Tuanku Muhriz Tuanku Munawir
mengurniakan Darjah Datuk Paduka Negeri Sembilan kepada Muhammad Fuad
Abu Zarim sempena ulang tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-65 di
Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, semalam.
Istiadat itu berlangsung di Balairung Seri Istana Besar Seri Menanti di sini.
Baginda diiringi Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.
Turut hadir Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Dohak; Undang Luak Jelebu, Datuk Musa Wahab; Undang Luak Johol, Datuk Mohd. Jan Abdul Ghani; Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman dan Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri.


0 Komen