Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


55,000 belia berinteraksi dengan MB

Dikirim oleh Warieh Isnin, 31 Mei 2010

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
utusanN9@utusan.com.my


Mohamad Hasan (empat dari kiri) bersama Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Pachitan, Port Dickson selepas diumumkan johan bagi Kategori Anugerah Perdana Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Sembilan di Seremban, semalam.

REMBAU 30 Mei - Langkah mewujudkan Sistem Infobelia menunjukkan reaksi positif apabila lebih 55,000 pengguna dari kalangan belia menyertainya sekali gus membolehkan mereka berinteraksi dengan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Mohamad berkata, penyertaan golongan itu memberi gambaran mengenai kematangan belia negeri ini yang peka dan mahu menyampaikan idea mereka terhadap isu semasa.

Katanya, reaksi tersebut juga sedikit sebanyak dilihat mampu mendekatkan golongan belia dengan pentadbiran negeri.

"Nampaknya sambutan yang diterima amat baik sekali. Setakat ini sudah 55,000 orang aktif menyertai sistem ini dengan menjadi ahli. Dari semasa ke semasa saya sentiasa berkomunikasi dengan mereka dan saya amat bangga sekali apabila mereka memberi maklum balas kepada saya.

"Jelas bahawa belia sudah matang. Bukan sahaja masalah-masalah berkenaan belia, tetapi mereka memberi maklumat berkenaan masalah setempat serta kepincangan kepimpinan setempat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Perhimpunan Hari Belia Negara 2010 Peringkat Negeri Sembilan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi dekat sini hari ini.

Hadir sama di perhimpunan yang disertai oleh 5,000 belia dari seluruh negeri ialah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Samad Ibrahim dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Baharuddin Jali.

Dalam pada itu kata Mohamad, beliau akan sentiasa berkomunikasi dengan golongan belia menerusi Sistem Infobelia dan juga laman sosial Facebook.

Katanya, dengan adanya sistem tersebut, akan dapat mengurangkan birokrasi yang sentiasa menghantui masyarakat dalam menyatakan aduan serta pandangan khasnya belia.

"Saya harap ini akan memberi ruang kepada belia dan masyarakat dalam menghadapi kerenah birokrasi yang kadang-kadang menapis pandangan-pandangan, idea atau maklumat yang mereka hendak sampaikan,'' katanya.

Melalui sistem tersebut jelasnya, semua orang boleh menghantar mesej terus kepada beliau dengan menaip MBNSmesejhantar ke 06-7642000.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook