SHAZIMAN Abu Mansor bersama Liow Tiong Lai (dua dari kanan) ketika melawat di Hospital Tampin, Negeri Sembilan, semalam.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, pasukan itu ditubuhkan empat tahun lalu khusus untuk memantau projek seperti pembinaan hospital baru dan bersaiz besar.
Katanya, pasukan itu akan turun padang dan menyelesaikan isu-isu yang berbangkit di tapak pembinaan secara segera tanpa perlu menunggu mesyuarat rasmi seperti yang diamalkan sebelum ini.
"Selama empat tahun ini, jelas sekali tindakan itu telah membuktikan bagaimana isu pembinaan hospital dapat dipercepatkan yang akhirnya memberikan kebaikan kepada rakyat di negara ini," katanya pada sidang akhbar selepas lawatan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ke Hospital Tampin yang baharu di sini hari ini.
0 Komen