Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


64 polis, orang awam terima penghargaan

Dikirim oleh Warieh Rabu, 27 Mac 2013


SEREMBAN 25 Mac - Seramai 64 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan orang awam di negeri ini menerima sijil penghargaan sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-206 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, program itu adalah sebagai tanda penghargaan kerjasama di antara anggota PDRM dan orang awam dalam memastikan keamanan negara.
"Seluruh warga IPD Seremban berbangga kerana selain menyambut ulang tahun Peringatan Hari Polis ke-206, kita dapat bertafakur sejenak dan memperingati jasa dan pengorbanan anggota PDRM yang kini berjuang dalam pertempuran di Lahad Datu, Sabah," katanya semasa sambutan Peringatan Hari Polis ke-206 di sini hari ini.
Saiful Azly turut membaca teks ucapan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar di hadapan anggota polis di majlis tersebut.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan seluruh anggota dan kakitangan daerah tersebut supaya memberikan perkhidmatan cemerlang kepada pasukan keselamatan ini.
"Saya berharap semua warga polis lebih komited dan fokus untuk melaksanakan tanggungjawab utama iaitu membanteras jenayah," katanya.
Dalam pada itu, beliau yang mewakili pasukan PDRM daerah ini turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di atas keprihatinan kerajaan yang bersetuju menaikkan gred gaji baharu pegawai dan anggota pasukan keselamatan berkuat kuasa 1 Januari lalu.
"Skim baharu ini benar-benar memberi motivasi kepada pasukan untuk bekerja lebih kuat pada masa hadapan," ujarnya.
Sementara itu, penerima sijil penghargaan, Inspektor Faradilla Abd. Ghani, 29, melahirkan rasa syukur di atas penghargaan yang diberikan itu.
"Penghargaan ini akan menaikkan semangat pasukan polis untuk terus berbakti kepada rakyat dan negara," katanya yang telah lima tahun berkhidmat dalam pasukan polis.
Kata Faradilla, penghargaan itu juga diharap dapat memberikan dorongan kepada rakan sepasukan untuk sama-sama memberikan khidmat yang baik, selain melonjakkan kerjaya cemerlang kerjaya itu di kalangan masyarakat.
Seorang anggota PVR, Koperal A. Selvaraj, 45, berkata, dia meminati kerjaya itu dan mengambil keputusan untuk menyertainya.
"Walaupun saya bertugas sebagai guru, elemen disiplin yang ada dalam pasukan ini bukan sahaja saya terap dalam diri, tetapi kepada pelajar saya," kata guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Klana Petra, Lenggeng.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Kampung Rasah, Abdullah Lajis, 67, memberitahu, dia gembira menerima penghargaan daripada polis.
"Penghargaan sebegini adalah suntikan semangat buat orang awam khususnya yang memegang jawatan mewakili masyarakat setempat untuk bekerja dengan lebih baik," katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook