Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Perkasa buat laporan polis minta Bala kemuka bukti

Dikirim oleh Warieh Isnin, 11 Mac 2013


Wartawan Sinar Harian
10 Mac 2013
SEREMBAN - Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) Negeri Sembilan membuat laporan polis meminta supaya penyiasat persendirian, P Balasubramaniam mengemukakan bukti bagi tuduhan yang dilemparkannya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Yang Dipertua Perkasa negeri, Datuk Mohd Noor Nordin berkata, jika benarlah dakwaan Balasubramaniam kononnya Perdana Menteri dan keluarga terlibat dalam satu kes pembunuhan, maka pihaknya menuntut agar penyiasat berkenaan tampil dengan bukti kukuh.

“Kita mahu dia (Balasubramaniam) berhenti mencanang perkara ini secara sesuka hati tanpa usul periksa, sebaliknya menyerahkan bukti dimiliki kepada polis bagi membolehkan siasatan dilakukan.

“Sekiranya dia enggan melakukannya, maka jelaslah Balasubramaniam sengaja menabur fitnah untuk memburukkan pucuk pimpinan negara, selain cuba memecahbelahkan masyarakat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, di
sini, semalam.

Mohd Noor berkata, pihaknya turut menggesa pihak polis supaya melakukan siasatan terhadap Balasubramaniam berhubung isu tersebut.

“Seandainya benar dia ada menyorokkan bukti, maka polis perlu mengambil tindakan sewajarnya kerana perbuatan tersebut salah di sisi undang-undang,” katanya.

Menurut Mohd Noor, pihaknya turut menyifatkan tohmahan Balasubramaniam terhadap Perdana Menteri sebagai satu sandiwara politik atau sekadar ‘bermain wayang’ untuk mencemarkan imej pemimpin negara ini di mata dunia.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook