Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Memaparkan catatan dengan label belia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label belia. Papar semua catatan

Pemimpin Belia tidak sehaluan sila undur diri

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 13 Julai 2018 0 Komen


SEREMBAN – Kepimpinan Majlis Belia Negeri Sembilan (MBNS) dan Majlis Belia Daerah (MBD) yang masih terlibat secara aktif dengan politik Umno diminta berfikir semula pendirian politik atau memilih meletakkan jawatan.
Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, tindakan itu perlu bagi mengelakkan permasalahan berbangkit yang akan merencatkan usaha kerajaan negeri membangunkan belia di semua peringkat.
“Berdasarkan pemerhatian saya kebanyakan mereka ini mempunyai hubungan kuat dengan pemimpin politik terdahulu dan mempunyai jawatan dalam Umno dan ada juga yang bertanding dalam pemilihan Umno baru-baru ini.
“Sudah semestinya pendirian politik mereka tidak selari dengan kerajaan baru. Saya fikir, sebagai seorang yang matang, mereka sudah boleh buat keputusan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini.
Menurutnya, MBNS dan MBD adalah entiti utama mewakili belia di peringkat negeri serta diiktiraf kerajaan serta perlu menyokong dan membantu kerajaan baharu.
“Bukan bermaksud kita menghalang kebebasan setiap individu untuk menyokong mana-mana parti politik, tetapi ia berkaitan soal kepimpinan belia di bawah kerajaan.
“Kalau sekadar menyokong dalam pilihan raya, itu pilihan masing-masing. Tapi sekarang  ada yang pegang jawatan dalam Umno. Keadaan ini dikhuatiri timbulkan isu lain dan mengikut pengiraan saya, sudah semestinya mereka akan sedaya upaya menaikkan kepimpinan lalu. Jadi, bagaimana kita boleh bekerjasama dengan baik,” katanya.
Mohamad Taufek berkata, adalah lebih baik individu terbabit mengundur diri secara baik dan memberi ruang kepada kepimpinan baharu.

Beri alasan pergi kenduri

Dikirim oleh Warieh Isnin, 3 Jun 2013 0 Komen


NURULATIQ AHMAD BANDI
3 Jun 2013
Beri alasan pergi kenduri
Remaja terlibat parti liar yang ditahan.
PORT DICKSON – Hanya kerana mahu menyertai parti liar, ada antara remaja sanggup menipu ibu bapa masing-masing, kononnya mereka mahu menghadiri kenduri.

Bagaimanapun, semuanya terbongkar dalam serbuan dilakukan polis, awal pagi semalam apabila seramai 38 anak muda termasuk seorang remaja berusia 17 tahun dan seorang penuntut universiti tempatan ditahan ketika sedang leka dengan parti liar di sebuah rumah persendirian di Batu 3.5 Jalan Pantai Port Dickson, awal pagi semalam.

Difahamkan, tangkapan itu menyebabkan ibu bapa kesemua remaja terbabit terkejut selepas dimaklumkan polis dan kerana mereka dimaklumkan anak-anaknya datang ke Port Dickson untuk pergi kenduri dan bercuti.

Dalam serbuan kira-kira 3 pagi itu, rumah yang terletak di sebuah hotel turut dilengkapi lampu disko, pembesar suara, deejay serta alat pemutar muzik.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, semasa serbuan, terdapat 50 anak muda berusia antara 17 hingga 27 tahun yang mana 38 daripadanya adalah lelaki dan 12 perempuan sedang berpesta di dalam rumah berkenaan.

“Selepas siasatan dan ujian air kencing, 27 daripada mereka positif dadah, sementara 11 lagi didapati memiliki dadah.

“Dalam serbuan itu, polis menemui tiga biji pil ekstasi dan minuman keras. Namun, kita tidak menolak kemungkinan suspek berjaya menghapuskan pil berkenaan dengan mencampakkannya ke laut melalui balkoni bilik penginapan mereka," katanya kepada pemberita pada sidang media di Bilik Gerakan Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, semalam.

Abd Wahab berkata, kesemua suspek datang dari negeri ini, Selangor, Melaka dan Kuala Lumpur merupakan pekerja swasta, penganggur serta pelajar.

“Mereka didapati datang ke parti berkenaan atas jemputan untuk majlis hari jadi dihantar penganjur melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan penganjur parti tidak mengenakan sebarang bayaran selain mengutip duit sewa rumah sebanyak RM750,” katanya.

Menurutnya, polis menerima maklumat daripada orang awam berkenaan kewujudan parti itu dan operasi yang diketuai Inspektor Norsaiful Asrar Ahmad Najih bersama 13 anggota tamat sekitar 5 pagi.

Lebih 20,000 kunjungi karnival belia di NS

Dikirim oleh Warieh Selasa, 16 April 2013 1 Komen


KUALA PILAH 14 April - Lebih 20,000 belia di negeri ini mengunjungi Karnival Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia 2013 yang berlangsung serentak di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah di sini dan di Stadium Mini Klawang di Jelebu.
Karnival dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan yang bermula kelmarin dan berakhir hari ini dilihat satu lagi kejayaan kerajaan dalam menganjurkan aktiviti yang penuh pengisian terhadap golongan belia.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek berkata, maklum balas pengunjung menunjukkan program itu memenuhi aspirasi golongan belia di negara ini.
Katanya, penganjuran program seperti itu menunjukkan kerajaan tahu dan sentiasa mengikuti perkembangan golongan belia di negara ini supaya setiap program memberi impak yang positif.
"Program seperti ini membuka peluang kepada golongan belia dan orang muda menunjukkan bakat mereka malah kita memberi peluang kepada mereka melontarkan idea serta pandangan mengenai pelbagai isu semasa.
"Saya mengucapkan tahniah kepada Jabatan Belia dan Sukan dan Astro kerana sekali lagi berjaya menganjurkan program yang memberi manfaat kepada golongan belia," katanya selepas merasmikan program berkenaan di sini semalam.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Baharudin Jali berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang sentiasa memberi sokongan kepada pihaknya dalam membangunkan sahsiah golongan belia.
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dengan program ini secara langsung atau tidak terutama sekali golongan belia kerana hadir memeriahkan setiap program.
"Saya yakin kerajaan sedia ada akan terus prihatin dan sentiasa memahami golongan belia. Saya berharap golongan belia tidak silap memilih pemimpin dan jangan menggadaikan masa depan mereka," ujarnya.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130415/dn_15/Lebih-20000-kunjungi-karnival-belia-di-NS#ixzz2QbxEmKWu
© Utusan Melayu (M) Bhd

Malaysia platform belia hayati perpaduan

Dikirim oleh Warieh Sabtu, 30 Mac 2013 0 Komen


Abdul Samad Ibrahim (kanan) menyerahkan replika cek tajaan akhbar Utusan Malaysia bagi Program Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia 2013 kepada Zairina Lubis Nordin (kiri) di Pejabat Pusat Khidmat Barisan Nasional di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, semalam. 
 
KUALA PILAH 29 Mac - Kira-kira 10,000 pengunjung dijangka memeriahkan program Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia 2013 yang diadakan di padang Sekolah Yam Tuan Hitam, Terachi dekat sini sehingga Ahad ini.
Program tiga hari yang bermula hari ini anjuran Kementerian Belia dan Sukan yang diadakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Menanti itu turut mendapat kerjasama dari pelbagai agensi swasta dan kerajaan.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Samad Ibrahim berkata, program tersebut menjadi platform untuk menarik minat belia menghayati erti perpaduan dan kesejahteraan negara.
"Program ini memberi peluang kepada golongan belia untuk melibatkan diri dalam aktiviti sosial yang diyakini dapat meningkatkan kebolehan mereka untuk bergaul dan berkomunikasi.
"Secara tidak langsung, ia juga dapat mengeratkan hubungan antara penduduk dan memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat tanpa mengira perbezaan kaum," kata beliau.
Abdul Samad berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas majlis penyerahan replika cek kepada Eksekutif Jualan Utusan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, Zairina Lubis Nordin di Pejabat Pusat Khidmat Barisan Nasional di Kuala Pilah di sini hari ini.
Program yang bermula pukul 8 pagi sehingga 11 malam setiap hari menawarkan pelbagai aktiviti termasuk kegiatan sukan selain persembahan artis popular dan kebudayaan.
Antara artis ternama yang akan memeriahkan acara berkenaan ialah Ramli Sarip, Datuk Hattan, Black, Najwa Latif dan pelawak Eby Yus.
Tidak ketinggalan forum perdana, Senamrobik 1Malaysia, pertandingan tarik tali, karaoke selain penyediaan gerai pameran membabitkan pelbagai agensi juga diadakan.
Menurut beliau lagi, penganjur juga akan melancarkan Tabung Perwira Lahad Datu bagi tujuan mengutip sumbangan daripada pengunjung fiesta berkenaan.
Orang ramai yang menghadiri Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia 2013 juga akan menerima akhbar Utusan Malaysia yang akan diedarkan secara percuma sepanjang program tersebut.

Rumah 15 tahun dibaik pulih

Dikirim oleh Warieh Ahad, 3 Mac 2013 0 Komen

Rumah 15 tahun dibaik pulih
Wartawan Sinar Harian
1 Mac 2013
Rumah 15 tahun dibaik pulih
Warga TNB bersama pemimpin setempat ceria setelah selesai Projek Mesra Rakyat TNB, semalam.
ROMPIN - Seorang ibu tunggal, dekat sini menarik nafas lega apabila rumah yang dihuni sejak 15 tahun lalu kini dibaik pulih menerusi Projek Mesra Rakyat Tenaga Nasional Berhad (TNB), semalam.

P Valliammah, 51, berkata, dia ditinggalkan suami tanpa sebarang nafkah dan hanya menggunakan upah menoreh di kebun orang untuk belanja harian.

Menurutnya, dia tidak mampu membaiki atap rumahnya yang bocor memandangkan duit yang diperolehnya hanya cukup makan.

"Saya tidak sangka rumah saya terpilih untuk menerima bantuan baik pulih daripada TNB dan sesungguhnya ia bermakna buat saya dan keluarga.

"Adun Jeram Padang, Datuk Vs Mogan juga banyak membantu saya dalam memastikan keadaan saya dan anak selesa," katanya yang mempunyai seorang anak perempuan.

Valliammah ditemui pada Majlis Perasmian Projek Mesra Rakyat TNB peringkat Negeri Sembilan di kediamannya di Jelai-Rompin, semalam.

Hadir sama, Naib Presiden (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi), Adelina Iskandar dan Pengurus Besar TNB Negeri Sembilan, Kamal Ariffin A Rahman.

Sementara itu, anak Valiammah, N Jivithna, 21 berkata, dia gembira apabila rumah yang semakin uzur sudah dibaik pulih.

"Selepas ini tiada lagi masalah takungan air longkang tersumbat, siling berlubang mahupun rumah dimasuki air akibat kebocoran bumbung ketika musim hujan," katanya yang juga penerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM140.

Manakala Adelina berkata, projek kemasyarakatan TNB bakal membuka lembaran baru ibunya yang selama ini mengidamkan kediaman lebih selesa.

Menurutnya, ia dilaksanakan susulan saranan kerajaan supaya Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) seperti TNB memainkan peranan membantu kerajaan membaiki rumah kediaman golongan sasaran antaranya penduduk luar bandar, ibu tunggal, warga emas dan anak yatim.

“Melalui projek ini juga, TNB akan membaiki 24 rumah dengan kos setiap satu sekitar RM10,000 di seluruh semenanjung bagi tempoh setahun.

“Setiap rumah ini akan menerima bantuan membaiki rumah dan bukannya membina baru,” katanya.

Mahasiswa perlu elak jadi orang suruhan pihak berkepentingan

Dikirim oleh Warieh Khamis, 14 Februari 2013 0 Komen


SEREMBAN 13 Feb. - Bakal pemimpin yang lahir daripada kalangan mahasiswa diingatkan perlu bijak mentafsir perkara buruk dan baik agar tidak terperangkap dan menjadi orang suruhan kepada individu dan pihak berkepentingan.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sebagai mahasiswa tentulah golongan tersebut cerdik dan pandai serta terbuka minda untuk tidak dipermainkan pihak lain.
''Sayanglah kalau mereka yang sepatutnya bergelar bijak pandai boleh tersongsang dan terjebak.
''Ini tentulah akan merosakkan masa hadapan mereka. Ketika saya belajar dahulu, golongan mahasiswa yang tersongsang ini, mereka tidak ke mana pun. Mereka gagal dalam pelajaran dan akhirnya merana," katanya di Rembau, semalam.
Katanya, amat malang apabila mahasiswa tidak menyedari diri mereka dipergunakan pihak berkepentingan dan tercicir dalam pelajaran.

Jangan mudah terpengaruh

Dikirim oleh Warieh Rabu, 13 Februari 2013 0 Komen


Mohd. Isa Abdul Samad (berbaju cerah) bersama sebahagian mahasiswa menunjukkan isyarat 1Malaysia pada program Jelajah Anak Malaysia di Dataran Sri Kemang, Port Dickson, baru-baru ini.
TELOK KEMANG 12 Feb. - Mahasiswa harus bijak menilai serta menetapkan pendirian terhadap isu yang timbul agar tidak mudah terpengaruh dengan anasir negatif yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, ini penting kerana golongan terbabit merupakan aset yang bakal menerajui dan meneruskan agenda kemajuan, pembangunan serta kesejahteraan negara kelak.
''Kini pelbagai isu yang timbul di mana banyak perkara telah diputarbelitkan pihak tertentu dan ia mula menarik perhatian golongan mahasiswa. Mereka seharusnya menyelidik terlebih dahulu meliputi semua aspek supaya dapat fakta sebenar, jika tidak ia akan membawa padah.

Belia perlu salur pelbagai idea bernas bagi bangunkan negara

Dikirim oleh Warieh Sabtu, 9 Februari 2013 0 Komen



SEREMBAN 8 Feb. - Golongan belia kini boleh menyalurkan idea dan pandangan bagi membantu membangunkan negeri dengan tertubuhnya Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia yang bakal dilaksanakan nanti.

Setiausaha Agung Majlis Belia Negeri Sembilan (MBNS), Mohd. Kama Kaharmuzakir Kamarudin berkata, ini membuktikan kerajaan sentiasa prihatin dengan suara belia.

Menurutnya, kerajaan negeri memahami isi hati belia yang mempunyai fikiran sendiri untuk berbakti kepada negeri ini.

"Oleh itu, kita harus menggunakan peluang ini dan secara tidak langsung melahirkan pemimpin pelapis dalam semua sektor, baik di peringkat persatuan, pemimpin masyarakat dan ahli korporat muda.

"Kita jangan mudah terpengaruh dengan dakwaan sesetengah pihak, tujuan mereka lebih kepada kepentingan peribadi dan pihak tertentu, tetapi kerajaan sekarang sentiasa memikirkan semua golongan," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130209/ws_06/Belia-perlu-salur-pelbagai-idea-bernas-bagi-bangunkan-negara#ixzz2KMqmn7gr
© Utusan Melayu (M) Bhd

ADUN BN tidak dipaksa berundur

Dikirim oleh Warieh Selasa, 20 Disember 2011 0 Komen


SEREMBAN 13 Dis. - Tidak ada tekanan atau paksaan kepada mana-mana ahli dewan undangan negeri (ADUN) dan ahli Parlimen untuk mengundur diri bagi memberi laluan kepada calon lain bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, langkah itu adalah proses biasa dalam parti selain memberikan laluan dan ruang buat pemimpin lain memenuhi tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Kita perlu tahu bahawa langkah yang dibuat ini bukanlah kerana mereka ini tidak baik untuk memimpin," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Transformasi Belia Negeri Sembilan anjuran Majlis Belia Negeri Sembilan (MBNS) di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas hasrat beberapa ADUN dan ahli Parlimen dari parti komponen Barisan Nasional (BN) di beberapa buah negeri untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Ahmad menjelaskan, ADUN Bukit Naning, Datuk Abdullah Md. Ali yang mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 adalah contoh terbaik pemimpin yang rajin

223 belia terima sijil kemahiran

Dikirim oleh Warieh Isnin, 12 Disember 2011 0 Komen


SEREMBAN 11 Dis. - Seramai 223 belia dari seluruh negeri ini menerima sijil kemahiran pada Majlis Kecemerlangan 1Belia 1Malaysia di Kompleks Belia dan Sukan Paroi di sini baru-baru ini.

Sijil tersebut disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan kepada belia yang menamatkan kursus jangka pendek melibatkan program kemahiran asas fotografi, solekan dan kedi golf anjuran Jabatan Belia dan Sukan negeri.

Menurut Mohamad, penyertaan kursus jangka pendek berkenaan merupakan titik permulaan bagi seseorang belia untuk mencapai cita-cita yang diimpikan dalam zaman yang kian mencabar ini.

''Tiada istilah mudah untuk mengecapi kesenangan dan kejayaan tanpa usaha yang gigih dan berkeyakinan," katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Jelasnya, belia masa kini perlu merebut peluang yang tersedia selain bijak menguruskan diri dan masa dalam apa jua bidang yang diceburi pada masa kelak.

Sementara itu bagi penerima pingat Perak anugerah remaja perdana, Yasti Yasmin Edora Abdul Rasib,19, berkata, kejayaan itu sedikit sebanyak akan memotivasikan dirinya untuk mencapai kecemerlangan pada masa depan.

Sistem sukarelawan diberi fokus 2012 – Ahmad Shabery

Dikirim oleh Warieh Rabu, 7 Disember 2011 0 Komen


05/12/2011 2:35pm

SEREMBAN 5 Dis. – Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KBS) akan memberi penekanan untuk membangunkan sistem sukarelawan yang paling besar di negara ini pada tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, satu sasaran perlu dicapai agar sukarelawan dalam kalangan belia ini boleh segera digerakkan untuk kerja amal dan komuniti.

"Jika dibandingkan dengan Australia, negara itu mempunyai lima juta sukarelawan yang mendaftar untuk memberi sumbangan 700 juta jam bagi kerja komuniti.

“Di Malaysia kita tidak ada satu sistem untuk mengukur dengan cara yang tepat, walaupun ada orang buat, tapi kita tidak ada satu ”one stop centre” untuk membuat laporan supaya kita dapat mengukur tahap rakyat Malaysia bersedia untuk menjadi sukarelawan,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Pegawai Belia dan Sukan KBS di sini hari ini.

Ahmad Shabery berkata, sukarelawan bukan saja diperlukan waktu bencana, tapi juga pada hari biasa seperti untuk memberi tuisyen, membuat kutipan amal serta juga membuat kerja komuniti.

"Jadi, ini antara perkara yang akan kita memberi tumpuan pada tahun depan iaitu bagaimana untuk membangunkan semangat sukarelawan terutama dalam kalangan belia,” katanya. – Bernama

Melahirkan pahlawan belia yang perkasa

Dikirim oleh Warieh Isnin, 31 Mei 2010 0 Komen

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL

SEREMBAN - Melihatkan satu perhimpunan belia yang berlangsung di Paroi dekat sini, Sabtu lalu ia terus mencetuskan satu gerakan perubahan dalam usaha semua peringkat mahu memperkasakan belia masa hadapan.

Pelbagai cara dan wadah diguna pakai dalam mengatur program serta aktiviti sempena sambutan hebat itu dengan harapan generasi belia yang hadir ini diperkukuhkan kemantapan budaya dan ketinggian nilai-nilai kehidupan masing-masing.

Namun begitu, satu anjakan telah diperhalusi dalam mewujudkan kesinambungan idea itu supaya budaya yang dibawa oleh belia ini tidak wajar dihiaskan dengan polemik yang tidak berkesudahan, tetapi perlu ditangani oleh langkah-langkah proaktif dan dasar yang berkesan.

Apa yang lebih penting, kepimpinan belia yang sedia ada dan akan datang dari setiap lapisan dan lapangan perlu mencetuskan satu ledakan nilai baru yang mampu memperkasakan masyarakat pada abad akan datang.

Oleh demikian, apa yang kita bimbangkan adalah kesilapan tafsir erti sambutan hari belia di kalangan 'pemikulnya', atau pun wujudnya satu pandangan yang berputar, di mana kebaikan menjadi hal yang negatif.

Sebab itulah wajar kita ketahui bahawa hari ini generasi belia berhadapan dengan pelbagai bentuk budaya yang bersifat destruktif dan tidak menguntungkan negara.

Ini kerana pemikiran generasi remaja dan belia hari ini lebih terdedah kepada aspek hiburan, iaitu apa yang mereka lihat dengan mata kasar, berbanding apa sebenarnya penyampaian yang tersirat melalui program yang berhubung kait soal nasionalisme dan patriotisme.

Hakikatnya, generasi belia lebih cenderung menghabiskan masa berpesta dan berhibur, menghadiri konsert, berpacaran dan bergaul secara bebas daripada melakukan aktiviti yang lebih bermanfaat seperti menggiatkan diri dalam pertubuhan belia.

Satu lagi hal yang kita bimbang ialah kesedaran yang dibawa dalam setiap sambutan hari belia itu tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh generasi sasaran, sebaliknya terus dibelenggu dengan penyakit 'colonsibilite'.

Penyakit yang kita maksudkan ini menyaksikan keupayaan belia bersifat suka merelakan diri diperhambakan dan hanya mahu menjadi manusia pengguna daripada berusaha.

Semua ini disebabkan minda yang lemah dan tiada kemahiran untuk mencipta sesuatu yang baru.

Inilah yang kita bimbang, ia akan menular ke dalam sanubari generasi belia sehingga menyebabkan kita masih terjajah kerana gemar meniru segalanya akibat lemah dari aspek pendidikan, keilmuan, kemahiran, pembangunan dan sebagainya.

Memang sewajarnya kita merasa gusar, prihatin dan gelisah dengan segala wabak sosial ini.

Kita harus menerima pandangan lampau dan mengkajinya untuk generasi abad robotik, bahawa punca kita mudah terjajah bukanlah disebabkan hebatnya budaya yang menjajah itu.

Tetapi segalanya bermula apabila kita sendiri sudah melupakan asas-asas jati diri kita sendiri yang terdiri daripada agama, pegangan nilai dan budaya.

Satu lagi hal dalam mengkaji sifat belia hari ini ditimbulkan selepas menyaksikan senario semasa apabila wujudnya gejala rasa rendah diri atau 'cultural schizophrenia'.

Kita hanya merasakan segala yang datang dari negara Barat itu adalah yang terbaik, melambangkan ketinggian tamadun dan mampu membawa kemajuan sesebuah negara, tetapi hakikatnya, negara kita, budaya kita dan cara hidup kita adalah lebih baik daripada mereka.

Justeru, kita harus menjadikan mana-mana sambutan budaya bukan satu polemik yang akhirnya meruntunkan rasa kegembiraan untuk mengecapi sebuah generasi belia berwawasan pada masa hadapan.

Siapa pun yang membawa karya dan penceritaan belia ini, mereka berhak melakukan apa sahaja, asalkan belia yang menjadi pemegang wataknya mampu menggarap hasil yang baik pada generasi masa hadapan.

Jelas dalam konteks belia ini, ilmu adalah wacana paling wajar kerana ia akan membentuk masa hadapan, jati diri dan hala tuju masa hadapan.

Budaya ilmu akan membentuk rakyat yang memiliki pemikiran yang kritikal, menajamkan rasa prihatin dan membina keyakinan terhadap nilai-nilai mulia warisan masyarakat yang perlu dipertahankan.

Ayuhlah, pemimpin belia, gerakan massa ini bukan lagi bercorak spiritual semata-mata, tetapi kita sedang mencipta pahlawan yang akan berdiri di barisan hadapan menjadi ombak mengagahi serangan pemikiran tidak bertamadun.

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
utusanN9@utusan.com.my


Mohamad Hasan (empat dari kiri) bersama Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Pachitan, Port Dickson selepas diumumkan johan bagi Kategori Anugerah Perdana Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Sembilan di Seremban, semalam.

REMBAU 30 Mei - Langkah mewujudkan Sistem Infobelia menunjukkan reaksi positif apabila lebih 55,000 pengguna dari kalangan belia menyertainya sekali gus membolehkan mereka berinteraksi dengan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Mohamad berkata, penyertaan golongan itu memberi gambaran mengenai kematangan belia negeri ini yang peka dan mahu menyampaikan idea mereka terhadap isu semasa.

Katanya, reaksi tersebut juga sedikit sebanyak dilihat mampu mendekatkan golongan belia dengan pentadbiran negeri.

"Nampaknya sambutan yang diterima amat baik sekali. Setakat ini sudah 55,000 orang aktif menyertai sistem ini dengan menjadi ahli. Dari semasa ke semasa saya sentiasa berkomunikasi dengan mereka dan saya amat bangga sekali apabila mereka memberi maklum balas kepada saya.

"Jelas bahawa belia sudah matang. Bukan sahaja masalah-masalah berkenaan belia, tetapi mereka memberi maklumat berkenaan masalah setempat serta kepincangan kepimpinan setempat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Perhimpunan Hari Belia Negara 2010 Peringkat Negeri Sembilan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi dekat sini hari ini.

Hadir sama di perhimpunan yang disertai oleh 5,000 belia dari seluruh negeri ialah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Samad Ibrahim dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Baharuddin Jali.

Dalam pada itu kata Mohamad, beliau akan sentiasa berkomunikasi dengan golongan belia menerusi Sistem Infobelia dan juga laman sosial Facebook.

Katanya, dengan adanya sistem tersebut, akan dapat mengurangkan birokrasi yang sentiasa menghantui masyarakat dalam menyatakan aduan serta pandangan khasnya belia.

"Saya harap ini akan memberi ruang kepada belia dan masyarakat dalam menghadapi kerenah birokrasi yang kadang-kadang menapis pandangan-pandangan, idea atau maklumat yang mereka hendak sampaikan,'' katanya.

Melalui sistem tersebut jelasnya, semua orang boleh menghantar mesej terus kepada beliau dengan menaip MBNSmesejhantar ke 06-7642000.

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook