Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Memaparkan catatan dengan label MP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MP. Papar semua catatan

Negara Islam lain juga guna GST- Hasan Malek

Dikirim oleh Warieh Selasa, 17 Mac 2015 0 Komen






Tiada sebab untuk Pas mendakwa cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang akan diperkenalkan kerajaan pada 1 April ini adalah haram di sisi Islam kerana sebanyak 169 negara di dunia, termasuk negara Islam telah mengguna pakai sistem cukai itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, selain itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan juga telah membuat ketetapan hukum GST adalah harus.

“Maknanya GST tidak salah, hukumnya harus. Jadi tiada masalah,” katanya pada satu sidang media, semalam.

Menganggap dakwaan itu sebahagian daripada cabaran yang perlu ditempuhi kerajaan, Hasan turut mempersoalkan tindakan Pas yang tidak pernah membangkitkan isu itu semasa GST dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen.

“(Dakwaan GST haram) ini timbul dekat-dekat (tarikh pelaksanaannya) sahaja.

“Waktu dalam Parlimen (semasa GST dibahaskan) saya hadir, tak pernah pun timbul isu ini,” katanya.

Menurutnya, GST akan tetap dilaksanakan kerana ia telah diluluskan di peringkat Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta telah diwartakan.

Beliau turut meminta rakyat meyakini bahawa keputusan kerajaan untuk melaksanakan GST adalah untuk kemudahan dan kesejahteraan rakyat.

“Kita lakukan ini untuk negara kita. Apabila kutipan cukai banyak nanti, banyak lagi pembangunan fizikal kita dapat laksanakan terutama di kawasan luar bandar,” katanya.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kali Ke-106 yang bersidang pada 21 hingga 22 Oktober 2014 memutuskan GST adalah harus asalkan pelaksanaannya berpandukan beberapa syarat mengikut Islam.

Keputusan itu bagaimanapun dipersoal Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang menyebut GST haram dikutip kerana tidak menepati tiga syarat untuk mengharuskan cukai dalam Islam.

Katanya, tiga syarat itu ialah kerajaan benar-benar terdesak memerlukan cukai untuk menampung keperluan negara; keperluan mendesak itu berlaku bukan kerana ketirisan dan pemborosan dalam perbelanjaan; serta ia hanya boleh dikenakan kepada golongan berkemampuan yang mempunyai pendapatan melebihi keperluan.

KJ: Saya beri pandangan ikhlas

Dikirim oleh Warieh Isnin, 3 Jun 2013 0 Komen


NOR AINNA HAMZAH
3 Jun 2013
Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
"APA saya boleh buat. Saya hanya bagi pandangan ikhlas mewakili Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Itu kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berhubung reaksi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah yang terkilan dengan teguran beliau.

Khairy bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut perkara itu kerana tidak mahu ia berpanjangan ketika diajukan wartawan pada Majlis Perasmian Penutup Kursus Asas Haji di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Dato’ Haji Hassan Haji Sail, di sini, semalam.

Sebaliknya, beliau hanya menyifatkan pandangan disuarakan itu selaras dengan jawatan menteri yang menjaga perkembangan sukan tanah air.

Sebelum ini, Khairy membidas FAM dan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dengan menyifatkan kedua-dua persatuan itu tidak profesional.

FAM dikatakan tidak bertindak adil apabila memperuntukkan 60,000 tiket kepada PBNP.

Manakala, PBNP pula gagal memastikan keselamatan terjamin di Stadium Darul Makmur sehingga memaksa perlawanan terpaksa ditangguhkan.

Khairy berkata, kenyataan dibuatnya itu merupakan pandangan diambil daripada maklum balas orang ramai yang mempersoalkan keputusan diambil FAM.

Bagaimanapun, kenyataan Khairy mengundang rasa kurang senang Sultan Ahmad Shah.


Acara kemuncak persembahan kebudayaan gabungan antara penari-penari Malaysia dan Indonesia pada majlis Pelancaran Yayasan Ikatan Rakyat Malaysia-Indonesia dan Konsert Nusantara di Istana Budaya di sini hari ini. - BERNAMA
SERUMPUN... D.r Rais Yatim (tiga, kiri) bersalaman dengan Herman Prayitno (empat, kanan) pada majlis Pelancaran Yayasan Ikatan Rakyat Malaysia-Indonesia dan Konsert Nusantara di Istana Budaya di sini hari ini. Turut kelihatan isteri Rais, Datin Seri Maznah Rais (dua, kiri). - BERNAMA
KUALA LUMPUR 8 Mac - Seni dan budaya boleh dijadikan jambatan dalam mengeratkan lagi hubungan rakyat Malaysia dan Indonesia selain bidang politik dan ekonomi, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
Beliau berkata, kedua-dua elemen tersebut sememangnya diminati rakyat di kedua-dua negara, justeru ia mampu diterjemahkan ke arah mencapai matlamat itu.
"Ramai orang berminat berseni dan berbudaya sebab itu kita katakan rama-rama sikumbang jati, minum manisan di dalam gua, majulah budaya dan seni, dakaplah warisan dan budaya," katanya sebelum merasmikan Konsert Nusantara di Istana Budaya, di sini malam ini.
Konsert tiga hari bermula hari ini yang bertemakan serumpun budaya itu diilhamkan sendiri Rais, menghimpunkan penyanyi terkenal dari kedua-dua negara dengan tujuan perkongsian budaya dan seni.
Turut hadir pada konsert itu ialah isteri beliau, Datin Seri Maznah Rais dan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno.
Pada majlis itu, Rais turut melancarkan Yayasan Ikatan Rakyat Malaysia-Indonesia (Yirmi).
Menurut Rais, perjuangan mengeratkan hubungan dua negara yang semurninya ialah menerusi pemupukan seni dan budaya yang seterusnya akan mengingatkan kembali rakyat bahawa kedua-dua negara adalah serumpun.
"Inilah harapan kita untuk menemukan yang lama dengan yang baharu, mencetuskan kasih dan sayang, di samping itu membawa kita untuk bertanya kembali, semenjak dulunya sebelum terkembang (kedua negara) kita satu, sebelum letusan Gunung Merapi kita satu...," katanya.
Mengenai Yirmi, Rais berkata, ia ditubuhkan dengan tujuan menyatukan kedua-dua buah negara bagi menyalurkan pendidikan, penerangan dan seni budaya. Bercakap pada sidang media kemudian, Rais berkata, melalui Yirmi, kedua-dua negara akan saling bertukar program sekurang-kurangnya dua kali setahun.
"Kita akan terus cetuskan idea pemikiran bagaimana aspek penerangan, kebudayaan dan seni dua buah negara ini dirapatkan lagi, kita akan berhubung terus sama ada menerusi NGO (pertubuhan bukan kerajaan) atau sektor pembelajaran sekali gus melibatkan pakar seni dan budaya dua negara," katanya.
Beliau berkata Yirmi yang bertujuan mewujudkan keharmonian antara rakyat, akan turut memberi peluang kepada mahasiswa menjalankan penyelidikan khususnya dalam aspek seni dan budaya negara masing-masing. - BERNAMA

'Sabah milik sah Malaysia, tiada siapa boleh tuntut'

Dikirim oleh Warieh Rabu, 6 Mac 2013 0 Komen


JELEBU 5 Mac — Sabah ialah hak milik sah Malaysia mengikut undang-undang antarabangsa, dan negeri itu atau sebahagian daripadanya, tidak boleh dituntut oleh mana-mana pihak, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim (gambar).
Beliau berkata, perkara itu jelas termaktub dalam keputusan Suruhanjaya Cobbold 1963 yang menentukan bahawa majoriti rakyat Sabah bersetuju negeri itu menyertai Persekutuan Malaysia.
"Sebelum Malaysia dibentuk, sebuah suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Cobbold telah diwujudkan, bagi membuat pungutan suara rakyat Sabah berkenaan penyertaan negeri itu dalam Persekutuan Malaysia.
"Secara keseluruhan suruhanjaya itu mendapati rakyat Sabah mahu menyertai Malaysia dan kemasukan ke Malaysia adalah tindakan kenegaraan dan tiada lagi tuntut-menuntut selepas itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jalinan Murni Pemimpin Bersama Warga Penjara dan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik di Institusi Pemulihan Dadah di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas pencerobohan di Lahad Datu, Sabah oleh kumpulan bersenjata yang mendakwa diri mereka sebagai 'Tentera Kesultanan Sulu' yang kononnya mahu menuntut negeri itu daripada Malaysia.
Terdahulu dalam ucapannya Rais berkata, kementerian itu bercadang mengadakan program khusus bagi mencungkil bakat dalam kalangan warga penjara terutama dalam bidang seni budaya dan kraf.
Katanya, langkah itu bagi memberi peluang dan galakan kepada warga penjara untuk meneruskan kehidupan dengan cara menyemarakkan bakat seni mereka menerusi latihan-latihan tertentu.
"Ini penting oleh kerana seseorang banduan itu tidak semestinya 'jiwanya habis' ataupun 'hidupnya kandas' terus menerus. Sekiranya kita beri ruang dan peluang untuk dilatih menyemarakkan bakatnya, maka seseorang banduan boleh meningkat setinggi mungkin dalam bidang itu," katanya. — BERNAMA

Unit khas penyelidikan budaya ditubuh - Dr. Rais Yatim

Dikirim oleh Warieh Sabtu, 23 Februari 2013 0 Komen


KUALA KLAWANG (Jelebu) 22 Feb. - Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan mewujudkan satu unit khas bagi mempertimbangkan penyelidikan tentang budaya, kata Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
Rais berkata, penyelidikan budaya akan dilaksanakan beberapa penyelidik dan kementeriannya akan memberi galakan serta bimbingan, di samping bayaran bagi penyelidikan mereka.
"Usaha ini diambil memandangkan terlalu ramai dalam kalangan rakyat di negara ini yang tidak mengenal budaya orang Melayu. Begitu juga orang-orang tertentu juga, semacam tidak mengenal apakah budaya yang ada di Malaysia ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian program Jejak Online, Mudahnya! Edisi Jelebu anjuran Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) Jabatan Perdana Menteri di Padang Awam Kampung Teriang dekat sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (ICT) Mampu, Datuk Dr. Nor Aliah Mohd. Zahri.
Rais yang juga Ahli Parlimen Jelebu berkata, selama ini perkara tentang budaya dibiarkan begitu sahaja, tetapi kementeriannya mengambil inisiatif ini kerana kementerian mempunyai tanggungjawab dari sudut perpaduan dan keharmonian.
"Lantaran itulah kita mampu membuat penyelidikan budaya pelbagai kaum, budaya pelbagai agama dan untuk sama-sama menghormati dan menyemarak budaya tersebut.
"Misalnya berhubung wayang kulit, wayang jalanan Cina, tarian India dan hari kebesaran sama ada berkaitan Deepavali, Tahun Baharu Cina, Hari Raya, Tadau Kaamatan serta Gawai, Krismas dan sebagainya mesti kita lahirkan nas-nas kebudayaan ini.
Rais berkata, nilai dan budaya yang baik hendaklah diamalkan rakyat negara ini kerana ia mampu memperkukuh perpaduan dan keharmonian antara kaum di negara ini.
"Semua ini boleh diterjemahkan menerusi asuhan dan bimbingan sejak kecil lagi," katanya.
Sementara itu, Nor Aliah berkata, kerajaan menyasarkan 90 peratus daripada perkhidmatan kerajaan disampaikan secara online pada 2020.
Katanya, sehingga ini 56.45 peratus daripada 11,732 jumlah perkhidmatan keseluruhan boleh dicapai secara online.
"Sehingga kini 3,973 kampung ditauliahkan sebagai Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia. Contoh terdekat Kampung Teriang ini merupakan sebuah Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia. Selain itu, 365 lokasi di seluruh negara juga dibina pusat Internet 1Malaysia," katanya.
Katanya, program Jejak Online, Mudahnya! adalah usaha kolaboratif yang baik antara Mampu dan SKMM di bawah Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA) Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur untuk memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan dapat diperluas dan disampaikan ke semua pelusuk negara. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130222/dn_31/Unit-khas-penyelidikan-budaya-ditubuh---Dr-Rais-Yatim#ixzz2Lgvunp3R
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Karnival Jelebu 1Malaysia mulai esok

Dikirim oleh Warieh Khamis, 21 Februari 2013 0 Komen



21 Februari 2013
KUALA KLAWANG - Karnival Jelebu 1Malaysia 2013 akan berlangsung di tapak pasar tani di sini selama tiga hari mulai esok.
  
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat berkata, karnival akan menjadi platform terbaik kepada 84 orang pengusaha serta usahawan setempat memasarkan dan memperkenalkan produk mereka.
  
"Pelbagai jenis produk dan barangan termasuk bahan makanan boleh didapati di gerai jualan yang disediakan. Ini akan memberi peluang kepada para pengguna untuk mendapatkan barangan dan produk yang ditawarkan dengan kadar harga yang berpatutan," katanya di sini, hari ini.
  
Beliau berharap menerusi karnival itu, ia akan memberi peluang kepada usahawan untuk mengetengahkan dan memperkenalkan produk mereka.
  
"Karnival ini juga memberi peluang kepada usahawan dan bakal usahawan mendapatkan khidmat nasihat serta menyelesaikan masalah dengan agensi yang terlibat dalam bidang keusahawanan melalui kaunter perkhidmatan yang disediakan.
  
"Karnival ini turut membuka peluang kepada orang ramai berinteraksi dengan kakitangan swasta dan kerajaan yang mewakili jabatan serta agensi masing-masing," katanya.
  
Yunus berkata sebanyak 30 jabatan dan agensi kerajaan akan mengadakan pameran sepanjang karnival tersebut.
  
Katanya karnival anjuran bersama Majlis Perundingan Koperasi dan Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Jelebu akan dimeriahkan dengan acara sukaneka rakyat, senamseni, senamrobik, kenduri kampung dan persembahan pentarama.
  
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dijangka merasmikan karvinal. - Bernama



HASAN Malek (tengah) bersama Mohd. Sani Mistam (belakang) serta masyarakat Orang Asli menunjukkan baucar BR1M ketika Majlis Pelancaran Dokumentari 'Juk Bersamaq Sen Oi Beq' (Sehari Bersama Masyarakat Orang Asli) dan Penyampaian BR1M 2.0 di Kampung Orang Asli Langkap, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, kelmarin.
mp
KUALA PILAH 20 Feb. - Sebanyak 34,700 permohonan untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 dalam kalangan masyarakat Orang Asli telah diluluskan dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM14.8 juta.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek berkata, jumlah itu merupakan 66 peratus daripada 52,415 permohonan.
''Bantuan yang diberikan kerajaan Barisan Nasional (BN) ini mengambil kira keperluan semua rakyat termasuklah masyarakat Orang Asli. Pemberian ini menunjukkan kerajaan tidak pernah meminggirkan mereka, malah sentiasa diberikan keutamaan dalam aspek bantuan yang pelbagai," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130221/ws_06/34700-orang-Asli-terima-BR1M-20#ixzz2LUfmMRqE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kerajaan sentiasa tingkatkan taraf hidup rakyat

Dikirim oleh Warieh Selasa, 19 Februari 2013 0 Komen





REMBAU 17 Feb. - Dasar yang dibawa oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) dapat dirasai oleh rakyat menerusi penyusunan strategi dan program pembangunan bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat di negara ini.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu jelas dilihat apabila strategi yang dilaksanakan itu bukan tertumpu kepada pihak tertentu sahaja, sebaliknya membabitkan semua golongan termasuk orang muda.
Malah katanya, setiap lapisan masyarakat khususnya generasi muda mempunyai peranan menerusi dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan memandangkan mereka pewaris yang akan mengambil alih pimpinan dalam masyarakat dan negara.
"Pelbagai bantuan yang disediakan untuk rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan hanya untuk mereka yang berkeluarga, tetapi juga orang bujang.
"Ia membuktikan kerajaan sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat dan sentiasa berusaha membantu mereka menerusi pelbagai bentuk bantuan," katanya di sini hari ini.
Khairy menyampaikan baucar BR1M 2.0 bagi individu bujang membabitkan lebih 900 penerima bagi Daerah Rembau di Dewan Seri Rembau yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chembong, Datuk Zaifulbahri Idris.
Khairy berkata, bantuan yang disampaikan secara berperingkat itu diharap dapat meringankan beban kewangan penerima.
"Ini membuktikan Kerajaan BN tidak pernah mungkir janji. Rakyat didahulukan dan kerajaan mahu rakyat hidup dengan selesa. Ia menjadi dasar pemerintahan sejak dahulu lagi," katanya.

41 rumah Orang Asli terima dekoder Astro Njoi

Dikirim oleh Warieh Isnin, 18 Februari 2013 0 Komen


Rais Yatim menyampaikan dekoder Astro kepada seorang penerima pada program perluasan siaran RTM dan Astro Njoi ke perkampungan Orang Asli di Klawang, Jelebu, baru-baru ini.
JELEBU 17 Feb. - Usaha merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat Orang Asli terus diperhebatkan apabila 41 rumah masyarakat itu di Kampung Orang Asli Kelaka menerima set televisyen serta dekoder Astro Njoi yang keseluruhannya bernilai RM74,000 secara percuma di sini semalam.
Pemberian set itu merupakan salah satu program bagi perluasan siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui satelit Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan-Astro Njoi.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, program yang dianjurkan sejak Jun 2012 itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat Astro.


REMBAU 17 Feb. - Dasar yang dibawa oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) dapat dirasai oleh rakyat menerusi penyusunan strategi dan program pembangunan bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat di negara ini.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu jelas dilihat apabila strategi yang dilaksanakan itu bukan tertumpu kepada pihak tertentu sahaja, sebaliknya membabitkan semua golongan termasuk orang muda.
Malah katanya, setiap lapisan masyarakat khususnya generasi muda mempunyai peranan menerusi dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan memandangkan mereka pewaris yang akan mengambil alih pimpinan dalam masyarakat dan negara.
"Pelbagai bantuan yang disediakan untuk rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan hanya untuk mereka yang berkeluarga, tetapi juga orang bujang.

Ulama bebas tanding PRU13, kata Khairy

Dikirim oleh Warieh Sabtu, 16 Februari 2013 0 Komen


NOOR AZURA SAHRIL
16 Februari 2013
Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
 
KUALA LUMPUR - Pemuda Umno menyambut baik penyertaan golongan ulama untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Ketuanya, Khairy Jamaludin berkata, ulama bebas untuk berbuat demikian dan memilih mana-mana parti yang mereka mahukan.

“Mereka mahu bertanding untuk Umno dan Barisan Nasional (BN), saya alu-alukan. Sekiranya mereka menyertai parti lawan, kita juga terima. Mereka bebas untuk berbuat demikian,” katanya bagi mengulas desas desus penyertaan bekas Mufti Perlis,
Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya yang dikatakan akan bertanding pada PRU13 nanti.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, penyertaan golongan ulama itu memberi mesej yang mendalam apabila mereka yang terlibat dalam hal keagamaan menawarkan diri untuk bertanding. 

“Saya lihat dalam kes mereka berdua, PRU13 kali ini pilihan raya yang bersejarah apabila individu di luar politik, menyertai politik,” katanya.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, beliau mengenali rapat kedua-duanya, namun ketika ditanya media apakah ada sebarang pertemuan membincangkan hal itu, Khairy menjawab: “Kenal rapat, takkan tidak bertemu... Kita tengoklah, dalam dua tiga minggu lagi.”

Sementara itu, mengulas tindakan golongan mahasiswa dan segelintir pihak mahu mencabar Presiden BN, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bertanding di Parlimen Pekan, Khairy berkata, ia adalah perkembangan positif hasil keterbukaan yang diamalkan oleh kepimpinan hari ini.

Menolak andaian bahawa cabaran mahasiswa akan menggugat kredibiliti Najib, Khairy berkata, ia tidak menggugat langsung kedudukan Najib.

“Ini kerana rekod Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan dah lama dan cabaran ini  tidak akan menggugat beliau. Apa yg hebatnya mahasiswa, mahu bertanding, terus bertanding. Ini demokrasi. Mahu bertanding di Rembau pun boleh,” katanya.

Menurutnya, penyertaan mahasiswa itu mungkin hanya cari publisiti dan ada pihak yang jadi master mind di belakang tindakan kelompok mahasiswa ini.

“Selagi boleh  bayar deposit kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka boleh bertanding, tetapi fikir dua tiga kalilah, jangan sampai hilang deposit. Itu saja.

"Ini bukan pilihan raya kampus,” katanya.

Rais: Orang Melayu mesti kuat bersatu

Dikirim oleh Warieh Khamis, 14 Februari 2013 0 Komen



13 Februari 2013
Rais Yatim
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim
SIMPANG DURIAN - Orang Melayu harus sedar bahawa masa depan tanah air berada di tangan mereka dan jika mereka kuat bersatu, tiada siapa yang boleh menggugat kekuatan itu, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
  
Katanya, dengan kekal kuat, orang Melayu akan menerima sokongan semua pihak.
  
"Oleh kerana kita adalah majoriti dalam tanah air kita sendiri, orang Tionghoa dan India akan menyokong kita, asalkan kita kuat dan tidak berpecah-belah," katanya pada majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM 2.0) kepada 643 orang dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Chennah di Sekolah Menengan Agama Datuk Haji Tan Ahmad di sini hari ini.
  
Turut hadir ialah anggota Exco negeri yang juga anggota Dun Chennah, Datuk Siow Chen Pin dan Speaker yang juga anggota Dun Pertang, Datuk Razak Mansor.
  
Rais yang juga Ahli Parlimen Jelebu berkata "bila kita (rakyat) sepakat, kita akan kuat. Tetapi bila kita tidak kuat, kita akan 'dibelah' dek orang".
  
Beliau berkata kekuatan itu jugalah yang dipegang Amerika Syarikat dan orang Inggeris sehingga mereka berkuasa dan dunia tidak boleh melakukan apa-apa terhadap mereka.
  
"Mari kita kukuhkan perpaduan dan persaudaraan kita dan kumpulkan tenaga kita supaya kita dan rakan-rakan selamat... serta kita tanamkan semangat perjuangan yang sebenar untuk kita terus mempunyai kuasa penuh dalam negara sendiri," katanya.
   
Untuk itu beliau mengungkapkan serangkap pantun (dalam loghat Negeri Sembilan)
   
"Pulau kelapo jauh di hulu
     Dulang tembago jatuh di seborang
     Walaupun apo akan berlaku
     Kuaso jangan dirampas orang."

- Bernama

Sembilan aspek diberi tumpuan pembangunan Kuala Pilah

Dikirim oleh Warieh Rabu, 13 Februari 2013 0 Komen


Pembinaan Bazar Melayu dapat memenuhi keperluan penduduk setempat dan menyumbang kepada pembangunan usahawan bumiputera di Kuala Pilah. 
 
KUALA PILAH 12 Feb. - Sebanyak sembilan tonggak utama pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan secara holistik sejak 2006 telah banyak memberikan manfaat serta kesejahteraan kepada penduduk di daerah ini.
Tonggak tersebut ialah pembangunan infrastruktur, ekonomi, perumahan rakyat, pendidikan dan latihan, kesihatan, rekreasi dan sukan, kebajikan, pertanian dan pembinaan masjid serta surau.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek (gambar) berkata, lebih RM300 juta telah dibelanjakan untuk tujuan itu dan jumlah tersebut meningkat dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan rakyat setempat.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah menjelaskan, kesemua projek pembangunan itu dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat sejak negara merdeka pada 1957.
''Sebagai kerajaan yang mengutamakan rakyat, para pemimpinnya tidak pernah berhenti daripada memikir dan merancang pelbagai program dan projek yang mampu membawa manfaat dan faedah kepada rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian selepas penyerahan tajaan akhbar Utusan Malaysia di pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Pilah di sini baru-baru ini.
Hasan menaja sebanyak 10,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia sempena Kempen 1Rumah 1Utusan yang akan diagihkan secara percuma kepada masyarakat, khususnya di lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen berkenaan selama empat minggu mulai minggu lalu.
Beliau berkata, sebanyak RM45.7 juta dibelanjakan oleh kementeriannya bagi menaik taraf jalan luar bandar di DUN Johol, Juasseh dan Pilah serta jalan pintas dari Jalan Tung Yen ke Jalan Bahau di sini dengan peruntukan sebanyak RM3.6 juta daripada Jabatan Perdana Menteri dan Pejabat Kemajuan negeri.
''Kemajuan yang paling ketara ialah projek menaik taraf Jalan Bukit Putus fasa 1 sebanyak RM65 juta yang telah siap dan digunakan sejak 2009 serta fasa 2 bernilai RM12 juta yang sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada April ini.
''Projek ini amat penting kerana kadar trafik di laluan itu telah mencatatkan jumlah kenderaan lebih 23,000 buah sehari," ujarnya.
Sementara itu, Hasan menjelaskan, kementeriannya juga telah membelanjakan lebih RM16.35 juta untuk melaksanakan projek bekalan air luar bandar di daerah Kuala Pilah.
Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak RM12 juta dibelanjakan untuk kemudahan bekalan membabitkan Kampung Langkap - Ulu Mampas dan Kampung Chergun di dalam DUN Seri Menanti dan DUN Juasseh.
Tambahnya, sebanyak 450 buah rumah di Kampung Gunung Pasir, Seri Menanti juga mendapat manfaat daripada pembinaan sebuah rumah pam, penyambungan paip retikulasi dan sebuah menara tangki air dengan kapasiti 100,000 gelen sehari yang membabitkan perbelanjaan sebanyak RM3.7 juta.
''Tangki air juga disediakan untuk empat buah kampung di Kampung Juasseh Tengah dengan kos sebanyak RM650,000," katanya.
Dalam pada itu, Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) turut melaksanakan projek pembangunan semula Pekan Rabu dan Bazar Melayu bernilai RM3.5 juta yang memberi imej baru kepada kawasan perniagaan usang di pekan Kuala Pilah.
Tambahnya, sebanyak RM1 juta dibelanjakan untuk kedai desa, projek usahasama dengan UDA di pekan Juasseh yang memberi peluang ruang niaga yang selesa kepada peniaga bumiputera.

Media practitioners must always ready when working abroad

Dikirim oleh Warieh Selasa, 12 Februari 2013 0 Komen


SUNDAY, FEBRUARY 10, 2013 - 16:50
Location: 
JELEBU

MEDIA
 practitioners in the country were today advised to be prepared for possibilities that may threaten their safety when on duty abroad.
Information, Communication and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim said media practitioners cannot assume they would always be protected and should avoid visiting countries where they safety may be at risk.
"For example, if they want to go to a war-stricken or chaotic country, we should put that as a last choice.
"We cannot determine immediately if protection will be given, or the insurance that we have can guarantee anything," he told reporters after visiting the house of Chennah assemblyman Datuk Siow Chen Pin in Titi here today, in conjunction with Chinese New Year celebration.
He was asked to comment on the death of Al-Jazeera producer Claudia Theophilus, who was killed in an accidental shooting in Lebanon last Saturday.
Expressing his sadness over the incident, Rais said safety should not be regarded lightly, especially if it was life-threatening, and media practitioners should forgo an assignment if they feared their safety.
"Our lives are valuable and we cannot do anything when an accident or fatality occurs, so we must always be ready and exercise extra caution when covering an assignment overseas," he said.
Earlier, Rais, who is also Jelebu Member of Parliament, said the Chinese New Year celebration this year showed a good multi-racial spirit which embodied the success of the 1Malaysia concept.
"We value this closeness through the respect given to each religion as well as meeting the demands of the society.
"We hope after this, we will be able to carry out instilling noble values and attitude change to help each other," he added. -Bernama

Masalah gaji rujuk Majlis Perundingan Gaji Negara

Dikirim oleh Warieh Ahad, 10 Februari 2013 0 Komen


SEREMBAN 9 Feb. - Majikan atau pekerja swasta yang berhadapan dengan sebarang isu berhubung pelaksanaan gaji minimum perlu mengemukakan masalah itu kepada Majlis Perundingan Gaji Negara untuk diselesaikan.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam (gambar) berkata, majlis tersebut akan mencari pendekatan terbaik untuk memastikan kedua-dua pihak mencapai kesepakatan demi kebaikan bersama.
"Polisi ini adalah untuk semua peringkat pekerjaan. Ia bermula dengan pekerja tempatan tetapi pada masa yang sama kita mempunyai pekerja asing, mereka juga akan mendapat pembelaan melalui polisi ini," katanya selepas merasmikan bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Labu Bahagian 1 di Labu, dekat sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai bantahan oleh pekerja syarikat pengeluar kereta nasional negara, Proton di Tanjung Malim dan Shah Alam yang tidak berpuas hati berhubung kenaikan gaji minimum seperti yang dilaporkan sebuah portal berita semalam.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130210/dn_08/Masalah-gaji-rujuk-Majlis-Perundingan-Gaji-Negara#ixzz2KSHHIjDR
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Program Bantuan Rumah beri manfaat 110,425 isi rumah

HASAN Malek menandatangani plak pada majlis penyerahan projek membaik pulih Rumah Pangsa Gentam di Kuala Pilah hari ini. UTUSAN/NOOR HANIS HARUN

KUALA PILAH 9 Feb. - Program Bantuan Rumah (PBR) yang dilaksanakan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di bawah salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) telah memberi manfaat kepada 110,425 isi rumah.
Timbalan Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, melalui agenda Infrastruktur Asas Luar Bandar (RBI), tahun lalu RM302.9 juta diperuntukkan bagi menyiapkan 22,085 unit rumah iaitu termasuk bina baru 4,646 unit rumah dan baik pulih 17,439 unit rumah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
"Seramai 110,425 isi rumah telah menerima manfaat hasil daripada pelaksanaan PBR NKRA ini dan ini telah melebihi daripada jumlah yang disasarkan iaitu 14,565 unit rumah kepada 22,085 unit rumah iaitu peningkatan sebanyak 151.63 peratus,'' katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan projek membaik pulih Rumah Pangsa Gentam di sini hari ini. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130209/dn_28/Program-Bantuan-Rumah-beri-manfaat-110425-isi-rumah#ixzz2KSG2peBG
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Gelombang Biru simbolik perjuangan rakyat bersama PM

Dikirim oleh Warieh Sabtu, 9 Februari 2013 0 Komen



JELEBU 8 Feb. - Jelajah Gelombang Biru merupakan satu simbolik perjuangan rakyat negara ini yang menyokong dan mendukung semua transformasi dilakukan oleh kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, usaha itu adalah gerakan semangat untuk sama-sama berjuang dengan suara majoriti dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

"Ini adalah satu simbolisme perjuangan sekutu kita iaitu orang Melayu, Tionghua, India khasnya serta semua rakyat Malaysia amnya bagi memberi sokongan dan dukungan kepada transformasi dan tindakan dilaksanakan oleh Perdana Menteri," ujar beliau ketika berucap dalam program Jelajah Gelombang Biru Parlimen Jelebu di sini kelmarin.

Rais memberitahu, usaha jelajah yang disertai Pemuda BN itu mampu menggegarkan kawasan Parlimen Jelebu di samping memberikan penjelasan tepat terhadap transformasi dan dasar kerajaan untuk pengetahuan rakyat.

"Saya optimis melalui jelajah ini, ia akan dapat merapatkan hubungan rakyat dengan pasukan gelombang biru serta memberikan keyakinan betapa kerajaan BN yang patut dipilih pada pilihan raya akan datang," katanya.

Tambah Rais, selain siri jelajah, program turut diperluaskan dengan aktiviti-aktiviti kesukarelaan, gotong royong, membaiki rumah, membersihkan longkang dan sebagainya.

"Selain menolong orang ramai, kami akan meletakkan gerombolan gelombang biru ini mengikut sektor supaya ia lebih menyeluruh.

"Walaupun kita bersuka ria dalam gelombang biru ini, ia hendaklah juga diisi dengan nilai yang baik," katanya.

Program Jelajah Gelombang Biru Peringkat Parlimen Jelebu itu melibatkan empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Klawang, Simpang Pertang, Chennah dan Sungai Lui.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130209/ws_03/Gelombang-Biru-simbolik-perjuangan-rakyat-bersama-PM#ixzz2KMrvMd00
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada pertukaran kerusi di Parlimen Telok Kemang

Dikirim oleh Warieh Rabu, 6 Februari 2013 0 Komen


JEMPOL 5 Feb. - Tiada sebarang pertukaran kerusi di Parlimen Telok Kemang daripada MIC kepada UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, secara tradisinya kerusi tersebut ditandingi wakil Barisan Nasional (BN) daripada MIC.
Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang meminta para pengundi tidak mendengar khabar angin mengenainya kerana keputusan muktamad akan dibuat pucuk pimpinan apabila tiba masanya kelak.
"Sudah menjadi tradisi calon MIC akan bertanding bagi merampas semula Parlimen tersebut yang sebelum ini dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR). Jadi jangan dengar sebarang khabar angin sehingga keputusan dibuat.
"Pembahagian kerusi diputuskan pucuk pimpinan dan kita akan sokong siapa sahaja calon daripada BN yang bertanding," katanya.

Diskaun tol Tahun Baharu Cina

Dikirim oleh Warieh Selasa, 5 Februari 2013 0 Komen


kETUA pegawai Eksekutif PLUS, Datuk Noorizah Abd. Hamid memberi penerangan kepada Shaziman Abu Mansor (dua dari kiri) mengenai Projek Pelebaran Lorong Keempat di Kawasan Rawat dan Rehat Seremban, Nilai dekat Seremban, semalam. - Utusan/Abd Razak Aid 
 
SEREMBAN 4 Feb. - Pengguna di 24 lebuh raya seluruh negara akan menikmati kadar diskaun tol antara lima hingga 37.5 peratus sempena perayaan Tahun Baharu Cina.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, diskaun itu merupakan kesinambungan kepada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat konsesi sebelum ini iaitu pada Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Krismas.
"Program ini dilihat sebagai memenuhi obligasi dan CSR syarikat konsesi kepada pengguna jalan raya khususnya di lebuh raya seluruh negara," katanya selepas melawat tapak Projek Pelebaran Lorong Keempat di Kawasan Rawat dan Rehat Seremban, Nilai dekat sini hari ini.


CHOR Chee Heung melawat sekitar kawasan rumah pangsa selepas majlis penyerahan Program Penyenggaraan Perumahan (PPP), Rumah Pangsa Templer, dekat Seremban, semalam.
SEREMBAN 4 Feb. - Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak memilih bulu dalam membantu rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dengan membina rumah pangsa termasuk di negeri diperintah pembangkang.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, sebanyak 48 projek rumah pangsa akan dilaksanakan bermula awal tahun ini membabitkan kos berjumlah RM543 juta.
"Projek ini dirancang lebih awal, walaupun mandat sebagai kerajaan tamat April ini, usaha ini tetap dilaksanakan dan diuruskan Jabatan Perumahan Negara.
"Golongan yang layak menduduki rumah pangsa itu adalah keluarga berpendapatan rendah. Projek pembinaan dan penyelenggaraan yang dilakukan ini bukan kerana pilihan raya umum, tetapi tanggungjawab kerajaan terhadap rakyat di negara ini," katanya.

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook