ADUN Serting, Datuk Shamsulkahar Mohd. Deli berkata, beliau amat berpuas hati kerana dapat melaksanakan tugas sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam portfolio Pendidikan.
Menurutnya, ini hasil kerja semua pihak terutama Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang membawa Negeri Sembilan berjaya digerakkan sebagai lembah ilmu.
Tugas sebagai wakil rakyat ini adalah besar. Hanya satu yang menjadi amalan iaitu jangan abaikan rakyat dalam segala bentuk. Harapan saya sesiapa yang menjadi calon perlu bekerja keras kerana kita telah diberi amanah," katanya.
ADUN Gemencheh, Datuk Kamil Abd. Aziz berkata, selama lima tahun menjadi wakil rakyat, beliau berasa amat berbangga kerana dapat berbakti kepada rakyat.
Tambah beliau lagi, jawatan tersebut adalah amanah rakyat yang perlu dipukul kerana mereka telah memberikan kepercayaan kepadanya.
Seperti yang sedia maklum, siapa yang menjadi wakil rakyat, tugas mereka tidak tentu masa tetapi kepenatan itu terbalas apabila amanah rakyat dapat disampaikan kepada mereka," katanya.
Bagi ADUN Kota, Datuk Dr. Awaluddin Said pula menyifatkan bertugas sebagai wakil rakyat sepanjang dua penggal adalah satu tanggungjawab besar.
Saya amat gembira kerana pelbagai kemajuan dan pembangunan dapat dibawa di kawasan Kota ini," katanya.
Sementara itu ADUN Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, sepanjang lima tahun, beliau dapat menunaikan tanggungjawab tersebut walaupun terdapat sedikit kekurangan.
0 Komen