Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Pijak piring pecah

Dikirim oleh Warieh Khamis, 14 Mac 2013


Oleh Shuhada Mansor

Kalau nak mahir dalam bidang apa sekalipun, tuntut ilmu daripada mereka yang pakar seperti mana rahsia tersembunyi di sebalik tarian piring. SHUHADA MANSOR mulanya gerun untuk mencuba!
Kemunculan pelbagai jenis tarian moden seiring peredaran zaman kini tidak menggugat tarian tradisional yang sudah wujud berkurun lamanya di tanah air. Joget, zapin, gamelan tetap diangkat menjadi warisan peninggalan nenek moyang dan dipraktikkan hingga kini.
Tari piring atas kaca adalah salah satu daripada cabang seni tradisional ini yang dikatakan milik masyarakat Minangkabau.

Mengikut sejarah, tarian ini berasal dari Sumatera Barat yang mana masih diamalkan penduduk Negeri Sembilan keturunan Minangkabau hingga sekarang. Ia digambarkan sebagai tarian gerak cepat dengan penari memegang piring di tapak tangan. Kadang kala, piring itu akan dilontar ke udara ataupun dihempas ke tanah dan dipijak penari.
Foto

Berkesempatan bertemu guru tarian ini, baru-baru ini, penulis mendapati tari piring bukan sekadar tarian sebaliknya ada peralatan yang dibawa bersama sebagai simbolik pada tarian iaitu piring.

Pengajar, Mazdar Abdul Aziz berkongsi pengetahuan dengan menjelaskan, magis dan kejutan diselit dalam tarian bagi menambah unsur estetika.

“Dalam persembahan, campuran penari lelaki dan perempuan akan memijak piring pecah tanpa rasa takut dan tak pula luka. Selalunya penonton akan berasa ngeri apabila kaca pecah dan tajam apabila dipijak namun tetap menarik ditonton.

“Antara ‘bunga’ atau teknik gerakan dalam tarian ini digelar tupai bergayut, ular menyusur akar dan menyisir rambut. Lenggokan nampak lembut tapi perlukan kemahiran tinggi dan cara yang betul,” katanya.

Katanya, sesiapa saja boleh mempelajari tarian ini tapi perlu keyakinan, minat dan kecekalan tinggi untuk sampai ke tahap mahir.

Sementara itu, penulis sempat menemubual dan berkongsi minat empat penari tarian ini yang mana mereka juga finalis rancangan mencari bakat luar biasa dianjurkan salah sebuah stesen televisyen tempatan.


“Hampir lima tahun dalam tarian ini, saya masih rasa kemahiran dan teknik tak mencukupi. Kena belajar dan terus belajar. Tarian ini unik, perlukan keyakinan tinggi antara faktor saya rasa tercabar untuk pelajari lebih mendalam. Saya sukakan kehalusan tarian dan gerakannya. Uniknya kerana tarian ini perlu keyakinan tinggi, suka kehalusan tarian dan gerakannya,” katanya.

Wan Mohd Hanafiah Wan Yusof, 25


“Setiap orang, minatnya berbeza. Bagi saya sendiri, saya nak pegang dan jaga warisan terdahulu supaya tak lupus dek pembangunan. Tarian tradisional ini tak mudah. Bukan semua orang boleh buat kerana ia babitkan teknik dan kemahiran, malah kalau salah langkah boleh mengakibatkan kecederaan. Saya sendiri pernah tertusuk pin baju di tapak kaki, tapi tak lemah semangat untuk jadi lebih mahir,” katanya.

Edi Saiful Adha Mazdar, 26


“Ayah melatih saya sejak umur tujuh tahun. Mula rasa minat ketika tengok abang dan ayah buat persembahan dan rasa kagum. Mula-mula takut tapi ayah selalu bagi semangat yakin dan semua orang rasa saya boleh buat, saya terus lakukannya dan suka sampai sekarang,” katanya.

Amirul Safuan Mazdar, 9

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook