Namun, ia tidak berhenti setakat itu sahaja kerana rakyat pula akan terus memberi tekanan kepada kerajaan disebabkan mereka pula rasa terbeban.
Seorang kakitangan kerajaan, S Krishnan, 45, berkata, rasa tidak puas hati tersebut akan berterusan kerana rakyat pula akan bersuara disebabkan kecewa sekali gus menganggap kerajaan tidak mengotakan janji slogan ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’.
“Jika permintaan penguasa bas untuk naikkan harga tambang dipenuhi, mungkin sudah selesai satu masalah.
“Tapi sedar atau tidak masalah baru akan timbul iaitu rakyat pula akan mula mendesak dan bersuara agar permintaan mereka harga tambang tidak dinaikkan ditunaikan kerajaan,” katanya.
Menurutnya, dia memahami syarikat bas berdepan masalah kos operasi semakin meningkat sehingga mendesak mereka meminta harga tambang dinaikkan.
Bagaimanapun katanya, ia bukan alasan yang boleh diterima sewenang-wenangnya oleh kerajaan.
Manakala seorang pekerja swasta, Mohd Zairi Abdul Razak, 41, berkata, permintaan kenaikan tambang sebanyak 30 peratus oleh pengusaha bas adalah tidak munasabah.
Katanya, ia bukan sahaja membebankan rakyat, malah tidak setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan.
“Kalau harga naik 10 peratus mungkin kita boleh pertimbangkan. Kita faham kesulitan yang pengusaha bas hadapi, tapi janganlah sampai tidak memikirkan perasaan rakyat.
“Paling terbeban adalah pelajar kerana mereka merupakan orang awam yang paling ramai menggunakan perkhidmatan bas untuk pulang ke kampung,” katanya.
0 Komen