Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Memaparkan catatan dengan label kemasyarakatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kemasyarakatan. Papar semua catatan

Jangan jadikan Isu bukan Islam - Arul

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 13 Julai 2018 0 Komen




SEREMBAN – Unit Hal Ehwal Bukan Islam yang diwujudkan buat pertama kali di Negeri Sembilan tidak perlu dipolitikkan.
Bukan sahaja Negeri Sembilan, sebaliknya di Pulau Pinang dan Selangor unit ini telah terlaksana lebih 10 tahun lalu.
Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam, J Arul Kumar berkata, pembentukan unit baharu ini hanya untuk menjaga dan melindungi masyarakat bukan Islam, tanpa menjejaskan keistimewaan masyarakat Islam.
Katanya, keistimewaan orang Melayu dan masyarakat Islam di negeri ini tidak terganggu biarpun unit ni dilaksanakan.
“Sebelum ini unit tersebut (Hal Ehwal Bukan Islam) tiada dalam pimpinan kerajaan negeri terdahulu, banyak isu dan masalah masyarakat bukan Islam seperti masalah tanah rumah-rumah ibadat, tanah kuil, gereja, dan tokong tidak diselesaikan sehingga kini.
“Jika sebelum ini masalah yang dihadapi oleh masyarakat bukan Islam tidak diberi perhatian oleh kerajaan negeri terdahulu, tetapi kini semua masalah dan hal ehwal bukan Islam diberi keutamaan, dengan itu mereka mempunyai saluran yang boleh dirujuk secara terus ke kerajaan negeri.
“Ada banyak masalah dan isu masyarakat bukan Islam di negeri ini yang tidak diselesaikan, kita berharap melalui cara ini semua keperluan serta masalah rakyat dapat diberi perhatian dengan lebih berkesan.
"Jadi pada saya unit ini tidak perlu dijadikan isu, memandangkan ia hanya melibatkan masalah dan hal ehwal kaum bukan Islam sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemubual dalam FB Live Sinar Harian di Pejabatnya, dekat Wisma Negeri semalam.
Tambahnya, unit tersebut ditubuhkan bukan untuk melindungi mana-mana kaum, sebaliknya untuk memudahkan kerajaan negeri membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat bukan Islam secara saksama.
Katanya, selama tempoh hampir dua bulan memegang portfolio ini, beliau telah menerima 30 kes berkaitan isu membabitkan hal ehwal bukan Islam, yang belum diselesaikan dan perlu diberi pertimbangan.

SRS tumpaskan pencuri kabel

Dikirim oleh Warieh Selasa, 9 Julai 2013 0 Komen


SRS tumpaskan pencuri kabel
Ahad (dua, kanan) memotong kek bersama Ismail (tiga, kanan), Abu Samah (tengah) dan tetamu lain sempena Hari Bapa dan Majlis Jasamu Dikenang.
KUALA PILAH – Walaupun baru dua tahun ditubuhkan, Skim Ronda Sukarela (SRS) Kampung Kepis di sini, melakar sejarah apabila berjaya mematahkan percubaan mencuri kabel Telekom Malaysia (TM), dalam masa sama memberkas penjenayah terbabit.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Kepis, Ahad Amin berkata, kejayaan itu mengharumkan nama SRS Kampung Kepis, sekaligus berjaya mendapat penghargaan daripada polis dan TM.

“KRT Kampung Kepis ditubuhkan pada 10 Oktober 2010 dengan melibatkan beberapa kampung seperti Kampung Sri Kepis, Kampung Kepis Ulu, Kampung Kepis Hilir, Kampung Kepis Baru dan Kampung Kepis Batu 10.

“Setahun selepas penubuhan KRT, SRS ditubuhkan dengan ahli lebih 15 orang.

“Sememangnya terdapat perubahan selepas ditubuhkan SRS dari segi kes jenayah.

"Gejala tidak bermoral di kawasan ini seperti merempit, gejala maksiat, pecah rumah dan jenayah lain dapat dikurangkan. Ini membuktikan penubuhan SRS ini  menampakkan kemajuan positif,” katanya pada majlis sambutan Hari Bapa dan Majlis Jasamu Dikenang di Balai Raya Kampung Kepis Hilir, di sini.

Hadir sama, Adun Johol, Abu Samah Mahat dan Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kuala Pilah dan Jempol, Khalid Ujang.

Masih tiada perubahan

Dikirim oleh Warieh Khamis, 20 Jun 2013 0 Komen


Masih tiada perubahan
Zahar (tengah) dan penduduk kawasan itu menunjukkan air kumbahan yang melimpah di jalan Taman Repah Baru, dekat sini, sejak empat tahun lalu.
TAMPIN – Rata-rata penduduk di Taman Repah Baru dekat sini, kesal apabila masalah saluran air kumbahan di kawasan berkenaan masih berulang biarpun pelbagai tindakan sudah diambil sejak empat tahun lalu.

Penduduk, P Raman, 47, berkata, susulan keadaan itu, mereka penduduk terpaksa berhadapan dengan masalah bau busuk dan air najis melimpah di jalan taman berkenaan.

“Memang ada pihak bertanggungjawab datang ke sini selepas laporan Sinar Harian pada 15 Mac lalu, namun mereka hanya menyedut air najis dan tindakan ini tidak mampu mengatasi masalah berkenaan.

“Sebelum ini memang ada banyak pihak datang meninjau masalah tersebut, namun ianya masih belum dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.

Zahar Mohamad Nor, 42, pula berkata, selain masalah kumbahan, pagar di kawasan berkenaan juga dipenuhi dengan semak.

Menurutnya, bagi menyelesaikan masalah itu, dia ada berjumpa dengan wakil rakyat setempat pada Selasa dan Jumaat minggu lepas, namun tidak berhasil.

“Saya cuba bertemu pada pagi, tengah hari dan petang, namun Yang Berhormat (YB) tiada di pejabat.

"Saya berharap sangat agar YB dapat turun padang dan berusaha menyelesaikan masalah ini," katanya.

Sementara itu, Adun Repah, S Veerapan berkata, pihaknya memang sudah mengetengahkan masalah berkenaan dalam persidangan Dun sejak penggal lalu bagi perhatian kerajaan negeri.

Menurutnya, setiap kali penduduk membuat aduan, pihak bertanggungjawab sememangnya mengambil tindakan membaik pulih, namun masalah itu berulang lagi kerana saluran kumbahan berkenaan memerlukan kerja-kerja naik taraf yang menelan kos tinggi.

“Jika diikutkan sudah lebih 10 kali aduan dibuat dan pihak berkenaan ada datang mengambil tindakan. Namun ianya tetap berulang selagi tidak dinaik taraf. Kita sudah sedia maklum mengenai masalah ini.

“Malah, jika penduduk di Dun Repah ingin berjumpa saya, mereka boleh datang ke pejabat saya pada Selasa dan Khamis ataupun pada Sabtu dan Ahad. Sekiranya saya tiada pada Selasa dan Khamis, penduduk yang mempunyai aduan tidak perlu risau kerana masalah berkenaan akan direkodkan oleh kakitangan saya," katanya.

Warga emas hilang sebelas hari

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 31 Mei 2013 0 Komen


Wartawan Sinar Harian
31 Mei 2013
Warga emas hilang sebelas hari
Keluarga Fook Sang pada sidang media di Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Lobak, semalam.
Warga emas hilang sebelas hari
Fook Sang
SEREMBAN – Keluarga seorang warga emas yang hilang sejak sebelas hari lalu, menawarkan sejumlah wang sagu hati kepada mana-mana pihak yang menjumpai lelaki tersebut.

Au Fook Sang, 54, dipercayai hilang sejak keluar rumah 20 Mei lalu dan sehingga ke hari ini masih belum berjaya dikesan.

Menurut anak saudaranya, Foong Pooi Kuan, 31, Fook Sang keluar dari rumah pada jam 12.30 tengah hari berseorangan pada hari kejadian dengan memandu kereta jenis Honda Insight berwarna kelabu.

“Biasanya dia akan keluar untuk minum dan makan di medan selera sekitar Seremban dan kemudiannya akan balik ke rumah seperti biasa.

“Jika mahu ke mana-mana, dia akan beritahu kerana dia belum berkahwin dan tinggal bersama kami sekeluarga di Taman Chip Aik,” katanya ketika ditemui di Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Lobak, di sini, semalam.

Tambahnya, pelbagai usaha telah dilakukan, termasuklah mencarinya di semua hospital di negeri ini, termasuklah hospital di negeri berhampiran, iaitu Melaka dan Serdang, namun gagal.

“Kami juga telah memeriksa nombor pendaftaran kereta tersebut dengan pihak berkuasa, kerana bimbang mungkin dia terlibat dalam kemalangan atau sebagainya, namun itu juga tidak berjaya, malah telefon bimbitnya juga gagal dihubungi.

“Kebimbangan kami semakin memuncak apabila tiada sebarang berita mahu pun petanda dengan kehilangan tersebut, walau pun sudah memasuki hari kesebelas,” katanya.

Jelasnya, pada hari kejadian, Fook Sang, seorang yang tinggi dan kurus memakai baju T jenama Polo berjalur hijau.

Keluarganya berharap sesiapa yang menjumpai Fook Sang agar menghubungi talian 012-6393663 atau 012-6518603, atau lapor ke mana-mana balai polis berdekatan.

Ibu, anak derita kanser

Dikirim oleh Warieh Isnin, 27 Mei 2013 0 Komen


Wartawan Sinar Harian
27 Mei 2013
Ibu, anak derita kanser
Dr Yee (dua, kanan) bersama ahli persatuan menyerahkan bantuan makanan dan wang tunai kepada keluarga Ah Moi.
BAHAU - Seorang ibu lima anak di sini bukan sahaja menghidap kanser payudara malah terpaksa menerima hakikat dua lagi anaknya turut menderita menghidap penyakit kronik.

Cheong Ah Moi, 71, menderita penyakit itu di usia emas, manakala anaknya To Foot Choy, 49, menghidap kanser usus dan To Fong Lau, 48, menghidap angin ahmar.

Menantu Ah Moi, Chan Siew Chien, 45, berkata, hatinya sebak apabila mengenangkan nasib ibu mertua dan adik-adik iparnya itu, namun menyerahkan segalanya kepada takdir.

“Saya sendiri tidak tahu hendak buat macam mana kerana mereka ada gen kanser secara turun temurun, manakala adik ipar saya, To Fook Gen juga meninggal dunia sekitar tiga tahun lalu akibat kanser usus.

“Namun dengan bantuan yang disumbangkan daripada Persatuan Kebajikan sebanyak RM2,000 ini dapatlah digunakan bagi perbelanjaan perubatan keluarga mertua saya dekat sini,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Keluarga ini menerima sumbangan yang disampaikan bekas calon Barisan Nasional (BN) Dun Bahau, Dr Yee Mee Faa. Tiga lagi keluarga turut menerima sumbangan masing-masing.

Dr Yee berkata, setakat ini persatuan itu mempunyai dana lebih RM60,000 yang disumbangkan ahli persatuan yang kini mencecah 274 orang terdiri daripada masyarakat Cina sekitar Bahau.

“Saya ada lagi tiga tahun untuk habiskan dana dalam Persatuan Kebajikan Bahau (Bahau Charity Foundation) ini, kemudian saya mahu tumpukan sepenuhnya karier saya sebagai doktor di klinik sendiri.

“Setiap tahun kita habiskan dana lebih kurang RM20,000 hingga RM30,000 sumbangkan bantuan kepada mereka yang memerlukan tidak kira kaum mahupun bangsa, namun 90 peratus daripadanya merupakan kaum Cina.

“Selagi dana ini ada, saya akan salurkan bantuan kerana setiap bulan semua ahli akan bayar RM10 sahaja kepada persatuan ini untuk tujuan itu, " katanya.

Dr Yee berkata, hanya perkhidmatan itu yang mampu dihulurkannya kepada masyarakat Cina walaupun pada dasarnya beliau kalah pada PRU13.
Artikel Berkaitan


Wartawan Sinar Harian
27 Mei 2013
Mohd Hidzir mahu lebih ramai OKU jadi penjawat awam
Mohd Hidzir yang juga seorang OKU mahu golongan itu menikmati peluang yang diberikan kerajaan.
SEREMBAN – Bagi memelihara kebajikan masyarakat secara keseluruhannya termasuk ke atas golongan OKU, kerajaan diminta mengkaji bilangan kemasukan penjawat awam golongan berkenaan agar mereka turut diberi peluang untuk berkhidmat di bawah jabatan kerajaan.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Insan Penyayang Negeri Sembilan, Mohd Hidzir Othman berkata, ketika ini dasar satu peratus untuk 100 kakitangan telah pun dilaksanakan dengan adanya golongan ini berkhidmat di bawah jabatan kerajaan.

“Memang kami amat berterima kasih kepada kerajaan kerana turut memberi peluang untuk golongan ini menjadi sebahagian daripada penjawat awam sebelum ini.

“Bagaimanapun, saya memohon kepada kerajaan agar mengkaji dari segi kenaikan peratusan dan menetapkan sehingga ke 20 peratus bagi membolehkan lebih ramai lagi penjawat awam daripada OKU berkhidmat di bawah jabatan kerajaan.

“Ini kerana apabila ramai golongan ini bekerja di bawah kerajaan, mereka boleh turut memperoleh faedah-faedah sebagaimana yang diperolehi oleh penjawat awam yang lain termasuk pencen,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau yang juga exco pusat pertubuhan terbabit berkata, cadangan yang dikemukakan ini adalah bagi memelihara kebajikan di kalangan golongan berkenaan agar mereka boleh turut sama menikmati peluang yang diberikan kerajaan.

“Golongan ini juga mahu merasai penjawatan tetap yang disediakan oleh kerajaan sepertimana masyarakat normal lain dan sekiranya cadangan ini dapat dikaji oleh kerajaan, ia merupakan sesuatu perkara yang paling berharga untuk kami,” katanya.

Katanya, selain itu, kerajaan turut diminta mengkaji elaun yang diberikan ke atas golongan OKU dinaikkan demi kelangsungan hidup memandangkan golongan itu juga tidak dapat lari dari berhadapan dengan kos hidup yang tinggi ketika ini.

“Kami minta agar elaun bagi OKU dari RM300 dinaikkan kepada RM500 bagi membolehkan golongan ini dapat menikmati bantuan yang disediakan oleh sebuah kerajaan yang prihatin,” katanya.


NUR SHARIEZA ISMAIL
27 Mei 2013
Pernikahan unik pasangan OKU
Mohd Saiful Izzuan menyarungkan cincin di jari manis isterinya, Hamzuriatul Akmarina.
TAMPIN –  Biarpun menggunakan bahasa isyarat, pasangan Mohd Saiful Izzuan Ahmad, 26, dan Hamzuriatul Akmarina Hamdan, 24, selamat diijab kabul oleh Imam 2 Masjid Jamek Tengku Besar Tampin, Abdul Ghani Kaeh di Surau, Kompleks Kediaman Anggota Polis Diraja Malaysia Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin, di sini, semalam.

Mohd Saiful Izzuan menggunakan bahasa isyarat bagi melafazkan akad “Aku terima nikahnya, Hamzuriatul Akmarina dengan mas kahwin RM220 tunai”.

Acara akad nikah bagi pasangan kedua mempelai telah dibantu oleh adik pengantin perempuan, merangkap jurubahasa isyarat, Hamzuriatul Akmarinie Hamdan.

Pernikahan pasangan kedua mempelai yang masing-masing merupakan OKU cacat pendengaran dan bisu telah dianggap hadirin sebagai pernikahan unik sekali.

Bagi saksi Imam Satu, Masjid Tunku Besar Tampin, Ustaz Saiful Islam Dol Hamid, sejak beliau dilantik menjadi imam dan dilantik menjadi juru nikah sejak tiga tahun lalu, inilah kali pertama dirinya menikahkan OKU.

“Pernikahan ini amat unik sekali kerana kedua-dua pasangan ini tidak boleh bertutur dan mendengar apa yang dicakapkan ,melainkan menggunakan bahasa isyarat,” katanya.

Sementara itu, pengantin perempuan, Hamzuriatul Akmarina yang dibantu adiknya sebagai jurubahasa isyarat berkata, dia dan suami telah berkenalan sejak enam tahun lalu ketika sama-sama menuntut di Sekolah Menengah Vokasional di Shah Alam.

“Kemudian kami sama-sama melanjutkan pelajaran di Kolej Komuniti, Selayang, Selangor dalam jurusan penyediaan makanan dan pengurusan hotel,” katanya.

Pasangan itu bersyukur semuanya selamat dan berdoa agar hubungan ini berkekalan.

Rumah usang berubah wajah

Dikirim oleh Warieh Isnin, 13 Mei 2013 0 Komen


Wartawan Sinar Harian
12 Mei 2013
Rumah usang berubah wajah
Anggota Rela bergotong-royong menggantikan bumbung rumah Ilyas. Gambar kecil: Mohd Saidi.
 
PORT DICKSON – Sebuah keluarga di sini, tersenyum lega apabila kediamannya yang sebelum ini usang sudah berubah wajah hasil bantuan Rela Port Dickson.

Ilyas Nordin, 52, berkata, dia sangat bersyukur dengan keprihatinan yang ditunjukkan Rela Port Dickson dalam membantu mereka sekeluarga.

Sementara itu, Pegawai Rela Daerah, Leftenan Kolonel Rela Mohd Saidi Mohd Shariff berkata, Ilyas adalah salah seorang anggota Rela Port Dickson.

Menurutnya, bantuan itu disalurkan di bawah program Khidmat Masyarakat Rela Port Dickson.

"Berdasarkan siasatan, kami mendapati Ilyas memang layak menerima bantuan berkenaan dan untuk tahun ini Ilyas merupakan penerima yang pertama.

“Kos keseluruhan membaik pulih rumah Ilyas dianggarkan berjumlah RM4,000 membabitkan kerja-kerja menggantikan bumbung,” katanya.

Mohd Saidi berkata, sebelum mendapat bantuan itu, rumah Ilyas turut dilanda ribut di mana hampir keseluruhan bumbung rumahnya diterbangkan angin ribut kira-kira dua minggu lalu.

"Selepas kejadian itu, kami segera menggantikan bumbung rumah Ilyas dengan membabitkan 30 anggota Rela," katanya.

Dalam pada itu, katanya, program Khidmat Masyarakat Rela Port Dickson adalah platform anggota Rela untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dari semasa ke semasa.

“Selain membantu pihak berkuasa memastikan keselamatan negara, Rela juga memainkan peranan dalam menjamin kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Lumpuh kerana masalah air

Dikirim oleh Warieh Khamis, 2 Mei 2013 0 Komen


SYAMILAH ZULKIFLI
2 Mei 2013
Lumpuh kerana masalah air
Zaimingah menunjukkan bil air yang melambung tinggi dari biasa sehingga menyebabkan ibunya tertekan.
 
SEREMBAN – Dipercayai akibat tertekan dengan masalah bil air yang melambung tinggi menyebabkan seorang wanita jatuh sakit lalu lumpuh.

Zainon Mohd Said, 70, didakwa jatuh sakit selepas bingung memikirkan bil air rumahnya di Kampung Labu Hilir, dekat sini yang dibina menerusi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) mencecah RM1,492.17.

Anak mangsa, Zaimingah Yusof, 53, berkata, ibunya menerima bil berkenaan empat tahun lalu dan cuba untuk menyelesaikannya.

Menurutnya, bil berkenaan dipercayai melambung kerana digunakan kontraktor yang membina rumahnya itu.

“Saya bersyukur kerana permohonan membina rumah PPRT bersebelahan rumah adik saya diluluskan kerajaan.

“Tapi yang saya kesalkan kerana sepanjang projek pembinaan tersebut, kontraktor dipertanggungjawabkan menggunakan bekalan air rumah adik saya sehingga bil melambung tinggi,” katanya.

Menurutnya, dia sudah memanjangkan masalah kepada pihak berwajb, namun sehingga kini tiada jalan penyelesaian.

Malah, Zaimingah yang juga ibu tunggal mendakwa, masalah ditanggungnya itu menyebab ibunya jatuh sakit kerana terlalu tertekan.

“Saya bukannya ada banyak duit, lagipun air itu bukan saya gunakan. Tapi kerana bil tidak dibayar akhirnya kemudahan air terpaksa dipotong.

“Pada 2011 saya terpaksa merayu kepada Syarikat Bekalan Air Negeri Sembilan (Sains) untuk menyambung kembali bekalan air kerana saya dan anak saya mahu tinggal di situ,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Zaimingah berkata, sehingga kini, dia tetap dibelenggu perasaan resah kerana masalah bil air terbabit masih belum diselesaikan.

Selain itu, katanya, dia juga hairan kenapa rumah PPRT yang dibina tidak dilengkapi meter air baru tetapi perlu dikongsi dengan rumah lama.

“Mengenai meter air pun saya sudah beberapa kali panjangkan kepada pihak berkaitan tapi jawapan yang saya terima jika rumah lama tidak dirobohkan, rumah PPRT yang dibina perlu menggunakan meter lama.

“Masalahnya rumah lama ini rumah adik saya. Tapi saya mohon bina rumah PPRT di tanah sama. Saya tidak mahu berkongsi meter kerana akan menimbulkan masalah pada jangka masa panjang,” katanya.

Kata Zaimingah, dia amat berharap masalah itu dapat diselesaikan kerana mahu tinggal di situ dalam keadaan selesa tanpa dibelenggu perasaan resah.

“Sekarang ini saya tinggal di rumah emak kerana dia tidak sihat. Tapi saya harap masalah bil air dan isu meter baru ini dapat diselesaikan,” katanya.

Rumah pusaka berubah wajah

Dikirim oleh Warieh Rabu, 1 Mei 2013 0 Komen


Wartawan Sinar Harian
1 Mei 2013
Ah Moi
Ah Moi berdiri di hadapan kediaman mesra rakyat yang sedang dibina di Kampung Baru Tampin, semalam.
TAMPIN – "Saya seolah-olah bermimpi dan tidak menyangka rumah pusaka berusia puluhan tahun ini akan bertukar menjadi Rumah Mesra Rakyat," Itulah luahan warga emas, Siang Ah Moi, 71, ketika ditemui di Kampung Baru Tampin, dekat sini, semalam.

Ah Moi yang juga ibu tunggal berkata, dia sebenarnya sudah lama mengimpikan kediaman lebih selesa, namun impiannya itu terpaksa dipendam sahaja memandangkan dia tidak mempunyai modal besar untuk mendirikan rumah baru.

Menurutnya, rumah pusaka peninggalan mendiang ayahnya itu yang dibina pada 1950 hanyalah berdindingkan papan dan beratapkan zink yang mana strukturnya sudah terlalu usang serta hampir roboh.

"Saya gembira apabila tiga hari lalu pihak kontraktor datang merobohkan tandas di belakang rumah pusaka ini bagi membina rumah baru tiga bilik berserta ruang dapur dan tandas.

"Buat masa ini, bagi membolehkan kerja membina rumah baru ini siap dibina, saya menetap sementara di rumah kakak saya di Taman Indah, dekat sini," katanya yang mempunyai tiga anak.

Ah Moi berkata, sebelum ini dia tinggal di ladang getah Bukit Batu, Keru dan dipindahkan Ke Kampung Baru Tampin oleh Kerajaan British disebabkan darurat ketika berusia 10 tahun.

"Bagaimanapun, saya gembira apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Baru Tampin memberi borang untuk mendapatkan Rumah Mesra Rakyat dua tahun lalu. Saya mengucapkan terima kasih kepada Barisan Nasional (BN) kerana banyak membantu mengubah nasib saya sekeluarga," katanya.

Sambut ulang tahun ke-114

Dikirim oleh Warieh Isnin, 29 April 2013 0 Komen


Wartawan Sinar Harian
29 April 2013
Abd Rahman
Abd Rahman menyuapkan kek kepada Sariah sambil diperhatikan Chumi.
PORT DICKSON – Individu yang dipercayai wanita tertua di negara ini, Sariah Marjo menyambut ulang tahunnya yang ke-114, semalam.

Lebih manis lagi, Sariah turut menerima kunjungan calon Barisan Nasional (BN) Dun Linggi, Abd Rahman Mohd Redza yang bersama-sama menyambut hari bersejarah itu.

Sariah ketika ditemui melahirkan rasa gembira dan tidak terfikir akan diraikan sebegini ketika ulang tahunnya yang kini lebih 100 tahun walaupun dalam keadaan sederhana.

"Saya berhasrat untuk sekali lagi menunaikan tanggungjawab mengundi pada 5 Mei ini.

"Saya akan mengundi untuk kali ke-11 di Dun Linggi dan Parlimen Telok Kemang di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Agas," katanya yang merupakan pengundi tertua di situ.

Pada 1 Mac lalu, Sinar Harian menyiarkan mengenai Sariah yang dipercayai wanita tertua di dunia.

Sariah yang mempunyai 33 cucu, 60 cicit dan dua piut berkata, dia gembira kerana mempunyai keturunan yang ramai dan diberikan peluang oleh ALLAH SWT untuk melihat generasinya walaupun tidak mampu mengenal serta mengingati kesemua warisnya.

Difahamkan, suaminya, Kasmawi Md Yunus meninggal dunia sekitar tahun 1970-an ketika berusia 70 tahun.

Ketika mudanya, Sariah seorang yang kuat bekerja dan menoreh getah pada awal pagi sebelum turun ke bendang bagi membantu suaminya yang bekerja sebagai petani.

Anak sulung daripada empat beradik itu dilahirkan di Kalinongko, Jawa Tengah, Indonesia dan dibawa oleh ibu bapanya ke Malaysia ketika berusia dua tahun.

Tiga daripada lapan anak termasuk empat menantu sudah meninggal dunia.

Sariah walau bagaimanapun kini tinggal bersama anaknya, Chumi, 59, dan menantu Aziman Hasan, 65, di Kampung Sawah Sunggala.

Dalam pada itu, Abd Rahman ketika ditemui berkata, dia semakin sibuk menjalankan kerja berkempen di seluruh kawasan Dun Linggi.

“Saya tidak memilih kawasan untuk dilawati atau dihadiri. Semua tempat dan lokasi di Dun Linggi sebolehnya akan saya kunjungi.

“Bagi saya, adalah tidak selamat jika saya mengambil jalan untuk memilih-milih kawasan untuk dikunjungi. Saya adalah calon baru dalam pilihan raya umum (PRU) ini dan saya akan bergerak untuk memperkenalkan diri kepada pengundi,” katanya.

Suami rayu bantu cari isteri

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 26 April 2013 0 Komen


Wartawan Sinar Harian
26 April 2013
Suami rayu bantu cari isteri
Gambar Samsiah bersama anaknya.
Suami rayu bantu cari isteri
Mohd Isam memangku anak bongsu Ruslizan (kanan) Nur Balqis di Bilik Gerakan N35, BN Dun Gemencheh di pekan Gemencheh, semalam.
GEMENCHEH –“Saya rasa gusar dan cemas apabila isteri, masih lagi belum pulang ke rumah sejak seminggu lalu. Kali terakhir saya menghantarnya di Perhentian Bas Pasir Besar, Gemas, kira-kira jam 6.30 pagi, 19 April lalu,” luah Ruslizan Paim, 36, ketika ditemui di Bilik Gerakan N35, Barisan Nasional (BN) Dun Gemencheh di pekan Gemencheh, di sini, semalam.

Ruslizan berkata, isterinya, Wan Samsiah Wan Hussin, 34, mahu ke Kuantan, Pahang menguruskan hal insurans abangnya yang meninggal tahun lalu dan berjanji pulang pada hari yang sama.

Bagaimanapun menurutnya, isterinya itu tidak  pulang ke rumah dan lebih menggusarkannya lagi apabila talian telefon bimbit isterinya itu ditutup.

“Saya berasa sangat gusar lebih-lebih lagi apabila saya gagal menghubungi isteri saya sejak jam 2 petang hari yang sama saya menghantarnya ke perhentian bas. Malah, keluarga isteri saya di Kelantan dan Kuantan juga memaklumkan isteri saya tidak datang ke rumah mereka.

“Oleh itu, saya amat berharap agar mana-mana individu yang ternampak isteri saya untuk menghubungi balai polis berhampiran atau bapa saudara saya, Abu Bakar Alias, di talian 019-6524123,” katanya.

Turut menemani Rulizan, Calon N35 BN Dun Gemencheh, Mohd Isam Mohd Isa.

Ruslizan berkata, pada pagi semalam, guru pra sekolah anak keempatnya, Wan Nurfarissya Ruslizan, 6, menunjukkan mesej memohon bantuan yang diberikan isterinya pada malam kelmarin.

Menurutnya, dia cuba menghubungi talian berkenaan namun talian ditutup.  Mengikut mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) berkenaan, isterinya itu menyatakan dia ingin pulang tetapi ketiadaan wang.

“Isteri saya juga berbadan kurus, berkulit putih dan tingginya kira-kira 162 cm.

"Sebelum hilang isteri saya memakai tudung warna kelabu, berbaju blaus warna coklat dan berseluar putih, " katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

KRT kesal sikap penduduk

Dikirim oleh Warieh Khamis, 11 April 2013 0 Komen


Wartawan Sinar Harian
11 April 2013
KRT kesal sikap penduduk
Tiong Lay (duduk, lima dari kanan) dan tetamu kehormat dan penduduk setempat yang menyertai Program Gotong-royong di Taman Clonlee.
 
TAMPIN – Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Clonlee mengecam sikap segelintir penduduk yang mementingkan diri dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga penempatan sendiri.

Pengerusi KRT, Tan Tiong Lay berkata, beliau kesal apabila ada penduduk yang tidak mahu bekerjasama dalam menjaga kebersihan di kawasan taman perumahan dan menyerahkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) sahaja untuk menguruskannya.

Menurutnya, senario itu kurang sihat kerana seharusnya kesemua ahli taman memanfaatkan program yang dilaksanakan KRT seperti gotong-royong bagi menjalankan tanggungjawab menjaga kebersihan di taman berkenaan. “Bagaimanapun, dari aspek Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang dilaksanakan di sini, kita berterima kasih kepada penduduk kerana bersama-sama menjaga keselamatan taman dari masa ke masa.

“Malah, kita yakin SRS di sini berjaya mengurangkan kes jenayah di sini di mana pada tahun ini hanya satu kejadian jenayah berlaku di sini berbanding tahun lalu,” katanya sempena Program Gotong-royong di Taman Clonlee, di sini. Turut hadir, Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Naizarina Isa dan Setiausaha MCA Bahagian Tampin, Yap Seong Fook.

Sementara itu, Naizarina berkata, dia berharap kesemua KRT di daerah Tampin akan terus melipatgandakan lagi program yang mampu meningkatkan semangat perpaduan sekali gus turut menyemai sikap toleransi menjaga penempatan sendiri dalam kalangan komuniti setempat.

Tiga flat di Bahau dicat semula

Dikirim oleh Warieh Sabtu, 6 April 2013 0 Komen


DUA pekerja mengecat semula Flat Taman Meranti di Bahau, Jempol, kelmarin.
 
JEMPOL 5 April - Penduduk di tiga buah flat di Bahau dekat sini, gembira apabila Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi mengecat semula kediaman mereka yang berusia lebih 21 tahun.
Flat yang berwajah baharu adalah Flat Taman Bahau Indah yang mempunyai lapan blok, Flat Taman Meranti (empat blok) serta Flat Taman Rasa Sayang (satu blok).
Penduduk, Rohani Yusof, 32, melahirkan rasa gembira apabila kediamannya kini berubah wajah dan kelihatan lebih ceria.
"Saya bersama keluarga mula tinggal di rumah pangsa ini kira-kira 10 tahun lalu. Dulu keadaan bangunan ini kusam dan kelihatan kotor kerana sudah lama tidak dicat.
"Projek mengecat rumah ini jelas membuktikan keprihatinan kerajaan bagi memastikan rakyat hidup dalam keadaan selesa," jelasnya.
Bagi P. Krishanavani, 63, penduduk seharusnya bersyukur dengan usaha kerajaan itu yang bertujuan membolehkan rakyat mendapat nikmat daripada kemajuan negara.
"Banyak kemudahan disediakan oleh kerajaan bagi membantu rakyat. Di kawasan ini, mereka bukan sahaja mengecat semula bangunan malah turut menyelenggara jalan di kawasan ini," katanya.
"Pastinya penduduk di sini gembira malah ada kenalan yang datang ke sini mula memuji keadaan bangunan ini. Ini juga membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah memungkiri janji yang dibuat untuk rakyat," katanya.
Sementara itu, Ah Lim, 45, berharap penduduk di kawasan tersebut bersama-sama menjaga kebersihan agar bukan sahaja hidup dalam keadaan ceria malah sentiasa sihat.
"Bangunan rumah sudah cantik jadi kawasan rumah perlu bersih. Saya harap penduduk dapat bersama-sama bersatu menjalankan aktiviti gotong-royong agar kawasan ini sentiasa bersih," ujarnya.

Rumah pusaka berubah wajah

Dikirim oleh Warieh Ahad, 31 Mac 2013 0 Komen


Wartawan Sinar Harian
31 Mac 2013
Rumah pusaka berubah wajah
Lilah (duduk) mengecat dinding rumah yang didiami Rosnah bersama empat anaknya di Kampung Kuala Jempol, baru-baru ini.
JEMPOL - Penderitaan sebuah keluarga yang mendiami rumah pusaka di Kampung Kuala Jempol dekat sini, berakhir apabila mendapat perhatian daripada Ahli Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yasin dan 100 sukarelawan 1Malaysia For Youth (IM4U).
Rumah yang berusia lebih 100 tahun itu didiami seorang ibu tunggal, Rosnah Samek, 48, bersama empat anaknya dibaik pulih selepas menerima peruntukan daripada Ahli Parlimen Jempol kira-kira RM18,000.
Salah seorang anaknya, Muhamad Haikal Abdul Razak, 15, berkata, sejak kematian bapanya, Abdul Razak Abdul Majid, 51, Januari lalu kehidupan keluarga berubah.
Menurutnya, dia dan adik-beradik lain terpaksa menggalas tanggungjawab menjaga ibunya yang menghidap penyakit angin ahmar sejak tiga tahun lalu.
"Sejak sakit, ibu tidak boleh berjalan dan hanya bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak," katanya.
Muhamad Haikal berkata, rumah yang didiami mereka itu memang sudah banyak rosak, namun mereka tidak mampu untuk membaikinya.

"Kami sekeluarga hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan dan Baitulmal RM450 setahun selain mendapat bantuan daripada saudara mara serta jiran terdekat.

"Kini saya lega apabila rumah ini dibaik pulih dan tidak perlu risau lagi terutama bila hujan," katanya.

Dalam pada itu, katanya, akibat kekangan hidup, kakak sulungnya, Roshaiza, 18, juga terpaksa melupakan hasrat untuk menyambung pelajaran kerana mahu menjaga ibu.

Sementara itu, Rosnah ketika ditanya mengenai perasaan apabila rumahnya dibaik pulih begitu gembira kerana nasibnya mendapat perhatian pemimpin masyarakat.

'Tahanan' kini sudah ada IC

Dikirim oleh Warieh Ahad, 24 Mac 2013 0 Komen

'Tahanan' kini sudah ada IC
Wartawan Sinar Harian
24 Mac 2013
'Tahanan' kini sudah ada IC
Arumugam gembira sambil menunjukkan MyKad yang diterimanya.
PORT DICKSON – Seorang lelaki kudung kaki kiri yang ditahan di Depoh Tahanan Imigresen Lenggeng sejak 2010 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan disangka warga asing dibebaskan Jabatan Imigresen negeri awal Februari lalu sudah menerima Mykad.

N Arumugam, 52, yang juga bekas penari kebudayaan di sebuah kuil di Port Dickson, menerima Mykad di Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Daerah Port Dickson, Khamis lalu.

Arumugam yang mempunyai masalah percakapan memberi reaksi muka dan pergerakan bahasa tubuhnya sebagai tanda gembira dengan penerimaan Mykad tersebut.

Inisiatif membebaskan dan mendapatkan Mykad Arumugam adalah usaha yang dilakukan Pertubuhan Kebajikan Global Keselamatan Manusia Malaysia diketuai Presidennya, T Kamalanathan.

Kamalanathan berkata, pihaknya mengambil masa lebih sembilan bulan untuk memastikan Arumugam yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dibebaskan daripada tahanan.

“Kami mendapat surat beranak Arumugam pada 17 Januari lalu selepas membawa saudara maranya serta beberapa rakannya membuat proses angkat sumpah di mahkamah pada Ogos tahun lalu," katanya.

Sinar Harian difahamkan, Arumugam ditahan pada 2010 dalam satu operasi Imigresen di sebuah kuil di Port Dickson kerana tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri dan dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Lenggeng sebelum dipindahkan ke Depoh Tahanan Imigresen Tanah Merah, Kelantan pada April 2011 dan dipindahkan ke Depoh Tahanan Imigresen Machap Umboo, Melaka pada 13 September 2012.

Keluarga daif dapat perhatian

Dikirim oleh Warieh Rabu, 20 Mac 2013 0 Komen


Wartawan Sinar Harian
19 Mac 2013
Keluarga daif dapat perhatian
Keadaan rumah yang didiami Woon Yun Sang.
 
KUALA PILAH – Kehidupan warga emas yang daif dan serba kekurangan kini mendapat perhatian apabila rumahnya di Kampung Bukit Temensu, dekat sini dikunjungi orang persendirian dan MCA Bahagian Kuala Pilah, baru-baru ini.
Rumah yang didiami Woon Yun Sang, 64, sejak 35 tahun lalu kini sudah usang dengan dinding dimakan anai-anai selain bumbung yang sudah bocor.

Menurutnya, dia menetap di rumah itu bersama isterinya, Chan Swee Lan, 54, dan empat anaknya yang mana tiga daripada mereka dikategorikan orang kurang upaya (OKU).
"Ekoran menghadapi masalah kewangan, saya tidak mampu membaiki dan menyediakan rumah yang selesa untuk isteri serta anak-anak.

"Semua perkara di dalam rumah ini saya yang uruskan. Saya gembira jika ada pihak yang sudi membaiki rumah ini," katanya.
Yun Sang berkata, dia sendiri lahir dalam keluarga susah dan sudah bekerja sejak berusia 14 tahun sehingga kini.

"Nak cari makan pun susah. Jika ada wang, baru makan. Kalau tidak, ikat perut. Kalau anak-anak lapar, mereka sendiri cari makanan di pekan dengan meraih simpati orang.

"Semua orang sudah kenal anak saya. Jika kasihan mereka akan memberi makanan. Polis juga tidak menahan anak saya kerana dia tahu anak saya OKU," katanya.

Katanya, dia sedikit terkilan ekoran pihak berkaitan tidak mahu memberi wang bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada anak dan isterinya.

"Seorang anak sudah berjaya menerima kad OKU dan RM200 sebulan. Tetapi isteri dan anak saya seorang lagi tidak menerima sedangkan kedua-dua mereka OKU.

"Wang RM200 tidak mencukupi untuk menanggung perbelanjaan sebulan. Walaupun saya bekerja tetapi masih tidak cukup," katanya.

Sementara itu, Ketua MCA Bahagian Kuala Pilah, Datuk Chai Fa Fui berkata, dia akan berusaha membantu keluarga ini dan mengalu-alukan orang ramai menghulurkan bantuan kepada keluarga Yun Sang.

Sinar Harian pada 28 Februari lalu ada menyiarkan kisah kesukaran hidup Yun Sang sekeluarga yang terpaksa menebalkan muka meminta sedekah demi sesuap nasi untuk isteri dan anaknya

Pembangunan sukan landasan penyatuan kaum

Dikirim oleh Warieh Selasa, 19 Mac 2013 0 Komen


SEREMBAN 18 Mac - Kerajaan sentiasa berusaha untuk terlibat dalam kegiatan pembangunan sukan selain menjadikan langkah itu sebagai landasan penyatuan kaum serta cetusan semangat setiakawan dalam kalangan rakyat.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sukan bukan sahaja wajar dilihat sebagai aktiviti riadah atau kerjaya malah telah menjadi elemen kekuatan negara yang dapat mencetuskan fenomena hubungan akrab antara kaum.
''Fenomena ini boleh wujud dalam kebanyakan aktiviti sukan yang dirancang dan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan," katanya di sini hari ini.
Kata Mohamad, masyarakat juga perlu memahami falsafah sukan menerusi slogannya 'Majulah Sukan Untuk Negara', yang bukan sekadar ucapan biasa tetapi memastikannya menjadi satu realiti.
''Ungkapan 'Malaysia Boleh' yang dahulunya dilaungkan ketika temasya sukan, hari ini menjadi kata-kata semangat dalam semua hal. Ia harus diangkat oleh semua rakyat dalam memastikan apa sahaja yang kita lakukan mencapai kejayaan cemerlang," katanya.

130 penduduk tunggu jawapan

Dikirim oleh Warieh Selasa, 5 Mac 2013 1 Komen


Wartawan Sinar Harian
5 Mac 2013
D Unini
D Unini
 
JEMPOL - Status permohonan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kira-kira 130 penduduk di sekitar Air Hitam dekat sini, sejak beberapa tahun lalu masih belum diketahui sekaligus menjadi tanda tanya kepada mereka.

Ketua Parti Progresif Penduduk (PPP) Bahagian Jelebu, D Unini berkata, maklumat dan aduan berkenaan diperoleh ketika pihaknya menjalankan Program Pendekatan Pengundi di kawasan Air Hitam, baru-baru ini.

“Sehubungan itu, saya bagi pihak mereka memohon pihak bertanggungjawab agar menyegerakan kelulusan permohonan tersebut setelah ambil kira syarat berkaitan.

“Ini kerana mereka masih tertanya-tanya status mereka sama ada berjaya atau sebaliknya. Manakala hal serupa juga ada disuarakan oleh generasi kedua di sini yang mahu kerajaan membina rumah kos rendah seperti rumah kos rendah di Air Hitam.

“Kita jangka jika bina 200 rumah kos rendah di sini tidak akan ada masalah untuk terjual berikutan permintaan banyak,” katanya kepada pemberita ketika ditemui dekat pusat khidmat PPP, di sini, baru-baru ini.

Katanya, terdapat tanah kosong milik kerajaan negeri dalam kawasan Air Hitam ini dan pihaknya yakin penduduk akan menyambut baik jika ada pembinaan rumah sekaligus menyelesaikan masalah permohonan rumah mereka yang sedia ada ini.

“Selain itu, kita mahu pihak berkaitan fikirkan satu cara terbaik bagi menyelesaikan masalah kemalangan yang kerap berlaku di simpang empat Air Hitam.

“Mungkin boleh diletakkan lampu isyarat atau bulatan dekat situ,” katanya.


JEMPOL 3 Mac - Peluang menjejakkan kaki ke bumi Aceh dan mendengar sendiri mengenai tragedi tsunami baru-baru ini, memberikan pengalaman sangat berharga kepada 17 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Serting IGCSE (International General Certificate of Secondary Education), dekat sini.
Pelajar, Muhammad Adzfariman Mohd. Hafiz, 17, berkata, pelbagai pengalaman baharu dikutip sepanjang empat hari di wilayah tersebut.
"Antara yang masih segar dalam ingatan saya ialah pengalaman pelajar lelaki berusia 11 tahun yang diselamatkan ibunya semasa tsunami dengan memasukkannya ke dalam peti sejuk.
"Peti ais itu kemudiannya terapung beberapa kilometer. Pelajar itu bernasib baik apabila ada anggota penyelamat yang membuka peti ais tersebut dan menyelamatkannya," kata Muhammad Adzfariman.

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook