Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Bayi tujuh bulan, bapa maut

Dikirim oleh Warieh Isnin, 11 Mac 2013


NORAFIDAH ASSAN
11 Mac 2013
Bayi tujuh bulan, bapa maut
Keadaan kereta mangsa yang remuk di bahagian depan dan lori satu tan yang turut mengalami kerosakan. Foto kecil : Muhammad Danish Irfan
 
JEMPOL - Seorang bayi lelaki tujuh bulan bersama bapanya maut setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh sebuah lori satu tan di Jalan Besar Felda Palong Satu, dekat sini dalam kejadian kira-kira 8.15 malam kelmarin.

Dalam kejadian itu, kereta Proton Wira dinaiki Nor Shahrizan Nordin, 32, bersama isteri, Noraini Atan, 27, dua anak, Muhammad Danish Irfan, 4,
Muhammad Danish Farhan, 7 bulan; ayah mangsa, Nordin Sidek, 59 dan isteri, Sawiyah Tompang, 59, dalam perjalanan pulang ke rumah di Felda Palong Lapan.

Ketua Polis daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, sewaktu tiba di tempat kejadian, sebuah lori satu tan datang dari arah bertentangan dan dipercayai hilang kawalan

Menurutnya, lori itu tidak sempat mengelak sebelum merempuh kereta dinaiki mangsa menyebabkan kereta remuk teruk di bahagian hadapan.

“Muhammad Danish meninggal dunia ketika tiba di Klinik Kesihatan Gemas manakala ayahnya, Nor Shahrizan maut pada 2.45 pagi tadi (semalam)
ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ampuah Najihah (HTAN), Kuala Pilah.

“Nordin yang cedera parah menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban manakala ahli keluarga lain menerima rawatan di Hospital Segamat. Pemandu dan kelindan lori hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya ketika mengesahkan kejadian itu, semalam.

Kedua-dua jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Palong Lapan, semalam.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook