Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Beberapa laluan baru bas diperkenal di Seremban, Nilai

Dikirim oleh Warieh Khamis, 14 Mac 2013



13 Mac 2013
SEREMBAN - Beberapa laluan baru perkhidmatan pengangkutan awam bas di negeri ini akan diperkenalkan membabitkan kawasan dan taman-taman perumahan baru selain kawasan berpendudukan tinggi terutama di sekitar bandar ini dan Nilai.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu dijangka akan dilaksanakan selepas kerajaan membuat kajian terperinci dan mendapatkan maklum balas daripada penduduk mengenainya minggu depan.

"Kami sudah buat kajian laluan-laluan yang dikenalpasti tapi kami juga perlu mendapatkan maklum balas orang ramai iaitu pemimpin masyarakat dan persatuan terutama yang mahukan perkhidmatan itu di kawasan mereka.

"Selepas itu kami akan putuskan laluan tersebut dan serahkan kepada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat untuk menentukan syarikat atau konsesi bas yang akan bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan," katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan bersama pegawai perkhidmatan awam Negeri Sembilan, di sini hari ini.

Pada masa ini perkhidmatan pengangkutan awam bas di negeri ini dipertanggungjawabkan kepada syarikat bas berhenti-henti, Cityliner, yang
memberi kemudahan terhad di kawasan atau laluan yang tertentu sahaja.
Mohamad berkata, selain menyediakan kemudahan awam yang selesa dan komprehensif kepada rakyat, pengenalan laluan baru itu juga 'persiapan
awal' kepada pembinaan Seremban Sentral yang akan menjadi hab bersepadu pengangkutan awam di negeri ini.
"Langkah ini juga sebagai persediaan untuk menjadikan bandar Seremban berstatus sebuah bandar raya, jadi kami akan pastikan perkhidmatan awam di sini baik dan selesa untuk rakyat," katanya.
Terdahulu pada majlis perjumpaan itu, Mohamad turut melancarkan Tabung Wira Lahad Datu peringkat negeri yang bertujuan membantu anggota dan keluarga pasukan keselamatan yang tercedera atau terkorban dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Katanya, selain untuk menyatakan rasa terima kasih kepada pasukan keselamatan, ia juga sebagai rasa prihatin terhadap pasukan keselamatan,
yang bertarung nyawa memastikan keamanan negara.
"Tabung ini akan diedarkan ke seluruh daerah dan kita harap orang ramai dapat sama-sama membantu dengan menghulurkan sumbangan yang mungkin nanti dapat meringankan beban terutama kepada anggota keluarga pasukan keselamatan yang terkorban," katanya. - Bernama

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook