Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Memaparkan catatan dengan label sains. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sains. Papar semua catatan

Gangguan bekalan air di 4 daerah N.Sembilan esok

Dikirim oleh Warieh Selasa, 2 Julai 2013 0 Komen



SEREMBAN - Beberapa kawasan di daerah Rembau, Tampin, Jelebu dan Seremban akan mengalami gangguan bekalan air esok berikutan kerja penyelenggaraan loji rawatan air, menaik taraf pencawang Tenaga Nasional Bhd (TNB) di loji dan pemasangan injap.
 
Pengurus Besar Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Zulkifli Ibrahim berkata di Rembau, gangguan bekalan air selama 24 jam mulai 8 pagi membabitkan Taman Datuk Maharajalela, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Sedia Raja, Rumah Rakyat Chembong, Jalan Kampung Chembong, Kampung Berkat, Kampung Ampang Batu, Kampung Masjid Tanah dan Kampung Chembong Air Hitam.
 
"Selain itu, Kampung Baru Chembong Air Hitam, Kawasan Industri Chembong, Taman Desa Chembong, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Tanjung Sena Ulu, Sekola Teknik ERT Rembau, Kampung Rendah, Kayu Ara, Rumah Undang Rembau, Taman Kebun Kelapa dan KTM Rembau," katanya di sini hari ini.
 
Katanya di Tampin, gangguan bekalan air juga selama 12 jam mulai 8 pagi membabitkan Felda Sungai Kelamah 1, 2 dan 3, Kampung Sungai Dua, Kampung Tenai, Maju Ternak, Kampung Kurnia Diraja, kilang papan Jalan Gemas, Felda Jelai 1, 2, 3 dan 4, Felda Pasir Besar, Kampung Pasir Besar dan Felda Palong 1.
 
Di Jelebu, gangguan bekalan air adalah selama sembilan jam mulai 8 pagi membabitkan Pekan Titi, Felda Titi, Sungai Muntoh, Kampung Puom, Kampung Chennah, Penjara Titi dan Perikanan Titi.

Sementara itu, Zulkifli berkata di Seremban, gangguan bekalan air adalah selama 16 jam mulai 8 malam melibatkan seluruh kawasan Seremban 2, Oakland, Jln Labu Batu 2 hingga Batu 10, kawasan rehat dan rawat Seremban, Taman Bukit Kepayang, Taman Bukit Kristal dan Taman Mutiara Galla, Galena, kawasan perindustrian Nilai 2 dan 3, Taman Semarak 1 dan 2, industri ringan Semarak 2, Rumah Rakyat Batang Benar, Taman Mutiara, Sungai Mahang, Taman Murni, Bukit Inai, Taman Melor, Kampung Sungai Mahang, Pekan Nilai, Taman Ban Aik, Taman Ros Merah, Taman Datuk Shahbandar Batu 13 dan Jln Labu Batu 10 hingga Batu 14.
 
Menurutnya, bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat.
 
Bagaimanapun, katanya beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami gangguan memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa.
 
Pengguna yang memerlukan perkhidmatan pada hari berkenaan diminta menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982.  - Bernama

Pekerja Sains ditemui mati

Dikirim oleh Warieh Isnin, 1 Julai 2013 0 Komen


KUALA PILAH – Seorang lelaki ditemui mati di rumahnya di Kampung Sungai Dua Kecil Seberang, dekat sini, semalam.

Mohd Radzi Md Din, 40, pekerja kontraktor Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) ditemui dalam keadaan terlentang dalam rumahnya, kira-kira 11 pagi oleh penduduk kampung yang menjenguk menerusi tingkap rumah yang terbuka.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitendan Azmi Abdul Rahim berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang masih bujang dan tinggal seorang ditemui penduduk kampung sebelum polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.

"Setiba di rumah berkenaan, polis mendapati pintu berkunci dari dalam sebelum polis memecahkan pintu berkenaan. Sebaik masuk ke dalam, kita mendapati, mangsa telah terbaring dalam keadaan mulutnya berdarah.

“Keadaan rumah mangsa bagaimanapun tidak berselerak, begitu juga barang-barang kepunyaan mangsa masih berada dalam keadaan baik dan tidak hilang dan dipercayai tiada unsur-unsur pergelutan berlaku,” katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan juga mendapati tiada sebarang kecederaan meragukan pada badan mangsa, kecuali bahagian mulut berdarah.

“Hasil rekod kesihatan diperolehi, mangsa menghidap sakit jantung. Bagaimanapun, polis masih menunggu hasil bedah siasat yang akan dilakukan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN)," katanya.

Bekas tentera berang bil air cecah RM11,707

Dikirim oleh Warieh Isnin, 24 Jun 2013 0 Komen



Bekas tentera berang bil air cecah RM11,707
Mahmod menunjukkan laporan polis yang dibuat.
SEREMBAN – Seorang bekas tentera mendakwa rumahnya di Taman Nyior Gading di sini diceroboh oleh Syarikat Bekalan Air Negeri Sembilan (Sains) apabila bertindak membuat pemotongan bekalan air rumahnya tanpa mengeluarkan sebarang notis.

Malah dia turut mendakwa beberapa bil air yang diterima setiap bulan tidak munasabah sejak tujuh tahun lalu sehingga ada yang mencecah ribuan ringgit.

Menceritakan kekecewaannya, Mahmod Ahmad, 56, berkata, kebiasaannya bil air rumahnya yang diterima setiap bulan hanya berjumlah RM50 berikutan rumah terbabit hanya dihuni oleh pasangan suami isteri serta seorang anak.

“Tapi pada tahun 2006, saya terkejut bil air rumah saya mencecah RM139.95. Saya telah membuat aduan kepada pihak Sains, tapi tiada sebarang tindakan dan maklum balas.

“Saya memang tidak berpuas hati kerana tidak munasabah rumah yang dihuni tiga orang sahaja bil air mencecah ratusan ringgit,” katanya ketika hadir ke pejabat Sinar Harian.

Menurutnya, sejak daripada itu dia mengambil keputusan untuk tidak membayar bil air berkenaan dan sehingga kini berlaku tunggakan sehingga RM11,707.64.

Mahmod berkata, dia berbuat demikian kerana mengesyaki Sains membuat pembacaan meter tidak betul menyebabkan bil air rumahnya menunjukkan pembacaan tidak sekata.

“Dalam tempoh tersebut saya tidak menjelaskan bayaran bil air kerana tidak berpuas hati. Tambahan pula saya telah berhijrah ke Sarawak dan beberapa kali sahaja pulang.
Mahmod berkata, dia juga berang apabila Sains membuat pemotongan meter ketika tiada penghuni di rumah.

Tidak berpuas hati dengan keadaan itu, Mahmod mengambil tindakan membuat laporan polis di Balai Polis Rahang serta akan membawa perkara terbabit ke mahkamah bagi menuntut keadilan.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Sains, Zulkifli Ibrahim berkata, siasatan Sains pula mendapati, bil air rumah pengadu melebihi daripada jumlah biasa bagi jenis kediaman disebabkan terdapat masalah kebocoran dalaman (selepas meter) mulai awal tahun 2010.

“Sains telah memaklumkan perkara ini sejak dari awal dan menasihatkan pengadu membaiki kebocoran tersebut secepat mungkin agar tidak memberi kesan lebih buruk.
“Tapi keengganan pengadu berbuat demikian menyebabkan caj penggunaan air bagi akaunnya semakin bertambah,” katanya.

Menurutnya, kegagalan pengadu untuk menjelaskan tunggakan bil RMRM11,707.64 (sehingga April 2012) telah menyebabkan tindakan pemotongan diambil.

Zulkifli berkata, adalah menjadi tanggungjawab setiap pengguna untuk menyelenggara sistem paip dalaman di kediaman mereka sekali gus memastikan tangki air dalaman berfungsi dengan baik dan berada dalam keadaan bersih.

Gangguan bekalan air di 4 daerah Negeri Sembilan,

Dikirim oleh Warieh Selasa, 11 Jun 2013 0 Komen



10 Jun 2013
SEREMBAN - Beberapa kawasan di Seremban, Rembau, Port Dickson dan Kuala Pilah akan mengalami gangguan bekalan air esok berikutan kerja-kerja penyelenggaraan loji rawatan air, menaik taraf pencawang Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan penggantian injap.
  
Pengurus Besar Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Zulkifli Ibrahim berkata gangguan bekalan air mulai 8 pagi (11 Jun) hingga 8 pagi keesokannya (12 Jun) berikutan kerja naik taraf dan penyelenggaraan loji rawatan air Linggi di Seremban melibatkan Pekan Rantau, Siliau, Kuala Sawah, Sega Ulu, Ladang (Ldg) Sg Sendayan, Ulu Lalang, Kanchong, Ldg Batu 13 Tampin, Ldg Kombok, Taman (Tmn) Delima, Tmn Mutiara, Tmn Anggerik, Kampung (Kg) Linsum, Kg Linsum Tengah, Kg Pasir, Tmn Pasir Mas dan Bandar Eka.
  
"Di Rembau, ia melibatkan Hentian Tinggi Estet, Tmn Chembong Utama, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau, Sek Teknik Chembong, Halal Park, Tol Plaza Pedas-Linggi, Jalan (Jln) Merbau 9, Kg Minching A, Tmn Pinggiran Pedas, Tmn Pedas Perdana, Jln Mungkal, Jln Tok Nara, Jln Ampang Batu, Jln Mungkal Tobek, Jln Tok Menteri, Jln Tok Samad, Jln Tanjung Semut, Tmn Pedas Indah dan Kg Sungai (Sg) Ibor.
  
"Selain itu, ia juga melibatkan Minching Lama, Minching Baru, Kg Anak Air Kundur, Sekolah Kebangsaan Pedas, Institut Latihan Perindustrian Pedas, Seberang Batu 1 & 2, Kg Sg Batu, Pedas Batu 1, 2 & 3 dan Kg Sg Lalah," katanya di sini hari ini.
  
Di Port Dickson pula, katanya, kawasan terlibat ialah dari Simpang Bukit Palong hingga Tanah Merah (termasuk Bukit Pelandok, Chuah dan sekitar), Pekan Port Dickson hingga Springhill (termasuk kawasan Lukut) dan Pekan Port Dickson hingga Batu 4 Jalan Pantai (termasuk Sua Betong ke Air Kuning).
  
Sementara itu, Zulkifli berkata gangguan bekalan air mulai 8 pagi (11 Jun) hingga 8 pagi keesokannya (12 Jun) berikutan kerja naik taraf sistem muatan rendah pencawang TNB loji rawatan air Pedas Lama di Rembau melibatkan Kg Sg Beringin, Wet World, Ldg Air Belerang, Pekan Pedas, Kg Gaing, Kg Gaing Lama dan Klinik Kesihatan Pedas.
  
Turut terlibat seluruh kawasan Sepri, Tmn Sedia Raja, Tmn Chembong Jaya, Tmn Koperasi Chembong, Pusat Jagaan Kanak-Kanak Chembong, Kg Anak Air Kundur, medan selera berhampiran IPD Rembau, Sekolah Agama Pedas, Rumah Rakyat Pedas, Desa Permai Pedas, Tmn Rembau Jaya, Tmn Rembau Permata, seluruh kawasan Seberang Batu Hampar hingga Mampong, Biro Tatanegara (BTN) Sepri, Kg Paya Besar, Pusat Pentadbiran Pertanian Chembong, Ldg Ulu Pedas dan Ldg Air Hangat.
  
Zulkifli berkata gangguan bekalan air mulai 8 malam (11 Jun) hingga 12 tengah hari (12 Jun) berikutan kerja penggantian injap di kolam air Gunhill di Seremban pula melibatkan seluruh Bandar Seremban, Temiang, Templer, Lobak, Rasah, Mambau, Bukit Rasah, Jln Kuala Sawah hingga Tmn Angsamas, Jln Kayu Ara, Nusari Bayu dan Jln Labu Lama.
  
Gangguan bekalan air mulai 8 pagi (11 Jun) hingga 8 pagi (12 Jun) berikutan kerja penyelenggaraan loji rawatan air Kuala Pilah dan Bukit Kuala Pilah membabitkan Pekan Kuala Pilah, Kg Dioh Seberang Pekan, Tmn Angkasa, Tmn Dioh, Kg Dioh, Kg Sg Dua Kecil, Tmn Citajaya, Kg Sawah Lebar, Kg Acheh, Kg Teluk, Kg Kuala Dioh, Jln Seremban Lama, Tmn Pilah Perdana, Kolej Jururawat Kuala Pilah, Flat Waja, Tmn Sema, Tmn Pilah Jaya, Tmn Sentosa, Tmn Setia Kasih, Kg Gemuruh, Kg Jawa, Kg Parit Seberang, Kg Parit Mungkal, Rumah Rakyat Melang, Tmn Melang, Rumah Rakyat Ampang Tinggi, Tmn Impian dan Bukit Mutiara.
  
Menurutnya bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat.   

Bagaimanapun, katanya, beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami gangguan memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa.
  
Beliau meminta pengguna yang memerlukan perkhidmatan pada hari berkenaan supaya menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982. - Bernama



7 April 2013
SEREMBAN - Beberapa kawasan di Rembau, Tampin, Kuala Pilah, Jempol dan Port Dickson akan mengalami gangguan bekalan air Selasa ini berikutan kerja-kerja penyelenggaraan loji rawatan air dan pemasangan injap.
Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Azlan Abdul Aziz berkata gangguan bekalan air mulai 10 pagi hingga 8 pagi keesokannya (10 April) di Rembau melibatkan Simpang Linggi, Dusun Sri Alam, Exevalley Orchid Park, Kampung (Kg) Delima, Kg. Kundur Hilir, Kolej Kemahiran Tinggi, Jalan (Jln) Bunga Raya, Kg. Datuk Keramat, Sekolah SAINS, Desa Permai Kundur, MLK Estet, Kg. Pelabar Luar, Kg. Pelabar Dalam, Jln. Masjid Lama, Kg. Sg. Semerah Padi dan Jln. Kasturi.
"Turut terlibat ialah Jln. Perigi Jerneh, Jln. Balai Panjang, Kg. Pengkalan Durian, Ladang Bukit Bertam, Kg. Bukit Bertam, Kg. Sungai (Sg) Radin, Kg. Sg. Timun Dalam, Kg. Sg. Timun Luar, Rumah Rakyat Lubuk Cina Fasa 1 & 2, Dataran Lubuk Cina, Kg. Semin, Kg. Dato Shahbandar, Panchang 1-8, Kg. Haji Sulaiman, Kg. Baru Semin, Ladang Sg. Baru, Pasar Lubuk Cina, Jln. Tok Bidan, Jln. Harimau Terjun, Jln. Paya Mengantuk, Kg. Titian Bintangor, Jln. Mesin Kelompok, PLKN Titian Bintangor, Jln. Limau Kambing, Kg. Nerambai dan Kg. Titian Akar," katanya di sini, hari ini.
Katanya di Port Dickson pula kawasan yang terlibat ialah Pengkalan Durian (Rumah Rakyat 1&2), Taman (Tmn) Linggi, Kg. Linggi, Pengkalan Kempas, Permatang Pasir (Rumah Rakyat Permatang Pasir, Sua Manggis), Tarzan Estate, Bukit Kuau, Tanjung Agas, Pekan Pasir Panjang, Sg. Raya, Bukit Kepong, Batu 18,19,20,21,22 Pengkalan Kempas, Batu 16 sehingga Batu 12 Jln. Pantai, Telok Pelanduk, Tmn. Politeknik, Tmn. Intan Perdana 1, 2 & 3, Bukit Perdana, Tmn. Anika, Blue Lagoon, Telok Kemang, Bandar Sunggala, Escort dan Batu 12 sehingga Batu 4 Jln. Pantai.
Azlan berkata di Tampin, gangguan bekalan air mulai 8 pagi hingga 12 malam melibatkan Felda Sg. Kelamah 1 hingga 3, Kg. Sg. Dua, Kg. Tenai, Maju Ternak, Kg. Kurnia Diraja, Kilang Papan Jalan Gemas, Kg. Londah. Kg. Ladang, Kg. Bangkahulu, Kg. Ulu Ladang, Taman Halacara Baru dan Ladang Tabong Haji Kg. Londah, manakala di Jempol melibatkan seluruh kawasan Pekan Bahau, Rompin dan Serting.
Sementara itu, beliau berkata di Kuala Pilah gangguan bekalan air pada waktu yang sama (8 pagi-12 malam) melibatkan Tanjung Ipoh, Kg. Merual, Kg. Seri Menanti, Kg. Mertang, Kg. Pulau, Kg. Sikai, Kg. Gunung Pasir, Kg. Tengah Ulu, Kg. Taman Pemarak, Kg. Tengah, Kg. Bukit Perah, Kg. Gamin, Kg. Seberang Pekan, Kg. Bemban, Kg. Senaling, Kg. Batu 1 Jln. Tampin, Kg. Seri Pilah, Kg. Batang Pilah, Kg. Cheriau dan  Tmn. Bahagia Delima.
Selain itu, Kg. Gachong, Kg. Batu 46, Kg. Pilah Tengah, Kg. Tanah Melintang, Tmn. Bukit Intan, Kg. Bukit, Kg. Bukit Temensu, Tmn. Selasih, Tmn. Desa Aman, Tmn. Desa Melang, Tmn. Mutiara Impian, Tmn. Nesa, Kg. Gemencheh Ulu, Kg. Tangkoh/Sikota, Kg. Air Mawang, Kg. Eyor, Kg. Renggoh, Kg. Nuri, Kg. Betong, Kg. Tanggai, Kg. Tumang, Kg. Padang Jual, Kg. Melekai, Kg. Kuala Johol, Kg. Gating, Kg. Dingkir, Kg. Selaru dan Kg. Masjid Tua.
Turut terlibat ialah Kg. Simat, Kg. Tulang Rimau, Kg. Ulu Inas, Kg. Baru Air Mawang, Kg. Kabong, Kg. Geduhom, Kg. Malan, Kg. Kepis Ulu, Kg. Kepis Hilir, Kg. Kepis Baru, Kg. Simpang Dangi, Desa (Kg. Baru) Dangi, Desa (Kg. Baru) Kepis Batu 10, Kg. Seri Kepis, Kg. Pelangai, Kg. Kuala Jemapoh, Kg. Seri Jemapoh, Kg. Beting, Kg. Kuala Gentam, Kg. Seri Pandan, Kg. Jemapoh, Kg. Desa Jemapoh, Kg.
Mara Parit Tinggi, Kg. Desa Parit Tinggi, Kg. Gentam, Kg. Rembang Panas, Kg. Terusan Seberang, Kg. Kuala Rembang Panas, Kg. Sg. Jelutong, Kg. Jerjak/Padang lebar, Kg. Sg. Talan, Kg. Terusan, Kg. Juasseh Pekan, Kg. Desa Anggerik, Kg. Bukit Gelugor, Kg. Juasseh Kapitan, Kg. Terusan Ulu, Kg. Juasseh Tengah dan Kg. Pasir Ambor.
Azlan berkata bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat.
Bagaimanapun, katanya, beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami gangguan memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa.
Beliau meminta pengguna yang memerlukan perkhidmatan pada hari berkenaan supaya menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982. - Bernama

Penduduk mahu tangani segera masalah air

Dikirim oleh Warieh Selasa, 26 Mac 2013 0 Komen


Wartawan Sinar Harian
26 Mac 2013
Penduduk mahu tangani segera masalah air
Ramli menunjukkan sisa batu konkrit yang ditinggalkan oleh pihak kontraktor di hadapan rumahnya.
JUASSEH – Penduduk di rumah rakyat Padang Lebar, Batu Kikir, gusar berlaku gangguan air setelah tangki air dekat sini, telah diruntuhkan oleh pihak kontraktor untuk membina tangki baru.

Walau bagaimanapun, sehingga kini pembinaan tangki itu belum dibina dan apa yang lebih membimbangkan apabila batu konkrit dari tangki itu diletakkan di hadapan sebuah rumah penduduk.

Penghuni rumah terbabit, Datuk Umbi Ramli Md Yosof, 58, berkata, tindakan pihak kontraktor meletakkan batu konkrit di tebing hadapan rumahnya boleh mendatangkan bahaya kepada penduduk dan kanak-kanak.

“Pihak terbabit telah membuka tangki itu pada bulan Januari lalu tetapi masih belum ada apa-apa tindakan yang diambil.

"Saya faham mungkin mereka mengambil masa yang lama untuk membina tangki baru namun perlulah mementingkan ciri keselamatan. Ini tidak, batu konkrit disendengkan ke tebing," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Katanya lagi, apabila hujan tebing tanah depan rumahnya akan runtuh dan ia mendatangkan bahaya sekiranya batu konkrit itu runtuh bersama.

“Kita tidak mahu perkara buruk berlaku, jadi sebelum ia terjadi, lebih baik mencegahnya. Oleh itu, saya berharap pihak kontraktor dapat mengambil batu konkrit itu dan diletakkan ke tempat lain,” katanya.

Ramli yang juga Pengerusi Rumah Rakyat Padang Lebar berkata, apabila tiada tangki air, gangguan bekalan air sering berlaku dalam tempoh seminggu.

“Bila bekalan air kecil, rumah rakyat yang terletak di atas bukit akan hadapi masalah gangguan air. Jika sebelum ini, ada tangki, dapatlah bertahan dua tiga hari, tetapi kini terpaksa menadah air hujan ataupun panggil pihak Syarikat Air Negeri Sembilan menghantar air.

“Penghuni rumah di sini lebih dari 100 orang melibatkan 50 rumah. Bila musim perayaan, penggunaan jumlah air bertambah. Jadi, saya berharap pembinaan tangki dapat dilaksanakan secepat mungkin,” katanya.

Dalam pada itu, difahamkan, jumlah meter padu air tangki terbabit ialah 90.9 meter padu.

NS sedia bekal air ke Selangor

Dikirim oleh Warieh Isnin, 25 Mac 2013 0 Komen


Mohamad Hasan bersalaman dengan peserta Kursus Asas Haji Peringkat Daerah Rembau di Masjid Jamek An-Nur, Rembau, kelmarin. - UTUSAN/MD.SHAHJEHAN MAAMIN 
 
REMBAU 24 Mac - Kerajaan Negeri Sembilan bersedia membantu membekalkan air terawat kepada penduduk Selangor dan Kuala Lumpur atas pertimbangan menjaga kesejahteraan rakyat dan kepentingan umum.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sebarang masalah yang dihadapi oleh penduduk di mana jua negeri tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana hanya akan menyusahkan rakyat yang amat berharap kerajaan membantu menanganinya dengan segera.
Beliau berkata, kesediaan untuk membantu itu tidak dibuat berdasarkan kepada pertimbangan politik kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah memberi bantuan kepada rakyat dengan mengambil kira kaum, agama atau pegangan politik.

Gangguan air di Seremban

Dikirim oleh Warieh Ahad, 3 Mac 2013 0 Komen


Gangguan air di Seremban

3 Mac 2013
SEREMBAN – Beberapa kawasan di Seremban mengalami gangguan air semalam dan hari ini berikutan paip pecah bersaiz 26 inci di Kolam Gunhill, di sini.

Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains), Azlan Abdul Aziz berkata, bekalan air ditutup sementara untuk kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan paip yang pecah.

“Kawasan yang terlibat ialah sekitar Seremban 2, Oakland, Rasah Kemayan, Mantau Indah dan kawasan sekitarnya.

“Kerja-kerja pembaikan segera sedang giat dilaksanakan dan bekalan air dijangka pulih kira-kira jam 8 malam ini. Bekalan pulih secara berperingkat dan kawasan tinggi mengalami tempoh pembaikan lebih lama,” katanya.

Menurutnya, pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982.

Artikel Berkaitan

Gangguan bekalan air di Jelebu, Jempol, Rembau dan Tampin

Dikirim oleh Warieh Isnin, 18 Februari 2013 0 Komen



17 Februari 2013
SEREMBAN - Beberapa kawasan di daerah Jelebu, Jempol, Rembau dan Tampin akan mengalami gangguan bekalan air pada Selasa ini.
  
Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) Azlan Abd Aziz berkata gangguan di daerah Jelebu dari 8 pagi hingga 8 malam itu berikutan kerja pembaikan dan penyelenggaraan muka sauk Ulu Kemin, Jelebu.
  
"Kawasan yang terlibat ialah seluruh Mukim Ulu Triang, seluruh Mukim Kuala Klawang, seluruh Mukim Peradong, seluruh Mukim Ulu Klawang, seluruh Mukim Glami Lemi, Taman Naga Mas, Taman Meranti, Taman Titi, Taman Sri Kenaboi, Taman Sri Jelebu, Sekolah Menengah Teknik Kuala Klawang, MRSM Kuala Klawang dan Kolej Komuniti Kuala Klawang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
  
Beliau berkata gangguan bekalan air di daerah Jempol dari 9 pagi hingga 5 petang adalah berikutan kerja pencucian kolam berjadual Lui Timur, Jempol dan melibatkan seluruh kawasan Felda Lui Timur.
  
Katanya, pada masa sama, gangguan bekalan di seluruh kawasan Palong 2 hingga 14, juga di daerah Jempol adalah berikutan kerja pemasangan meter air di kolam Lodah, Tampin.

Sementara itu, Azlan berkata gangguan bekalan air di Rembau mulai 8 pagi hingga 8 pagi esoknya adalah berikutan pemasangan meter di sempadan Rembau-Tampin.
  
Kawasan yang terlibat ialah seluruh Kendong, Kota, Gadong, Legung Ulu dan Hilir, Bongek, Chengkau, Nerasau, Penajis, Miku, Selemak, Astana Raja, Semerbok, Kg Durian Daun, Kg Pulau Besar, Kg Pulau Bukit, Kg Pulau Mampat, Kg Fajar Harapan, Kg Batang Nyamor, Kg Chenong Ulu, Kg Lada, Mukim Tanjung Kerling, Batu Hampar dan Taman Seri Rembau Fasa 1,2,3.
  
Taman Rembau Utama, Kg Chuai, Pekan Rembau, Sena Ulu dan Hilir, Kg Rendah Kayu Ara, Senama, Desa Permai Mampong, Kg Mampong, Petronas Rembau, Shell Rembau, Pejabat Daerah Rembau, Majlis Daerah Rembau, Kg Mulia, Kg Seberang Sawah, Kg Perigi Jernih, Kg Tebing Tinggi, Kg Relong dan Taman Seri Rembau Tanah Lot.
  
Di Gemas, kawasan yang terlibat ialah Kg Tiong, Taman Desa Bakti, Taman Gemas Jaya, Taman Sungai, Taman Indah, Pekan Gemas, Taman Sentosa, Taman Desa Permai, Taman Gemas Setia, Taman Damai, Rumah Rakyat Gemas, Kg Baru Gemas, Taman Sahabat, Kawasan Industri Gemas, Kuarters KTMB, Taman Halachara Baru, Kg Bangkahulu, Kg Ladang, Kg Ulu Ladang, Kg Londah, Kem Tentera Syed Sirajuddin, National Feedlot Corporation (NFC), Taman Pinggiran Felda, Felda Sg Kelamah, Batu 1-10 Jalan Gemas–Tampin dan Kg Bentan.
  
Gemencheh pula melibatkan Felda Bukit Jalur, Taman Sri Air Kuning, Pekan Air Kuning, Kg Tengah, Kg Mantai, Kg Air Kuning, Kg Air Kuning Selatan, Kg Paya Lebar dan Kg Ulu Air Kuning.

Azlan berkata bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat.
  
Bagaimanapun, beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami tempoh pembaikan yang lebih lama, katanya.
  
Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982. - Bernama

Pelan kontigensi bekalan air sempena Tahun Baru Cina

Dikirim oleh Warieh Ahad, 10 Februari 2013 0 Komen

Pelan kontigensi bekalan air sempena Tahun Baru Cina

9 Februari 2013
SEREMBAN - Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) melaksanakan pelan kontingensi bekalan air pada musim perayaan Tahun Baru Cina mulai semalam hingga Selasa ini.
  
Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Awamnya Azlan Abdul Aziz berkata   perlaksanaan pelan kontingensi bekalan air akan membolehkan pihaknya membuat pemantauan 24 jam terhadap sistem bekalan air dan bertindak segera untuk membaik pulih bekalan sekiranya berlaku gangguan dan juga menghantar bekalan kecemasan bagi kawasan yang mengalami tempoh gangguan yang lama. 
  
"Lazimnya gangguan bekalan air berlaku pada musim perayaan ini adalah disebabkan peningkatan mendadak kadar penggunaan air pada hari-hari perayaan tersebut.

Disamping itu, terdapat juga faktor lain di luar kawalan kami seperti gangguan bekalan elektrik di rumah pam dan loji rawatan air, penurunan kualiti air mentah serta kerosakan infrastruktur seperti insiden paip lama yang pecah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
  
Katanya pihaknya telah mengenal pasti kawasan-kawasan yang kerap berhadapan dengan masalah bekalan air menjelang musim perayaan terutamanya lokasi di kawasan tinggi atau di penghujung sistem retikulasi.
  
Katanya untuk mengurangkan bebanan pelanggan, pihaknya akan menempatkan tangki satik dan menghantar bekalan air melalui lori tangki air ke kawasan bermasalah.

"Untuk mengurangkan masalah gangguan bekalan air yang disebabkan kerosakan pada infrastruktur bekalan air, kami telah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan bagi setiap infrastruktur kritikal sejak 14 Januari lepas. Kerja-kerja penyelenggaraan ini melibatkan loji utama, injap tekanan, kolam air dan rumah pam bagi tujuan untuk meningkatkan efisiensi sistem bekalan air di negeri ini," katanya.
  
Sehubungan itu, Azlan berkata pihaknya menasihatkan kepada semua pelanggan untuk menggunakan air secara berhemah dan sentiasa mengambil langkah persediaan dengan menyimpan bekalan air bersih yang mencukupi.
  
"Kita juga mengalu-alukan kerjasama daripada pelanggan untuk melaporkan sebarang gangguan bekalan air atau insiden paip pecah yang berlaku sepanjang perayaan ini," katanya.
  
Katanya pihaknya telah mengaktifkan pusat gerakan (pusat tindakan kecemasan) 24 jam yang beroperasi di ibu pejabat SAINS di sini.
  
Para pelanggan yang ingin membuat aduan bekalan air boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982 atau SMS aduan ke 06-6033500.     Disamping itu, pelanggan juga boleh menghubungi melalui laman web SAINS di http://www.sainswater.com; http://aduan@sainswater.com; http://www.facebook.co /pusatkhidmatpelanggan.sains.  - Bernama

Gangguan air di Gemas, Gemencheh, Tampin dan Rembau

Dikirim oleh Warieh Isnin, 21 Januari 2013 0 Komen


SEREMBAN 19 Jan. - Gangguan bekalan air akan berlaku di sekitar kawasan Gemas dan Gemencheh pada 22 Januari ini berikutan kerja pemasangan meter di Kolam Londah, Tampin bermula pukul 8 pagi hingga 8 malam.
Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains), Azlan Abdul Aziz berkata, gangguan itu melibatkan kerja penyelenggaraan dan pemasangan 'Electromagnetic Flowmeter' bersaiz 200-900 milimeter.
Katanya, selain itu penutupan sementara bekalan air akan berlaku di sebahagian kawasan Tampin dan Rembau pada 23 Januari ini bermula pukul 8 pagi hingga 8 malam berikutan kerja pemasangan meter sempadan antara kedua-dua daerah itu.
"Kita akan memasang 'Electromagnetic Flowmeter' meter sempadan bersaiz 900 milimeter di Loji Rawatan Air Gemencheh, Tampin," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Bekalan air akan disambungkan secara berperingkat selepas kesemua kerja itu selesai dilakukan dengan kawasan tinggi dijangka mengalami tempoh pembaikan yang lebih lama.
"Sains memohon maaf atas kesulitan ini. Segala kerja yang dilakukan ini bertujuan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna.
"Orang ramai diminta menyimpan air secukupnya dan boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982 jika terdapat sebarang masalah," katanya.

2,000 air mineral untuk Aidilfitri

Dikirim oleh Warieh Rabu, 15 Ogos 2012 0 Komen


SEREMBAN 14 Ogos - Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (SAINS) menyerahkan 2,000 botol air mineral kepada Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) untuk diagihkan kepada orang ramai sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Pengarah JKJR negeri, Mohd. Rusdi Ismail berkata, pengagihan air mineral itu akan dijalankan seiring dengan Kempen Keselamatan Jalan Raya bermula 10 hingga 18 Ogos ini sekitar negeri ini.
"Air minuman itu akan diagihkan kepada pengguna jalan raya yang akan pulang ke kampung halaman sempena hari raya.
"SAINS dengan kerjasama JKJR akan mengagihkan air minuman tersebut di laluan jalan raya di daerah yang dikenal pasti mengikut jadual yang dirancang," katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan air mineral tersebut, di sini hari ini.


SEREMBAN 13 Ogos - Permintaan bekalan air bersih yang dijangka meningkat sehingga tiga kali ganda pada musim perayaan ini mendorong Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) melaksanakan pelan kontingensi bekalan air selama 11 hari mulai Khamis ini.
Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat Sains, Azlan Abdul Aziz berkata, pelan itu bertujuan memastikan masalah berkaitan gangguan bekalan air dapat diatasi dengan cepat serta berkesan dalam usaha memastikan kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak terjejas.
Beliau berkata, sebanyak lapan inisiatif bagi menjayakan pelan tersebut telah pun dilaksanakan sejak tiga bulan lalu dengan tumpuan kepada empat faktor yang berkaitan gangguan bekalan air.
"Secara purata, permintaan air sehari di seluruh negeri ini adalah sebanyak 750 juta liter manakala pengeluaran adalah sebanyak 795 juta liter melalui 23 loji rawatan air.
"Semasa musim perayaan ini, kita jangka permintaan tersebut akan meningkat mendadak sehingga tiga kali ganda apabila anak-anak di perantauan pulang untuk menyambut hari raya bersama keluarga masing-masing," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat Sains, di sini hari ini.
Turut hadir, Pengurus Agihan Sains, Razak Lajis dan para pengurus daerah syarikat berkenaan.
Azlan memberitahu, empat faktor yang berkaitan gangguan bekalan air ialah tiada air, tekanan rendah, paip pecah dan jumlah air terawat yang boleh dibekalkan.
Berikutan itu, katanya, sebanyak lapan inisiatif telah mula dilaksanakan bagi mengatasi masalah tersebut antaranya, 18 projek menggantikan paip lama di Kuala Pilah, memasang 14 pam penggalak dan mengaktifkan semula 12 tangki/kolam.
"Selain itu, Sains memasang pam tambahan ke loji air Mendom/Labu-Nilai, mempertingkatkan peralatan mekanikal dan elektrikal serta memasang injap pelega tekanan (PRV) dan injap mengawal had tekanan (PRLV) di beberapa rumah pam.
"Sains turut melaksanakan program 1Sains iaitu mengumpul kakitangan yang mencukupi yang boleh digerakkan serta-merta ke kawasan yang memerlukan.
"Kita juga telah mengadakan pertemuan dengan ketua masyarakat bagi memberi penjelasan mengenai langkah yang telah diambil oleh syarikat ini bagi mengatasi masalah bekalan air semasa musim perayaan," ujarnya.
Azlan memberitahu, sebarang pertanyaan mengenai bekalan air oleh Sains boleh dibuat dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982 atau menghantar khidmat pesanan ringkas ke 06-6033500 yang beroperasi sepanjang masa.

Salur air tidak cemar

Dikirim oleh Warieh Isnin, 5 Disember 2011 0 Komen


SEREMBAN 4 Dis. - Kerajaan negeri memberi jaminan bekalan air yang disalurkan kepada penduduk seluruh negeri ini tidak tercemar dan selamat untuk kegunaan orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Perladangan, Sumber Manusia, Alam Sekitar dan Pengaduan Awam negeri, Datuk V.S. Mogan berkata, bekalan air yang disalurkan untuk dijadikan sumber air minum di negeri itu mematuhi kriteria kualiti air mentah yang ditetapkan.

''Orang ramai tidak perlu bimbang kerana bekalan air mentah di negeri ini untuk tujuan pemprosesan air minum telah melalui piawaian kualiti kebangsaan.

''Bagi memastikan punca air ini benar-benar selamat, kerajaan negeri juga menubuhkan Jawatankuasa Kerja Kawalan Pencemaran Sumber Air Mentah bagi memantau kualiti air yang diagihkan kepada penduduk negeri ini,'' katanya di sini, semalam.

Curi air: Pusat cuci kereta diserbu

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 18 November 2011 0 Komen


SEREMBAN 16 Nov. - Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) menyerbu sebuah pusat mencuci kereta kerana disyaki menjalankan kegiatan mencuri air melalui penyambungan haram di Nilai, dekat sini semalam.

Serbuan kira-kira pukul 11.30 pagi itu dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota Unit Penguatkuasaan Sains dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Pengurus Khidmat Pelanggan & Hal Ehwal Awam Sains, Azlan Abdul Aziz berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan mengejut terhadap premis berkenaan selepas menerima maklumat mengenai kegiatan berkenaan.

''Hasil pemeriksaan mendapati pengusaha premis berkenaan melakukan penyambungan tidak sah menggunakan paip getah bersaiz 16 milimeter (mm) dari paip utama milik Sains.

''Siasatan lanjut mendapati air yang disambung secara haram digunakan bagi menjalankan aktiviti di premis tersebut," katanya di sini hari ini.

Jelas Azlan, satu notis makluman kesalahan telah dikeluarkan terhadap pengusaha premis berkenaan dan paip yang digunakan turut disita untuk dijadikan bahan bukti.

''Ujian klorin yang dijalankan turut mendapati bekalan air yang digunakan di premis terbabit merupakan air terawat milik Sains.

''Kes ini disiasat mengikut Seksyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM100,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan," katanya.

Tambahnya, Sains menghargai kerjasama orang awam dalam membendung kegiatan haram berkenaan.

''Mereka yang mempunyai sebarang maklumat atau ingin melaporkan sebarang kes curi air boleh menghubungi talian bebas tol Sains 1-800-88-6982 dan identiti pemberi maklumat dirahsiakan," ujarnya.

RM9.4 juta ganti paip usang

Dikirim oleh Warieh Khamis, 18 Ogos 2011 0 Komen

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhH03XccrdqPOpsd1FFNvuGv1k1FKhUyBTdnJcF61iXuKsBLuU2hHJDwHVyysoRIiJuTWNCSa1hZjA7joB8rqgfNQ-_bB8BM6_dcI6QAVzVc4z0OujNZiEgxcXn0Sk9qfGUVEzaUxDSm6g/s1600/air+paip.jpg

SEREMBAN 17 Ogos – Kira-kira RM9.4 juta akan dibelanjakan bagi menampung kos kerja penggantian paip saliran air yang telah usang di lima kawasan yang dikenal pasti sekitar bandar ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, peruntukan yang disalurkan Pengurusan Aset Air Bhd. (PAAB) itu akan digunakan bagi menggantikan paip jenis simen asbestos (AC) kepada paip besi yang lebih tahan lama jenis mild steel (MS) di kawasan terbabit.

Menurutnya, kerja yang dikendalikan oleh Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) itu telah dijalankan dan dijangkakan siap pada penghujung September ini.

“Inisiatif ini bertujuan bagi memastikan pengguna di seluruh negeri ini menerima bekalan air berkualiti secara efisien sekali gus mengurangkan kadar Air Tidak Berhasil (NRW) di negeri ini.

“Ini kerana paip sedia ada jenis AC ini didapati telah melampaui usia 40 tahun, ia didapati kerap bocor dan pecah sehingga mengakibatkan bekalan air terhadap penduduk terjejas,” katanya.

Mohamad berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri, di sini, hari ini.

Jelasnya, lima kawasan yang terlibat itu adalah sekitar Jalan Temiang, Jalan Pekeliling, Bukit Tembok, Bukit Kaya dan Jalan Za‘aba, dekat sini.

“Oleh itu, saya berharap orang ramai serta penduduk sekitar kawasan ini dapat bersabar kerana pelaksanaan kerja ini mungkin akan menjejaskan bekalan air mereka.

“Jika bekalan air terputus melebihi dua jam, saya menasihatkan agar penduduk dapat menghubungi pihak Sains bagi membolehkan bekalan air dihantar segera ke kawasan terlibat menggunakan lori,” ujarnya.

Di samping itu, Mohamad turut memberitahu, pelaksanaan projek menaik taraf paip tersebut juga mungkin akan mengakibatkan kesesakan lalu lintas berikutan penutupan beberapa laluan di kawasan terlibat.

Tambah Mohamad, sebaik selesai kerja penggantian paip itu, Sains akan terus menjalankan kerja penggantian paip secara berperingkat ke seluruh negeri ini.

“Kita juga telah memohon peruntukan sebanyak RM500 juta dari PAAB untuk tujuan tersebut,” ujarnya.

12,563 notis merah, Sains tuntut bayaran

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 17 Disember 2010 0 Komen

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiSD863dISLrZZShcsZGyF90FAP8mHP49Ncdxkfg6UW5mL_mTyj0YXqQ5oU-Ttsql9Cpjt8wV6tKra-BFRKURk57YT8R1QvF-Y8A2GiBo3km5Nxt4esTgCR7-6bp4WkfTKzp5xvzzcTF8Q/s1600/leaky-faucet.jpg

SEREMBAN – Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) mengeluarkan 12,563 notis merah sejak November 2010 kepada pelanggan yang gagal menjelaskan bayaran penggunaan air.

Pengurus komunikasinya, Azlan Abdul Aziz berkata, sehingga kini Sains giat melaksanakan pemotongan bagi akaun tertunggak di seluruh Negeri Sembilan.

“Pelanggan yang menerima notis merah diberi tempoh 14 hari untuk membuat bayaran sebelum bil merah dikeluarkan dan tindakan pemotongan terhadap bekalan air dilaksanakan.

“Kita (Sains) telah mengeluarkan 2,750 bil merah untuk November. Setakat ini sahaja, lebih 1,000 pemotongan yang telah dibuat kepada pemegang akaun yang gagal membuat bayaran,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pelanggan yang menerima notis merah turut disarankan supaya membuat pembayaran di kaunter kutipan Sains di setiap daerah sebelum bekalan air dipotong dan dikenakan denda.

“Kita juga menasihatkan pelanggan supaya berhubung dengan mana-mana Pusat Khidmat Pelanggan (PKP) Sains sekiranya tidak dapat membuat bayaran penuh.

“Sebagai alternatif, kita menyediakan kemudahan bayaran secara ansuran. Bagi akaun yang telah dipotong, bekalan hanya akan disambung dalam tempoh tiga hari bekerja selepas pembayaran,” katanya.

Azlan berkata, bagi mengelakkan pemotongan dan gangguan, pembayaran bil air setiap bulan perlu dilakukan mengikut tempoh yang ditetapkan.

“Sains akan melaksanakan operasi pemotongan di kawasan Nilai mulai esok dan menempatkan kaunter bayaran bergerak bagi kemudahan pelanggan.

:“Kaunter bergerak berada di tempat letak kenderaan berdekatan bangunan CIMB Bank Semarak 2, Nilai,” katanya.

Menurutnya, jika memerlukan bantuan boleh menghubungi Sains menerusi talian bebas tol 1-800-88-6982.

Pengusaha keli diserbu

Dikirim oleh Warieh 0 Komen

SEREMBAN 16 Dis. - Sebuah premis rumah kedai dua tingkat yang beroperasi menternak ikan keli diserbu Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) apabila didapati menjalankan kegiatan mencuri air di Inland Port berhampiran Nilai 3 dekat sini pagi semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 11 pagi itu, pengusaha terbabit didapati telah melakukan penyambungan air secara haram bagi digunakan untuk menjalankan aktiviti perusahaannya.

Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Sains, Azlan Abdul Aziz berkata, operasi yang disertai oleh sepasukan pegawai dan anggota daripada Unit Penguatkuasaan Sains bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) itu merupakan hasil maklumat orang awam.

''Hasil pemeriksaan, kami dapati premis berkenaan telah menggunakan paip mudah lentur bersaiz 12 milimeter (mm) yang disambungkan secara haram ke paip utama milik Sains.

''Kami juga mendapati air yang dicuri itu disalurkan ke 19 buah kolam konkrit yang digunakan bagi menternak ikan keli dalam premis terbabit," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelas Azlan, pihaknya juga telah menjalankan ujian klorin dan mendapati air yang dicuri itu sememangnya merupakan air terawat milik Sains.

Katanya, ketika serbuan, hanya seorang lelaki warga asing berusia dalam lingkungan 40-an berada di premis berkenaan yang ditugaskan bagi mengendalikan operasi perusahaan terbabit.

''Semasa serbuan, pemilik perusahaan terbabit tidak berada di premis berkenaan, namun kita juga telah mengeluarkan notis pemberitahuan bagi tujuan menuntut semula kos air yang telah dicuri.

''Pada masa yang sama, pengusaha itu bakal berhadapan dengan tindakan pendakwaan di bawah Seksyen 123 Akta Industri Perkhidmatan Air Negara (AIPA) 2006," tambah Azlan.

Menurutnya, jika disabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda sebanyak RM100,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

''Sains akan menjalankan pemantauan berterusan bagi memastikan individu terlibat dengan kegiatan tersebut dapat dihadapkan ke muka pengadilan.

''Pihak kami amat menghargai bantuan orang awam dalam membendung kegiatan haram ini yang turut membabitkan bukan sahaja kes komersial malah di kelompok domestik," ujarnya.

Azlan turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau ingin melaporkan sebarang kes kecurian air dengan menghubungi talian bebas tol Sains iaitu 1-800-88-6982.

Tarif air NS masih rendah

Dikirim oleh Warieh Khamis, 3 Jun 2010 0 Komen

Tarif air NS masih rendah

SEREMBAN – Kerajaan Negeri mengumumkan tarif air bagi pengguna industri dan komersial akan mengalami sedikit kenaikan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) meminta Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) mengkaji semula tarif air kerana ia didapati terlalu rendah dan tidak mencukupi untuk menampung kos operasi.:

“Sains mengadakan sesi dialog bersama pelanggan industri dan komersial. Mereka menyambut baik tarif baru air dicadangkan Kerajaan Negeri. Malah, ia jauh lebih rendah daripada kadar dicadangkan Span,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri dekat sini, semalam.

Bagaimanapun, Kerajaan Negeri menolak cadangan tarif air domestik dinaikkan.

“Pada Mesyuarat Exco hari ini (semalam), kita tidak bersetuju dengan cadangan kenaikan tarif air untuk pengguna domestik.

“Keputusan itu menepati janji Kerajaan Negeri tidak akan menaikkan tarif air ke atas orang ramai dalam masa terdekat,” katanya.

Menurut beliau, tarif air di negeri ini dinaikkan kali terakhir pada 2000 dan ka-darnya masih rendah berbanding lain.

Pada masa ini, pengguna domestik dianggarkan 80 peratus daripada kira-kira 300,000 pelanggan Sains.

Berhubung kegiatan curi air, beliau berkata, Sains dan Span akan meneruskan pemantauan serta memeriksa premis-premis disyaki melakukan kesalahan berkenaan.

SEREMBAN 2 Jun - Kerajaan negeri hari ini menolak cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk menaikkan tarif air kepada penduduk di negeri ini walaupun kos pengurusan air terus meningkat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Exco kerajaan negeri selepas mengambil kira pelbagai aspek termasuk kepentingan rakyat di negeri ini.

Katanya, perkara itu akan dibawa oleh pihak Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) untuk dimaklumkan kepada SPAN dalam tempoh masa terdekat.

''Bagaimanapun tarif air bagi industri akan dinaikkan melalui cadangan yang dikemukakan oleh pihak Sains dan juga SPAN. Namun kenaikan tarif air bagi industri adalah amat berpatutan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau turut menjelaskan, kenaikan tarif air bagi industri telah dimaklumkan melalui perbincangan dan sesi dialog yang diadakan melalui Sains dan juga syarikat-syarikat industri.

Katanya, hasil maklum balas yang diterima melalui perbincangan itu kebanyakan syarikat industri menerima cadangan berkenaan.

"Apa yang dapat kita lihat 80 peratus pengguna air adalah penduduk manakala 20 peratus lagi adalah syarikat dan industri.

"Kita mahu supaya kepentingan awam diberi keutamaan dan penubuhan Sains yang ada pada ketika ini bukanlah untuk mencari keuntungan tetapi memberi perkidmatan bekalan air kepada pengguna," katanya.

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook