Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Jasa, sumbangan pasukan keselamatan diingati

Dikirim oleh Warieh Rabu, 15 Ogos 2012


MOHAMAD Hasan menyampaikan sumbangan duit raya kepada warga emas ketika hadir ke pada Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya 2012 Pekerti Negeri Sembilan kepada Anggota Keselamatan negeri dan ibu tunggal di Dewan Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat Negeri Sembilan (Pekerti), di Seremban, baru-baru ini. 
 
SEREMBAN 12 Ogos - Kesejahteraan dan keamanan negara tidak akan wujud tanpa pengorbanan serta kesanggupan para petugas pasukan keselamatan tanpa mengira waktu dan masa termasuklah pada musim perayaan.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu, jasa dan sumbangan mereka seharusnya dikenang setiap rakyat di negara ini apatah lagi kesanggupan mereka meninggalkan isteri dan anak-anak demi menjalankan tanggungjawab kepada negara.
"Pasukan keselamatan banyak berkorban kepada negara untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat. Mereka sanggup bekerja di perbatasan negara, hutan dan sebagainya serta terpaksa meninggalkan isteri dan anak-anak demi menjalankan tanggungjawab kepada negara.
"Kita amat menghargai jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan yang bertugas pada hari raya dan sumbangan bungkusan kuih raya ini sebagai tanda sokongan dan penghargaan kerajaan negeri kepada mereka," katanya.
Beliau berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya 2012 Pekerti Negeri Sembilan kepada Anggota Keselamatan negeri dan ibu tunggal di Dewan Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat Negeri Sembilan (Pekerti), di sini kelmarin.
Hadir sama, Yang Dipertua Pekerti, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Razak Mansor dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan.
Pada majlis itu, lebih 7,000 bungkusan kuih yang disediakan Pekerti diagihkan kepada anggota tentera dan polis yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri di sini selain bekas anggota polis dan ibu tunggal di negeri ini.
Sementara itu, Salbiah berkata, jasa dan bakti yang dicurahkan anggota keselamatan adalah tidak ternilai harganya.
Jelasnya, pengorbanan anggota keselamatan tidak hanya terbatas pada waktu-waktu kecemasan, kekacauan dan huru-hara malah turut bertugas pada Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Tahun Baru Cina.
"Mereka bertugas demi menjamin kehidupan yang selamat buat kita semua dan kerana itulah Pekerti menyanjung tinggi pengorbanan anggota keselamatan dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah menjaga keamanan dan kesejahteraan negara," katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook