23 Mac 2013
Bagaimanapun, tindakan lelaki tempatan berusia 60 tahun itu terbongkar apabila dia ditahan bersama tiga wanita warga asing Jabatan Imigresen dalam satu serbuan di rumah berkenaan, kira-kira 10 malam kelmarin.
Ketika ditahan, lelaki terbabit baru keluar rumah dipercayai mahu menghantar seorang wanita warga China bertemu dengan pelanggannya.
Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya menjalankan risikan selama dua hari selepas mendapat maklumat daripada orang awam.
“Hasil siasatan mendapati rumah pangsa itu dijadikan sarang pelacuran menempatkan beberapa pelayan pelanggan wanita warga asing sejak beberapa bulan lalu.
“Berikutan itu, kita telah menahan bapa ayam terbabit kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007,” katanya.
Dalam serbuan itu juga, Faizal berkata, dua daripada wanita terbabit merupakan warga Vietnam dipercayai datang ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial.
Menurutnya, seorang lagi wanita iaitu warga China dan dipercayai telah berkahwin dengan seorang rakyat tempatan serta menggunakan pas lawa-tan sosial jangka panjang.
“Kesemua wanita ini yang ditahan berusia lingkungan 25 sehingga 33 tahun dan dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan.
“Beberapa kondom yang masih belum dipakai dan jeli pelincir dijumpai disorok di dalam setiap bantal di tiga bilik di rumah pangsa berkenaan menunjukkan rumah itu juga turut dijadikan lokasi kegiatan seks,” katanya.
Faizal berkata, selain di rumah, wanita warga asing terbabit turut menawarkan perkhidmatan seks di mana-mana lokasi berdasarkan permintaan pelanggannya dan dihantar dengan menaiki motosikal.
Pada operasi itu juga, Jabatan Imigresen berjaya menyelamatkan seorang wanita Indonesia dari Flores, berusia 34 tahun di bawah Akta Anti Pemerdangan Orang dan Penyeludupan Migran, di sebuah rumah di Bahau.
"Difahamkan, wanita ini telah bekerja tanpa sebarang dokumen pengenalan diri dan permit yang sah selama setahun dan tidak pernah dibayar gaji,” katanya.
Faizal berkata, kesemua yang ditahan di bawa ke Depot Tahanan Imigresen, Lenggeng untuk tindakan lanjut.
0 Komen