Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Yayasan Felda salur RM22j bantu baiki rumah

Dikirim oleh Warieh Sabtu, 16 Mac 2013

 

Yayasan Felda salur RM22j bantu baiki rumah

TELOK KEMANG 15 Mac - Yayasan Felda memperuntukkan sebanyak RM22 juta bagi membaiki rumah-rumah yang berhampiran tanah rancangan Felda di seluruh negara sejak Jun tahun lalu.
Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, peruntukan fasa pertama di bawah program Baiki Rumah itu akan disalurkan kepada pemohon yang layak sehingga Jun tahun ini.
''Dalam fasa pertama itu, kita menyasarkan untuk membaiki sebanyak 4,000 unit rumah namun sehingga kini, kita telah berjaya membaiki sebanyak 4,500 unit rumah.
''Kita mungkin mampu untuk membaiki 5,000 buah unit di bawah fasa pertama yang masih mempunyai baki tiga bulan lagi," katanya kepada Utusan Malaysia dalam Program 1Malaysia peringkat Dewan Undangan Linggi dekat sini hari ini.
Jelasnya, penduduk yang berada di kawasan berhampiran tanah rancangan Felda yang ingin membaiki rumah mereka boleh memohon kepada pemimpin setempat.
''Bagaimanapun, hanya mereka yang memiliki kriteria ditetapkan layak menerima bantuan berkenaan. Malah sebelum permohonan diluluskan, pemimpin setempat akan melawat kediaman mereka bagi melihat kerosakan rumah mereka," ujarnya.
Menurut Mohd. Isa, setiap rumah diperuntukkan sebanyak RM5,000 maksimum dengan jumlah peruntukan yang disalurkan berbeza dan bergantung pada kerosakan rumah yang dibaiki.
Tambahnya, program tersebut dilaksanakan bagi membalas budi penduduk kampung berhampiran dengan tanah rancangan yang telah membantu kerajaan dalam menjayakan Felda.
''Ketika Felda baru ditubuhkan, penduduk yang tinggal berdekatan dengan tanah rancangan banyak membantu kerajaan dan para peneroka dari pelbagai aspek seperti penginapan.
''Apabila Felda telah berjaya, kita mengenang jasa itu dengan membantu mereka kembali," jelasnya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook