Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Beli di pasar tani jimat sehingga RM18

Dikirim oleh Warieh Rabu, 15 Ogos 2012


YUNUS Rahmat, (kanan), mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai secara percuma pada Majlis Pelancaran Pasar Tani Khas Aidilfitri peringkat negeri di Pasar Tani Paroi, Seremban, semalam. 
 
SEREMBAN 12 Ogos - Para pengguna di negeri ini mampu berjimat sehingga RM18 jika membeli 11 barangan keperluan dapur yang dijual pada harga lebih rendah daripada pasaran di pasar tani di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat berkata, antara barangan tersebut ialah ayam, sayur-sayuran, buah-buahan dan komoditi seperti kentang, bawang dan kelapa.
Sebagai contoh, katanya, harga ayam yang dijual di pasar tani ialah RM6.60 sekilogram berbanding RM8 di pasaran biasa.
"Pengguna menikmati penjimatan sebanyak RM1.40 sekilogram dan jika mereka membeli kesemua 11 barangan tersebut, penjimatan adalah sebanyak RM18," katanya kepada Utusan Malaysia selepas melancarkan Pasar Tani Khas Aidilfitri peringkat negeri di Pasar Tani Paroi di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri, A. Rahaman Suleiman.
Menurut Yunus, penjimatan harga yang ditawarkan oleh pasar tani mencapai 20 peratus walaupun FAMA hanya menyasarkan penjimatan sebanyak 5 peratus.
Jelasnya, penawaran harga rendah itu mampu dilaksanakan memandangkan barangan tersebut ditanam atau diternak sendiri oleh peserta pasar tani berkenaan.
"Keupayaan kita menjual pada harga rendah ini adalah hasil daripada program Jimat Belanja Dapur (JBD) yang dimulakan pada Ogos tahun lalu bertujuan meringankan beban rakyat dalam perbelanjaan keluarga.
"Oleh kerana itu, kerajaan negeri menggesa para pengguna di negeri ini terutamanya umat Islam yang sedang membuat persiapan hari raya yang menjelang tiba agar membeli barangan keperluan dapur di pasar tani," ujarnya.
Yunus juga menyangkal dakwaan bahawa harga barangan di pasar tani adalah lebih mahal daripada pasaran termasuk di pasar raya besar.
Katanya, tuduhan itu hanya bertujuan memburuk-burukkan pasar tani dengan harapan orang ramai akan menjauhi pasar tersebut.
Beliau berkata, pihak berkuasa sentiasa memantau dan memeriksa pasar tani bagi memastikan ketulenan perniagaan yang dijalankan di situ.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook