Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Gembira bina rumah mampu milik

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 8 Mac 2013


BEBERAPA orang pekerja mendirikan papan tanda di tapak projek perumahan yang akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin di Tanah Merah, Port Dickson, semalam. 
 
TELOK KEMANG 7 Mac - Penduduk di Tanah Merah dekat Port Dickson di sini mengalu-alukan usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakan projek pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat di kawasan tersebut.
Malah kegembiraan itu sukar diluahkan dengan kata-kata berikutan penantian mereka selama ini akhirnya akan menjadi kenyataan.
Salah seorang penduduk, B. Perumayee, 54, memberitahu, pembinaan rumah mampu milik itu memberi harapan baharu kepada masyarakat setempat untuk memiliki kediaman sendiri.
''Walaupun baru memulakan acara pecah tanah, penduduk optimis janji-janji ini akan ditepati oleh kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya ketika ditemui hari ini.
Esok, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menyempurnakan majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat (Jabatan Perumahan Negara), Ladang Tanah Merah, Port Dickson.
Seorang lagi penduduk, K. Kogolan, 24, pula melihat pelaksanaan projek tersebut akan memberi impak yang besar kepada penduduk sekitar.
''Lebih menggembirakan kami, Timbalan Perdana Menteri akan datang ke tempat kami dan ini adalah satu penghormatan bagi penduduk untuk menerima kunjungan pemimpin," katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook