Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Memaparkan catatan dengan label tokohns. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tokohns. Papar semua catatan

Perjanjian Persetiaan Persekutuan Negeri Sembilan 1895

Dikirim oleh Warieh Rabu, 11 Julai 2018 0 Komen

Negeri Sembilan telah terbentuk melalui satu perjanjian yang telah ditandatangani diantara Yamtuan Seri Menanti Almarhum Tuanku Muhammad Shah ibni Almarhum Tuanku Antah dengan Empat Undang (Sungai Ujong, Rembau, Jelebu dan Johol) dan Tengku Besar Tampin untuk menubuhkan sebuah persekutuan yang dikenali sebagai Negeri Sembilan pada 08 Ogos 1895. Perjanjian ini adalah lanjutan daripada perjanjian yang ditandatangani pada 13 Julai 1889 mengenainya.
Almarhum Tuanku Muhammad Shah ibni Almarhum Tuanku Antah

Perjanjian Persekutuan Negeri Sembilan 1895 telah membawa kepada penubuhan sebuah Majlis Persekutuan Negeri Sembilan. Mesyuarat pertama telah diadakan pada 19 Oktober 1895. Ahli-ahlinya selain Residen British terdiri daripada Yamtuan Mohammad, Dato Bandar Ahmad (Sungai Ujong), Dato Syed Ali (Jelebu), Dato Serun (Rembau), Dato Wan Omar (Johol), Tengku Muda Chik Seri Menanti (pakcik Yamtuan Mohamad), Tengku Dewa (Tampin), Dato Mohamad Bastan (Linggi) dan Kapitan Chin Who serta Kapitan Lee Sam.

Buku The Statesman's Year-Book diedit oleh M. Epstein ada menyebut mengenai perjanjian ini.


Melalui perjanjian tersebut mereka bersetuju meletakkan diri mereka di bawah perlindungan Kerajaan British. Sebagai langkah awal Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Charles Bullen Hugh Mitchell melantik Martin Lister sebagai Residen Negeri Sembilan yang pertama.
 Martin Lister sebagai Residen Negeri Sembilan yang pertama

Di antara beberapa peraturan yang diluluskan dalam mesyuarat pertama ini adalah mengenai kod buruh, kod perlombingan, peraturan pencen, peraturan mengenai jalan keretapi, peraturan bagi mencegah jenayah dan peraturan mengenai sewa rumah. Para pembesar juga bersetuju untuk menggunakan sebuah bendera bagi persekutuan Negeri Sembilan.
Tujuan penubuhan Majlis tersebut adalah untuk membincangkan dasar-dasar yang hendak dilaksanakan dalam sistem pentadbiran kerajaan. Walaupun ahli-ahli dalam Majlis Negeri berhak mempersoal sesuatu polisi tersebut namun mereka tidak mempunyai hak untuk menolak atau menerima polisi memandangkan keputusan mutlak terletak di tangan Residen.

Mohamad Hasan menang Timbalan Presiden UMNO

Dikirim oleh Warieh Sabtu, 30 Jun 2018 0 Komen







Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO bagi sesi 2018-2021 dalam pemilihan parti itu, hari ini.

Mohamad berjaya menewaskan pencabarnya, Tan Sri Annuar Musa yang juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh dalam pertandingan satu lawan satu itu.
Setakat jam 10 malam tadi, keputusan tidak rasmi menyaksikan Mohamad memperolehi sebanyak 70 undi meninggalkan jauh pencabar tunggalnya, Annuar dengan hanya mendapat 55 undi.

Keputusan rasmi Pemilihan Majlis Tertinggi UMNO bagi sesi 2018-2021 akan diumumkan oleh Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh selewat-lewatnya sebelum jam 11 malam ini.

Kemenangan Mohamad dilihat sebagai kejayaan berganda apabila beliau turut mempertahankan jawatannya sebelum ini iaitu selaku Ketua UMNO Bahagian Rembau.
Sebanyak 191 UMNO Bahagian membuang undi dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian secara serentak di seluruh negara.

Sebelum ini, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dalam suratnya bertarikh 31 Oktober 2017 menyatakan pihaknya tidak mempunyai halangan membenarkan pemilihan Majlis Tertinggi UMNO dijalankan selewat-lewatnya pada 19 April 2019.
Bagaimanapun Majlis Tertinggi UMNO menetapkan tarikh persidangan tahunan Cawangan UMNO serta pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bermula 19 Mei hingga 10 Jun 2018.

Mesyuarat UMNO di peringkat Bahagian pula ditetapkan mulai 30 Jun 2018 dan dilaksanakan secara serentak dengan pemilihan parti di semua peringkat. – MalaysiaGazette


KHALID Yunus dan Samy Vellu menaikkan bendera Malaysia di Kedutaan Indonesia dan menurunkan lambang Pancasila.

SEKALIPUN Perdana Menteri Malaysia Tunku Abdul Rahman menyedari perasaan marah rakyat Malaysia sedang memuncak terhadap Presiden Sukarno yang melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia, tetapi apabila sekumpulan pemuda yang menunjuk perasaan pada 17 September 1963 di Kuala Lumpur meminta supaya beliau memijak simbol Pancasila negara Indonesia, Tunku enggan berbuat demikian.
Simbol itu telah diturunkan dari bangunan Kedutaan Indonesia di Jalan Ampang dan diheret dengan skuter dan motosikal ke kediaman Perdana Menteri di Jalan Dato Onn.
Khalid Yunus pemberita Utusan Melayu yang dihantar untuk meliputi tunjuk perasaan itu telah bertukar menjadi penunjuk perasaan yang menurunkan simbol itu dari anjung bangunan kedutaan.
Menurut Khalid apabila sampai di kediaman Tunku, mereka telah memanggil Tunku keluar dan kemudian mengusung Tunku dan menyuruh Tunku, "pijak! pijak! pijak!" simbol yang dibawa oleh mereka itu tetapi apabila Tunku enggan, mereka meletakkan Tunku di atasnya. Tunku berkata "awatlah hampa buat aku macam ni".
Khalid nampak air mata Tunku tergenang tetapi tidak tahu sebabnya sama ada kerana terpaksa melakukan sesuatu yang bertentangan dengan jiwanya atau kerana terharu dengan sikap mereka.
Sebagai Ketua Pemberita pada masa itu saya telah menugaskan Khalid untuk meliputi suatu perhimpunan yang dirancang secara kilat bagi membalas tindakan pemuda-pemuda Indonesia di Medan menunjuk perasaan dan menawan Konsul Malaysia di Medan.
Saya yang turut hadir di perhimpunan itu akhirnya terpaksa mengambil alih tugas Khalid membuat liputan dan menulis berita mengenainya kerana beliau tidak lagi menjalankan tugasnya sebaliknya berada di barisan depan pemuda-pemuda yang berarak dari suatu perhimpunan ramai yang bermula dari Padang Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru.
Perhimpunan itu telah mendengar ucapan-ucapan penuh bersemangat dan berapi-api mengecam konfrontasi. Di antara pemidatonya ialah Ketua Pengarang Utusan Melayu, Melan Abdullah yang muncul sebagai Ketua Barisan Bertindak Rakyat Malaysia yang ditubuhkan secara kilat untuk melancarkan perang saraf ke seluruh negara bagi memerangi konfrontasi Indonesia.
Perarakan ke Jalan Ampang itu membawa sepanduk anti Parti Komunis Indonesia (PKI) dan mengecam Menteri Luar Indonesia Subandrio dan Presiden Sukarno. Salah satu sepanduk itu berbunyi "Sukarno kuda tunggangan Aidit."
perisytiharan
Tunjuk perasaan itu berlaku menjelang perisytiharan penubuhan Malaysia pada petangnya tanpa mempedulikan bantahan Indonesia yang menganggapnya sebagai gagasan penjajah. Pada hari itu juga hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia diputuskan.
Dalam perisytiharan penubuhan Malaysia itu Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman memberitahu perhimpunan lebih 20,000 orang di Stadium Merdeka.
''Kami bersedia untuk mengawal dan mempertahankan negara kami daripada serangan musuh dengan apa juga kuasa yang ada pada kami dan juga dengan nyawa kami" (lihat Looking Back )
Dalam perang saraf menentang Indonesia, Malaysia menumpukan serangan kepada PKI yang dipimpin oleh D.N. Aidit dan juga Subandrio. Sukarno lebih dilihat sebagai telah dipergunakan oleh PKI.
Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Tan Sri Ghazali Shafie telah mendapat maklumat dari berbagai sumber, tentang Sukarno tidak lagi dapat menolak kekuatan PKI. Antaranya ialah dari Duta Indonesia di Singapura, Sugiharto yang merupakan orang Sukarno.
Ghazali telah bertanya kepada Sugiharto kenapa Presiden Sukarno nampak bimbang dengan beberapa pihak yang dijemput untuk menyertai persidangan puncak antaranya dengan Tunku Abdul Rahman di Tokyo pada Jun 1963. Sugiharto memberitahu Ghazali bahawa PKI adalah sangat tidak senang dengan rancangan pertemuan ini. (Lihat buku Ghazali Shafie terbitan UKM: Memoir on The Formation of Malaysia)
Ini, kata Ghazali menghairankan kerana selalunya Sukarno bercakap besar mendakwa beliau dapat mengawal PKI dan juga PKI tidak boleh mempengaruhinya, malah ini dipercayai oleh Amerika. Sugiharto memberitahu itu "hanyalah gendang kosong" dan beliau meminta Malaysia tidak menjadikan ini sebagai propaganda. Ghazali segera sedar bahawa Sugiharto adalah president's man yang anti komunis.
Perkara ini lebih jelas lagi dalam buku Leftenan Jeneral Kemal Idirs "Bertarung dalam Revolusi. Beliau yang tidak bersetuju dengan Sukarno telah ditugaskan dalam masa konfrontasi untuk menyusun gerakan menyerang Malaysia dari Sumatera.
Mencerminkan
Di muka 191 buku ini, Kemal menulis, ''Perubahan politik Bung Karno mencerminkan suasana yang makin keruh. Semula dia beranggapan dengan karisma dan kepimpinannya dia dapat menguasai PKI. Ini meniupkan angin sejuk bagi mereka yang bergerak di tengah PKI dengan politik Nasakom (Gagasan Sukarno untuk menyatukan nasionalis, agama dan komunis).
''PKI tidak mensiasiakan kesempatan itu. Mereka duduk di pundak Bung Karno, secara cerdik mempergunakan kesempatan untuk kepentingan mereka sekali gus memupuk kekuatan di tengah masyarakat. Pada tahun 1965, pada perayaan hari ulang tahun PKI, suasana di tiap kota berubah bagaikan lautan komunis. Bendera merah bergambar pada palu arit berkibar di depan rumah anggota mahupun simpatisannya sepanjang hari baik di kota mahupun di desa.
''Bung Karno selalu merasa mampu mengatasi PKI kerana menganggap mereka adalah Komunis Nasional. Apakah Bung Karno tidak mengetahui hubungan PKI dengan China Komunis itu sangat erat? Bahkan pola PKI adalah juga pola China Komunis yang sudah beralih dari Rusia," kata Kemal.
Sebenarnya punca ketakutan di pihak tentera dan nasionalis Indonesia itu yang anti komunis adalah juga merupakan ketakutan yang pada Tunku Abdul Rahman. Tunku takut kepada komunis kerana komunis di Malaysia adalah sebahagian besar orang Cina.
Tunku telah pun memberitahu Sukarno ketika beliau menemuinya sebagai Ketua Menteri Malaya dalam tahun 1956 bahawa orang Melayu di negara kecil Malaya melihat Indonesia sebagai negara yang dapat memberikan pimpinan dan bantuan sekalipun telah merdeka dan berdaulat (Lihat Looking Back).
Tunku tentu mempunyai banyak sebab untuk tidak mahu memijak simbol negara Indonesia. Di antaranya ialah kerana sikap beliau yang sederhana yang selalu tergambar dalam pendekatan politiknya dan juga dalam sikap hidupnya.
Khalid Yunus yang mencatat sejarah sebagai orang yang berada di barisan depan dalam tunjuk perasaan yang pertama di negara ini terhadap Indonesia telah meninggalkan bidang kewartawanan di usia mudanya. Beliau menyertai politik.
Beliau antara lain pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Pertanian Tan Sri Samad Idris, Setiausaha Parlimen dan juga Timbalan Menteri Penerangan.
Sejak persaraannya dari politik, Khalid aktif dalam bidang kesukanan. Beliau sekarang menjadi Presiden Persatuan Kembara Malaysia. Jika dalam usia mudanya beliau memanjat dan memacakkan bendera Malaysia di bangunan Kedutaan Indonesia, di dalam usianya yang menjangkau 70-an beliau telah mendaki beberapa gunung di dalam dan di luar negara dan memacak bendera Malaysia di mana beliau sampai.
Di antara gunung yang telah didakinya ialah di gunung tertinggi di Perancis Mont Blanc, gunung tertinggi di benua Amerika Selatan Gunung Acongcagoa Argentina, gunung tertinggi di Afrika, Kilimanjaro Tanzania, Gunung Kerinci di Indonesia dan Gunung Everest. Sekalipun beliau tidak sampai ke puncaknya tetapi setakat mana beliau sampai di sana beliau memacakkan bendera negara.
Sumber Utusan

Negara Islam lain juga guna GST- Hasan Malek

Dikirim oleh Warieh Selasa, 17 Mac 2015 0 Komen






Tiada sebab untuk Pas mendakwa cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang akan diperkenalkan kerajaan pada 1 April ini adalah haram di sisi Islam kerana sebanyak 169 negara di dunia, termasuk negara Islam telah mengguna pakai sistem cukai itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, selain itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan juga telah membuat ketetapan hukum GST adalah harus.

“Maknanya GST tidak salah, hukumnya harus. Jadi tiada masalah,” katanya pada satu sidang media, semalam.

Menganggap dakwaan itu sebahagian daripada cabaran yang perlu ditempuhi kerajaan, Hasan turut mempersoalkan tindakan Pas yang tidak pernah membangkitkan isu itu semasa GST dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen.

“(Dakwaan GST haram) ini timbul dekat-dekat (tarikh pelaksanaannya) sahaja.

“Waktu dalam Parlimen (semasa GST dibahaskan) saya hadir, tak pernah pun timbul isu ini,” katanya.

Menurutnya, GST akan tetap dilaksanakan kerana ia telah diluluskan di peringkat Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta telah diwartakan.

Beliau turut meminta rakyat meyakini bahawa keputusan kerajaan untuk melaksanakan GST adalah untuk kemudahan dan kesejahteraan rakyat.

“Kita lakukan ini untuk negara kita. Apabila kutipan cukai banyak nanti, banyak lagi pembangunan fizikal kita dapat laksanakan terutama di kawasan luar bandar,” katanya.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kali Ke-106 yang bersidang pada 21 hingga 22 Oktober 2014 memutuskan GST adalah harus asalkan pelaksanaannya berpandukan beberapa syarat mengikut Islam.

Keputusan itu bagaimanapun dipersoal Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang menyebut GST haram dikutip kerana tidak menepati tiga syarat untuk mengharuskan cukai dalam Islam.

Katanya, tiga syarat itu ialah kerajaan benar-benar terdesak memerlukan cukai untuk menampung keperluan negara; keperluan mendesak itu berlaku bukan kerana ketirisan dan pemborosan dalam perbelanjaan; serta ia hanya boleh dikenakan kepada golongan berkemampuan yang mempunyai pendapatan melebihi keperluan.

KJ: Saya beri pandangan ikhlas

Dikirim oleh Warieh Isnin, 3 Jun 2013 0 Komen


NOR AINNA HAMZAH
3 Jun 2013
Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
"APA saya boleh buat. Saya hanya bagi pandangan ikhlas mewakili Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Itu kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berhubung reaksi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah yang terkilan dengan teguran beliau.

Khairy bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut perkara itu kerana tidak mahu ia berpanjangan ketika diajukan wartawan pada Majlis Perasmian Penutup Kursus Asas Haji di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Dato’ Haji Hassan Haji Sail, di sini, semalam.

Sebaliknya, beliau hanya menyifatkan pandangan disuarakan itu selaras dengan jawatan menteri yang menjaga perkembangan sukan tanah air.

Sebelum ini, Khairy membidas FAM dan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dengan menyifatkan kedua-dua persatuan itu tidak profesional.

FAM dikatakan tidak bertindak adil apabila memperuntukkan 60,000 tiket kepada PBNP.

Manakala, PBNP pula gagal memastikan keselamatan terjamin di Stadium Darul Makmur sehingga memaksa perlawanan terpaksa ditangguhkan.

Khairy berkata, kenyataan dibuatnya itu merupakan pandangan diambil daripada maklum balas orang ramai yang mempersoalkan keputusan diambil FAM.

Bagaimanapun, kenyataan Khairy mengundang rasa kurang senang Sultan Ahmad Shah.

'Amanah cukup berat'

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 17 Mei 2013 0 Komen


Khairy Jamaluddin
KUALA LUMPUR - Khairy Jamaluddin mengakui beliau memikul amanah yang berat apabila dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan semalam, menggantikan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang berpindah ke Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Melalui laman sosial, Twitter miliknya sebaik sahaja pelantikan semalam, beliau berkata: “Alhamdulillah dan terima kasih semua atas mesej tahniah.
“Amanah yang berat. Mohon idea dari rakan-rakan semua untuk masa depan sukan dan belia."
Sementara itu, ketika dihubungi, beliau berkata tumpuannya sudah tentu kepada pembangunan belia dan sukan.
“Saya akan cuba melakukan transformasi orang muda yang mana saya berperanan untuk lebih rapat dengan golongan tersebut," katanya.
Menurutnya, beliau memerlukan masa dua minggu untuk mendengar pandangan daripada pelbagai pihak sebelum membuat sebarang perancangan.
“Saya akan cuba melakukan transformasi dengan membawa suara anak muda ke dalam Kabinet," ujar beliau.
Khairy, yang dilahirkan pada 19 Januari 1976 adalah Menteri Belia dan Sukan paling muda yang pernah dilantik memegang jawatan tersebut.
Khairy pertama kali bertanding di Parlimen Rembau, Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan berjaya mempertahankan kerusi tersebut pada PRU-13 lalu.
Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, pernah memegang jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 2007 hingga 2010.
Khairy pernah terbabit dalam rancangan realiti sukan popular, MyTeam. Pasukan itu beraksi dalam Liga Perdana pada 2007 sebelum bergabung dengan Perak UPB dan dikenali sebagai UPB-MyTeam.
Beliau menjadi Presiden pasukan tersebut sehingga berjaya muncul naib juara Liga Perdana 2007 dan beraksi dalam Liga Super pada 2008.

Khairy Menteri Belia dan Sukan

Dikirim oleh Warieh Khamis, 16 Mei 2013 0 Komen


Wartawan Sinar Harian
15 Mei 2013
Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
SHAH ALAM - Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau, dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Minta ditubuhkan jabatan ICT

Dikirim oleh Warieh Selasa, 14 Mei 2013 0 Komen


NUR SHARIEZA ISMAIL
13 Mei 2013
Minta ditubuhkan jabatan ICT
Omar (tengah) berkesempatan melawat pengunjung yang menderma darah pada Kempen Derma Darah sempena Hari Guru 2013 anjuran NUTP Cawangan Negeri Sembilan, kelmarin.
SEREMBAN – Kerajaan diminta menubuhkan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) serta Jabatan Inovasi dalam pembentukan kabinet tidak lama lagi.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman berkata, dengan penubuhan jabatan itu, ia akan membolehkan 10,000 pegawai dan kakitangan ditempatkan di bawah satu bumbung seperti Jabatan Akauntan Negara dan Jabatan Audit Negara.

“Cadangan ini perlu dikaji kerana sudah tiba masanya pegawai dan kakitangan jabatan berkenaan perlu mempunyai jabatan sendiri memandangkan buat masa ini, mereka ditempatkan di bawah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kempen Derma Darah sempena Hari Guru 2013 anjuran Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Cawangan Negeri Sembilan, kelmarin.

Turut hadir, Presiden NUTP, Hashim Adnan; Pengerusi NUTP Negeri Sembilan, Abu Bakar Ab Rahman dan Pengerusi Cuepacs Negeri Sembilan, Sazali Hussein.

Menurut beliau, apabila tertubuhnya Jabatan ICT dan Jabatan Inovasi, ia akan menjadi lebih mudah bagi kerajaan dalam merangka perancangan untuk meningkatkan kecekapan ICT dan inovasi dalam sektor awam.

Dalam perkembangan lain, Omar berkata, Cuepacs menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang peka terhadap kebajikan penjawat awam.

“Kita mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri kerana mendapat semula mandat dan Cuepacs akan bekerjasama dengan kerajaan khususnya berkaitan kebajikan penjawat awam,” katanya.



28 April 2013
Empat peneroka dapat kebenaran cabar status Mohd Isa
Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad
JEMPOL - Kunjungan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Jempol Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad ke Pasar Besar Bahau, di sini hari ini dimanfaatkan peniaga di situ dengan menyuarakan masalah dan hasrat mereka.

Rata-rata peniaga di situ mahukan penyelesaian segera terhadap beberapa permasalahan yang dikatakan gagal diselesaikan anggota dewan undangan negeri kawasan Bahau daripada parti pembangkang.

Peniaga sayur-sayuran Abdul Rahman Ahmad, 40, yang terharu dan gembira dengan kehadiran Mohd Isa, berkata peniaga di pasar itu telah lama menuntut pasar berkenaan dinaik taraf.

Katanya ini bagi memenuhi keperluan perniagaan dan pelanggan yang semakin meningkat selain menyelesaikan masalah kesesakan di pasar itu.

"Saya sempat menyuarakan hasrat peniaga di sini kepada Tan Sri (Isa) untuk mempercepatkan proses pertukaran pasar sedia ada kepada pasar baharu untuk keselesaan peniaga dan orang ramai.

"Kami telah memberitahu kepada Majlis Daerah Jempol, namun masih tiada tindakan yang diambil. Saya berharap Tan Sri (Isa) dapat mendengar rintihan kami secara langsung agar dapat dibina pasar baru pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu, peniaga runcit Zamri Mohd Jailani, 51, berharap dengan kembalinya Mohd Isa ke Parlimen Jempol dapat membantu menyelesaikan masalah penduduk dan peniaga, seterusnya meningkatkan pendapatan.

"Kami juga berharap kehadiran Tan Sri akan merancakkan lagi pembangunan di Parlimen Jempol. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan taraf hidup penduduk di sini," katanya.

Terdahulu Mohd Isa yang mengadakan kunjungan ke pasar itu bersama calon BN bagi kerusi Dun Bahau Dr Yee Mee Faa turut beramah mesra bersama orang ramai di sekitar pekan Bahau bagi menyelami hati nurani dan permasalahan mereka. - Bernama

Rais: 10 minit bersiaran bagi setiap parti terlebih cukup

Dikirim oleh Warieh Rabu, 10 April 2013 0 Komen



10 April 2013
Rais Yatim
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim
KUALA LUMPUR - Kerajaan interim berhak menggunakan alat-alat kerajaan selagi tempoh kempen pilihan raya belum bermula, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari penamaan calon dan tempoh berkempen barulah  alat-alat kerajaan tidak boleh digunakan bagi tujuan parti.

"Tetapi penggunaan jentera kerajaan bagi tujuan pentadbiran dan fungsi eksekutif tetap seperti biasa. Hanya untuk tujuan  berkempen alatan kerajaan tidak boleh diguna," katanya ketika ditanya dakwaan kemudahan Jabatan Penerangan digunakan Barisan Nasional untuk berkempen.

Rais berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid  India bersama golongan penghibur jalanan dan anggota persatuan Karyawan, di sini hari ini.

Beliau juga menjelaskan bahawa jabatan dan agensi kerajaan masih boleh berfungsi seperti biasa mengikut Perkara 38 dan 43  Perlembagaan Persekutuan, iaitu mengenai Majlis Raja-raja dan Akta Fungsi Menteri, walaupun Dewan Rakyat telah dibubarkan. 

"Sekarang kita dalam suasana, lingkungan dan ruang tugas kerajaan sementara, kerajaan masih wujud...semua menteri berfungsi dan semua jabatan kerajaan juga seperti biasa," katanya.

Beliau berkata kecuali selepas penamaan calon, kerana pada masa itu semua agensi dan jabatan kerajaan tidak boleh mengambil  bahagian dalam apa jua program melibatkan parti politik.

Rais juga berkata tempoh siaran 10 minit bagi setiap parti untuk membentang manifesto masing-masing di stesen TV RTM diberi  hanya sekali dan bukan untuk sepanjang tempoh berkempen pilihan raya.

Katanya berdasarkan perbincangan pihak kementerian dan Jabatan Penyiaran, tempoh itu adalah mencukupi, malah lebih panjang  berbanding tempoh lima minit yang diberikan sebelum ini.

Beliau berkata tempoh itu cukup bagi membentangkan lima teks muka surat manifesto dengan langkau satu baris.

"Jadi dalam masa 10 minit, boleh menghuraikan dasar-dasar parti, intisari manifesto dan juga aku janji masing-masing," katanya. 

Dalam pada itu beliau berharap pihak pembangkang yang sebelum ini menolak untuk menggunakan kemudahan itu supaya menukar fikiran kerana peluang itu diberikan adil kepada semua parti.

"Tidak ada sebab kenapa mereka tidak mahu mengambil bahagian kecuali hanya untuk menunjukkan mereka nak perli RTM atau  Jabatan Penyiaran," katanya.

Namun begitu, beliau berkata RTM tetap akan membuat liputan berita di bawah tiga buah stesen TV dan 32 stesen radio mereka,  walaupun terhadap pihak yang tidak mahu terlibat menyiarkan manifesto mereka, dengan syarat mereka menjemput.

Dalam pada itu Rais turut menyokong kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini yang mahu Majlis Fatwa Kebangsaan meneliti semula semua kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu agama.

"...ini perkara besar...mengejutkan dan tidak pernah berlaku dahulu. Seharusnya Timbalan Perdana Menteri meminta Majlis Fatwa  membuat sesuatu yang beri panduan jelas," katanya.

Pada majlis berkenaan, Rais turut menyampaikan sumbangan RM20,000 kepada persatuan Karyawan dan 80 buah netbook  1Malaysia kepada para penghibur jalanan.

Mengulas mengenai penghibur jalanan, beliau berkata ada cadangan untuk mewujudkan skim insurans khas bagi golongan itu.

"Mereka sedang difikirkan bagi mendapatkan liputan insurans sepertimana penyanyi lain dan pelakon-pelakon di bawah  perlindungan insurans seniman, dan kami sedang mendaftarkan mereka mengikut jadual biasa," katanya.

Beliau berkata penghibur jalanan wajar mendapat peluang dan pengiktirafan dengan pelbagai bakat tinggi yang mereka ada, justeru  pihak kementerian dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, akan terus mewujudkan peluang bagi membantu mereka meningkatkan taraf hidup. - Bernama



9 April 2013
Tan Sri Mohd Isa Samad
Tan Sri Mohd Isa Samad
PEKAN - Sebanyak 180,000 pemegang saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) bakal menikmati dividen sekali lagi yang dibayar pada Julai ini, selepas pembayaran pertama dividen interim November lalu.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, dividen 8.8 sen sesaham itu akan dibayar selepas mesyuarat agung FGV bersama pemegang saham yang dijadualkan 28 Jun ini, iaitu genap setahun penyenaraian FGV di Bursa Malaysia.

"Setiap peneroka bakal mendapat dividen antara RM400 hingga RM500 seorang dengan hanya 'goyang kaki' kerana masing-masing diberikan 800 unit saham sebelum ini," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra Pengerusi Felda bersama warga Felda Gugusan Chini di Pusat Latihan Felda dekat sini, semalam.

Isa berkata, pada Ogos lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan semua pemegang saham FGV layak mendapat dividen interim sebanyak 5.5 sen sesaham.

"Ini bermakna peneroka dan pemegang saham telah memperoleh manfaat daripada dividen berkenaan, selepas FGV disenaraikan dengan mendapat keuntungan sebanyak RM1 bilion pada tahun lalu," katanya.

Beliau juga berharap peneroka tidak mudah ditipu dengan cerita yang tidak benar mengenai Felda oleh pembangkang demi meraih undi pada pilihan raya umum nanti.

"Sejak 50 tahun dulu pelbagai cerita buruk dijaja pembangkang mengenai Felda tetapi jika kita lihat pada hari ini semua yang Felda lakukan adalah demi kepentingan para peneroka," katanya.- Bernama

Golongan muda perlu jadikan Za'ba contoh survival sebuah kejayaan

JEMPOL 2 April - Golongan muda hendaklah menjadikan Pendeta Za'ba atau Allahyarham Tan Sri Zainal Abidin Ahmad sebagai contoh kelangsungan menuju kejayaan.
Ahli Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yassin berkata, ketokohan pemikir agung itu bukan sahaja sinonim dalam dunia intelektual Melayu, malah selama hayatnya, beliau berjaya membawa wacana baru dalam pemikiran masyarakat yang selama ini dikongkong oleh kolonialisme.
"Pendeta Za'ba tidak hidup seperti anak-anak hari ini, yang ada banyak kemudahan untuk menimba ilmu dan belajar.
"Za'ba menghabiskan masa petangnya untuk bermain bersama rakan tetapi masih ada ruang untuk belajar dan beliau mampu menguasai banyak bahasa yang perlu dicontohi anak muda," ujarnya.
Lilah berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian Kolokium Za'ba di Dewan Za'ba, Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir dekat sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail dan Setiausaha Kehormat Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Negeri Sembilan, Datuk Sudin Kamari.
Katanya, Za'ba mendapat pendidikan Melayu, Inggeris dan Arab, sesuatu yang jarang dimiliki oleh masyarakat Melayu pada era sebelum merdeka dan telah berjaya meletakkan dirinya sebagai tokoh pendidik, pemikir kreatif, agama dan lain-lain.
"Bagi menghargai sumbangan Pendeta Za'ba ini, usaha sedang dilakukan untuk membina sebuah perpustakaan Za'ba dan dewan terbuka. Sekarang kita sudah ada Dewan Za'ba bersebelahan Teratak Za'ba ini.
"Kita berharap selepas adanya perpustakaan ini, hasil karya tokoh agung itu dapat dihimpunkan di sini dan menjadi rujukan penting kepada pengkaji bahasa, sasterawan, pendidik, ilmuwan, pelajar dan sebagainya," ujar beliau.
Pada majlis itu juga, Lilah turut memaklumkan Lembaga Muzium negeri akan menerbitkan 20 buku modul baharu mengenai ketokohan Za'ba dan sebanyak enam buah buku mengenainya telah pun disiapkan untuk diterbitkan dalam bahasa Melayu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130403/ws_03/Golongan-muda-perlu-jadikan-Zaba-contoh-survival-sebuah-kejayaan#ixzz2PMKcunKA
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kolokium Za'ba di Batu Kikir pada 2 April

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 29 Mac 2013 0 Komen



28 Mac 2013
SEREMBAN - Lembaga Muzium Negeri Sembilan akan mengadakan kolokium Za'ba bertemakan 'Pejuang Dulu, Kini dan Selamanya' di Dewan Pendeta Za’ba, Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol 2 April ini.

Pengarahnya, Shamsuddin Ahmad berkata, program yang pertama kali diadakan itu bertujuan meningkatkan kesedaran dan penghayatan masyarakat terhadap kepentingan ilmu khusus untuk pembinaan tamadun bangsa Malaysia.

"Selain itu diharapkan melalui wacana ini masyarakat dapat menghayati semangat keintelektualan Pendeta Za'ba yang begitu hebat di samping menghargai jasa Za’ba dalam bidang bahasa, sastera, sosiobudaya, agama, politik dan pendidikan," katanya di sini, hari ini.

Shamsuddin berkata, di kolokium itu, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Datuk Ibrahim Ismail akan menyampaikan ceramah bertajuk 'Peranan Muzium Dalam Memartabatkan Tokoh-tokoh Negara' sementara Setiausaha Kehormat Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Negeri Sembilan, Datuk Sudin Kamari menyampikan ceramah bertajuk 'Semangat Perjuangan Za’ba Kepada Generasi Muda'.

Maklumat lanjut kolokium boleh diperoleh menerusi Penolong Kurator, Bahagian Pengurusan Muzium, Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Asrul Effendi Kamaruzzaman di talian 012-3923167 atau 06-7631149.- Bernama

Biografi: Rosmah nafi kaitan dengan Altantuya

Dikirim oleh Warieh Rabu, 20 Mac 2013 0 Komen



19 Mac 2013
Biografi: Rosmah nafi kaitan dengan Altantuya
Najib, Rosmah Mansor, Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah melihat buku Biografi Rosmah Mansor yang ditunjukkan oleh Shamsulbahrin Ludin (tengah). - Foto Bernama
Rosmah Mansor
Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor
KUALA LUMPUR - Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor menafikan sebarang penglibatan dalam pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu tujuh tahun lalu.

Beliau berkata demikian dalam biografinya yang dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di sini, hari ini.

Dalam biografi setebal 180 muka surat itu, Rosmah berkata, beliau menghadiri sesi berbuka puasa bersama Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam di Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2006 iaitu hari Altantuya dibunuh.

"Saya berada di bangunan Tabung Haji dari petang hingga tengah malam. Ada ramai saksi di sana," kata beliau di muka surat 140 dalam biografinya yang dijual dengan harga RM150.

"Saya takut jika cicak jatuh ke atas saya. Saya juga takut gelap. Kenapa pula saya nak panjat bukit di tempat pembunuhan?" kata Rosmah dalam buku tersebut.

Dipetik The Malaysian Insider, Rosmah menambah, beliau "disoal siasat" selama enam jam di Bukit Aman sebagai respons dari "tuduhan" ke atasnya.

Biografi tersebut menceritakan perjalanan hidup Rosmah dari remaja hingga menjadi isteri Najib.

Apabila melancarkan biografi tersebut, Dr Mahathir berkata, buku tersebut akan diedarkan ke sekolah-sekolah sebagai panduan kepada generasi akan datang "100 atau 200 tahun dari sekarang".

"Saya selalu kata pemimpin kita harus menulis pengalaman dan pemerhatian mereka. Ini adalah buku yang baik dan akan menjadi panduan kepada generasi akan datang 100 hingga 200 tahun dari sekarang," katanya lagi.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, penulisan biografi oleh pemimpin harus digalakkan kerana ia boleh menjadi sebahagian penulisan sejarah untuk merekodkan iklim keadaan yang berlaku pada ketika itu.

Beliau berkata, penulisan biografi juga penting sebagai rujukan masa depan dan untuk memberi pandangan dari sudut seseorang pemimpin itu mengenai sesuatu isu dan pengalaman.

Justeru, katanya, penulisan sedemikian juga dapat memberi peluang kepada pembaca untuk mengetahui penjelasan dari sudut pandangan orang yang menjadi sasar, dan kemudiannya membuat keputusan secara adil mengenai sesuatu isu itu.

Dipetik Bernama, katanya, buku biografi Rosmah itu akan sedikit sebanyak membantu mejelaskan tohmahan yang dibuat ke atas isteri Perdana Menteri itu.

"Buku ini mampu memberi penjelasan kepada orang ramai tentang apa yang berlaku dari sudut sasaran. Ia akan membolehkan pembaca membuat penilaian sendiri," kata beliau.

Biografi kulit keras setebal 180 muka surat itu mempunyai 12 bab yang mengisahkan perjalanan hidup beliau dari zaman kanak-kanak sehingga sekarang.

Ia turut memuatkan jawapan Rosmah terhadap pelbagai persoalan yang disering dikaitkan dengan beliau.

Buku itu ditulis oleh penggiat teater dan novelis Siti Rohayah Attan dan Noraini Abd Razak dan diterbitkan oleh Yayasan Amanah Perdana Malaysia (YAPM).

Pengerusi YAPM Shamsulbahrin Ludin berkata buku itu sepatutnya dipasarkan Januari lepas, tetapi ditangguh untuk memasukkan bahan serta gambar tambahan terkini, termasuk lawatan beliau ke Gaza bersama Perdana Menteri awal tahun ini.

Sementara itu, Rosmah memberitahu pemberita selepas sesi tandatangan buku itu, bab kegemaran beliau dalam biografi itu ialah 'Pandangan Kenalan' dan 'Menjawab Persoalan' kerana ia memberi peluang untuk beliau menjawab tohmahan dan fitnah yang
dilemparkan terhadapnya.

Biografi itu dijual pada harga RM150 senaskhah dan setakat ini, 500,000 naskhah telah dijual dengan 50 peratus daripada hasil jualan didermakan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana.



17 Mac 2013
KUALA LUMPUR -  Pengerusi Kumpulan Ambank Tan Sri Azman Hashim dan isterinya, Tunku Arishah Tunku Maamor, menyumbang RM1 bilion kepada Yayasan Azman Hashim sempena sambutan ulang tahun ke-50 perkahwinan mereka.

Yayasan itu, yang ditubuh pada 5 Januari 1991, akan mengagih dana berkenaan kepada pelbagai program kebajikan dan pembangunan pendidikan di negara ini. Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud berkenan melancarkan secara rasmi Yayasan Azman Hashim di sini malam tadi.

Yayasan itu pernah menyumbang RM42 juta untuk pembangunan pendidikan di beberapa institusi pengajian tinggi awam di negara ini, termasuk pembinaan sebuah kompleks pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bernilai RM7 juta.
Selain itu, sumbangan berkenaan diguna untuk membina sebuah bangunan baharu bernilai RM25 juta bagi menampung keperluan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan di Universiti Malaya dan RM10 juta bagi membina sebuah bangunan untuk kegiatan sukan di Universiti Sains Malaysia. - Bernama

Yayasan Felda salur RM22j bantu baiki rumah

Dikirim oleh Warieh Sabtu, 16 Mac 2013 0 Komen

 

Yayasan Felda salur RM22j bantu baiki rumah

TELOK KEMANG 15 Mac - Yayasan Felda memperuntukkan sebanyak RM22 juta bagi membaiki rumah-rumah yang berhampiran tanah rancangan Felda di seluruh negara sejak Jun tahun lalu.
Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, peruntukan fasa pertama di bawah program Baiki Rumah itu akan disalurkan kepada pemohon yang layak sehingga Jun tahun ini.
''Dalam fasa pertama itu, kita menyasarkan untuk membaiki sebanyak 4,000 unit rumah namun sehingga kini, kita telah berjaya membaiki sebanyak 4,500 unit rumah.
''Kita mungkin mampu untuk membaiki 5,000 buah unit di bawah fasa pertama yang masih mempunyai baki tiga bulan lagi," katanya kepada Utusan Malaysia dalam Program 1Malaysia peringkat Dewan Undangan Linggi dekat sini hari ini.
Jelasnya, penduduk yang berada di kawasan berhampiran tanah rancangan Felda yang ingin membaiki rumah mereka boleh memohon kepada pemimpin setempat.

FGVH berhasrat tembusi pasaran Afrika

Dikirim oleh Warieh Selasa, 12 Mac 2013 0 Komen


JEMPOL 11 Mac - Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGVH) masih membuat kajian untuk menembusi pasaran di benua Afrika seperti yang dirancang sebelum ini.
Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, antaranya FGVH perlu melihat keluasan dan kesesuaian tanah yang ada di kawasan tersebut.
"Walaupun bakal mengambil masa, kita tetap berhasrat untuk mengembangkan pasaran FGVH ke benua tersebut," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Graduasi Sesi 2/2012 Kolej Yayasan Felda di Dewan Kompleks Belia dan Sukan dekat sini semalam.
Pada majlis itu, seramai 128 pelajar Kolej Yayasan Felda Kampus Raja Alias dekat sini dan Kolej Yayasan Felda Kampus Kelana Jaya menerima sijil masing-masing.
Yang turut hadir, Ketua Eksekutif Yayasan Felda, Datuk Dr. Emel Faizal Mohd. Mokhtar.


PUTRAJAYA 11 Mac - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 (MAPPA XIII).
Presidennya, Datuk Omar Osman (gambar) berkata, berita baik tersebut sememangnya dinanti-nantikan hampir 1.4 juta penjawat awam di seluruh negara dan diyakini mampu menjadikan mereka lebih produktif.
"Penjawat awam diingatkan supaya meningkatkan produktiviti dan mengikut saranan yang diberikan oleh Perdana Menteri.
"Iaitu jangan rasuah, menyalahguna kuasa dan jangan menyampaikan maklumat ke luar daripada lingkungan kita," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai pengumuman berita baik Perdana Menteri untuk penjawat awam sempena MAPPA XIII.
Menurut Omar, pihaknya bersetuju dengan langkah kerajaan menyelaraskan gred gaji pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Perkhidmatan Awam Am.
Beliau berkata, langkah drastik kerajaan itu perlu untuk menghormati peranan yang dimainkan oleh anggota keselamatan selama ini.
"Selepas ini ramai yang akan menyertai tentera dan polis disebabkan langkah penyelarasan ini," katanya.


Acara kemuncak persembahan kebudayaan gabungan antara penari-penari Malaysia dan Indonesia pada majlis Pelancaran Yayasan Ikatan Rakyat Malaysia-Indonesia dan Konsert Nusantara di Istana Budaya di sini hari ini. - BERNAMA
SERUMPUN... D.r Rais Yatim (tiga, kiri) bersalaman dengan Herman Prayitno (empat, kanan) pada majlis Pelancaran Yayasan Ikatan Rakyat Malaysia-Indonesia dan Konsert Nusantara di Istana Budaya di sini hari ini. Turut kelihatan isteri Rais, Datin Seri Maznah Rais (dua, kiri). - BERNAMA
KUALA LUMPUR 8 Mac - Seni dan budaya boleh dijadikan jambatan dalam mengeratkan lagi hubungan rakyat Malaysia dan Indonesia selain bidang politik dan ekonomi, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
Beliau berkata, kedua-dua elemen tersebut sememangnya diminati rakyat di kedua-dua negara, justeru ia mampu diterjemahkan ke arah mencapai matlamat itu.
"Ramai orang berminat berseni dan berbudaya sebab itu kita katakan rama-rama sikumbang jati, minum manisan di dalam gua, majulah budaya dan seni, dakaplah warisan dan budaya," katanya sebelum merasmikan Konsert Nusantara di Istana Budaya, di sini malam ini.
Konsert tiga hari bermula hari ini yang bertemakan serumpun budaya itu diilhamkan sendiri Rais, menghimpunkan penyanyi terkenal dari kedua-dua negara dengan tujuan perkongsian budaya dan seni.
Turut hadir pada konsert itu ialah isteri beliau, Datin Seri Maznah Rais dan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno.
Pada majlis itu, Rais turut melancarkan Yayasan Ikatan Rakyat Malaysia-Indonesia (Yirmi).
Menurut Rais, perjuangan mengeratkan hubungan dua negara yang semurninya ialah menerusi pemupukan seni dan budaya yang seterusnya akan mengingatkan kembali rakyat bahawa kedua-dua negara adalah serumpun.
"Inilah harapan kita untuk menemukan yang lama dengan yang baharu, mencetuskan kasih dan sayang, di samping itu membawa kita untuk bertanya kembali, semenjak dulunya sebelum terkembang (kedua negara) kita satu, sebelum letusan Gunung Merapi kita satu...," katanya.
Mengenai Yirmi, Rais berkata, ia ditubuhkan dengan tujuan menyatukan kedua-dua buah negara bagi menyalurkan pendidikan, penerangan dan seni budaya. Bercakap pada sidang media kemudian, Rais berkata, melalui Yirmi, kedua-dua negara akan saling bertukar program sekurang-kurangnya dua kali setahun.
"Kita akan terus cetuskan idea pemikiran bagaimana aspek penerangan, kebudayaan dan seni dua buah negara ini dirapatkan lagi, kita akan berhubung terus sama ada menerusi NGO (pertubuhan bukan kerajaan) atau sektor pembelajaran sekali gus melibatkan pakar seni dan budaya dua negara," katanya.
Beliau berkata Yirmi yang bertujuan mewujudkan keharmonian antara rakyat, akan turut memberi peluang kepada mahasiswa menjalankan penyelidikan khususnya dalam aspek seni dan budaya negara masing-masing. - BERNAMA

Apo Kono Eh Jang idea Stellar

Dikirim oleh Warieh Selasa, 26 Februari 2013 0 Komen



STELLAR kini dalam proses merakam semula lagu popular Wings, Peronda Jaket Biru.


MENJANGKAU jumlah tontonan terkini 2.79 juta di laman sosial YouTube, lagu Apo Kono Eh Jang ternyata mencipta fenomena sendiri di Malaysia.
Kelainan lagu yang telah mengungguli carta di beberapa stesen radio tempatan selain menampilkan irama moden yang berbeza daripada versi asal dendangan Ally Noor dan Mastura, lagu itu sebenarnya mengambil masa lebih setahun untuk disiapkan sepenuhnya.
"Nampak mudah tapi sebenarnya untuk mengadunkan bunyi-bunyi moden bersifat urban rock dan diselarikan dengan citarasa semasa bukan senang. Lagu itu mula melalui proses prarakaman pada tahun 2010 lagi hingga akhirnya disiapkan pada tahun lalu sebelum meletus," kata pengasas kumpulan Stellar, Badrul Hisham Abdullah (gitaris) atau mesra dipanggil Bad.
Hakikat bahawa populariti kumpulan yang terdiri daripada empat anak muda antara lainnya Mohd. Helmi Abdul Rahim (vokalis), Mohd. Herwan Sairon (bass) dan Mohd. Azrul Hayat Ismail (drum) tidak sehebat kejayaan lagu Apo Kono Eh Jang diakui mereka.
Tumpang populariti
Menurut Bad, dia percaya akan kekuatan lagu itu yang ternyata menarik didengari dan senang masuk ke dalam jiwa peminat, namun populariti kumpulannya bukan prioriti sementelah kemasyhuran itu datang sepantas kilat.
"Keutamaan kami adalah lagu bukannya latar belakang kami. Apabila orang mengenali lagu dan muzik itu popular, dengan sendirinya orang akan mula mengenali kami.
"Formula ini kami akan praktikkan untuk lagu-lagu seterusnya dan berani mencuba sesuatu yang baharu," katanya yang juga muncul dengan lagu rakyat negeri Perak, Wan Lebur bersama Usop Wilcha.
Ditanya adakah mereka menumpang populariti Datuk AC Mizal dan Fida apabila lagu Apo Kono Eh Jang turut melibatkan kolaborasi kedua-dua selebriti itu, kata Badrul, mereka mempunyai agenda sendiri.
"Masing-masing ada perancangan karier termasuk AC Mizal dan Fida. Mereka pun ada strategi tersendiri selepas lagu ini popular begitu juga kami.
"Lagipun, lagu ini pada mulanya kami yang gubah dan idea asal datang daripada Stellar. Kami setuju untuk membuang rasa ego untuk berkolaborasi dengan AC Mizal dan Fida, malah kami juga pernah membuat persembahan tanpa mereka berdua, jadi tiada isu tumpang populariti sesiapa," ujarnya.
Kolaborasi bersama AC dan Fida adalah cetusan idea oleh Sheikh Qalam Records Sdn. Bhd. dan ledakan populariti lagu Apo Kono Eh Jang menjadi bonus apabila kedua-dua penyanyi itu berasal dari Negeri Sembilan.
Rap minang
Antara faktor Apo Kono Eh Jang menjadi popular kerana keunikan lirik rap dialek Minang oleh AC. Kata Bad lagi, selain lirik yang menyampaikan mesej mendalam dan bermakna, rap minang itu juga merupakan pembaharuan dalam dunia seni suara.
"Lagu itu jadi sedap kerana rap Minang, tidak dinafikan kolaborasi bersama AC Mizal menjadi. Biarpun lirik dialek Minang itu sukar difahami, ia tidak menjadi halangan untuk lagu itu terus berkembang," jelasnya.
Sementara itu, Bad turut menjawab dakwaan bahawa lagu itu mengandungi lirik berbaur lucah dan kasar sekali gus dilihat suatu percubaan untuk melacurkan bahasa serta menyampaikan mesej tidak sihat.
"Memang pada mulanya kami khuatir lagu ini akan diharamkan tapi itulah yang dikatakan lagu rakyat dan kerisauan sentimen bahasa itu memang tidak diragui.
"Saya rasa populariti telah mengatasi masalah itu dan perkataan yang digunakan bukan bahasa yang kasar dan lucah. Telanjang contohnya lebih sopan berbanding bogel.
"Bahasa negeri yang dirapkan bukan menjadi satu isu untuk diperdebatkan kerana itu keunikan dan promosi tidak langsung Negeri Sembilan kepada orang luar," hurainya.
Stellar ditubuhkan selepas kumpulan The Muffins terkubur pada tahun 2008. Kumpulan itu pernah menerbitkan sebuah album EP berjudul Cinta Hingga Ke Hujung Galaksi pada tahun 2009 dan sebuah album penuh Kisah Bintang Pecinta (2010).
Kini, mereka dalam proses untuk merakamkan semula lagu hit Wings, Peronda Jaket Biru serta sebuah single daripada album EP, Cinta Hingga Hujung Galaksi. - KHAIRUL AMRI HASSAN

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook