Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Memaparkan catatan dengan label kemudahan awam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kemudahan awam. Papar semua catatan

Naik taraf Terminal 1 Seremban guna dana pihak swasta

Dikirim oleh Warieh Khamis, 28 November 2019 0 Komen




SEREMBAN – Cadangan menaik taraf Pusat Pengangkutan Terminal 1 di daerah ini yang berusia lebih 25 tahun akan menggunakan dana pihak swasta sepenuhnya.

Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru negeri, Teo Kok Seong berkata, pihak Majlis Perbandaran Seremban (MPS) akan mengenal pasti syarikat yang kompeten, berkeupayaan dan berpengalaman luas dalam bidang berkaitan untuk mengendalikannya.

“Bangunan ini telah berusia lebih 25 tahun dan pelbagai kerosakan telah berlaku yang memerlukan penjagaan dan pembaikan yang lebih khusus.

"Antara masalah dihadapi adalah gangguan bekalan elektrik, kebocoran, masalah tempat letak kereta dan motosikal.

“Kerja-kerja naik taraf dan pembaikan perlu dibuat secara menyeluruh dan melibatkan jumlah peruntukan yang besar,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Ng Chin Tsai(DAP-Temiang) yang ingin mendapat penjelasan sejauh mana pelaksanaan cadangan naik taraf Terminal 1 sama ada melalui dana swasta atau kerajaan negeri pada Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Menurutnya, melalui kerjasama daripada pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), MPS telah pun menerima beberapa cadangan untuk menaik taraf bangunan berkenaan.

Katanya, daripada cadangan yang diterima, kebanyakan syarikat hanya tertumpu kepada naik taraf Terminal Management System (TMS) sahaja merangkumi Terminal Operating System (TOS), Centralised Ticketing System (CTS) dan Public Information Display System(PIDS) berbanding naik taraf bangunan secara keseluruhan.

“Pihak APAD berpendapat syarikat itu tidak dapat mengemukakan cadangan dengan lebih menyeluruh kerana pihak pengurusan Terminal 1 masih terikat dengan perjanjian sedia ada di antara MPS dan syarikat One Park Management (OPM) Sdn Bhd.

“Pada masa ini pihak OPM tidak mampu menyediakan serta menguruskan TMS seperti dikehendaki APAD.

"Pihak MPS sedang berbincang dengan OPM berkenaan perkara ini untuk dicari penyelesaian,” katanya.

Menurutnya, MPS juga ada menerima beberapa cadangan naik taraf keseluruhan bangunan namun ia tertakluk kepada perjanjian pengurusan sedia ada.

Beliau berkata, antara intipati cadangan berkenaan yang diterima ialah MPS tidak akan mengeluarkan sebarang kos bagi menaik taraf keseluruhan bangunan yang pada masa sama dapat meningkatkan hasil pulangan kepada MPS.

“Pada masa ini MPS sedang menyediakan spesifikasi yang terperinci dan kita berharap urusan menaik taraf Terminal 1 ini dapat direalisasikan,” katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/59355/EDISI/Melaka-NS/Naik-taraf-Terminal-1-Seremban-guna-dana-pihak-swasta
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Kemudahan untuk penduduk Seremban

Dikirim oleh Warieh Isnin, 16 Mac 2015 0 Komen








SEREMBAN 3 Feb. - Penduduk daerah Seremban akan menikmati perkhidmatan bas henti-henti dengan lebih efisien selepas Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menandatangani persetujuan bersama dengan syarikat bas, Cityliner, baru-baru ini
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, dengan persetujuan itu SPAD telah meluluskan jumlah laluan sehala daripada 137 kilometer kepada radius yang baharu iaitu 447 kilometer bagi daerah Se­remban, sekali gus meliputi kawasan taman perumahan serta laluan yang sebelum ini tidak dalam senarai jarak perjalanan.
“Melalui perkembangan itu, orang ramai akan mendapat perk­hidmatan bas henti-henti lebih baik, di mana menjadi tunjang kepada sistem perkhidmatan bas awam di negeri ini,” katanya di sini hari ini.
“Antara laluan tambahan itu meliputi kawasan Nilai selain kawasan taman perumahan dalam daerah Seremban. Itu adalah transformasi fasa satu melibatkan daerah Seremban terlebih dahulu dan selepas ini daerah lain juga akan melalui proses serupa,” jelasnya.
Dalam masa sama, Mohamad berkata, kerajaan negeri mencadangkan supaya Cityliner terus diberikan hak tunggal pengendali bas hent-henti di daerah Seremban ini kerana pengalaman sedia ada, selain telah pun melakukan perkhidmatan itu pada waktu ini.
“Tidak perlu ada syarikat bas pesaing di daerah Seremban kerana pasarannya adalah kecil. Cuma SPAD dan kerajaan negeri akan memantau corak perkhidmatan yang diberikan supaya mengikut peraturan, jadual dan sepertimana yang telah dipersetujui bersama,” katanya.
Tegas beliau, kerajaan negeri tidak mahu syarikat bas yang dilantik itu mengabaikan perkhidmatan kerana hanya faktor tiada persaingan dan hendaklah bertanggungjawab memberikan perkhidmatan yang terbaik, sekali gus menjayakan hasrat kerajaan mensejahterakan rakyat.
Pada 25 Januari lalu, SPAD menerusi Skim Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (Sbst) memperkenal konsep baharu perkhidmatan di Seremban dan Kangar, Perlis.
Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, skim baharu ini bakal dilancarkan di Seremban April ini, manakala di Perlis pada Jun depan.

Tiket bas ke pantai timur habis dijual

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 12 Julai 2013 0 Komen


Tiket bas ke pantai timur habis dijual
Kaunter jualan tiket bas di hentian bas dan teksi Terminal One, semalam.
 
SEREMBAN – Tiket perkhidmatan bas ekpres bagi destinasi dari Seremban ke pantai timur sempena Aidilfitri di kaunter Hentian Bas dan Teksi Terminal One, di sini, sudah habis dijual.

Tinjauan Sinar Harian, semalam mendapati sambutan terhadap perkhidmatan bas ekspres begitu menggalakkan dan habis terjual beberapa hari sebelum Ramadan.

Penjual tiket Syarikat Shamisha Holiday & Travel Sdn Bhd, Siti Nursalindawati Jamali, 33, berkata, semua tiket membabitkan perjalanan ke semua destinasi ke Kelantan dan Terengganu bertarikh 2 hingga 6 Ogos di kaunternya sudah habis dijual.

"Hanya tinggal tiket perjalanan ke utara sahaja. Rata-rata yang membeli adalah golongan pelajar kolej atau universiti yang mendapatkan tiket awal bagi mengelak kehabisan tiket,” katanya.

Menurutnya, pihak syarikat juga akan menyediakan perkhidmatan bas tambahan sekiranya terdapat desakan permintaan daripada orang ramai.

“Biasanya dua minggu sebelum Aidilfitri, syarikat akan menyediakan bas tambahan pada tarikh permintaan orang ramai. Harga tambang bas tambahan ini sama seperti biasa dan tiada sebarang cas tambahan akan dikenakan,” katanya kepadanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Sementara itu, berlainan pula dengan Syarikat Konsortium Transnasional Berhad (KTB), apabila mereka masih mempunyai tiket perjalanan ke semua destinasi, bagaimanapun dijangka habis dalam masa terdekat.

Kerani Kaunter KTB, Asmah Makmor, 48, berkata, setakat ini, tiket perjalanan ke semua lokasi pantai timur, utara dan selatan perkhidmatan syarikat terbabit, masih ada.

“Bisanya, orang ramai membeli tiket balik kampung cuti Aidilfitri ini, seminggu sebelum umat Islam menyambut puasa. Berdasarkan sambutan, kita percaya dalam beberapa hari lagi, tiket ke semua destinasi akan habis terjual,” katanya.

Asmah berkata, orang ramai dinasihatkan membeli tiket awal kerana syarikatnya tidak menyediakan bas tambahan.

Masih tiada perubahan

Dikirim oleh Warieh Khamis, 20 Jun 2013 0 Komen


Masih tiada perubahan
Zahar (tengah) dan penduduk kawasan itu menunjukkan air kumbahan yang melimpah di jalan Taman Repah Baru, dekat sini, sejak empat tahun lalu.
TAMPIN – Rata-rata penduduk di Taman Repah Baru dekat sini, kesal apabila masalah saluran air kumbahan di kawasan berkenaan masih berulang biarpun pelbagai tindakan sudah diambil sejak empat tahun lalu.

Penduduk, P Raman, 47, berkata, susulan keadaan itu, mereka penduduk terpaksa berhadapan dengan masalah bau busuk dan air najis melimpah di jalan taman berkenaan.

“Memang ada pihak bertanggungjawab datang ke sini selepas laporan Sinar Harian pada 15 Mac lalu, namun mereka hanya menyedut air najis dan tindakan ini tidak mampu mengatasi masalah berkenaan.

“Sebelum ini memang ada banyak pihak datang meninjau masalah tersebut, namun ianya masih belum dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.

Zahar Mohamad Nor, 42, pula berkata, selain masalah kumbahan, pagar di kawasan berkenaan juga dipenuhi dengan semak.

Menurutnya, bagi menyelesaikan masalah itu, dia ada berjumpa dengan wakil rakyat setempat pada Selasa dan Jumaat minggu lepas, namun tidak berhasil.

“Saya cuba bertemu pada pagi, tengah hari dan petang, namun Yang Berhormat (YB) tiada di pejabat.

"Saya berharap sangat agar YB dapat turun padang dan berusaha menyelesaikan masalah ini," katanya.

Sementara itu, Adun Repah, S Veerapan berkata, pihaknya memang sudah mengetengahkan masalah berkenaan dalam persidangan Dun sejak penggal lalu bagi perhatian kerajaan negeri.

Menurutnya, setiap kali penduduk membuat aduan, pihak bertanggungjawab sememangnya mengambil tindakan membaik pulih, namun masalah itu berulang lagi kerana saluran kumbahan berkenaan memerlukan kerja-kerja naik taraf yang menelan kos tinggi.

“Jika diikutkan sudah lebih 10 kali aduan dibuat dan pihak berkenaan ada datang mengambil tindakan. Namun ianya tetap berulang selagi tidak dinaik taraf. Kita sudah sedia maklum mengenai masalah ini.

“Malah, jika penduduk di Dun Repah ingin berjumpa saya, mereka boleh datang ke pejabat saya pada Selasa dan Khamis ataupun pada Sabtu dan Ahad. Sekiranya saya tiada pada Selasa dan Khamis, penduduk yang mempunyai aduan tidak perlu risau kerana masalah berkenaan akan direkodkan oleh kakitangan saya," katanya.

Taman permainan terbiar

Dikirim oleh Warieh Rabu, 19 Jun 2013 0 Komen


Taman permainan terbiar
Keadaan taman permainan di Kampung Senama Hilir yang dipenuhi semak samun.
 
REMBAU – Jika sekali pandang, pasti orang ramai yang melalui kawasan semak di Kampung Senama Hilir, dekat sini, tidak menyangka kawasan tersebut adalah taman permainan kanak-kanak yang terbiar sejak tiga tahun lalu.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, selain semak samun yang sudah meninggi separas pinggang orang dewasa, kelengkapan permainan seperti buaian juga sudah rosak dan tidak boleh digunakan lagi.

Seorang penduduk, Hasnah Nayan, 73, berkata, taman permainan berkenaan sudah lama wujud dan dahulu ramai kanak-kanak berhimpun di lokasi berkenaan pada waktu petang untuk bermain.

“Bagaimanapun, sejak kelengkapannya sering hilang terutamanya besi buaian, ianya tidak lagi dikunjungi.

"Oleh itu, diharap pihak berkenaan dapat membersihkan kawasan ini dan membaiki peralatan permainan yang rosak,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Rembau, Mohamad Rawi Baharom berkata, buat masa ini, pihaknya masih belum menerima sebarang aduan berhubung masalah taman permainan berkenaan.

“Bagaimanapun, kita akan meninjau masalah ini dan mengambil tindakan bersesuaian.

"Jika taman permainan berkenaan perlu dinaik taraf kita akan usaha untuk tujuan tersebut dan jika untuk pembersihan, kita juga akan mengambil tindakan," katanya.
Artikel Berkaitan


Persimpangan Batu Kikir-Bahau dinaiktaraf
Keadaan lampu isyarat di persimpangan Batu Kikir-Bahau yang sudah mula digunakan.
 
BATU KIKIR - Bagi mengurangkan kadar kemalangan dan memberi keselesaan kepada pengguna di persimpangan Batu Kikir-Bahau, Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) menaiktaraf laluan berkenaan.

Jurutera JKR Daerah Jempol, Izmal Ibrahim berkata, kerja-kerja naiktaraf yang menelan kos sebanyak RM200,000 itu melibatkan penyelenggaraan jalan dan penyediaan lampu isyarat.

Menurutnya, sebelum ini, pihaknya ada menerima aduan pengguna yang merungut persimpangan itu kerap berlaku kemalangan berikutan ketiadaan lampu isyarat.

"Hasil kajian, persimpangan yang menjadi laluan pengguna jalan raya ke daerah Jelebu dan Temerloh, Pahang, wajar diletakkan lampu isyarat.

“Kita menerima peruntukan daripada Kementerian Kerja Raya yang mana ketika itu diterajui bekas menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor," katanya.

Beliau berkata, kerja-kerja naiktaraf simpang itu dimulakan pada akhir April lalu dan siap awal Jun lepas.

Dalam pada itu, Izmal berkata, bagi permohonan penduduk Air Hitam yang meminta lampu isyarat diletakkan di simpang empat, Ayer Hitam (Jalan Bahau–Kemayan) berhampiran Balai Polis Ayer Hitam, pihaknya sedang membuat kajian.

"Kami masih menjalankan kajian untuk melihat sejauh mana keperluan lampu isyarat di kawasan itu.

"Selain itu, kita turut mengambil kira aliran trafik yang keluar dan masuk di kawasan berkenaan,” katanya.

Sinar Harian sebelum ini pernah melaporkan aduan penduduk Air Hitam yang menggesa pihak bertanggungjawab meletakkan lampu isyarat kawasan itu.

Tambang bas: Tekanan akan berterusan

Dikirim oleh Warieh Sabtu, 15 Jun 2013 0 Komen


Krishnan
Krishnan
Tambang bas: Tekanan akan berterusan
Mohd Zairi
SEREMBAN – Jika harga tambang pengangkutan bas ekspres dinaikkan mungkin memberi kelegaan kepada pengusaha bas kerana permintaan mereka akhirnya dipenuhi kerajaan.
Namun, ia tidak berhenti setakat itu sahaja kerana rakyat pula akan terus memberi tekanan kepada kerajaan disebabkan mereka pula rasa terbeban.

Seorang kakitangan kerajaan, S Krishnan, 45, berkata, rasa tidak puas hati tersebut akan berterusan kerana rakyat pula akan bersuara disebabkan kecewa sekali gus menganggap kerajaan tidak mengotakan janji slogan ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’.

“Jika permintaan penguasa bas untuk naikkan harga tambang dipenuhi, mungkin sudah selesai satu masalah.

“Tapi sedar atau tidak masalah baru akan timbul iaitu rakyat pula akan mula mendesak dan bersuara agar permintaan mereka harga tambang tidak dinaikkan ditunaikan kerajaan,” katanya.

Menurutnya, dia memahami syarikat bas berdepan masalah kos operasi semakin meningkat sehingga mendesak mereka meminta harga tambang dinaikkan.

Bagaimanapun katanya, ia bukan alasan yang boleh diterima sewenang-wenangnya oleh kerajaan.

Manakala seorang pekerja swasta, Mohd Zairi Abdul Razak, 41, berkata, permintaan kenaikan tambang sebanyak 30 peratus oleh pengusaha bas adalah tidak munasabah.

Katanya, ia bukan sahaja membebankan rakyat, malah tidak setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan.

“Kalau harga naik 10 peratus mungkin kita boleh pertimbangkan. Kita faham kesulitan yang pengusaha bas hadapi, tapi janganlah sampai tidak memikirkan perasaan rakyat.

“Paling terbeban adalah pelajar kerana mereka merupakan orang awam yang paling ramai menggunakan perkhidmatan bas untuk pulang ke kampung,” katanya.

Gerai uzur perlu wajah baru

Dikirim oleh Warieh Isnin, 27 Mei 2013 0 Komen


Wartawan Sinar Harian
27 Mei 2013
Gerai uzur perlu wajah baru
Hamid menunjukkan besi saliran air di tingkat dua bangunan yang terjatuh beberapa bulan lalu sehingga membahayakan orang ramai.
Gerai uzur perlu wajah baru
Saifol
Gerai uzur perlu wajah baru
Gerai MDT berhampiran simpang masuk Kampung Tiong yang kelihatan terlalu uzur.
GEMAS – Melihat kepada keadaan gerai Majlis Daerah Tampin (MDT) di sini, ternyata aduan peniaga di situ yang berhubung keadaan tempat berniaga mereka semakin uzur, ada kebenarannya.

Gerai makan terletak berhampiran jalan masuk ke Kampung Tiong itu sudah berusia 15 tahun, namun disebabkan ia jarang diselenggarakan menyebabkan ia kelihatan usang.

Malah, tinjauan Sinar Harian juga mendapati, bahagian atas siling bangunan terbabit sudah tidak sempurna sehingga jatuh atas lantai, selain longkang di tepi bangunan sudah mula roboh sedikit demi sedikit.

Peniaga, Hamid Katik, 57, berkata, dia sudah mula berniaga di situ, sejak bangunan berkenaan mula beroperasi.
Namun, katanya, sepanjang tempoh 15 tahun, bangunan berkenaan tidak diselenggara dengan baik oleh MDT.

Menurutnya, sepanjang itu, sudah dua kali dia terpaksa mengeluarkan wang sendiri membaiki pintu gerai selepas banjir melanda kawasan itu, walaupun kos itu sepatutnya ditanggung MDT.

“Tempat ini sememangnya menjadi tumpuan ramai kerana terletak di tepi jalan utama menghubungkan Negeri Sembilan dan Johor. Walaupun bangunan ini sudah uzur dan berbahaya, kami masih lagi berniaga di sini sebagai sumber pendapatan kami," katanya.

Menurutnya, beberapa bulan lalu, dia ada menghantar sendiri surat aduan rasmi ke pejabat MDT di Tampin memberitahu masalah dihadapi peniaga di situ berikutan saluran air di tingkat dua bangunan berkenaan jatuh serta ada besi yang tercacak bahagian bawah kedai tingkat satu.

Seorang lagi peniaga, Saifol Osman, 50, berkata, masalah dihadapi peniaga tingkat bawah lebih teruk berbanding dia yang berniaga di tingkat satu bangunan berkenaan.

"Kita berharap MDT dapat melihat kembali bangunan ini dengan memperbaiki kerosakan. Penting bagi mereka memastikan bangunan ini selamat, lebih-lebih lagi pelanggan sudah banyak merungut termasuk kemudahan tandas yang kotor," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Sementara itu, Yang Dipertua MDT, Razali Bakar berkata, pihaknya sedia maklum mengenai masalah peniaga situ terbabit memandangkan bangunan niaga itu sudah berusia.

Menurutnya, MDT sudah memohon peruntukan sebelum ini untuk menaik taraf dan mengecat semula bangunan berkenaan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), bagaimanapun sehingga kini belum mendapat kelulusan.

"Sekiranya peruntukan berkenaan diperoleh, masalah bangunan akan dapat diatasi. Permohonan bagi baik pulih bangunan ini dibuat secara peringkat melibatkan fasa pertama permohonan dianggarkan mencecah kos sebanyak RM250,000," katanya.


Wartawan Sinar Harian
26 Mei 2013
Tawaran rumah Seremban Putra masih dibuka
Pembeli pangsapuri Seremban Putra gembira apabila memperolehi kunci kediaman pada majlis penyerahan kunci, semalam.
 
SEREMBAN – Segi Semarak Sdn Bhd iaitu rakan strategik Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mempelawa orang ramai yang berminat memiliki pangsapuri idaman di Seremban Putra, agar berbuat demikian ketika tawaran masih dibuka.

Pengarahnya, Mohd Ridhwan Hamzah berkata, terdapat 220 unit pangsapuri masih belum dijual daripada 400 unit ditawarkan dengan harga bermula dari RM68,500.

“Bagaimanapun, kita telah menjual sebanyak 180 unit pangsapuri mampu milik kepada orang ramai membabitkan empat blok,” katanya.

Menurutnya, projek perumahan berkonsepkan ‘bina dan jual’ itu siap sepenuhnya pada 2011 dan mendapat sijil layak menduduki (CF).

“Ia merupakan projek pertama menghubungkan bandar dan desa bersesuaian dengan tema ‘Suasana Keceriaan Dipinggir Kota, Pengalaman Indah di Sekitar Desa'," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Kunci Unit-unit pangsapuri Seremban Putra kepada pembeli, di sini, semalam.

Hadir sama, Penasihat Segi Semarak Sdn Bhd, Datuk Hamzah Mohd Kassim.

Seremban Putra merupakan pangsapuri mampu milik bersaiz dari 849 sehingga 900 kaki persegi dengan harga bermula dari RM68,500 hingga RM113,950 membabitkan penjualan 400 unit pangsapuri.

Ia dilengkapi dengan lif, kawalan keselamatan 24 jam dan lanskap yang menarik.

Seremban Putra hanya tiga kilometer dari bandar Seremban, lima minit ke Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) dan 20 minit ke Lebuh Raya Utara - Selatan (Plus), selain berdekatan dengan Kolej Tafe, Institut Perguruan Raja Melewar, Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Sekolah Tinggi Islam As-Sofa dan beberapa sekolah rendah dan menengah lain.

Bas sekolah kini dilindungi

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 29 Mac 2013 0 Komen


KHAIRULKHEIZA MOHD NAJIB
29 Mac 2013
Bas sekolah kini dilindungi
Syed Hamid (dua, kiri) menyampaikan cenderahati kepada 10 pelajar cemerlang UPSR di Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya, semalam.
 
SEREMBAN - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memperkenalkan skim insurans bagi pelajar di negara ini yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, insurans dikelolakan Takaful Malaysia itu berfungsi melindungi kira-kira 1.5 juta murid sekolah pelbagai peringkat, seandainya mereka terbabit dalam kemalangan semasa menaiki bas sekolah.

“Bagaimanapun, hanya bas sekolah yang beroperasi secara sah dan berdaftar dengan SPAD saja layak mengikuti program ini yang bermula sejak 1 Januari lalu.

“Setakat ini, sebanyak 17,000 bas sekolah seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak sudah pun mendaftar dengan kita dilindungi melalui skim berkenaan,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Kali ke-3 Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas Sekolah Seremban, di sini, semalam.

Syed Hamid berkata, antara perlindungan diberikan seperti pampasan RM100,000 jika membabitkan kematian murid dalam kemalangan, RM100,000 untuk kecacatan kekal, manfaat hospital sebanyak RM100 sehari, tanggungan kos perubatan sehingga RM3,000 dan khairat kematian berjumlah RM2,500.   

“Prosedur untuk membuat tuntutan pula mudah sahaja, di mana pelajar terbabit hanya perlu mengemukakan surat pengesahan doktor dan pihak sekolah.

“Manakala proses tuntutan pula tidak lama, iaitu hanya mengambil masa kira-kira dua minggu sebelum pampasan dikeluarkan kepada murid terbabit.

Menurut Syed Hamid, perlindungan berkenaan bukan sahaja membabitkan pergi dan balik ke sekolah, sebaliknya turut meliputi rombongan anjuran pihak sekolah di luar waktu pembelajaran, selagi bas sekolah berkenaan beroperasi dengan lesen dan permit yang sah.

“Secara tidak langsung, kita cuba menggalakkan agar setiap pengusaha bas sekolah di luar sana agar mendaftar dengan kita demi kebaikan pelajar yang mereka bawa,” katanya.

RM7j bina dewan baharu di Tampin

Dikirim oleh Warieh Khamis, 28 Mac 2013 0 Komen


TAMPIN 27 Mac - Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM7 juta bagi menampung kos pembinaan dewan serbaguna baharu berhampiran Padang Serbaguna Tampin dekat sini.
Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin (MDT), Razali Bakar berkata, projek yang dilaksanakan di bawah Kementerian Kerja Raya itu dijangka siap pada penghujung tahun depan.
''Kemudahan yang mampu menampung kira-kira 1,000 orang dalam satu masa itu boleh digunakan untuk menganjurkan pelbagai program dan aktiviti termasuk majlis perkahwinan.
''Dewan ini dibina untuk kegunaan awam, maka penduduk setempat tanpa mengira kaum boleh menggunakannya untuk majlis keraian atau sebagainya," katanya di sini hari ini.

Pasukan khas JKR berjaya percepat projek hospital

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 8 Mac 2013 0 Komen


SHAZIMAN Abu Mansor bersama Liow Tiong Lai (dua dari kanan) ketika melawat di Hospital Tampin, Negeri Sembilan, semalam. 
 
TAMPIN 7 Mac - Pasukan khas yang ditubuhkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memantau projek yang berkaitan perkhidmatan kesihatan telah berjaya mempercepatkan pembinaan hospital di negara ini.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, pasukan itu ditubuhkan empat tahun lalu khusus untuk memantau projek seperti pembinaan hospital baru dan bersaiz besar.
Katanya, pasukan itu akan turun padang dan menyelesaikan isu-isu yang berbangkit di tapak pembinaan secara segera tanpa perlu menunggu mesyuarat rasmi seperti yang diamalkan sebelum ini.
"Selama empat tahun ini, jelas sekali tindakan itu telah membuktikan bagaimana isu pembinaan hospital dapat dipercepatkan yang akhirnya memberikan kebaikan kepada rakyat di negara ini," katanya pada sidang akhbar selepas lawatan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ke Hospital Tampin yang baharu di sini hari ini.

Rakyat jadi saksi transformasi - Najib

Dikirim oleh Warieh Isnin, 25 Februari 2013 0 Komen


SEREMBAN 24 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat menjadi saksi kepada transformasi kerajaan serta menjadikan usaha itu sebagai bukti idea kreatif yang dilakukan Barisan Nasional (BN) telah memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya.
Kata Perdana Menteri, atas sebab itulah, beliau mengambil masa untuk mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana mahu memastikan setiap dasar transformasi itu benar-benar diyakini rakyat dan berjaya serta bersifat inklusif.
"Hari ini, saya percaya rakyat sudah cukup yakin. Sebab itu saya tunggu perkembangan ini sebelum mengumumkan tarikh pilihan raya umum," katanya dalam ucapan pelancaran Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Seremban Sentral di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) di sini hari ini.
Turut hadir, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim serta Pengerusi PR1MA, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis.
Tambah Perdana Menteri, semua transformasi itu memerlukan idea dan setiap yang difikirkan mestilah berkesudahan dengan kebaikan kepada rakyat.
"Kita hanya boleh memakmurkan negara dan mensejahterakan rakyat, jika kita ada idea. Kemampuan untuk memimpin dan mentadbir negara, membuat dasar dan menentukan segala apa yang difikirkan itu hendaklah baik. Apa sahaja idea yang kreatif, kita akan lakukan.
"Kita perlu keunggulan dari segi pemikiran dan perancangan yang rapi. Pelaksanaannya juga hendaklah berkesan sehingga rakyat didahulukan dan benar-benar dapat dimanfaatkan daripada dasar transformasi negara ini," kata beliau.
Najib turut menyentuh pencapaian ekonomi negara yang memuncak kepada 6.4 peratus pada suku akhir tahun lalu, sekali gus meletakkan negara ini yang paling pesat kadar pertumbuhannya.
"Di Eropah, ekonominya membangun pada kadar satu peratus, ada yang 0.5 peratus. Malah ada juga yang merudum sehingga -3 dan -4 peratus. Di Amerika Syarikat, perkembangan ekonomi hanya satu hingga dua peratus dan kadar pengangguran melebihi tujuh peratus, malah ada bandarnya melebihi 10 peratus kadar pengangguran.
"Di rantau ini pula, kita lihat perkembangan ekonomi kita jauh lebih baik daripada negara jiran, Singapura hanya pada kadar 1.5 peratus. Apa yang dicapai negara ini adalah hasil usaha kerajaan BN," ujar Najib.
Kata Perdana Menteri lagi, dalam tempoh empat tahun ini sahaja, sebanyak 230 produk 1Malaysia telah disediakan untuk rakyat.
"PR1MA menyaksikan satu lagi produk menepati konsep rakyat didahulukan, juga mencerminkan Gagasan 1Malaysia kerana ia memberi peluang kepada semua rakyat di negara ini tidak kira kaum untuk memiliki rumah," ujar beliau.
Mengenai PR1MA Seremban Sentral, Najib memberitahu, usaha itu akan mengubah landskap bandar Seremban kepada lebih moden dengan sebanyak 5,000 rumah diwujudkan selain kompleks komersial dan pembangunan baharu Stesen Kereta Api Seremban.
"Projek ini akan dilaksanakan tahun ini dan dijangka siap pertengahan tahun 2016 dan harga rumah di PR1MA Seremban Sentral jauh lebih rendah dari harga pasaran," jelas Najib.

Rumput tiruan lengkapi kompleks belia

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 22 Februari 2013 0 Komen


Wartawan Sinar Harian
22 Februari 2013
Mohamad
Mohamad mencuba bermain bola sepak di padang rumput tiruan di Kompleks Belia dan Sukan, kelmarin.
SEREMBAN – Kompleks Belia dan Sukan Paroi kini dilengkapi padang rumput tiruan jenis ‘fieldturf’ sekali gus menjadi negeri pertama memiliki padang bola sepak rumput tiruan di negara ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, padang rumput tiruan yang bernilai RM2.5 juta itu akan dibuka untuk kegunaan orang ramai mulai 1 Mac ini.

“Padang bola sepak rumput tiruan ini telah mendapat akreditasi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) dan sesuai diguna untuk pertandingan antarabangsa.

“Padang  ini akan melengkapkan lagi kemudahan sedia ada di kompleks ini untuk orang ramai bersukan dan beriadah,” katanya ketika melawat padang bola sepak rumput tiruan Kompleks Belia dan Sukan Paroi, di sini, kelmarin.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Baharudin Jali.
Menurutnya, kos penyelenggaraan padang rumput tiruan itu lebih murah berbanding padang rumput asli.

“Dalam tempoh 15 tahun penggunaannya, dijangka tahap kepudaran warna rumput hanya sebanyak lima peratus dan padang ini boleh digunakan dalam apa keadaan sekalipun sama ada panas atau hujan.

“Para pengunjung boleh menikmati kemudahan rekreasi ini dan kita mahu ianya dapat dirasai orang ramai ketika melakukan aktiviti sukan dan riadah di kompleks sukan ini,” katanya.

Kompleks Belia dan Sukan Paroi menyediakan pelbagai kemudahan sukan antaranya padang bola sepak, futsal, badminton, tenis, ping pong, sepak takraw, boling padang dan snuker.

Pasar Komuniti dan Karavan mula operasi 3 Mac

Dikirim oleh Warieh Khamis, 21 Februari 2013 0 Komen


Wartawan Sinar Harian
21 Februari 2013
SEREMBAN – Pasar Komuniti dan Karavan (Pakar) yang terletak di jalan Seremban - Kuala Pilah, Paroi, dekat sini, akan bermula operasi pada 3 Mac depan.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) negeri, A Rahaman Suleiman, berkata, pasar yang baru siap dibina itu akan menempatkan seramai 100 peniaga yang akan berniaga pelbagai barangan setiap hari kecuali Isnin.

“Pasar Komuniti yang bernilai RM3.4 juta ini dijangka akan dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan pada 16 Mac ini.

“Segala persiapan sudah dilakukan dan para peniaga akan memulakan operasi perniagaan mereka pada 3 Mac depan,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Kunci Bangunan Pakar daripada kontraktor kepada Fama Negeri, di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya menyasarkan sebanyak RM60,000 hingga RM100,000 hasil jualan sebulan.

“Pasar tani diadakan Rabu dan Jumaat dari jam 7 pagi hingga 2 petang; pasar malam (Selasa dan Ahad, 4 petang–12 malam); pasar sehari (Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad, 7 pagi–2 petang), Uptown (Jumaat, Sabtu dan Ahad, 4 petang–3 pagi) dan pasar borong, Selasa hingga Ahad dari jam 4 pagi hingga 7 pagi,” katanya.

RM17 juta laksana dasar pencahayaan di NS

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 8 Februari 2013 0 Komen


Roslan Md. Taha (kanan), Samsulkahar Mohd. Deli (tengah) dan Wan Razali Wan Awang menekan butang tanda pelancaran lampu jalan di Kawasan Perindustrian Mahsan, Jempol, kelmarin. 
 
JEMPOL 7 Feb. - Kerajaan negeri telah memperuntukkan RM17 juta bagi melaksanakan dasar pencahayaan di negeri ini bagi tempoh 2010 sehingga 2015.
Pengarah Jabatan Kerja Raya negeri, Datuk Ir. Dr. Roslan Md. Taha berkata, peruntukan itu meliputi jalan negeri dan jalan kampung.
"Pemasangan lampu jalan bagi fasa pertama telah dimulakan beberapa tahun lalu. Kini kita akan memulakan fasa kedua dan berharap pengguna jalan raya selesa ketika memandu.
"Bagi fasa satu agak mudah kerana tiang lampu telah ada, kita cuma perlu melakukan penambahan agar dapat melancarkan proses pencahayaan. Fasa kedua mengalami kesukaran kerana tiada tiang lampu di laluan terlibat,'' katanya ketika ditemui pemberita dalam majlis pelancaran lampu jalan Kawasan Perindustrian Mahsan di sini semalam.

Rujuk segera TNB berdekatan

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 18 Januari 2013 0 Komen

JEMPOL 17 Jan. - Orang ramai yang mempunyai keraguan berhubung penukaran meter baharu mahupun sebarang kekeliruan tentang perkhidmatan Tenaga Nasional Bhd. (TNB) boleh berkunjung ke pejabat TNB berdekatan untuk mendapatkan maklumat serta penjelasan.
Pengurus Cawangan (Pembahagian) TNB Jempol, Elmie Fairul Mashuri berkata, inisiatif itu amat dialu-alukan, termasuk menyalurkan sebarang aduan bagi membolehkan TNB memperbaiki mutu sekali gus memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
"Jika ada sebarang keraguan mereka boleh datang ke pejabat untuk mendapatkan penjelasan dan kita akan cuba yang terbaik untuk membantu.
"TNB tidak pernah menganggap aduan ini sebagai beban. Kita gembira jika dapat membantu menyelesaikan masalah pengguna," katanya ketika ditemui dalam Program TNB Bersama Pelanggan di Pejabat TNB Bahau, di sini hari ini.


HAMIZAH BASIR
17 Januari 2013
Hadiah untuk penduduk Sikamat
Mohamad menunjukkan isyarat 1Malaysia bersama orang ramai pada Majlis Pecah Tanah Dewan Orang Ramai Sikamat, kelmarin.
SEREMBAN – Masyarakat di sekitar Sikamat bakal menikmati kemudahan dewan orang ramai apabila Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan merasmikan majlis pecah tanah Dewan Orang Ramai Sikamat, di sini, kelmarin.

Dewan yang dianggarkan bernilai RM3.7 juta dan mampu menampung seramai 1,000 orang itu dijangka siap pada pertengahan tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata, Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa prihatin dengan keperluan rakyat.

“BN akan mendengar suara dan keluhan rakyat terutamanya berkaitan dengan kebajikan orang ramai.

“Dewan orang ramai ini juga adalah salah satu janji yang ditepati Kerajaan BN kepada rakyat,” katanya dalam ucapan pada Majlis Pecah Tanah Dewan Orang Ramai dan Jamun Minum Teh di Tapak Pembinaan Dewan Orang Ramai Sikamat, di sini, petang kelmarin.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat negeri, Datuk Mohammad Razi Kail; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban, Datuk Abd Halim Abd Latif dan Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sikamat merangkap Pengerusi KRT Taman College Height, Taslim Khan Kutob Din.

Menurutnya, Kerajaan BN juga telah tunai janji dengan menyediakan balai polis, klinik kesihatan dan dewan orang ramai yang masih dalam pembinaan kini untuk penduduk sekitar Sikamat.

“Kesemua kemudahan tersebut adalah keperluan rakyat berikutan kepadatan penduduk di Sikamat yang semakin meningkat.

“Inilah kerajaan yang akan membela rakyat. Ia sudah terbukti selama 55 tahun kerajaan BN mentadbir negara,” katanya.


Wartawan Sinar Harian
16 Januari 2013
Masalah jalan  akibat projek naik taraf paip dapat perhatian timbalan menteri
Masalah jalan akibat projek naik taraf paip dapat perhatian timbalan menteri
KUALA PILAH -  Masalah jalan tidak berturap dan lubang tidak ditimbus dianggap selesai pada dasarnya selepas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek, melawat tapak projek, di Kampung Baru Desa Jemapoh, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Baru Desa Jemapoh, Hazaidi Osman berkata, projek naik taraf pemasangan paip baru diluluskan sejak setahun lalu, namun kerja-kerja diberhentikan seketika kerana terdapat beberapa masalah.

“Pihak berkaitan memberhentikan kerja naik taraf selama setahun sehingga menyebabkan penduduk marah kerana jalan tidak berturap selain terdapat beberapa lubang yang boleh menyebabkan kenderaan rosak.

“Bagaimanapun, setelah masalah ini dimaklumkan kepada Datuk Hasan, beliau turun padang melihat masalah itu, bersama pihak Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains), kakitangan dari Pejabat Pembangunan  kementerian dan pihak kontraktor yang terlibat untuk menyelesaikan perkara itu dengan kadar segera.

“Kata putus sudah dibuat, iaitu pihak kontraktor akan menyelesaikan masalah dengan menurap dan menampal semula lubang sebelum Februari,” katanya.

Hadir sama, Setiausaha JKKK Desa Jemapoh, Azahar Mohd Yasir.

Hazaidi berkata, kehadiran Hasan meninjau masalah itu memberi khabar gembira buat penduduk di sini.

“Ramai yang membuat aduan kepada saya kerana jalan teruk dan berlubang.

“Jalan yang rosak meliputi seluruh kampung ini, anggarannya sejauh dua kilometer. Pemasangan paip baru juga lebih besar dari 4 inci kepada 6 inci. Memang wajar paip air digantikan dengan yang baru kerana paip lama usang selain sering berlaku gangguan air di sini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut meminta pihak kontraktor supaya memasang empat pili bomba  berdasarkan kepada perjanjian.

“Kalau ikutkan perjanjian, pili bomba ada empat, namun buat masa ini, hanya terdapat satu sahaja pili bomba.

“Oleh itu, saya berharap pihak berkenaan dapat melunaskan janji itu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini seperti kesukaran mendapatkan bekalan air ketika kebakaran berlaku,” katanya.

SEREMBAN 17 Jan. - Sebuah dewan orang ramai yang mampu memuatkan sehingga 1,000 orang mula dibina sebagai kemudahan kepada penduduk di Sikamat dekat sini.
Pembinaan dewan bernilai RM3.7 juta itu dijangka siap dalam tempoh 18 bulan.
Majlis pecah tanah pembinaan dewan itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan semalam.
Dalam ucapannya pada majlis itu, Mohamad berkata, pembinaan dewan itu dibuat berdasarkan keperluan yang amat mendesak mengikut kepadatan penduduk di kawasan Sikamat.
Sehingga kini, jelasnya, beberapa kemudahan telah didirikan di sekitar kawasan itu seperti balai polis baru dan klinik kesihatan.
"Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa prihatin dan menjaga kesejahteraan rakyat serta mendengar segala suara rakyat. Dewan orang ramai ini adalah salah satu janji ditepati daripada kerajaan BN kepada rakyat," katanya.

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook