Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Rumah usang berubah wajah

Dikirim oleh Warieh Isnin, 13 Mei 2013


Wartawan Sinar Harian
12 Mei 2013
Rumah usang berubah wajah
Anggota Rela bergotong-royong menggantikan bumbung rumah Ilyas. Gambar kecil: Mohd Saidi.
 
PORT DICKSON – Sebuah keluarga di sini, tersenyum lega apabila kediamannya yang sebelum ini usang sudah berubah wajah hasil bantuan Rela Port Dickson.

Ilyas Nordin, 52, berkata, dia sangat bersyukur dengan keprihatinan yang ditunjukkan Rela Port Dickson dalam membantu mereka sekeluarga.

Sementara itu, Pegawai Rela Daerah, Leftenan Kolonel Rela Mohd Saidi Mohd Shariff berkata, Ilyas adalah salah seorang anggota Rela Port Dickson.

Menurutnya, bantuan itu disalurkan di bawah program Khidmat Masyarakat Rela Port Dickson.

"Berdasarkan siasatan, kami mendapati Ilyas memang layak menerima bantuan berkenaan dan untuk tahun ini Ilyas merupakan penerima yang pertama.

“Kos keseluruhan membaik pulih rumah Ilyas dianggarkan berjumlah RM4,000 membabitkan kerja-kerja menggantikan bumbung,” katanya.

Mohd Saidi berkata, sebelum mendapat bantuan itu, rumah Ilyas turut dilanda ribut di mana hampir keseluruhan bumbung rumahnya diterbangkan angin ribut kira-kira dua minggu lalu.

"Selepas kejadian itu, kami segera menggantikan bumbung rumah Ilyas dengan membabitkan 30 anggota Rela," katanya.

Dalam pada itu, katanya, program Khidmat Masyarakat Rela Port Dickson adalah platform anggota Rela untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dari semasa ke semasa.

“Selain membantu pihak berkuasa memastikan keselamatan negara, Rela juga memainkan peranan dalam menjamin kesejahteraan masyarakat,” katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook