Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata majlis angkat sumpah itu akan diadakan di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Mereka yang dinamakan sebagai Exco ialah ADUN Labu Datuk Hasim Rusdi, Abu Ubaidah Redza (Ampangan), Datuk Jalaluddin Alias (Pertang), Datuk Shamsulkahar Mohd Deli (Serting), Datuk Ismail Lasim (Senaling) dan Abd Razak Ab Said (Gemas).
Turut tersenarai Datuk Zaifulbahri Idris (Chembong), Tun Hairudin Abu Bakar (Bagan Pinang), Datuk Norhayati Omar (Pilah) dan L.Manickam (Jeram Padang).
Semua nama-nama tersebut telah dirujuk dan dinilai bersama Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum dipersembah kepada Tuanku Muhriz dan diperkenan baginda, katanya dalam satu sidang media mengenai perkara itu, di sini hari ini.
Bagi porfolio yang akan dipegang Dun berkenaan, Mohamad berkata ia akan diputuskan dalam satu mesyuarat petang ini.
"Keputusan dalam mesyuarat esok berkenaan Speaker akan kita bawa dalam persidangan pertama Dun untuk kita putuskan Speaker Dun," katanya.
Mengenai ketiadaan wakil Cina dalam senarai tersebut, Mohamad yang juga Pengerusi BN negeri berkata menerusi konsep terbuka yang diamalkan selama ini, beliau yakin kerajaan mampu memberikan perkhidmatan kepada rakyat di negeri ini.
Ditanya sama ada pihaknya akan melantik penasihat kepada kerajaan yang juga akan bertindak mewakili kaum Cina dalam kerajaan negeri, beliau berkata buat masa ini ia belum ada keperluan.
Bagaimanapun, katanya, masyarakat Cina tidak perlu risau mengenai perkara itu kerana walaupun tiada wakil Cina dalam exco kerajaan, tidak bermakna kepentingan dan hal ehwal masyarakat itu akan dipinggirkan.
Pada majlis itu Tuanku Muhriz turut berkenan menyampaikan watikah pelantikan dan menyaksikan semua exco menandatangi sumpah jawatan.
Portfolio yang akan dipegang oleh Adun-adun terbabit dijangka diputuskan pada mesyuarat pertama exco yang akan dipengerusikan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan petang ini.
Tuanku Muhriz dalam titah ucapannya pada majlis itu mengucapkan tahniah kepada semua Adun yang dipilih menganggotai exco dan menggesa mereka berkhidmat sebagai sebuah pasukan yang mantap dalam memajukan negeri.
Baginda bertitah semua yang dilantik harus melaksanakan amanah yang diterima ini dengan bersungguh-sungguh, ikhlas serta telus dan tidak mengkhianati amanah yang diberikan.
"Beta percaya dengan pelantikan ini juga, kamu akan memastikan segala kepentingan luar seperti kepentingan perniagaan akan dilepaskan kerana kedudukan yang diamanahkan ini bukan untuk disalahgunakan bagi tujuan kepentingan diri sendiri," titah baginda.
Turut berangkat ke istiadat itu Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.
Hadir sama Undang Luak Sungai Ujong Datuk Mubarak Dohak, Undang Luak Rembau Datuk Muhamad Sharip Othman, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mat Ali Hassan serta beberapa anggota DUN dan Parlimen.- Bernama
17 Mac 2013
Yayasan itu, yang ditubuh pada 5 Januari 1991, akan mengagih dana berkenaan kepada pelbagai program kebajikan dan pembangunan pendidikan di negara ini. Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud berkenan melancarkan secara rasmi Yayasan Azman Hashim di sini malam tadi.
Yayasan itu pernah menyumbang RM42 juta untuk pembangunan pendidikan di beberapa institusi pengajian tinggi awam di negara ini, termasuk pembinaan sebuah kompleks pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bernilai RM7 juta.
Selain itu, sumbangan berkenaan diguna untuk membina sebuah bangunan baharu bernilai RM25 juta bagi menampung keperluan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan di Universiti Malaya dan RM10 juta bagi membina sebuah bangunan untuk kegiatan sukan di Universiti Sains Malaysia. - Bernama
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu, akibatnya golongan ini akan melakukan apa sahaja untuk membayangi kepimpinan hari ini sehingga mengganggu-gugat keharmonian yang telah dibina selama ini bagi mencapai maksud peribadi.
''Janganlah kita bersikap prejudis dan menganggap semua tindakan dan susulan kerajaan tidak betul, kerana sikap sebegini hanya akan menguntungkan pihak tertentu yang mempunyai agenda tersendiri.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130226/ws_01/Jangan-anggap-semua-tindakan-kerajaan-tidak-betul#ixzz2LxbydQfq
© Utusan Melayu (M) Bhd
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, apabila al-Quran dikupas menerusi segala isi dan khazanahnya, akan menyerlahkan sifat kesyumulan merangkumi aspek syariah dan tatacara kehidupan yang digariskan Allah sebagai panduan perlembagaan kepada umat manusia seluruhnya.
''Al-Quran adalah sumber rujukan yang mampu menjadi petunjuk arah dalam kehidupan, di samping berupaya menangani pelbagai halangan, cabaran dan ancaman terhadap akhlak dan moral masyarakat.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130223/ws_02/Al-Quran-mampu-tangani-cabaran-masa-kini---Mohamad#ixzz2LguSTU6m
© Utusan Melayu (M) Bhd
Pengerusi Persatuan Tuanku Muhriz Shield Negeri Sembilan, Datuk Rusli Harun berkata, galeri itu akan mempunyai fakta dan kaitannya dengan Cabaran Golf Perisai Tuanku Muhriz serta bahan pameran.
"Semua bahan pameran dan artifak telah dikumpulkan oleh sekretariat di Seremban dan apabila lengkap, kita akan pamerkan di Kelab Golf Diraja Seri Menanti, Kuala Pilah," katanya di sini hari ini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130220/ws_04/Galeri-Cabaran-Golf-Perisai-Tuanku-Muhriz-bakal-dibuka#ixzz2LOrGHwN6
© Utusan Melayu (M) Bhd
Istiadat itu berlangsung di Balairung Seri Istana Besar Seri Menanti di sini.
Baginda diiringi Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.
Turut hadir Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Dohak; Undang Luak Jelebu, Datuk Musa Wahab; Undang Luak Johol, Datuk Mohd. Jan Abdul Ghani; Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman dan Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130208/ws_04/297-dikurniakan-darjah-kebesaran-bintang-dan-pingat#ixzz2KGMxjeW1
© Utusan Melayu (M) Bhd
![]() | ||||||
| Gambar Orang ramai sempena penubuhan Madrasah Islam di depan Balai Istana Seri Menanti bersama YM Tuanku Abd Rahman pada 1939 sumber http://maadah.blogdrive.com/archive/1.html |
Tunku Zain Al-'Abidin, anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, turut melahirkan rasa kecewanya apabila butiran tawaran itu menjadi pengetahuan umum walaupun ia seharusnya kekal sebagai perbincangan peribadi.
Kenyataan itu dikeluarkan apabila bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim mendedahkan bahawa Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Loke Siew Fook pernah meminta beliau memujuk Tunku Zain Al-'Abidin untuk menjadi calon parti itu dan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri.
Tunku Abdul Aziz berkata, beliau sudah menyampaikan hasrat DAP itu kepada Tunku Zain Al-'Abidin namun ditolak.
"Namun begitu nasi sudah menjadi bubur. Oleh kerana perkara itu dibawa kepada pengetahuan umum, saya boleh mengesahkan bahawa butiran perbincangan dengan DAP beberapa bulan sebelum ini adalah hampir tepat," kata Tunku Zain Al-'Abidin.
Memandangkan ia adalah perbincangan tidak rasmi, jadi tiada minit perbincangan dicatatkan, katanya.
"Ingin saya nyatakan di sini bahawa saya juga pernah dijemput untuk bertemu dan berbincang secara tidak rasmi dengan wakil-wakil parti politik yang lain," katanya.
Tunku Zain Al-'Abidin berkata, beliau amat menghormati dan mengagumi ahli politik tanpa mengira kepartian yang berprinsip dan bekerja keras.
"Namun, pada pandangan saya tiada satupun parti politik pada hari ini yang mampu menyamai kejituan dan kesaksamaan visi Ayahanda Kemerdekaan yang boleh mempengaruhi saya untuk menyertai mana-mana parti," kata beliau.
Katanya, walaupun ada pihak yang memperkatakan tidak wajar seorang putera raja membabitkan diri dalam politik, namun sejak 1957, terdapat lima putera Raja yang berbuat demikian.
Mereka ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dari Kedah yang menjadi Ahli Parlimen Kuala Muda 1955-1970 dan Perdana Menteri dari 1957 hingga 1970 (UMNO dan Semangat 46), Tunku Panglima Besar Tunku Abdullah dari Negeri Sembilan (Ahli Parlimen Rawang 1964-1974, MNO); Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim dari Terengganu (ADUN Ajil 1990-1995, Semangat 46 dan PAS), Tengku Datuk Seri Azlan Sultan Abu Bakar dari Pahang (Ahli Parlimen Jerantut 1999 hingga kini dan Timbalan Menteri Pengangkutan 1999-2008, Semangat 46 dan UMNO) dan Datuk Seri Diraja Syed Razlan Jamalullail dari Perlis (Ahli Parlimen Arau 2004-2008 dan ADUN Pauh 2008 hingga kini, UMNO).
Tunku Zain Al-'Abidin berkata, beliau sudah pun terbabit dalam 'persekitaran' politik lama sebelum ayahandanya ditabal menjadi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11.
Putera Raja itu menjelaskan beliau akan meneruskan penyertaannya dalam Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi dan beberapa yayasan lain untuk terus menyambung bakti.
- BERNAMA
Mungkin masih ramai yang belum tahu siapakah gambar Sultan
yang berada di dalam duit Malaysia kan?? dan dari mana asal usul gambar
tersebut diambil.. Di sini aku nak kongsikan bersama anda semua asal
usul gambar agung yang terdapat pada duit Malaysia ok.
![]() |
| ASAL USUL GAMBAR SULTAN PADA DUIT |
Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang
pertama yaitu Tuanku Abdul Rahman
Beliau adalah yang Di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan (bertaraf Sultan atau
Raja) dari tahun 1933-1960.
Negeri Sembilan adalah sebuah negeri
yang dihuni oleh suku Minangkabau
semenjak abad ke-15 dan dinaungi
oleh kerajaan Melaka pada masa itu.
Apabila kerajaan Johor (pewaris kerajan
Melaka) lemah pada abad ke-18,
orang Minang meminta izin ke
Sultan Johor agar pemerintah
melindungi mereka. Permintaan itu
diperkenankan dan mereka kembali
ke tanah asal mereka di Pagaruyung
untuk meminta perlindungan dari
pemerintah Pagaruyung pada masa itu.
Raja Pagaruyung menghantar anaknya,
Raja Mahmud (Raja Melewar)
sebagai raja di Negeri Sembilan
yang pertama (bergelar yang
Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan).
Tuanku Abdul Rahman yang gambarnya
ada di mata uang Malaysia itu adalah
keturunan ke lima dari
Sultan Abdul Jalil, Raja Kecil dari
Pagaruyung.
Read more: http://wancikgumuzik.blogspot.com/2012/08/asal-usul-gambar-sultan-pada-duit.html#ixzz2JLqVYKFf
SEREMBAN 24 Jan. - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yakin persefahaman dan perpaduan dalam kalangan umat Islam boleh dicapai melalui penghayatan prinsip wasatiyyah yang terkandung dalam ajaran Islam yang suci.
Baginda bertitah, penekanan kepentingan prinsip wasatiyyah perlu sentiasa dilakukan agar masyarakat benar-benar memahami keindahannya.
Titah baginda, konsep berkenaan boleh diterjemahkan sebagai pendekatan sederhana yang terhasil daripada bimbingan Ilahi dan terbit daripada kefahaman terhadap panduan agama.
"Namun ini tidaklah bererti kita mesti sentiasa berada di tengah-tengah antara dua sikap yang ekstrem. Sebaliknya, prinsip wasatiyyah menuntut agar sentiasa merujuk kepada neraca agama dalam mencari jawapan paling tepat dalam setiap persoalan," titah baginda.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130125/ws_02/Hayati-prinsip-wasatiyyah#ixzz2IwrjDcZ9
© Utusan Melayu (M) Bhd
pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 3 Dis. - Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud hari ini dimasyhurkan sebagai Canselor wanita kedua Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Baginda dimasyhurkan bagi menggantikan bekas Canselor pertama universiti tersebut, Tunku Ampuan Najihah Tunku Besar Burhanuddin.
Pemasyhuran baginda diumumkan oleh Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Dr. Muhamad Muda yang mewakili Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Majlis Konvokesyen USIM Kesembilan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.
Dalam ucapan perasmiannya, baginda bertitah, sistem pendidikan berteraskan ilmu Islam merupakan pemangkin kepada umat Islam terutamanya yang berada di rantau Asia Tengah.
Titah baginda, jaringan hubungan luar bersama negara Islam lain perlu diperkukuhkan supaya hasrat dan cita-cita tersebut terlaksana.
"Setelah lebih 10 tahun universiti ini membangun, ia telah menjadi salah satu institusi Islam yang disegani di rantau ini kerana graduan USIM bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah dalam bidang kokurikulum.
"Kecemerlangan dalam bidang seperti perbahasan, kesenian dan kebudayaan Islam, sukan dan juga hubungan antarabangsa adalah satu tanda ukur bahawa USIM mampu mengorak langkah lebih maju ke hadapan dalam merealisasikan dasar pendidikan tinggi negara.
"Malahan, cendekiawan yang diasah oleh USIM juga mampu mengorak langkah ke peringkat global dan memperkenalkan pendidikan tinggi berasaskan ilmu naqli dan ilmu aqli," titahnya.
Turut berangkat pada majlis itu, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Pada majlis itu, baginda turut berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad.
Majlis konvokesyen kali ini menyaksikan seramai 1,196 graduan berjaya menerima ijazah dalam bidang masing-masing.
Dua graduan turut dipilih menerima Anugerah Pelajaran Diraja iaitu graduan Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam, Mohd. Shahrul Faizie Zaini dan graduan Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa, Muhamad Firdaus Ab. Rahman berdasarkan kecemerlangan mereka dalam bidang akademik dan kokurikulum termasuk aktif dalam perbahasan.
Sementara itu, Anugerah Canselor diberikan kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi, Ummi Farhana Omar, manakala penerima anugerah Pingat Emas Naib Canselor pula diterima graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian al-Quran dan Sunnah, Mohd. Ashrafulnizam Abdul Wahab.












