Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2



SEREMBAN 15 Mac - Sebanyak 300 pengamal perubatan tempatan dan antarabangsa menghadiri Persidangan Antarabangsa Trend, Cabaran dan Masa Depan dalam Bidang Pendidikan Kesihatan Multi Disiplin anjuran KPJ Healthcare University College (KPJUC).
Persidangan selama dua hari sejak semalam telah diadakan di Hotel Istana, Kuala Lumpur.
Pro Canselor dan Pengerusi KPJUC, Datin Paduka Siti Sa'adiah Sheikh Bakir berkata, program itu secara asasnya untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang pendekatan penjagaan kesihatan secara multi disiplin.
"Tujuan utama program ini adalah untuk menyediakan platform bagi para pengamal perubatan mempelajari dan memahami dengan lebih mendalam tentang penjagaan kesihatan secara multi disiplin yang dianggap sangat efektif dalam bidang perubatan dan pelajaran.
"Persidangan yang berbentuk interaktif ini juga membuka peluang kepada penceramah dan peserta untuk membincangkan isu-isu terkini, strategi dan cabaran yang timbul dalam bidang multi disiplin semasa diajar di dalam kelas atau dipraktikkan di hospital," katanya kepada Utusan Malaysia pada sidang media yang diadakan di Hotel Istana, Kuala Lumpur.
Yang turut hadir Pengerusi KPJUC, Datuk Prof. Dr. Lokman Saim dan Naib Canselor KPJUC, Prof. Dr. Durrishah Idrus.
Sementara itu, menurut Lokman, perkhidmatan penjagaan kesihatan yang terbaik adalah menerusi gabungan kerjasama antara sekumpulan professional perubatan yang mempunyai latarbelakang dalam multi disiplin masing-masing.
"KPJUC telah membina program, kokurikulum dan cara latihan yang memberikan peluang kepada pelajar daripada pelbagai bidang kesihatan untuk belajar, berinteraksi, berbincang dan bekerja sebagai sebuah kumpulan dalam mengubati pesakit," katanya.
Peserta dari Health Centre, Osum State University, Nigeria, Kolade Oluremi, 36, berpendapat, pendekatan secara multi disiplin dalam bidang perubatan adalah sesuatu yang amat baik dan patut dijalankan di semua hospital.
"Dengan cara ini, semua professional perubatan akan bersama-sama berbincang cara yang paling efektif dan selamat untuk mengubati seorang pesakit," katanya.
Penceramah, Justin Samson yang mewakili KPJUC berkata, program itu bukan sahaja penting untuk pengamal perubatan, malah untuk pengetahuan orang ramai.
"Sebagai contoh, hari ini saya akan memberikan ceramah tentang bagaimana kita boleh membuat rawatan membuang ketumbuhan fibroid yang sering terjadi pada kaum wanita tanpa membuat apa-apa pembedahan dan dengan harga yang lebih murah.
"Cara ini telah dilakukan di India sejak lima tahun yang lalu, namun begitu, di sini masih dianggap baharu, jadi saya rasa tahap kesedaran orang ramai terhadap teknologi terkini yang mampu kita hasilkan adalah masih rendah dan itulah tujuannya persidangan ini," katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook