Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Memaparkan catatan dengan label keselamatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keselamatan. Papar semua catatan

Lemas: Aspek keselamatan dipatuhi

Dikirim oleh Warieh Selasa, 17 Julai 2018 0 Komen




PORT DICKSON - Tahap keselamatan bagi Port Dickson International Challenge (PDIT) Triathlon ke-17 ini adalah terbaik dan mengikut seperti mana yang ditetapkan.

Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, tahap keselamatan kejohanan ini berada dalam keadaan terbaik termasuk penyediaan pasukan keselamatan secara berganda.

 “Semua aspek keselamatan yang ditetapkan telah pun dipatuhi penganjur, lagi pun ini adalah tahun ke-17 bukannya baru dibuat, acara yang telah lama dilaksanakan.

“Saya difahamkan ahli keluarga berpuas hati dengan aspek keselamatan, apa yang berlaku itu disebabkan kemalangan bukan disebabkan kecuaian manusia atau penganjur.

“Pertandingan ini sudah semestinya mempunyai risiko, kita juga tidak mahu perkara ini terjadi, segala aspek keselamatan telah pun dipatuhi malah saya dimaklumkan tahap keselamatan pada tahun ini digandakan dan dipertingkatkan berbanding tahun sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat di kawasan pantai tersebut semalam.
Hadir sama Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri, Norazam Khamis.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, sebarang aktiviti laut akan dihentikan serta-merta sehingga mangsa yang hilang itu ditemui.

Pada tahun ini, seramai 1,230 peserta dari 39 negara ambil bahagian dalam sukan lasak itu selama dua hari, bermula Sabtu, di Avilion Admiral Cove, di sini.
Pelepasan peserta anjuran LPNS dan MPPD itu disempurnakan Aminuddin Harun pada 7 pagi tadi.

Empat kategori dipertandingkan iaitu Sprint Triathlon yang membabitkan renang sejauh 750 meter, berbasikal 20km dan berlari pada jarak 5km.
Bagi kategori Olimpik Distance Triathlon, peserta perlu berenang sejauh 1.5km, berbasikal 40km dan berlari sejauh 10km.

Dua lagi kategori ialah untuk kanak-kanak iaitu Kids Triathlon yang memerlukan peserta berenang 150 meter, berbasikal empat kilometer dan berlari 800 meter serta satu lagi kategori berenang 300 meter, berbasikal 8km dan berlari 1.6km.


KUALA LUMPUR, Aug 16 — Negri Sembilan police have insisted on investigating R. Sri Sanjeevan’s shooting despite the MyWatch chief’s father calling for Bukit Aman to take over the case.
English daily the New Straits Times (NST) reported Negri Sembilan CID chief Asst Comm Hamdan Majid today as saying that the case fell under the jurisdiction of Jempol police.
Sanjeevan was shot in Bahau on July 27.“I am giving you my word. Investigations will be conducted in a just and fair manner,” Hamdan was quoted as saying.
“There shouldn’t be any doubts against us,” he added.
Sanjeevan’s father P. Ramakrishnan lodged a police report last Tuesday to call for the investigation on his son’s shooting to be transferred from Negri Sembilan to the federal police to avoid a “conflict of interest”.
MyWatch co-founder S. Gobi Krishnan, who accompanied Ramakrishnan, pointed out that the crime-fighting activist had lodged complaints against the Negri Sembilan state police.
Sanjeevan underwent a five-hour operation yesterday to remove a bullet and a blood clot from his lungs, NST reported.
The bullet was sent to the Cheras police forensics department.
Sanjeevan was shot on July 27 in Bahau, Negri Sembilan, a few days after he alleged corruption in the police top brass.
The 29-year-old had tweeted through his @SanjeevanSS account on July 25, saying “Seriously thinking to expose on a top leader of @PDRMsia where his son is under payroll of kingpins and some syndicates. Interesting piece!”, referring to the Twitter account of the Royal Malaysian Police (PDRM).
Hours before his shooting by a man riding pillion on a motorcycle, Sanjeevan had tweeted: “A @PDRMsia cop told some syndicate fellow that he’ll get them firearm & told them to fire few shots at my house to scare me/family!”
Sanjeevan’s shooting on July 27 and the assassination of Arab-Malaysian Development Bank founder Hussain Ahmad Najadi in Kuala Lumpur two days later are the two high-profile cases in a recent surge in gun violence.

Dua kenderan disita, 120 saman

Dikirim oleh Warieh Khamis, 11 Julai 2013 0 Komen


Dua kenderan disita, 120 saman
Ismail (kanan) turut turun padang melihat operasi bersepadu dijalankan, kelmarin
 
SEREMBAN – Sebanyak 384 kenderaan dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan dalam operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Hentian Senawang arah Utara Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di sini, kelmarin.

Operasi bersepadu yang bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 12 malam itu melibatkan 342 pegawai dan anggota daripada 16 agensi kerajaan.

Ketua Pengarah JPJ Malaysia, Datuk Ismail Ahmad berkata, daripada statistik operasi diperoleh daripada 874 kenderaan pelbagai jenis diperiksa, 384 dikenakan tindakan.

“Daripada jumlah tersebut dua kenderaan disita, 120 saman dikeluarkan dan 264 notis membabitkan kesalahan teknikal.

“Manakala 160 kes lagi membabitkan tiada lesen memandu dan tiada cukai jalan,” katanya pada sidang media selepas operasi itu, kelmarin.

Ismail berkata, sebanyak 11 kenderaan pula dikenakan tindakan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) kerana didapati melepaskan asap melebihi kadar dibenarkan manakala Jabatan Kastam membuka tiga siasatan ke atas sebuah motosikal dan dua kereta kerana membawa dua barangan tidak dibenarkan.

“Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) turut membuka 22 kes ke atas kenderaan disebabkan membawa lebih muatan.

“Selain itu, enam pemandu yang didapati positif syabu dan ganja turut ditahan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK),” katanya.

Katanya, tahun ini Negeri Sembilan adalah yang pertama menjalankan Ops Bersepadu bersama agensi lain dan ia diadakan menjelang Ramadan dan Syawal.

“Kita berharap operasi seperti ini dapat menyedarkan pemandu mengenai kepentingan mematuhi undang-undang jalan raya,” katanya.

Menurutnya, bagi kes berasingan, Jabatan Imigresen menahan tujuh warga Indonesia, 10 Myanmar dan masing-masing seorang warga Nepal, Bangladesh dan Vietnam kerana tiada dokumen pengenalan diri.

Antara agensi yang terlibat adalah JPJ, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), anggota polis trafik, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, AADK, Jabatan Imigresen, SPAD,
Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer, JAS, Jabatan Kastam, PLUS dan Propel Sdn Bhd.

Penduduk mahu pengadang jalan

Dikirim oleh Warieh Selasa, 9 Julai 2013 0 Komen


Penduduk mahu pengadang jalan
Mary Josephine (kanan) dan Kok Seong ketika meninjau lokasi di Taman Bukit Chedang Fasa 2 yang sering dilalui kenderaan berat.
SEREMBAN – Pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta memasang pengadang had jalan di Taman Bukit Chedang Fasa 2 dekat sini, bagi menghalang kenderaan berat daripada terus melalui laluan di taman tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rahang, Mary Josephine berkata, pengadang setinggi 2.5 meter itu perlu kerana jalan utama yang baru dibuka ke Taman Bukit Chedang Fasa 2 itu tidak sesuai digunakan kenderaan berat untuk ke Seremban 2 kerana berdekatan dengan perumahan.

“Apabila masalah ini timbul, sudah tentu penduduk di sekitar taman itu tidak selesa dengan melihat banyak kenderaan berat seperti treler dan lori besar menggunakan jalan tersebut.

“Bayangkan jika setiap hari kenderaan berat menggunakan jalan yang sama, ia pasti boleh mengancam keselamatan lalulintas penduduk di taman tersebut terutamanya kanak-kanak,” katanya ketika meninjau lokasi di kawasan berkenaan, semalam.

Turut serta, Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong.

Selain itu, Mary Josephine berkata, penduduk taman berkenaan juga mahukan PBT meletakkan beberapa bonggol di beberapa simpang di taman bagi mengelakkan kenderaan memandu laju.

“Saya juga akan berjumpa dengan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Datuk Abd Halim Abd Latiff dalam masa terdekat ini bagi mengajukan masalah dihadapi penduduk di kawasan itu,” katanya

SRS tumpaskan pencuri kabel

Dikirim oleh Warieh 0 Komen


SRS tumpaskan pencuri kabel
Ahad (dua, kanan) memotong kek bersama Ismail (tiga, kanan), Abu Samah (tengah) dan tetamu lain sempena Hari Bapa dan Majlis Jasamu Dikenang.
KUALA PILAH – Walaupun baru dua tahun ditubuhkan, Skim Ronda Sukarela (SRS) Kampung Kepis di sini, melakar sejarah apabila berjaya mematahkan percubaan mencuri kabel Telekom Malaysia (TM), dalam masa sama memberkas penjenayah terbabit.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Kepis, Ahad Amin berkata, kejayaan itu mengharumkan nama SRS Kampung Kepis, sekaligus berjaya mendapat penghargaan daripada polis dan TM.

“KRT Kampung Kepis ditubuhkan pada 10 Oktober 2010 dengan melibatkan beberapa kampung seperti Kampung Sri Kepis, Kampung Kepis Ulu, Kampung Kepis Hilir, Kampung Kepis Baru dan Kampung Kepis Batu 10.

“Setahun selepas penubuhan KRT, SRS ditubuhkan dengan ahli lebih 15 orang.

“Sememangnya terdapat perubahan selepas ditubuhkan SRS dari segi kes jenayah.

"Gejala tidak bermoral di kawasan ini seperti merempit, gejala maksiat, pecah rumah dan jenayah lain dapat dikurangkan. Ini membuktikan penubuhan SRS ini  menampakkan kemajuan positif,” katanya pada majlis sambutan Hari Bapa dan Majlis Jasamu Dikenang di Balai Raya Kampung Kepis Hilir, di sini.

Hadir sama, Adun Johol, Abu Samah Mahat dan Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kuala Pilah dan Jempol, Khalid Ujang.

Jerebu punca OKU dilanggar

Dikirim oleh Warieh Selasa, 25 Jun 2013 0 Komen


Jerebu punca OKU dilanggar
Orang awam menghulurkan bantuan kepada penunggang motosikal yang cedera akibat terjatuh selepas motosikal yang ditunggang melanggar Wong di bandar ini, semalam.
TAMPIN – “Semasa ingin melintas, saya tidak nampak terdapat sebuah motosikal kerana mata saya berasa agak pedih,” kata seorang pejalan kaki yang hanya ingin dikenali sebagai Wong, 58, selepas dilanggar sebuah motosikal di bandar ini, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu, mangsa dipercayai mengalami masalah pedih mata  kesan jerebu di bandar ini yang sudah berlanjutan selama beberapa hari sejak Jumaat lalu.

Wong yang juga kurang upaya (OKU),  berkata, akibat perlanggaran itu, dia  mengalami cedera ringan di pergelangan kaki, bagaimanapun penunggang motosikal berkenaan terpaksa dikejarkan ke Hospital Tampin (HT).

Orang awam yang ditemui, Arina Othman, 27, berkata, pejalan kaki perlu lebih berhati-hati semasa ingin melintas dan melihat terlebih dahulu kiri serta kanan jalan bagi memastikan tiada kenderaan sebelum melintas.

“Kita harap agar baik pejalan kaki ataupun pemilik kenderaan untuk saling bertimbang rasa sepanjang musim jerebu ini dengan mengamalkan langkah-langkah keselamatan di jalan raya, " katanya.

JPJ menyamar kesan bas ekspres lebih had laju

Dikirim oleh Warieh Isnin, 24 Jun 2013 0 Komen


JPJ menyamar kesan bas ekspres lebih had laju
Saiful Azzri (topi oren) melakukan pemeriksaan terhadap pemandu bas ekspres di Terminal Satu, malam kelmarin.
SEREMBAN – Gara-gara memandu melebihi had laju, dua pemandu bas ekspres dikenakan tindakan saman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu operasi di Terminal Satu, di sini, malam kelmarin.

Pengarah JPJ negeri, Saiful Azzri Hamzah berkata, kesalahan itu dikesan oleh anggotanya yang melakukan penyamaran sebagai penumpang bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Seremban dan Melaka ke Seremban.

“Mereka didapati membawa kenderaan melebihi had laju yang telah ditetapkan iaitu 90 kilometer sejam (km/j) dengan kelajuan 110 kmj sehingga 120 km/j.

“Selain itu, mereka juga bertindak bahaya dengan memandu di lorong paling kanan di lebuh raya serta menggunakan telefon bimbit ketika memandu,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan, dua dari tiga bas yang diletakkan anggota JPJ itu didapati menyalahi peraturan ditetapkan dan tindakan mereka amat berbahaya kerana seolah-olah membahayakan diri mereka dan penumpang lain.

“Kedua-dua mereka ini telah pun kita keluarkan saman secara terus apabila mereka sampai sahaja di bandar ini,” katanya.

Saiful Azzri berkata, operasi yang bermula kira-kira 9 malam dan berakhir beberapa jam kemudian itu turut menyaksikan salah seorang pemandu bas sekolah yang diperiksa tidak mempunyai lesen memandu dan pemilik bas berkenaan diarah untuk memandu bas berkenaan untuk membawa penumpang.

Dalam pada itu, Saiful Azzri berkata, JPJ akan terus menjalankan operasi berkala bagi memastikan pengguna kenderaan mematuhi undang-undang dan dalam masa sama, mengurangkan risiko kemalangan menjelang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Diseret anjing sejauh 10 meter

Dikirim oleh Warieh Rabu, 19 Jun 2013 0 Komen


Diseret anjing sejauh 10 meter
Rosiah (kiri) menunjukkan kecederaan dialami anaknya selepas diseret seekor anjing dalam kejadian Sabtu lalu.
TAMPIN – “Semasa lalu belakang rumah, saya tak nampak ada anjing. Sedar-sedar saya dengar dengusan anjing. Saya toleh nampak anjing itu mahu terkam saya,” kata Jauwahir Hezrin Nadzri, 13, remaja perempuan yang menjadi mangsa serangan anjing liar.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi Sabtu lalu, Jauwahir baru sahaja pulang menemani kakaknya ke kafe siber di bandar ini sebelum memutuskan untuk melalui jalan pintas ke rumahnya, sementara kakaknya mengikut laluan hadapan rumah.

Menurutnya, dia yang jelas ketakutan cuba melarikan diri dan menjerit memanggil ibunya, Rosiah Ismail, 49, namun semasa melarikan diri, dia terjatuh dan anjing yang besar hampir menyamai saiz badannya, menggigit hujung kaki seluar jeansnya serta mengheretnya sejauh lebih 10 meter.

“Saya menangis dan memang benar-benar takut dengan insiden ini. Sebaik sahaja anjing itu melepaskan hujung kaki seluar saya, saya berlari menuju ke rumah yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian.

"Akibat kejadian itu, saya cedera di lutut dan siku kanan kerana terjatuh serta diseret.

Bagaimanapun, saya berasa sangat lega kerana anjing berkenaan tidak menggigit saya dan hanya hujung seluar sahaja,” katanya ketika ditemui di Taman Repah Baru, dekat sini, semalam.

Ketika ditanya, Jauwahir bagaimanapun tidak pasti jenis anjing yang menyerangnya itu.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin (MDT), Razali Bakar berkata, pihaknya memandang serius mengenai masalah berkenaan dan akan mengambil tindakan segera bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Menurutnya, sekiranya ianya membabitkan anjing liar, pihak berkuasa tempatan itu akan mengambil tindakan.

"Bagaimanapun, kita akan minta Jabatan Vaterinar untuk menyemak mengenai pemberian lesen anjing di kawasan taman perumahan bagi keselesaan penduduk," katanya.

Tunjuk isyarat lucah

Dikirim oleh Warieh Selasa, 4 Jun 2013 0 Komen


Oleh Suraya Roslan

Nilai: Seorang pelajar wanita warga China di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di ibu kota yang diberkas Jabatan Imigresen Negeri Sembilan kerana disyaki tidak memiliki dokumen pengenalan diri, bertindak biadab apabila menunjukkan isyarat lucah terhadap penguat kuasa dan jurugambar bertugas.
Dalam operasi enam jam bermula jam 11 pagi di sebuah penempatan kolej swasta di Mantin, di sini, semalam, pelajar terbabit dipercayai cuba menimbulkan provokasi dan suasana tegang.
Difahamkan, dia bersama teman lelakinya warga Iran dikatakan sanggup datang dari ibu kota semata-mata memadu kasih sebelum dicekup dalam sekatan jalan raya.

Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman berkata, operasi bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan itu menahan 27 warga asing membabitkan pelbagai kesalahan.
FotoWANITA warga China (dua dari kanan) menunjukkan isyarat lucah kepada jurugambar dan anggota penguat kuasa.

“Pasangan kekasih berusia 20-an itu berang apabila ditahan penguat kuasa dan mempersoalkan kenapa gambar mereka dirakam.

Bom tepi pantai

Dikirim oleh Warieh Selasa, 21 Mei 2013 0 Komen


Oleh Mohd Khidir Zakaria dan Abnor Hamizam Abd Manap

Port Dickson: Tiga bom lama ditemui dalam kejadian berasingan di Pantai 3, Telok Kemang, di sini, dengan kejadian terbaru kira-kira 7.30 pagi semalam apabila seorang peniaga menemuinya di kawasan berpasir di hadapan kedainya.
Peniaga, Yap Kooi Kiong, 43, berkata, dia tidak jadi membuka kedai dan terus meminta rakan menghubungi Balai Polis Telok Kemang memaklumkan penemuan bom itu.
“Berdasarkan pengalaman sebelum ini, bom yang ditemui di pantai ini akan dimusnahkan di sini oleh Unit Pemusnah Bom dan arahan menutup kedai serta menjauhi kawasan pantai akan dikeluarkan pihak berkuasa berkenaan,” katanya.

Yap berkata, dia percaya akan ada lagi penemuan bom lama memandangkan kawasan ini baru siap ditambak kira-kira sebulan lalu.
FotoBOM yang dijumpai peniaga dihadapan kedainya.

“Ada kemungkinan semasa proses tambak menggunakan pasir di sini, bom berkenaan turut disedut sama oleh kapal korek pasir dan dibawa ke sini (Telok Kemang) untuk proses tambak,” katanya.

Ketua program dipanggil polis

Dikirim oleh Warieh Isnin, 20 Mei 2013 0 Komen


SARINAH MAT KASIM
20 Mei 2013
Ketua program dipanggil polis
Mohd Nazree (tengah) menunjukkan surat permohonan mengadakan perhimpunan Blackout 505, Ahad lalu ketika ditemui pemberita di IPD Seremban, semalam. Turut bersama beliau, AJK PKR
SEREMBAN – Berikutan penganjuran perhimpunan Blackout 505 di bandar ini Jumaat lalu, Ketua AMK negeri, Mohd Nazree Mohd Yunus dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban untuk memberi keterangan, semalam.

Naib Pengerusi AMK pusat itu berkata, beliau dimaklumkan oleh dua pegawai polis yang datang ke rumahnya di Senawang, kira-kira 1.15 petang kelmarin, supaya hadir untuk memberi keterangan berikutan beliau merupakan ketua program terbabit.

“Bagi peringkat awal ini, saya hanya dipanggil untuk memberi keterangan di bawah Akta Keterangan 112 dan direkodkan bagi tujuan melengkapkan kertas kerja siasatan pihak berkuasa yang akan diserahkan kepada Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Menurutnya, dua pegawai penyiasat IPD Seremban melakukan soal siasat ke atasnya yang berlangsung kira-kira sejam.

Pada sesi tersebut, katanya, beliau hanya bercakap mengikut keperluan soalan sahaja dan mengambil langkah untuk memberi keterangan lanjut di mahkamah sekiranya perlu.

“Selaku ketua program, saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya dengan penganjuran perhimpunan tersebut dan sedia dihadapkan ke mahkamah pada bila-bila masa diperlukan," katanya.

Jumaat lalu, ribuan penyokong pembangkang yang memakai baju berwarna hitam berhimpun di Oakland, dekat sini sempena program Blackout 505 sebagai bantahan terhadap keputusan PRU13 lalu.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin memaklumkan bahawa penganjuran perhimpunan berkenaan melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana lewat menyerahkan notis pemberitahuan program.

Bomba selamat aset RM111.1j

Dikirim oleh Warieh Rabu, 15 Mei 2013 0 Komen


Norazam Khamis (dua dari kanan) menderma darah sambil diperhatikan oleh pegawai bomba lain Sempena Hari Anggota Bomba Sedunia 2013 peringkat negeri di Seremban, Negeri Sembilan, semalam.
SEREMBAN 14 Mei - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berjaya menyelamatkan aset bernilai RM111.1 juta dalam 545 kes kebakaran, melibatkan bangunan serta harta benda sepanjang tempoh empat bulan pertama tahun ini.
Pengarahnya, Norazam Khamis berkata, dalam tempoh sama, sebanyak RM10.31 juta kerugian direkodkan melibatkan kebakaran harta benda dan bangunan yang tidak sempat diselamatkan.
''Secara keseluruhan, panggilan kebakaran dalam tempoh Januari hingga April tahun ini turut menurun daripada 154 kes pada Januari berbanding 98 kes direkodkan pada April.
''Bagi kes melibatkan kemalangan pula, sebanyak 324 kes dengan 22 kematian, 119 cedera dan 58 selamat direkodkan dalam tempoh yang sama," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Program Derma Darah dan Program Bersama Pelanggan Sempena Hari Anggota Bomba Sedunia 2013 peringkat negeri di sini hari ini
Menurut Norazam, cabaran utama JBPM negeri ialah mengurangkan bilangan kes kebakaran dan kematian, justeru, jabatan sentiasa bersiap sedia untuk memberikan respons pantas supaya kehilangan nyawa dan harta benda dapat dikurangkan.
Ujarnya, antara bantuan penyelamat yang paling banyak dilakukan oleh bomba ialah kemalangan jalan raya, panggilan mencari dan menyelamat serta bencana alam.
Pada program berkenaan, kira-kira 400 individu termasuk 150 anggota dan pegawai menderma darah untuk Tabung Darah Hospital Tuanku Ampuan Najiah, Kuala Pilah.
''Program itu merupakan sebahagian komitmen JBPM negeri dalam usaha memberikan sumbangan sosial kepada masyarakat.
''Selain menderma darah, JBPM negeri turut membuka kaunter kepada pelanggan bagi menyampaikan maklumat tentang kesedaran keselamatan kebakaran yang mana pengetahuan tentang perkara itu perlu didedahkan di peringkat awal," tambah Norazam.

laluan persimpangan maut

Dikirim oleh Warieh Isnin, 13 Mei 2013 0 Komen



Wartawan Sinar Harian
11 Mei 2013
Laluan persimpangan maut
Lokasi yang didakwa penduduk merbahaya dan memerlukan papan tanda amaran berhampiran persimpangan tiga Batang Melaka-Air Kuning Selatan.
 
GEMENCHEH – Laluan persimpangan maut, itulah yang digelar penduduk apabila satu demi satu kemalangan termasuklah yang mengakibatkan kematian berlaku berhampiran persimpangan tiga Batang Melaka-Air Kuning Selatan, di sini, sejak awal tahun ini.

Tinjauan Sinar Harian mendapati antara punca penduduk mendakwa laluan berkenaan berbahaya ialah pengguna jalan raya dari arah Air Kuning Selatan cenderung untuk laju susulan lokasi berkenaan menuruni bukit namun terdapat persimpangan keluar dari Batang Melaka tidak jauh dari laluan berkenaan.

Penduduk, Tan Seow Teck, 48, dari Taman Sri Air Kuning, berkata, lokasi persimpangan tiga berkenaan sememangnya sangat berbahaya dan pengguna jalan raya perlu diingatkan dengan lebih kerap mengenai risiko melalui kawasan berkenaan.

“Jika boleh dari arah atas jambatan baru lagi papan tanda amaran yang besar diletakkan bagi memastikan pengguna jalan raya dari arah Air Kuning Selatan dan Melaka dapat mengurangkan kelajuan dan berhati-hati terhadap sebarang kemungkinan kenderaan keluar dari persimpangan.

“Malah, jika boleh kita cadangkan terdapat lampu isyarat berwarna merah dari atas jambatan dan berhampiran persimpangan bagi memberi peringatan kepada mereka,” katanya ketika ditemui di lokasi berkenaan, di sini.

Untuk rekod, Sinar Harian pada 27 April lalu melaporkan seorang warga emas, Chong Kou, 73, maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh oleh sebuah lori membawa muatan lebih 10 tan dari arah Pekan Air Kuning di lokasi laluan persimpangan maut yang dikatakan penduduk.

Bagi M. Kumar, 32, dia amat berharap pihak berkenaan dapat memantau lokasi laluan yang didakwa penduduk sebagai laluan maut bagi mengelak berulangnya insiden kemalangan.

“Malah, saya harap pengguna jalan raya yang melalui laluan ini akan lebih berhati-hati dan berhenti di persimpangan terlebih dahulu bagi melihat dengan jelas sama ada ada kenderaan menuruni bukit atau tidak sebelum membelok ke kanan.

“Memang ada tanda berhenti yang diletakkan di sini tetapi ianya kerap kali dirempuh. Namun, susulan ia sering berulang, papan tanda berhenti pada masa kejadian terbaru juga sudah tidak kelihatan di persimpangan jalan,” katanya.

17 saman dikeluar dalam Ops Cegah Lumba Haram

Dikirim oleh Warieh Selasa, 30 April 2013 0 Komen


Wartawan Sinar Harian
30 April 2013
JEMPOL - Seramai 15 remaja belasan tahun diperiksa pada Ops Cegah Lumba Haram, malam semalam di dua lokasi berbeza dekat Bahau, membabitkan Taman Desa Puteri dan Taman Kasih Putera.

Dalam operasi yang bermula sekitar jam 10 malam dan berakhir jam 2 pagi itu, 12 motosikal diperiksa dan 17 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, operasi dibuat hasil tindakan bersepadu Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol bersama anggota Balai Polis Bahau.

“Lokasi tersebut akan terus dipantau selepas ini termasuklah beberapa lokasi lain yang telah dikenal pasti. Bagaimanapun, polis mengalu-alukan maklumat awal daripada orang ramai agar perkara ini dapat diatasi.

“Manakala usaha ini juga diharap dapat kerjasama semua pihak yang bukan saja anggota keselamatan, tetapi Kawasan Rukun Tetangga (KRT), ibu bapa, dan agensi kerajaan lain yang turut serta menyampaikan maklumat,” katanya ketika mengesahkan kejadian itu, semalam.

Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata, setakat ini kempen dan ceramah pilihan raya berjalan lancar daripada semua parti lawan tanpa membabitkan sebarang aktiviti tidak diingini.

Katanya, setakat 20hb sehingga semalam saja, polis menerima 123 permohonan berkempen dan ceramah yang dijalankan oleh semua parti sempena pilihan raya umum (PRU) ini.

Tiup semangat patriotik terutama golongan muda

Dikirim oleh Warieh Khamis, 28 Mac 2013 0 Komen


Wartawan Sinar Harian
28 Mac 2013
pesara tentera
Mohamad (tengah) dan Mohd Yunus (depan, baju putih) bersama ahli Kebal.
 
PORT DICKSON – Pesara tentera digesa memainkan peranan mereka dalam meniupkan semangat patriotik masyarakat yang semakin cetek semangat patriotik.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tindakan itu perlu memandangkan masyarakat kini sudah berani mencemuh anggota tentera dengan pelbagai gelaran.

“Perkara ini tidak sewajarnya berlaku dan pesara tentera boleh memainkan peranan mereka untuk menyedarkan masyarakat terutamanya golongan muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Bekas Anggota Perisai Kuala Lumpur (Kebal) ke-11 dan Majlis Penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) di Rejimen Ke-2 Kor Armor DiRaja, Kem Sunggala, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Kor Armor, Brigadier Jeneral, Datuk Mohamad Batcha dan Presiden Kebal, Mejar Jeneral (bersara) Datuk Mohd Yunus Long.

Mohamad berkata, tanpa perjuangan perajurit dan pejuang yang bersara negara tidak mungkin berada dalam keadaan aman.

“Jiwa perwira dan semangat patriotik tidak pernah terpadam walaupun sudah lama bersara di mana kebanyakannya mereka hari ini dilihat menyambung khidmat dalam komuniti.

"Walaupun perjuangan tersebut di dalam keadaan berbeza, namun khidmat bakti tetap dicurahkan demi agama, bangsa dan negara,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad turut mengalu-alukan agar Kebal mewujudkan ibu pejabatnya di sini, dan mencadangkan memilih Port Dickson agar dapat mengembalikan memori semua anggota yang menjalani latihan sebelum berkhidmat.

Sementara itu, Mohd Yunus berkata, Kebal yang ditubuhkan sejak 13 tahun lalu, berkembang sebagai sebuah entiti dan persatuan badan bukan kerajaan yang aktif.

Menurutnya, Kebal yang ditubuhkan tanpa mengira latar belakang, agama dan budaya bertujuan mengekalkan semangat perjuangan serta setia kawan di samping mengadakan pelbagai aktiviti untuk bertemu setiap ahlinya.

“Semangat setia kawan adalah salah satu sifat atau amalan yang dituntut dalam perkhidmatan ketenteraan. Kini ahli kebal sudah mencecah  800 orang.

“Ianya tidak terkecuali dalam Kor Armor Diraja (dahulunya Federation Regiment, Federation Armoured Car Regiment, Kor Peninjau Diraja dan Kor Kavalti Diraja), yang mempunyai anggota berbilang kaum,” katanya.

64 polis, orang awam terima penghargaan

Dikirim oleh Warieh Rabu, 27 Mac 2013 0 Komen


SEREMBAN 25 Mac - Seramai 64 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan orang awam di negeri ini menerima sijil penghargaan sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-206 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, program itu adalah sebagai tanda penghargaan kerjasama di antara anggota PDRM dan orang awam dalam memastikan keamanan negara.
"Seluruh warga IPD Seremban berbangga kerana selain menyambut ulang tahun Peringatan Hari Polis ke-206, kita dapat bertafakur sejenak dan memperingati jasa dan pengorbanan anggota PDRM yang kini berjuang dalam pertempuran di Lahad Datu, Sabah," katanya semasa sambutan Peringatan Hari Polis ke-206 di sini hari ini.
Saiful Azly turut membaca teks ucapan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar di hadapan anggota polis di majlis tersebut.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan seluruh anggota dan kakitangan daerah tersebut supaya memberikan perkhidmatan cemerlang kepada pasukan keselamatan ini.
"Saya berharap semua warga polis lebih komited dan fokus untuk melaksanakan tanggungjawab utama iaitu membanteras jenayah," katanya.
Dalam pada itu, beliau yang mewakili pasukan PDRM daerah ini turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di atas keprihatinan kerajaan yang bersetuju menaikkan gred gaji baharu pegawai dan anggota pasukan keselamatan berkuat kuasa 1 Januari lalu.
"Skim baharu ini benar-benar memberi motivasi kepada pasukan untuk bekerja lebih kuat pada masa hadapan," ujarnya.
Sementara itu, penerima sijil penghargaan, Inspektor Faradilla Abd. Ghani, 29, melahirkan rasa syukur di atas penghargaan yang diberikan itu.
"Penghargaan ini akan menaikkan semangat pasukan polis untuk terus berbakti kepada rakyat dan negara," katanya yang telah lima tahun berkhidmat dalam pasukan polis.
Kata Faradilla, penghargaan itu juga diharap dapat memberikan dorongan kepada rakan sepasukan untuk sama-sama memberikan khidmat yang baik, selain melonjakkan kerjaya cemerlang kerjaya itu di kalangan masyarakat.
Seorang anggota PVR, Koperal A. Selvaraj, 45, berkata, dia meminati kerjaya itu dan mengambil keputusan untuk menyertainya.
"Walaupun saya bertugas sebagai guru, elemen disiplin yang ada dalam pasukan ini bukan sahaja saya terap dalam diri, tetapi kepada pelajar saya," kata guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Klana Petra, Lenggeng.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Kampung Rasah, Abdullah Lajis, 67, memberitahu, dia gembira menerima penghargaan daripada polis.
"Penghargaan sebegini adalah suntikan semangat buat orang awam khususnya yang memegang jawatan mewakili masyarakat setempat untuk bekerja dengan lebih baik," katanya.

Operasi malam minggu op bersepadu

Dikirim oleh Warieh Isnin, 25 Mac 2013 0 Komen


NUR SHARIEZA ISMAIL
25 Mac 2013
Operasi malam minggu op bersepadu
Anggota penguatkuasa sedang membuat pemeriksaan ke atas pengguna jalan raya dalam operasi bersepadu yang diadakan malam kelmarin.
 
PORT DICKSON – Sebanyak 19 motosikal dan dua kereta disita melibatkan pelbagai kesalahan dalam operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di empat lokasi membabitkan laluan semua arah ke pantai peranginan di Batu 6, Jalan Pantai Port Dickson, malam kelmarin.

Pengarah JPJ negeri, Saiful Azzri Hamzah berkata, daripada statistik yang diperolehi, pihaknya telah mengambil tindakan ke atas 186 kenderaan dari 368 pemeriksaan.

“Pelbagai kesalahan dikeluarkan termasuk tiada lesen memandu, tiada cukai jalan dan perlindungan insurans,” katanya yang mengetuai operasi terbabit.    
Beliau berkata, dalam operasi bersepadu yang dilaksanakan dengan memberi tumpuan kepada penunggang motosikal itu, pihaknya telah berjaya mengesan beberapa kenderaan yang dipandu melawan arus termasuk motosikal.

“Terdapat beberapa kenderaan memecut laju untuk melepasi sekatan jalan bagi mengelakkan diperiksa dalam operasi bersepadu ini, bagaimanapun pihak berkuasa telah dapat mengesan beberapa kenderaan berdasarkan nombor plat kenderaan dan tindakan selanjutnya akan diambil,” katanya.

Saiful Azzri berkata, semua saman dikeluarkan ke atas 148 kenderaan tersebut akan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“JPJ akan meneruskan operasi bersepadu ini yang tertumpu kepada penunggang motosikal untuk memastikan mereka tidak terus mencatatkan peningkatan dalam kesalahan lalu lintas,” katanya.
Dalam operasi yang bermula kira-kira jam 6 petang dan berakhir empat jam kemudiannya itu, polis turut membuat tangkapan ke atas seorang anggota tentera berusia 25 tahun yang antara 11 lelaki yang ditahan kerana disyaki positif dadah.

46 pengguna jalan raya disaman

Dikirim oleh Warieh Sabtu, 23 Mac 2013 0 Komen

46 pengguna jalan raya disaman
Wartawan Sinar Harian
23 Mac 2013
46 pengguna jalan raya disaman
Pemeriksaan dijalankan ke atas penunggang motosikal.
PORT DICKSON - Sebanyak 46 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan dalam satu operasi bersepadu di hadapan Balai Polis Lukut, di sini, kelmarin.

Operasi hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Jabatan Alam Sekitar (Jas) itu bermula kira-kira 9.30 pagi dan berakhir tiga jam kemudian.

Ketua Operasi, Asisten Superintendan Lee Kim Seng berkata, tujuan utama operasi diadakan untuk mengambil tindakan terhadap pesalah trafik di sekitar kawasan berkenaan dan pada masa sama, berusaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

“Selain itu, kita cuba menyedarkan pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan lalu lintas yang telah ditetapkan demi kebaikan diri sendiri dan orang lain.

“Fokus utama kita pada hari ini (kelmarin) adalah membabitkan kesalahan seperti memasang cermin gelap yang tidak mengikut piawaian ditetapkan, pelepasan asap
kenderaan berlebihan sehingga mencemarkan alam sekitar dan ekzos diubah suai terlalu bising,” katanya yang juga Ketua Bahagian Ketenteraman Awam/Ketua Trafik Daerah Port Dickson.

Kastam rampas 73kg dadah jenis syabu bernilai RM14j

Dikirim oleh Warieh Selasa, 19 Mac 2013 0 Komen


18 Mac 2013
syabu
Liah Omar, (kiri) bersama Penolong Kanan Kastam Cawangan Narkotik, Mohd Khir Zakaria (kanan) menunjukkan dadah jenis syabu yang berjaya dirampas. - Foto Bernama
 
NILAI - Kastam Diraja Malaysia merampas 73 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM14 juta yang cuba diseludup ke negara ini melalui kargo udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari India.
Pihak kastam menyerbu sebuah premis kediaman di Taman Sri Merdeka, Ampang pada Jumaat lepas dan menemui dadah itu disembunyikan dalam 17 kotak daripada 50 kotak yang diikrarkan sebagai 'Fresh Cut Roses'.
Timbalan Pengarah Kastam Cawangan Narkotik, Liah Omar berkata pihak kastam yang mencurigai kargo itu bertindak mengekori lori membawa barang dagangan berkenaan pada hari ketibaannya dari Bangalore pada 14 Mac.
"Dagangan tersebut didapati tidak melalui proses pelepasan kastam yang sah kerana bunga hidup memerlukan permit import dan pengimport tidak mempunyai sebarang permit import," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Narkotik Kastam di sini hari ini.
Beliau berkata kastam menyerbu premis berkenaan, yang dipercayai disewa untuk mengendalikan kargo berkenaan, setelah mendapat maklumat berhubung kegiatan itu.
"Hasil pemeriksaan hanya 17 kotak sahaja diisi dadah tersebut manakala bakinya tidak mempunyai sebarang jenis dadah. Dadah jenis syabu ini disorokkan di bahagian bawah bunga bagi mengaburi mata pihak berkuasa," katanya.
Liah berkata sebahagian daripada dadah itu dipercayai untuk pasaran tempatan manakala sebahagiannya ditransit di sini sebelum diseludup ke negara lain.
Susulan itu, pihak kastam menahan dua lelaki warga India berusia antara 35 hingga 40 tahun yang berada di premis berkenaan ketika serbuan dilakukan.
Dua suspek itu kini ditahan reman sehingga Khamis ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Liah berkata siasatan terhadap suspek mendapati salah seorang daripada mereka pernah bekerja di sebuah restoran di Kuala Lumpur selama lima tahun manakala seorang lagi dikesan mempunyai rekod memasuki Malaysia dua kali untuk tujuan mengiringi 'kiriman'.
"Kita percaya lelaki yang mengiringi kiriman itu memasuki negara ini sebelum ini bertujuan untuk memastikan 'kiriman dadah' sampai ke destinasi. Perkara ini akan disiasat," katanya. - Bernama


SEREMBAN 18 Mac - Siasatan secara menyeluruh meliputi maklumat yang dilaporkan oleh media Filipina berkaitan pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah akan dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara berterusan.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis sentiasa memantau maklumat dari pelbagai sumber termasuk dari media luar yang melaporkan pencerobohan berkenaan.
“Kita sentiasa memantau dan siasatan juga dilakukan merangkumi pelbagai aspek termasuk dakwaan individu yang menjadi dalang di sebalik kejadian berkenaan.
“Itu memang kerja pihak berkuasa, menyiasat dan mengumpul maklumat perisikan tanpa perlu menunggu arahan daripada sesiapa," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita pada majlis perasmian Balai Polis Sikamat dekat sini hari ini yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook