Acara kemuncak persembahan kebudayaan
gabungan antara penari-penari Malaysia dan Indonesia pada majlis
Pelancaran Yayasan Ikatan Rakyat Malaysia-Indonesia dan Konsert
Nusantara di Istana Budaya di sini hari ini. - BERNAMA
SERUMPUN... D.r Rais Yatim (tiga,
kiri) bersalaman dengan Herman Prayitno (empat, kanan) pada majlis
Pelancaran Yayasan Ikatan Rakyat Malaysia-Indonesia dan Konsert
Nusantara di Istana Budaya di sini hari ini. Turut kelihatan isteri
Rais, Datin Seri Maznah Rais (dua, kiri). - BERNAMA
Beliau berkata, kedua-dua elemen tersebut sememangnya diminati rakyat di kedua-dua negara, justeru ia mampu diterjemahkan ke arah mencapai matlamat itu.
"Ramai orang berminat berseni dan berbudaya sebab itu kita katakan rama-rama sikumbang jati, minum manisan di dalam gua, majulah budaya dan seni, dakaplah warisan dan budaya," katanya sebelum merasmikan Konsert Nusantara di Istana Budaya, di sini malam ini.
Konsert tiga hari bermula hari ini yang bertemakan serumpun budaya itu diilhamkan sendiri Rais, menghimpunkan penyanyi terkenal dari kedua-dua negara dengan tujuan perkongsian budaya dan seni.
Turut hadir pada konsert itu ialah isteri beliau, Datin Seri Maznah Rais dan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno.
Pada majlis itu, Rais turut melancarkan Yayasan Ikatan Rakyat Malaysia-Indonesia (Yirmi).
Menurut Rais, perjuangan mengeratkan hubungan dua negara yang semurninya ialah menerusi pemupukan seni dan budaya yang seterusnya akan mengingatkan kembali rakyat bahawa kedua-dua negara adalah serumpun.
"Inilah harapan kita untuk menemukan yang lama dengan yang baharu, mencetuskan kasih dan sayang, di samping itu membawa kita untuk bertanya kembali, semenjak dulunya sebelum terkembang (kedua negara) kita satu, sebelum letusan Gunung Merapi kita satu...," katanya.
Mengenai Yirmi, Rais berkata, ia ditubuhkan dengan tujuan menyatukan kedua-dua buah negara bagi menyalurkan pendidikan, penerangan dan seni budaya. Bercakap pada sidang media kemudian, Rais berkata, melalui Yirmi, kedua-dua negara akan saling bertukar program sekurang-kurangnya dua kali setahun.
"Kita akan terus cetuskan idea pemikiran bagaimana aspek penerangan, kebudayaan dan seni dua buah negara ini dirapatkan lagi, kita akan berhubung terus sama ada menerusi NGO (pertubuhan bukan kerajaan) atau sektor pembelajaran sekali gus melibatkan pakar seni dan budaya dua negara," katanya.
Beliau berkata Yirmi yang bertujuan mewujudkan keharmonian antara rakyat, akan turut memberi peluang kepada mahasiswa menjalankan penyelidikan khususnya dalam aspek seni dan budaya negara masing-masing. - BERNAMA
0 Komen