogos 2011 0 Komen

SEREMBAN 21 Ogos – Bekalan bahan makanan keperluan, terutama makanan basah di negeri ini menjelang Aidilfitri dijangka mencukupi.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat berkata, kerajaan negeri peka dengan keperluan orang ramai, terutamanya masyarakat Islam sempena perayaan itu.

Tambahnya, ini termasuklah bahan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ayam serta daging bagi orang ramai di negeri ini.

“Orang ramai tidak perlu bimbang dengan bahan keperluan makanan bagi menyambut Aidilfitri kali ini kerana kita telah pun mengambil inisiatif untuk memastikan barang keperluan mencukupi.

“Tambahan pula beberapa projek yang dijalankan seperti Ladang Rakyat, kini telah mengeluarkan hasil untuk keperluan setempat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Yunus juga menjelaskan, kesemua barangan keperluan akan dipantau dari semasa ke semasa bagi memastikan ia mencukupi untuk orang ramai.

Bagaimanapun kata beliau, sekiranya barangan makanan tidak mencukupi, pihaknya akan mengimport bekalan dari negeri lain bagi memenuhi keperluan penduduk setempat.

Bahkan, kata beliau, kebanyakan barangan ketika ini dijual dengan harga yang berpatutan, termasuk di beberapa kawasan seperti di Jelebu, Seremban dan beberapa kawasan lain di negeri ini.

Tanam buluh madu

Dikirim oleh Warieh Khamis, 18 Ogos 2011 1 Komen



ULU BERANANG - Jabatan Pertanian Negeri Sembilan memperkenalkan satu lagi produk pertanian, buluh madu yang merupakan sumber makanan terbaru dan belum begitu dikenali di negara ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Sembilan, Salim Hassan berkata, tanaman buluh madu belum begitu meluas ditanam di negeri ini kerana ia masih baru dalam kalangan penduduk.

“Buluh madu ini merupakan sejenis sayuran mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikannya. Buluh madu mampu memberi nilai komersial kepada petani.

“Saya berharap dengan adanya program seumpama ini dapat mempromosikan buluh madu dalam kalangan penduduk khususnya masyarakat luar bandar yang lebih terdedah dengan kegiatan pertanian,” katanya.

Salim berkata demikian semasa berucap pada Program Semarak Ramadan di Masjid Kariah Ulu Branang, Lenggeng, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Adun Lenggeng, Mustafa Salim.

Program Semarak Ramadan itu merupakan program anjuran Jabatan Pertanian Daerah Seremban dengan kerjasama Pejabat Daerah Seremban, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ulu Beranang dan jawatankuasa Masjid Kariah Ulu Beranang.

Salim berkata, sebanyak 200 batang pokok buluh madu ditanam di sekitar kawasan berkenaan sebagai satu usaha mempromosikan tanaman berkenaan.

“Kita menggalakkan penduduk untuk menanam pokok buluh madu ini kerana ia mempunyai nilai komersial, boleh dijual ataupun ditanam untuk makan sendiri.

“Pada program ini juga, kita mengadakan acara gotong royong memasak buluh madu untuk dijadikan hidangan berbuka puasa bagi memberi peluang penduduk merasai sendiri keenakannya,” katanya.

Projek berkelompok ternakan

Dikirim oleh Warieh 0 Komen

http://www.pancingudang.com/wp-content/uploads/2011/05/sUdangGalah.jpg

SEREMBAN 17 Ogos – Jabatan Perikanan negeri memperkenalkan projek penternakan berkelompok melibatkan 28 kolam ternakan ikan tilapia dan udang galah bagi membantu para peserta yang terdiri daripada golongan berkemampuan.

Pengarahnya, Wan Muhammad Aznan Abdullah berkata, program tersebut yang melibatkan kawasan seluas 70 hektar di beberapa daerah di negeri ini adalah inisiatif kerajaan bagi meningkatkan pendapatan peserta.

‘‘Setiap peserta diperuntukkan sebanyak RM15,000 bagi menampung kos perusahaan masing-masing yang akan dipantau oleh jabatan dan syarikat dilantik.

‘‘Setakat ini, kita mempunyai 60 peserta terlibat di bawah projek ini yang mana ia membabitkan 12 kolam ternakan ikan tilapia dan 16 kolam ternakan udang galah di sekitar Jelebu dan Rantau,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Jelasnya lagi, peserta terbabit akan menerima dividen setiap bulan termasuk bonus hujung tahun hasil daripada jualan ternakan mereka.

‘‘Dividen bulanan sebanyak RM350 akan diberikan kepada peserta ternakan udang galah, manakala RM300 bagi peserta ternakan ikan tilapia.

‘‘Peserta juga layak menerima bonus setiap penghujung tahun hasil jualan keseluruhan mereka,” ujarnya.

Tambahnya, peserta terlibat juga tidak perlu mengeluarkan sebarang modal dan lebih menarik kesemua perbelanjaan pelaksanaan projek ditanggung sepenuhnya melalui peruntukan yang diterima termasuk makanan dan benih ternakan.

‘‘Peruntukan tersebut turut meliputi perbelanjaan pembinaan infrastruktur seperti kolam dan saliran perusahaan,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Muhammad Aznan memberitahu, hasil ternakan projek itu turut dieksport ke Eropah dan Singapura.

‘‘Udang galah kita eksport ke Singapura, manakala ikan tilapia baru-baru ini pula mendapat permintaan yang tinggi di beberapa negara di Eropah,” katanya.

Pengeluaran daging NS meningkat

Dikirim oleh Warieh Rabu, 10 Ogos 2011 0 Komen

http://n9kini.com/wp-content/uploads/2011/06/ucjtfj.jpg
SEREMBAN - Pengeluaran daging lembu dan kerbau dalam negeri ini mencatatkan kadar 60.37 peratus daripada keperluan pengguna, sepanjang tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat berkata, Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Tampin, berupaya mengeluarkan daging lembu dan kerbau bernilai RM87.08 juta tahun lalu berbanding RM72.55 juta pada 2009.

“Dengan sokongan sebanyak 28 ladang satelit, Pusat Fidlot Nasional mampu mengeluarkan 36,216 tan metrik daging setahun.

“Hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadi pengeluar daging terbesar tercapai setelah Pusat Fidlot Nasional beroperasi sepenuhnya dengan penternakan sebanyak 60,000 lembu setiap pusingan,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, sebanyak 11,400 tan metrik dihasilkan dengan nilai anggaran RM165.8 juta dalam setiap pusingan, sekali gus menyumbang pencapaian sasaran menjadikan negeri ini pengeluar utama daging dalam negara.

Pemilik tanah pertanian boleh mohon bantuan

Dikirim oleh Warieh Isnin, 31 Mei 2010 0 Komen

2010/05/31
REMBAU: Pemilik tanah pertanian tidak mempunyai keupayaan mengusahakan tanah, boleh dapatkan bantuan agensi kerajaan atau sektor swasta memajukan tanah mereka, terutama untuk projek pertanian makanan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata antara agensi berkenaan ialah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), Risda dan Felcra yang mempunyai keupayaan dan kemampuan mencukupi memajukan tanah terbiar.
Katanya, pemilik tanah tidak sepatutnya membiarkan tanah pertanian tanpa dimajukan dengan aktiviti ekonomi yang boleh meningkatkan pendapatan dan taraf hidup

“Malangnya masih ada penduduk negeri ini yang membiarkan tanah pertanian mereka terbiar begitu saja tanpa dimajukan.

“Ini bukan saja merugikan diri sendiri, malah boleh menimbulkan pelbagai masalah terutama dari segi keselamatan, selain tidak membantu kerajaan yang berusaha meningkatkan pengeluaran makanan,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan PPK Rembau ke-31, di Dewan Merdeka, di sini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota, Datuk Dr Awaluddin Said; Adun Chembong, Zaiful Bahri Idris dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN), Datuk Ibrahim Yahya.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada anak ahli PPK yang berjaya dalam pelajaran, termasuk memasuki institusi pengajian tinggi serta RM200 kepada 34 ketua unit bagi kegunaan aktiviti tahunan.
Menteri Besar berkata, usaha meningkatkan pengeluaran makanan diberikan perhatian kerana ketika ini hanya 20 peratus bahan makanan dihasilkan di negeri ini, manakala selebihnya dari negeri lain.

“Kita tidak boleh terlalu bergantung kepada makanan import yang merugikan negara dari segi hasil sedangkan masih banyak tanah terbiar yang subur tidak dimajukan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri menetapkan sasaran meningkatkan pengeluaran bahan makanan sehingga 40 peratus menjelang 2012

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook