Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Memaparkan catatan dengan label Kemudahan asas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kemudahan asas. Papar semua catatan

Jalan semakin sempit akibat hakisan

Dikirim oleh Warieh Selasa, 2 Julai 2013 0 Komen


Risiko terputus hubungan
Pembentung yang pecah masih belum diperbaiki.
KUALA PILAH – Kelebaran jalan di Kampung Ulu Gentam, dekat sini dikesan semakin sempit berikutan hakisan yang berlaku akibat tanah runtuh disebabkan sejak hujan lebat akhir tahun lalu.

Belum ada sebarang tindakan daripada pihak berkuasa, penduduk akui merasa bimbang kemungkinan sekiranya dibiarkan akan menyebabkan jalan berkenaan terus terhakis, sekaligus mereka terputus hubungan.

Penduduk, Abd Latif Lajid, 80, berkata, penduduk menyedari hakisan itu semakin serius apabila melihat kelebaran jalan raya berkenaan semakin sempit dan pagar batu hampir tumbang, baru-baru ini.

“Kawasan ini ada tiga buah rumah dan kesemuanya berpenghuni. Kami bimbang jika tidak diambil tindakan, tanah ini runtuh tanpa disedari.

“Sekiranya terjadi, jalan ke rumah terputus dua dan sudah tentu menyusahkan membebankan penduduk kerana tiada jalan alternatif lain di sini," katanya.

Menurutnya, selain tebing runtuh, pembentung yang pecah di jalan berkenaan juga perlu dibaiki segera.

“Sebelum ini, kita pernah membuat aduan kepada pihak berkaitan. Masalah ini telah diberi perhatian dan pihak berkenaan sudah membaiki semula kerosakan pembentung pada April tahun lalu.

“Tapi, disebabkan hujan terlalu lebat, air sungai naik mendadak pada akhir 2012. Pembentung ini runtuh sekali lagi dan kali ini, gelinciran tanah runtuh mencecah kepada 12 kaki berbanding dulu hanya enam kaki sahaja,” katanya kepada Sinar Harian di lokasi berkenaan, semalam.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Saiful Lizam Sulaiman, 33, masalah seumpama itu bukan sahaja berlaku di jalan berkenaan, tetapi dikesan di beberapa kawasan lain.

“Laluan sungai ini sehala dengan kawasan tanah saya. Jadi bila air naik, semua kawasan yang ada pembentung telah pecah.

“Terdapat empat pembentung telah rosak akibat hujan lebat, malah berlaku tanah runtuh. Jalan ini memang tidak boleh dilalui," katanya.

Menurutnya, disebabkan masalah itu, dia yang pada mulanya bercadang membina sebuah rumah di kawasan itu terpaksa membatalkan hasrat kerana tidak mahu tanggung risiko sebelum pihak bekenaan melakukan sesuatu.

Jalan semakin sempit akibat hakisan

Dikirim oleh Warieh Isnin, 1 Julai 2013 0 Komen



Risiko terputus hubungan
Pembentung yang pecah masih belum diperbaiki.
KUALA PILAH – Kelebaran jalan di Kampung Ulu Gentam, dekat sini dikesan semakin sempit berikutan hakisan yang berlaku akibat tanah runtuh disebabkan sejak hujan lebat akhir tahun lalu.

Belum ada sebarang tindakan daripada pihak berkuasa, penduduk akui merasa bimbang kemungkinan sekiranya dibiarkan akan menyebabkan jalan berkenaan terus terhakis, sekaligus mereka terputus hubungan.

Penduduk, Abd Latif Lajid, 80, berkata, penduduk menyedari hakisan itu semakin serius apabila melihat kelebaran jalan raya berkenaan semakin sempit dan pagar batu hampir tumbang, baru-baru ini.

“Kawasan ini ada tiga buah rumah dan kesemuanya berpenghuni. Kami bimbang jika tidak diambil tindakan, tanah ini runtuh tanpa disedari.

“Sekiranya terjadi, jalan ke rumah terputus dua dan sudah tentu menyusahkan membebankan penduduk kerana tiada jalan alternatif lain di sini," katanya.

Menurutnya, selain tebing runtuh, pembentung yang pecah di jalan berkenaan juga perlu dibaiki segera.

“Sebelum ini, kita pernah membuat aduan kepada pihak berkaitan. Masalah ini telah diberi perhatian dan pihak berkenaan sudah membaiki semula kerosakan pembentung pada April tahun lalu.

“Tapi, disebabkan hujan terlalu lebat, air sungai naik mendadak pada akhir 2012. Pembentung ini runtuh sekali lagi dan kali ini, gelinciran tanah runtuh mencecah kepada 12 kaki berbanding dulu hanya enam kaki sahaja,” katanya kepada Sinar Harian di lokasi berkenaan, semalam.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Saiful Lizam Sulaiman, 33, masalah seumpama itu bukan sahaja berlaku di jalan berkenaan, tetapi dikesan di beberapa kawasan lain.

“Laluan sungai ini sehala dengan kawasan tanah saya. Jadi bila air naik, semua kawasan yang ada pembentung telah pecah.

“Terdapat empat pembentung telah rosak akibat hujan lebat, malah berlaku tanah runtuh. Jalan ini memang tidak boleh dilalui," katanya.

Menurutnya, disebabkan masalah itu, dia yang pada mulanya bercadang membina sebuah rumah di kawasan itu terpaksa membatalkan hasrat kerana tidak mahu tanggung risiko sebelum pihak bekenaan melakukan sesuatu.

Jambatan kembali mendap

Dikirim oleh Warieh Khamis, 13 Jun 2013 0 Komen


Jambatan kembali mendap
Penduduk terpaksa mengambil risiko melalui jambatan yang sudah mendap dan berlubang di Kampung Rendah.
 
REMBAU – Rata-rata penduduk melahirkan rasa kesal dan kecewa apabila jambatan yang baru sahaja diturap susulan berlubang di Kampung Rendah, dekat sini kini kembali mendap.

Sebelum ini Sinar Harian 18 April lalu melaporkan kebimbangan penduduk terhadap masalah lubang di jambatan berkenaan yang semakin besar menyebabkan struktur jalan juga mendap sedikit demi sedikit.

Penduduk, Radziah Ujang, 73, berkata, selepas pilihan raya umum lalu, jalan berkenaan sudah pun dibaik pulih, namun masalah berulang kembali susulan hujan lebat pada minggu lalu.
Menurutnya, kenderaan berat yang sering melalui jalan ini juga dilihat antara faktor ia kembali rosak.

"Bagaimanapun, kami kesal berikutan ia baru sahaja diperbaiki dan seharusnya kerosakan tidak berulang dalam waktu singkat.

"Oleh itu kita harap pihak bertanggungjawab dapat mengambil langkah pembaikan yang lebih bersesuaian membabitkan struktur di bawah jambatan bagi mengelakkan masalah jalan mendap dan berlubang berulang lagi," katanya.

Maulud Bahudin, 73, pula berkata, laluan itu sememangnya menjadi jalan utamanya.

"Laluan ini berbahaya kepada pengguna yang tidak menyedari kewujudan lubang berkenaan lebih-lebih lagi pada waktu malam," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Rendah, Mohamed Shukor Abas berkata, pihaknya sememangnya sedia maklum dengan masalah berkenaan dan sudah dimaklumkan kepada Pejabat Daerah.

“Diharap penduduk akan bersabar sementara menunggu masalah ini diselesaikan kerana ia membabitkan peruntukan yang agak besar," katanya.

Bergelap sejak 20 tahun

Dikirim oleh Warieh Isnin, 13 Mei 2013 0 Komen


Wartawan Sinar Harian
12 Mei 2013
Bergelap sejak 20 tahun
Hanya sebatang tiang lampu jalan yang ada di Pekan Pasir Besar iaitu di persimpangan masuk ke Palong, seperti didakwa penduduk.
PASIR BESAR – Rata-rata penduduk dan pengguna jalan raya yang melalui jalan antara Pasir Besar menuju ke Rompin pada waktu malam berhadapan dengan risiko kemalangan memandangkan lokasi berkenaan sangat gelap susulan ketiadaan lampu jalan.

Tinjauan Sinar Harian mendapati rata-rata pengguna dan penduduk mendakwa hanya terdapat sebatang tiang lampu jalan di kawasan Pekan Pasir Besar iaitu di persimpangan lampu isyarat menuju ke Palong, Jempol.

Penduduk, Anuar Majid, 49, dari Felda Pasir Besar berkata, masalah itu sudah diketengahkan sejak dahulu lagi dan sering dibincangkan dalam mesyuarat di peringkat akar umbi, namun sehingga kini masih tiada.

“Kita harap lokasi ini akan dilimpahi lampu jalan pada waktu malam memandangkan ia sering digunakan sebagai laluan utama pengguna yang ingin menuju ke Johor mahupun Pahang.

“Malah, susulan masalah itu, lokasi ini sering berlaku kemalangan termasuk kemalangan maut,” katanya.

Sinar Harian 1 Februari lalu melaporkan seorang pelajar sekolah, Hazizul Abdul Khalid, 16, maut di tempat kejadian selepas terlibat dalam kemalangan di kilometer 15, Jalan Gemas- Rompin  kira-kira 10.30 malam.

Aiman Basar, 53, pula berkata, dari Taman Pasir Besar berkata, jalan selepas persimpangan lampu isyarat berkenaan agak gelap dan tidak seperti pekan lain yang dilimpahi cahaya lampu.

“Saya dah menetap di sini sejak 20 tahun lalu dan sepanjang tempoh itulah tiada lampu jalan selepas Pekan Pasir Besar menuju ke Rompin," katanya.

Sementara itu, Adun Gemas, Abd Razak Ab Said ketika dihubungi berkata, beliau akan membuat follow-up semula berhubung masalah itu dan berharap rakyat yang mempunyai aduan atau cadangan mengenai keperluan di Dun Gemas dapat menyalurkan kepada pihaknya.

"Diharap rakyat sama-sama memainkan peranan menyalurkan maklumat kepada agensi di peringkat akar umbi dan kita akan membantu membuat semakan dari segi status permohonan dan sokongan," katanya.

Jambatan Kuala Klawang-Pekan Titi RM5.4 juta kini dibuka

Dikirim oleh Warieh Khamis, 2 Mei 2013 0 Komen


Mohamad Hasan (duduk) memerhatikan Jambatan Kuala Klawang-Pekan Titi selepas merasmikannya dekat Jelebu, semalam. 
 
JELEBU 30 April - Usaha memperkasakan sistem jaringan jalan raya terbaik di negeri ini terus dilakukan oleh kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) apabila berjaya menyiapkan projek jambatan Kuala Klawang-Pekan Titi bagi menggantikan laluan sedia ada yang kini siap sedia untuk kegunaan orang ramai.
Projek jambatan berkenaan yang sepatutnya menelan belanja RM6.3 juta berjaya diturunkan kepada RM5.4 juta, bahkan mencatat sejarah tersendiri apabila diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai jambatan terpanjang di Malaysia menggunakan konsep salur konkrit berprestasi ultra tinggi (UHPDC).
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, jambatan berkenaan merupakan inspirasi dan sebuah janji ditepati kerajaan negeri bagi memudahkan rakyat yang menggunakan laluan ini untuk berulang-alik dari Kuala Klawang- Pekan Titi.
''Jambatan asal yang dibina pada 1920 ini telah uzur dan struktur fizikalnya sempit turut berisiko dan boleh menyumbang kepada kemalangan.
''Jambatan sepanjang 50 meter ini bakal memberikan keselesaan kepada pengguna yang ingin ke Pekan Titi dan seterusnya menghubungkan laluan ke Hulu Langat, Selangor," katanya ketika merasmikan laluan berkenaan di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Datuk Ir. Dr. Roslan Md. Taha, Pegawai Daerah Jelebu, Zaidi Johari dan calon-calon BN kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelebu.
Mohamad turut menjelaskan jambatan baharu mempunyai kelebaran 11.9 meter termasuk 2 meter di kiri kanan bagi laluan basikal atau pejalan kaki adalah lebih dua kali ganda lebar daripada jambatan lama yang hanya 5.6 meter sahaja.
Katanya, kos pembinaan projek berkenaan telah dibentangkan dalam bajet kerajaan negeri pada penghujung tahun 2011, membabitkan kerja-kerja menaik taraf, membaiki jambatan serta kemudahan awam lain di negeri ini.

Padang sintetik pertama di negara ini

Dikirim oleh Warieh Khamis, 4 April 2013 0 Komen


Padang rumput sintetik jenis fieldturf yang telah siap dipasang di padang Kompleks Belia dan Sukan Paroi yang terletak di kawasan Ampangan.
SEREMBAN 3 April - Kompleks Belia dan Sukan Paroi yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan, dekat sini mendapat penghormatan sebagai lokasi pertama pemasangan padang sintetik jenis 'fieldturf' di negara ini.
Kerja-kerja memasang padang sintetik itu bermula 10 Januari lalu dan telah siap pada 1 Mac dengan menelan belanja lebih RM2.4 juta yang dibuat secara Private Finance Initiative II (PFI II).
Sebanyak 30 padang bola sepak sintetik telah dicadangkan untuk dibina di seluruh Malaysia dengan anggaran peruntukan sebanyak RM50 juta oleh Kementerian Kewangan yang disediakan di bawah peruntukan PFI II.
Sebanyak lima padang bola sepak itu akan dibina di Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Perlis dalam fasa pertama dengan Syarikat Blondal All-Turf telah dilantik bagi melakukan kerja pemasangan tersebut.
Padang bertaraf antarabangsa itu mempunyai akreditasi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA dan digunakan dalam pertandingan sukan di luar negara.
Pembinaan padang bola sepak sintetik itu merupakan ilham Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.



29 Mac 2013
SEREMBAN - Segi Semarak Sdn Bhd, yang bergiat dalam bidang perumahan dan pendidikan serta menjadi rakan strategik Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), akan melancarkan jualan 300 unit pangsapuri Seremban Putra, di Sikamat di sini, selama dua hari mulai esok.
  
Pengarah Eksekutifnya, Mohd Ridzuan Hamzah berkata penjualan pangsapuri itu membabitkan empat blok iaitu Blok B (Bunga Raya), Blok D (Dahlia), Blok H (Harum Mawar) dan Blok J (Jasmin).
  
"Lebih 700 unit telah pun disewa atau dijual manakala penjualan ini adalah yang terakhir. Untuk tiga blok, iaitu Blok Bunga Raya, Dahlia dan Jasmin, kami memberikan kemudahan percuma seperti kabinet dapur, jeriji pintu, yuran guaman untuk surat perjanjian jual beli, satu potret dan keahlian koperasi yang akan ditubuhkan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
  
Pangsapuri Blok Harum Mawar pula dilengkapi dengan kemudahan kabinet dapur dan perabot terpilih yang berlainan harga.
  
Katanya kesemua pangsapuri itu dijual mengikut konsep bina dan jual di mana ianya telah siap sepenuhnya dan mempunyai Sijil Kelayakan Menduduki (CFO).
  
"Seremban Putra adalah pangsapuri mampu milik bersaiz dari 849 sehingga 900 kaki persegi dengan harga bermula dari RM68,500 hingga RM113,950. Pangsapuri Seremban Putra dilengkapi dengan lif, kawalan keselamatan 24 jam dan landskap yang menarik."
  
"Seremban Putra hanya 3.0 kilometer dari bandar Seremban, lima minit ke Lebuh Raya Lekas dan hanya 20 minit ke Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) serta berdekatan dengan Tafe College, Institut Perguruan Raja Melewar, Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Sekolah Tinggi Islam As-Sofa dan beberapa sekolah rendah dan menengah yang lain," katanya.
  
Beliau berkata tiga institusi kewangan - CIMB, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Public Bank - bersedia mengeluarkan pinjaman perumahan bagi mereka yang layak.
  
Katanya unit apartmen ini adalah terhad dan mereka yang ingin membeli apartmen berkenaan boleh melihat apartmen contoh di Blok Bunga Raya dan membuat tempahan.
  
Segi Semarak Sdn Bhd adalah syarikat sekutu Tele-Cekap Sdn Bhd dan TC Auto yang bergiat dalam bidang perkhidmatan kenderaan. - Bernama

Caj 30 sen tidak munasabah

Dikirim oleh Warieh Khamis, 28 Mac 2013 0 Komen


Wartawan Sinar Harian
28 Mac 2013
tandas awam
Kemudahan tandas awam perlu dibuka setiap hari.
KUALA PILAH – Peniaga dan pelanggan di gerai makan di pasar awam dekat sini mengeluh ekoran kemudahan tandas awam yang disediakan tidak begitu memuaskan.

Pengadu, Qian Yao Liang, 72, berkata, dia minum dan makan di gerai tersebut setiap hari.

“Ramai juga pelanggan datang untuk minum dan makan. Tambahan pula, gerai ini terletak berhampiran kawasan pasar awam dan rumah pangsa Wisma Sentosa.

“Jadi, gerai ini sudah semestinya jadi tumpuan orang ramai. Namun, jika kemudahan tandas tidak diselenggarakan dengan baik, susah juga,” katanya.

Menurutnya, tandas awam berbayar tersebut dibuka tidak menentu waktunya.

“Ada kalanya, tandas awam ini dibuka setiap hari, kadang-kadang tidak dibuka. Saya dapati, tandas awam ini ada yang tutup seawal jam 3 petang sedangkan operasi kedai di sini lewat petang baru tutup.

“Ramai pelanggan dan peniaga merungut kerana tandas awam sering tutup, malah bau juga kurang menyenangkan. Kita sudah bayar RM0.30, tapi penyelenggaraan tidak sempurna,” katanya.

Dalam pada itu, Yao Liang berkata, meskipun sudah memiliki Bazar 1Malaysia yang dibina berhampiran gerai peniaga di sini, namun bazar tersebut belum dibuka untuk umum.

“Saya difahamkan, bazar itu dibuka pada April atau Mei. Jadi kemudahan seperti tandas yang terdapat di situ tidak boleh diguna lagi.

“Jika bazar itu sudah dibuka, senang juga kerana kami ada pilihan sama ada guna tandas awam ataupun di bazar, malah tidak perlu merungut lagi,” katanya.

Katanya, diharapkan pihak berkaitan dapat memantau perkara tersebut supaya ia dapat mendatangkan keselesaan kepada peniaga dan pelanggan untuk jangka masa panjang.
“Lagipun, di sini terdapat 50 pintu kedai yang beroperasi setiap hari. Jadi sangat memerlukan tandas awam beroperasi setiap hari dan memiliki ciri-ciri kebersihan,” katanya.

Beberapa laluan baru bas diperkenal di Seremban, Nilai

Dikirim oleh Warieh Khamis, 14 Mac 2013 0 Komen



13 Mac 2013
SEREMBAN - Beberapa laluan baru perkhidmatan pengangkutan awam bas di negeri ini akan diperkenalkan membabitkan kawasan dan taman-taman perumahan baru selain kawasan berpendudukan tinggi terutama di sekitar bandar ini dan Nilai.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu dijangka akan dilaksanakan selepas kerajaan membuat kajian terperinci dan mendapatkan maklum balas daripada penduduk mengenainya minggu depan.

"Kami sudah buat kajian laluan-laluan yang dikenalpasti tapi kami juga perlu mendapatkan maklum balas orang ramai iaitu pemimpin masyarakat dan persatuan terutama yang mahukan perkhidmatan itu di kawasan mereka.

"Selepas itu kami akan putuskan laluan tersebut dan serahkan kepada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat untuk menentukan syarikat atau konsesi bas yang akan bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan," katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan bersama pegawai perkhidmatan awam Negeri Sembilan, di sini hari ini.

Pada masa ini perkhidmatan pengangkutan awam bas di negeri ini dipertanggungjawabkan kepada syarikat bas berhenti-henti, Cityliner, yang
memberi kemudahan terhad di kawasan atau laluan yang tertentu sahaja.
Mohamad berkata, selain menyediakan kemudahan awam yang selesa dan komprehensif kepada rakyat, pengenalan laluan baru itu juga 'persiapan
awal' kepada pembinaan Seremban Sentral yang akan menjadi hab bersepadu pengangkutan awam di negeri ini.
"Langkah ini juga sebagai persediaan untuk menjadikan bandar Seremban berstatus sebuah bandar raya, jadi kami akan pastikan perkhidmatan awam di sini baik dan selesa untuk rakyat," katanya.
Terdahulu pada majlis perjumpaan itu, Mohamad turut melancarkan Tabung Wira Lahad Datu peringkat negeri yang bertujuan membantu anggota dan keluarga pasukan keselamatan yang tercedera atau terkorban dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Katanya, selain untuk menyatakan rasa terima kasih kepada pasukan keselamatan, ia juga sebagai rasa prihatin terhadap pasukan keselamatan,
yang bertarung nyawa memastikan keamanan negara.
"Tabung ini akan diedarkan ke seluruh daerah dan kita harap orang ramai dapat sama-sama membantu dengan menghulurkan sumbangan yang mungkin nanti dapat meringankan beban terutama kepada anggota keluarga pasukan keselamatan yang terkorban," katanya. - Bernama

Penduduk pertikai pembinaan longkang

Dikirim oleh Warieh Selasa, 5 Mac 2013 0 Komen


Wartawan Sinar Harian
5 Mac 2013
longkang
Fazli menunjukkan longkang yang ditimbus tanah ekoran tebing runtuh. Gambar kecil: Keadaan longkang yang dipenuhi tanah.
KUALA KEPIS – Seorang pemilik tanah, di sini mendakwa longkang yang dibina oleh pihak kontraktor tidak strategik kerana kawasan itu tidak pernah banjir.

Mohd Fazli Mohd Sharif, 35, berkata, longkang berkenaan dibina empat bulan lalu walau bagaimanapun, projek yang dianggap siap itu tidak sempurna kerana dipenuhi tanah.

“Saya pelik bagaimana longkang ini dibina di sini, sedangkan tidak pernah banjir. Sebaliknya pula, apabila dibina longkang, berkemungkinan banjir akan berlaku ekoran laluan longkang ditimbus tanah,” katanya.

Menurutnya, dia sering menggunakan jalan kampung itu untuk ke arah Bahau malah tanah miliknya seluas 0.8 hektar juga berhampiran jalan tersebut.

“Apabila ada musim buah-buahan, saya akan masuk ke kebun untuk mengeluarkan hasil. Jika sebelum ini, saya boleh menggunakan motosikal untuk masuk ke kebun, tetapi sekarang tidak boleh ekoran pembinaan longkang," katanya.

Mohd Fazli berkata, dia sudah memaklumkan perkara itu kepada pihak berwajib, namun sehingga kini masih tiada tindakan yang diambil.

Dalam pada itu, dia berkata, difahamkan sebarang kerja-kerja pembinaan baru daripada pihak kerajaan sepatutnya perlu ada papan tanda yang menyatakan mengenai projek tersebut, namun untuk projek pembinaan longkang ini tiada.

“Membazir sahaja longkang ini dibina di tempat ini. Kawasan ini bukan ada rumah, hanya terdapat kebun sahaja. Lebih baik ia dibina di tempat yang bersesuaian dan memberi manfaat kepada orang lain.

“Oleh itu, diharap pihak berwajib dapat mengambil serius perkara ini kerana pembinaan longkang di sini hanya membazirkan wang. Malah struktur longkang juga tidak sempurna, ibarat melepaskan batuk di tangga,” katanya.

 
 
Pusat penjaja baru: 38 premis peniaga di Jalan Lee Sam akan dinaik taraf
HAMIZAH BASIR
3 Mac 2013
SEREMBAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah memperuntukkan sebanyak RM182,000 bagi kerja-kerja naik taraf  Pusat Penjaja Jalan Lee Sam, di sini.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri, Mohd Talal Abu Bakar berkata, transformasi itu akan memberi faedah kepada seramai 38
penjaja yang terdiri daripada 34 peniaga Melayu dan empat peniaga Cina yang menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan.

“Program ini selaras dengan matlamat Program Penjaja 1Malaysia (PP1M) yang bertujuan untuk menaik taraf kawasan perniagaan melalui premis yang lebih bersih dan teratur serta menekankan penyediaan makanan bersih, sihat dan selamat.

“Antara kerja-kerja yang dijalankan adalah seperti mengecat premis perniagaan, menyeragamkan papan-papan tanda gerai, menurap tar, membuat pendawaian elektrik, memasang lampu di sekitar bangunan, menyediakan landskap parkir dan membersihkan kawasan persekitaran,” katanya pada Program Aktiviti Pembersihan Kawasan Penjaja, PP1M, di Pusat Penjaja Jalan Lee Sam, di sini, semalam.

Program itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat.

Menurutnya, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM7 juta untuk transformasi fizikal premis-premis perniagaan penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara.

RM4.83j selenggara sistem pendawaian elektrik 19 sekolah

Dikirim oleh Warieh Isnin, 25 Februari 2013 0 Komen


SEREMBAN 24 Feb. - Peruntukan sebanyak RM4.83 juta disalurkan bagi tujuan menyelenggara sistem pendawaian elektrik membabitkan 19 buah sekolah sekitar Negeri Sembilan sepanjang tahun ini.
Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Datuk Ir. Dr. Roslan Md. Taha berkata, usaha tersebut bertujuan bagi memastikan keselamatan awam khususnya di sekolah terjamin.
Katanya, JKR merupakan agensi teknikal dan usaha ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat JKR untuk menjalankan pemeriksaan pendawaian elektrik bagi sekolah di seluruh negeri ini.
''Sebanyak 268 sekolah atau 80.2 peratus telah diperiksa, manakala selebihnya sebanyak 52 buah akan diperiksa mengikut jadual perancangan sehingga penghujung Disember tahun ini," katanya selepas menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Bahagian Senggara Persekutuan Negeri JKR Negeri Sembilan, di sini baru-baru ini.

Pembetung tak ikut pelan

Dikirim oleh Warieh Ahad, 17 Februari 2013 0 Komen


Wartawan Sinar Harian
17 Februari 2013
Pembetung tak ikut pelan
Mogan (tengah) menerangkan kepada Kieu Chai (kiri) mengenai projek naik taraf pembetung dekat Taman Saujana, Rompin.
 
ROMPIN - Tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil jalan mudah dengan membuat pembetung di bawah bangunan kedai dekat sini, tanpa mengikut pelan sepatutnya mengundang masalah kepada struktur bangunan sedia ada.

Ketua Kampung Tanah Panjis, Tea Kieu Chai berkata, keadaan itu menyebabkan dinding bangunan rumah kedai mengalami keretakan.

Menurutnya, projek pembinaan pembetung itu siap sekitar 2005, namun pembetung sedia ada sudah beberapa kali pecah.

"Saya percaya perkara ini (pembetungan pecah) kemungkinan ada kaitan dengan kerja sabotaj.

"Bagaimanapun saya tidak menolak keadaan aliran air yang mengalir terlalu deras juga menjadi punca pembetung pecah,” katanya.

Sementara itu, Adun Jeram Padang, Datuk VS Mogan berkata, beliau menerima peruntukan sebanyak RM300,000 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menaik taraf pembetung tersebut.

Katanya, pembetung sedia ada akan dialihkan sebelum diluruskan tanpa melibatkan bangunan rumah kedai.

"Berikutan ini, peniaga khususnya di sekitar Taman Saujana di sini, tidak perlu bimbang dan projek itu akan berjalan setelah segala urusan berkaitan selesai dalam masa terdekat,” katanya

Tingkat kemudahan di pantai PD

Dikirim oleh Warieh Rabu, 13 Februari 2013 0 Komen


Kesesakan jalan raya mula berlaku dari Jalan Sunggala Gateway menuju ke Telok Kemang semasa cuti Tahun Baharu Cina baru-baru ini membosankan pengunjung pantai Port Dickson. 
 
TELOK KEMANG 12 Feb. - Kesesakan lalu lintas di sepanjang jalan tepi pantai di sini setiap kali cuti umum, membuktikan Port Dickson masih menjadi pilihan pelancong sebagai destinasi percutian bersama keluarga dan kenalan.
Bandar yang dibanjiri pelancong dari dalam dan luar negara itu seharusnya mempunyai pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menjamin keselesaan ketika berkunjung ke situ.
Namun masih ada beberapa masalah yang disuarakan pengunjung terutamanya dalam meningkatkan kualiti kemudahan awam di pusat peranginan tersebut.

Bekalan elektrik kerap terputus

Dikirim oleh Warieh Selasa, 12 Februari 2013 0 Komen





KEPIS HILIR, KUALA PILAH – Masalah gangguan bekalan elektrik yang kerap terputus sejak empat bulan lalu menyukarkan kehidupan penduduk Kampung Kepis Hilir yang mahu perkara itu diatasi dengan segera.

Penduduk, Rajumah Akhir, 62, berkata, dia bimbang gangguan bekalan elektrik berlaku hampir setiap hari.

“Makcik sudahlah tinggal seorang diri. Kadang-kadang tengah makan, lampu yang dipasang tiba-tiba terpadam. Terpaksalah gunakan lilin.

“Gangguan bekalan ini biasa berlaku pada waktu senja dan malam di mana ketika itu penggunaan elektrik meningkat.

“Kalau ada lampu yang menyala pun, keadaannya berkelip-kelip seperti tak cukup bekalan elektrik,” katanya.

Rajumah mendakwa, gangguan ini berpunca daripada kabel elektrik di hadapan rumahnya yang pernah terputus berikutan dihempap pokok.

“Kejadian itu sudah lama, makcik pun tak berapa ingat. Kemudian, pihak berkaitan telah datang baiki kerosakan, namun gangguan bekalan elektrik tetap berlaku,” katanya.

Pengalaman sama turut disuarakan penduduk, Amran Tahir, 43. Kata Amran, lima biji lampu rumahnya telah terbakar berikutan sering berlaku gangguan bekalan elektrik.

“Gangguan bekalan elektrik berlaku di bahagian dapur, tapi di tangga rumah saya ada lampu. Kemungkinan perkara ini disebabkan bekalan elektrik tidak mencukupi dan kerana itu lampu sering berkelip-kelip.

“Penduduk memang sering mengadu hal ini. Bila bertemu sahaja, pasti ada yang tanya, rumah ada bekalan elektrik tak?

“Sangat berharap, pihak berkaitan dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera,” katanya.

Seorang penduduk dikenali sebagai Man Bongai, 33, turut menyatakan perkara yang sama.

Katanya, berikutan bekalan elektrik yang sering terganggu menyebabkan sebuah peti aisnya terbakar.

“Perkara ini berlaku sudah lama. Bila elektrik tiada seketika, kemudian secara tiba-tiba bekalan elektrik yang dialirkan tinggi menyebabkan motor peti ais saya terbakar.

“Aliran bekalan elektrik tidak menentu. Kadang-kadang arus elektrik yang diterima tinggi, lampu pun terang dan ada kalanya, malap dan berkelip-kelip. Saya rasa lebih dari 10 rumah mengalami masalah yang sama seperti saya,” katanya.

Menurutnya, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) telah memaklumkan perkara ini kepada pihak berkaitan, namun tiada sebarang tindakan diambil.

“Kami bukan apa, bimbang berlaku kebakaran yang melibatkan rumah. Kawasan ini terdapat warga emas yang tinggal seorang diri. Jadi saya harap sangat pihak berkaitan dapat memberi perhatian kepada masalah kami,” katanya.

Bangunan usang, peniaga gusar

Dikirim oleh Warieh Isnin, 11 Februari 2013 0 Komen

Bangunan usang, peniaga gusar
NOR AINNA HAMZAH
11 Februari 2013
Bangunan usang, peniaga gusar
Bahagian bumbung yang sudah bocor dan dikhuatiri hanya menunggu masa untuk jatuh di Gerai Arked Majlis Pekan Pasir Besar.
Bangunan usang, peniaga gusar
Pemandangan sepi di Gerai Arked Majlis Pekan Pasir Besar.
GEMAS – Rata-rata peniaga dan pengunjung di deretan Gerai Arked Majlis Pekan Pasir Besar, di sini, bimbang apabila bangunan berkenaan semakin usang dan mengundang bahaya kepada orang awam.

Malah, ada peniaga tidak dapat meneruskan perniagaan mereka di kedai yang disewa kerana bahagian bumbung berkenaan bocor sehingga menyebabkan peralatan mereka rosak, selain lokasi terlindung dari pandangan pengguna jalan raya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati bahagian bumbung bocor bukan hanya di luar kedai, malah lebih buruk lagi ia membabitkan bahagian dalam deretan kedai berkenaan.

Sembilan komputer rosak


Peniaga, Mohd Azhar Jafar, 52, sudah lebih tiga bulan dia terpaksa beroperasi membaiki komputer dari rumah sahaja memandangkan bahagian bumbung dalam kedai yang disewanya itu bocor serta menyebabkan banyak barangan di kedainya dibasahi air.

Dia yang sudah berniaga di lokasi berkenaan sejak enam tahun lalu kini terpaksa membuka komponen-komponen komputer bagi mengeringkan bahagian yang terkena air hujan.

“Bagaimanapun, sekiranya dihitung sudah kira-kira sembilan unit PC termasuk komputer riba lama rosak susulan masalah bumbung bocor ini sehingga saya terpaksa menanggung kerugian mencecah ribuan ringgit.

“Sejak dua tahun yang lalu, saya sudah dua kali mengetengahkan masalah ini kepada pihak bertanggungjawab, namun sehingga ke hari ini tiada tindakan yang diambil.  Malah, saya juga disuruh untuk membaiki sendiri dan kemudiannya membuat tuntutan kepada pihak berkenaan,” katanya ketika ditemui di lokasi berkenaan, dekat sini, semalam.

Baiki tandas, pantau kebersihan

Peniaga, Siti Kalsom Anas, 38, yang sudah berniaga di lokasi berkenaan sejak tujuh tahun lalu berkata, dia bimbang melihat bahagian bumbung di hadapan kedai andaman pengantinnya yang sudah lopong.

“Mujur masa ia jatuh, tiada orang awam yang berada di bawahnya.  Tetapi kita khuatir jika masalah ini berlanjutan, setiap individu yang berada di bangunan ini berhadapan dengan risiko bahagian bumbung jatuh.

“Oleh itu, saya harap berharap pihak bertanggungjawab dapat memandang serius mengenai masalah kemudahan yang sudah terlalu usang dan merbahaya.  Malah, kita yang sudah lama berniaga di sini memang berharap kemudahan seperti sinki, dan tandas dapat diperbaiki serta dipantau kebersihannya,” katanya.

Terpaksa tambah lampu sendiri

Bagi peniaga warga emas, Musa Ahmad, 73, dia selesa berniaga di lokasi berkenaan sejak beberapa tahun yang lalu sehingga lewat malam kerana ia merupakan sumber pendapatannya bagi menyara kehidupan.

Bagaimanapun menurutnya, masalah lampu menyebabkan dia terpaksa menambah kemudahan itu sendiri untuk meneruskan operasi perniagaan sehingga malam.

“Dulu ada juga kedai yang membuka perkhidmatan sehingga malam, namun susulan lokasi ini sudah jarang dikunjungi, lebih banyak yang memilih untuk tidak beroperasi.

“Oleh itu, pak cik amat berharap tindakan segera dari pihak berkenaan memandangkan masih ada beberapa penaga lagi yang bertahan di sini untuk mencari rezeki buat keluarga masing-masing,”  katanya.

Peruntukan masih belum diluluskan

Sementara itu, Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Tampin (MDT), Razali Bakar ketika dihubungi berkata, pihaknya memang sedia maklum mengenai masalah itu dan permohonan untuk baik pulih gerai majlis sudah diketengahkan pada tahun lalu.

“Kita sudah mohon peruntukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), namun hanya permohonan baik pulih di Taman Sentosa sahaja mendapat kelulusan.

“Bagi gerai di Pekan Pasir Besar kita akan membuat rayuan semula memandangkan ia membabitkan kos yang begitu tinggi,” katanya.

TNB buka lembaran baru

Dikirim oleh Warieh 0 Komen


KHAIRULKHEIZA MOHD NAJIB
10 Februari 2013
TNB buka lembaran baru
Hasim (tiga, kiri) bersama Kamal (dua, kiri) dan Adelina (kanan) ketika majlis penyerahan rumah kepada pemilik.
LABU - Projek Mesra Rakyat anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuka lembaran baru kepada kehidupan Pang Ah Tai sekeluarga yang menetap di Kampung Gadong Jaya, di sini sejak 20 tahun lalu.

Naib Presiden (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) TNB, Adelina Iskandar berkata, sebanyak RM10,000 diperuntukkan bagi membaik pulih rumah Pang yang sudah terlalu uzur.

“Proses baik pulih berkenaan mengambil masa tujuh hari untuk disiapkan, bermula Isnin minggu lalu, telah dijalankan sepenuhnya pekerja TNB dengan kerjasama Majlis Perbandaran Nilai (MPN).  

“Antara kerja dijalankan seperti mengganti dan mengecat dinding rumah, menukar kesemua bumbung, membina laluan dan anjung baru serta menyediakan tandas yang lebih sempurna,” katanya pada Majlis Penyerahan Projek Mesra Rakyat TNB di Kampung Gadong Jaya,di sini, kelmarin.

Menurut Adelina, projek tersebut memberi kediaman lebih selesa kepada bapa berusia 63 tahun itu yang menyara isteri dan tujuh orang anaknya berumur antara 33 hingga 14 tahun melalui pendapatan bulanan RM500, hasil menoreh getah.

Katanya, selain kediaman Pang, sebuah lagi rumah di Bahau kepunyaan Valiammah Parasuraman turut terpilih.

“Secara keseluruhan, projek itu membabitkan sebanyak 24 buah rumah penduduk miskin luar bandar, ibu tunggal, warga emas dan anak yatim di seluruh semenanjung dengan peruntukan berjumlah RM240,000, iaitu RM10,000 bagi setiap kediaman.

“Pemilihan peserta program dibuat berdasarkan maklumat yang kita perolehi daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) tempatan,” katanya.

Turut hadir pada majlis berkenaan, Adun Labu, Datuk Hasim Rusdi dan Pengurus Besar TNB negeri, Kamal Ariffin A Rahman.

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook