Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Memaparkan catatan dengan label Pilihanraya Umum 13. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pilihanraya Umum 13. Papar semua catatan

Parlimen Kuala Pilah menang besar

Dikirim oleh Warieh Selasa, 7 Mei 2013 0 Komen


Wartawan Sinar Harian
7 Mei 2013
Parlimen Kuala Pilah menang besar
Ismail ceria selepas diumumkan Adun Senaling di dewan Datuk Bahaman Kuala Pilah.
KUALA PILAH – Parlimen Kuala Pilah sekali lagi menang besar apabila calon Barisan Nasional (BN) yang dipertaruhkan berjaya diangkat sebagai Ahli Parlimen dan Adun bagi setiap kawasan yang dipertandingkan.

Ketua Umno Bahagian Kuala Pilah yang juga Adun Senaling Datuk Ismail Lasim berkata, Umno menerusi BN terus diberi mandat kepercayaan untuk menerajui Kuala Pilah sekali gus menjadi pilihan rakyat di sini.

“Kemenangan 6-0 iaitu satu Parlimen dan lima Dun yang memihak kepada BN, ialah suatu perkara yang amat menggembirakan sekali gus menjadikan Parlimen Kuala Pilah kubu kuat BN di Negeri Sembilan.

“Selaku Ketua Umno di sini, sukacita saya katakan, semua calon yang dipertandingkan diberi kepercayaan oleh rakyat untuk menjadi wakil kepada mereka dalam segala urusan kemasyarakatan, kebajikan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian, selepas ditemui di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi P129 Kuala Pilah bertempat Dewan Datuk Bahaman, kelmarin.

Ismail berkata, sepanjang rekod mengadakan pilihan raya umum, Parlimen Kuala Pilah tidak pernah sekalipun tewas ke tangan pihak pembangkang.

“Meskipun PRU13, keadaan agak sengit, tetapi Umno masih lagi bertapak kuat di Parlimen Kuala Pilah.

“Terima kasih kepada komponen Barisan Nasional seperti MCA, MIC, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Progresif Penduduk (PPP) kerana banyak membantu menempah kejayaan pada kali ini.

“Saya turut bangga kerana kejayaan ini, kita telah menyumbang besar kepada pembentukan kerajaan di Negeri Sembilan dan itulah yang kita harapkan selama ini.

Kepercayaan terus diberikan, dan Insya ALLAH, kita bersama membangunkan Kuala Pilah dan Negeri Sembilan,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya, azam selepas menjadi wakil rakyat, beliau menyatakan hasrat untuk menterjemahkan kepercayaan rakyat kepada BN menerusi perkhidmatan terbaik.

“Saya bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain, akan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat, membela nasib rakyat khususnya kepada orang Melayu yang jelas memberi sokongan penuh kepada calon BN.

“Saya nyatakan seperti itu, berdasarkan kepada analisis keputusan PRU kali ini, memang masyarakat di kampung tradisional sangat setia kepada BN. Jadi, kita akan bantu mereka kerana sekali lagi memberi kepercayaan kepada calon BN untuk terus menerajui dan melestarikan pembangunan di sini,” katanya.

AISHAH (KALAH) VS ISA SAMAD P127- JEMPOL

MOHAMAD HASAN (MENANG) VS AISHAH LAMSAH - N13 RANTAU

WAN SALWATI (BN) TUMPAS - N 128 SIKAMAT

KAMARUL BAHRAIN (PKR) MENANG P132 -TELOK KEMANG

KAWASAN PILIHANRAYA PARLIMEN & DEWAN UNDANGAN NEGERI

Parliament & State Constituencies
PERATUS UNDI

Voting Percentage
UNDI DITOLAK

Votes Rejected
NAMA-NAMA CALON DAN PARTI

Names Of Candidates And Party
UNDI YANG DIPEROLEHI

Votes Polled
STATUS

Status
MAJORITI

Majority
 
P126 JELEBU 84.6 756 1. ZAINUDIN BIN ISMAIL (BN) 22114 MNG 7101




2. RAJ MUNNI BINTI SABU (PAS) 15013 KLH

N12601 - CHENNAH 84 189 1. SIOW FOO WEN (BN) 4030 KLH




2. LOKE SIEW FOOK (DAP) 5128 MNG 1098

N12602 - PERTANG 83.6 123 1. JALALUDDIN BIN ALIAS (BN) 5090 MNG 2163




2. MUHAMAD SYAMWILL BIN MERTADZA (PKR) 2927 KLH

N12603 - SUNGAI LUI 85.4 284 1. NOR ANIF BIN SELAMAT (PAS) 3039 KLH




2. MOHD. RAZI BIN MOHD. ALI (BN) 9029 MNG 5990

N12604 - KLAWANG 85.1 122 1. ROSLI BIN YAAKOP (PAS) 3822 KLH




2. YUNUS BIN RAHMAT (BN) 4104 MNG 282
P127 JEMPOL 84.1 1097 1. WAN AISHAH BINTI WAN ARIFFIN (PAS) 22495 KLH




2. MOHD ISA BIN ABDUL SAMAD (BN) 31109 MNG 8614

N12705 - SERTING 85.1 252 1. ABD RAHMAN BIN RAMLI (PAS) 5365 KLH




2. SHAMSHULKAHAR MOHD DELI (BN) 10807 MNG 5442

N12706 - PALONG 87.2 209 1. LILAH BIN YASIN (BN) 11090 MNG 8456




2. REBIN BIN BIRHAM (PKR) 2634 KLH

N12707 - JERAM PADANG 81.2 250 1. MAZAVAN A/L A RAMAN NAIR (BEBAS) 45 HD




2. MANICKAM A/L LETCHUMAN (BN) 5690 MNG 2691




3. KUMAR A/L THURAISINGHAM (PKR) 2999 KLH




4. ZAILANI BIN ZAKARIA (BEBAS) 201 HD

N12708 - BAHAU 82.3 288 1. CHEW SEH YONG (DAP) 9998 MNG 5136




2. YEE MEE FAA (BN) 4862 KLH
P128 SEREMBAN 85.7 1486 1. ABDUL HALIM BIN ABDULLAH (BERJASA) 6866 HD




2. JOHN A/L FERNANDEZ (BEBAS) 221 HD




3. BUJANG BIN ABU (BEBAS) 83 HD




4. LOKE SIEW FOOK (DAP) 45628 MNG 12553




5. YEOW CHAI THIAM (BN) 33075 KLH

N12809 - LENGGENG 87 186 1. ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR (PAS) 5112 KLH




2. ZULKIFLI BIN ABDULLAH (BEBAS) 812 HD




3. ISHAK BIN ISMAIL (BN) 7170 MNG 2058

N12810 - NILAI 85.3 327 1. S. KARUPIAH @ RAJASHEGHER A/L K. SITHAMBAM (BEBAS) 47 HD




2. AHMAD KAMARULZAMAN BIN ABU (BEBAS) 490 HD




3. GAN CHEE BIOW (BN) 6331 KLH




4. ARUL KUMAR A/L JAMBUNATHAN (DAP) 10378 MNG 4047

N12811 - LOBAK 84.4 207 1. HOW KOK YEW @ HO KOK YEW (BN) 3610 KLH




2. SIOW KIM LEONG (DAP) 11880 MNG 8270

N12812 - TEMIANG 85.3 196 1. LEE KEE CHONG (BN) 3801 KLH




2. NG CHIN TSAI (DAP) 5478 MNG 1677

N12813 - SIKAMAT 86.3 210 1. AMINUDDIN BIN HARUN (PKR) 8584 MNG 510




2. WAN SALWATI BINTI ABDULLAH (BN) 8074 KLH

N12814 - AMPANGAN 85.8 187 1. KAMARUL BAHARIN ABBAS (PKR) 7101 KLH




2. ABU UBAIDAH BIN HAJI REDZA (BN) 7190 MNG 89
P129 KUALA PILAH 84.5 794 1. HASAN BIN MALEK (BN) 24507 MNG 9661




2. MOHD NAZREE BIN MOHD YUNUS (PKR) 14846 KLH

N12915 - JUASSEH 84.6 145 1. ROSLI BIN OMAR (PKR) 3101 KLH




2. MOHAMMAD RAZI BIN KAIL (BN) 4789 MNG 1688

N12916 - SERI MENANTI 84.4 154 1. TENGKU ZAMRAH BINTI TENGKU SULAIMAN (PKR) 2142 KLH




2. ABD SAMAD BIN IBRAHIM (BN) 4538 MNG 2396




3. MD ALI BIN MUSTAFA (BEBAS) 103 HD

N12917 - SENALING 86 129 1. ISMAIL BIN LASIM (BN) 4450 MNG 2151




2. ZAHARUDIN BIN OTHMAN (PAS) 2299 KLH

N12918 - PILAH 83.5 169 1. NORHAYATI BINTI OMAR (BN) 5039 MNG 113




2. MOHAMAD NAZARUDDIN BIN SABTU (PKR) 4926 KLH

N12919 - JOHOL 84.6 190 1. NOR AZMAN BIN MOHAMAD (PAS) 3318 KLH




2. ABU SAMAH BIN MAHAT (BN) 4662 MNG 1344
P130 RASAH 85.8 1208 1. TEO ENG KIAN (BN) 25479 KLH




2. TEO KOK SEONG (DAP) 48964 MNG 23485

N13020 - LABU 86 263 1. MOHD KHAIRIL ANUAR BIN MOHD WAFA (PAS) 5571 KLH




2. HASIM BIN RUSDI (BN) 7082 MNG 1511

N13021 - BUKIT KEPAYANG 86.4 150 1. WONG OI FOON (BN) 4524 KLH




2. CHA KEE CHIN (DAP) 13981 MNG 9457




3. VIJAIYAN A/L SIVANATHAN (BEBAS) 130 HD

N13022 - RAHANG 83.2 195 1. MARRY JOSEPHINE PRITTAM SINGH (DAP) 7166 MNG 1964




2. WONG PIK MIN (BN) 5202 KLH

N13023 - MAMBAU 87.2 194 1. YU CHOK TOW (BN) 4141 KLH




2. YAP YEW WENG (DAP) 13518 MNG 9377

N13024 - SENAWANG 85.9 180 1. CHOONG VEE HING (BN) 4205 KLH




2. KARTHIGESAN A/L SHANMUGAM (BEBAS) 120 HD




3. GUNASEKAREN A/L PALASAMY (DAP) 9010 MNG 4805
P131 REMBAU 87.3 1214 1. ABDUL AZIZ BIN HASSAN (BEBAS) 325 HD




2. KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR (BN) 43053 MNG 18357




3. RADZALI BIN A. GHANI (PKR) 24696 KLH

N13125 - PAROI 87.9 230 1. MOHD GHAZALI BIN ABD WAHID (BN) 14896 MNG 2184




2. MOHAMAD TAUFEK BIN ABD GHANI (PAS) 12712 KLH

N13126 - CHEMBONG 86.6 230 1. KAMAROL RIDZUAN BIN MOHD ZAIN (PAS) 3673 KLH




2. ZAIFULBAHRI BIN IDRIS (BN) 10153 MNG 6480

N13127 - RANTAU 87.3 239 1. MOHAMAD BIN HAJI HASAN (BN) 10126 MNG 4613




2. AISAH BINTI LAMSAH (PKR) 5513 KLH

N13128 - KOTA 86.5 183 1. GHAZALI BIN MOHD SHOM (PAS) 3129 KLH




2. AWALUDIN BIN SAID (BN) 8131 MNG 5002
P132 TELOK KEMANG 85 1344 1. KAMARUDIN KUMARAVEL BIN ABDULLAH (BEBAS) 394 HD




2. KAMARUL BAHARIN BIN ABBAS (PKR) 29848 MNG 1579




3. MOGAN A/L VELAYATHAM (BN) 28269 KLH

N13229 - CHUAH 85.7 150 1. LIN CHIN FUI (BN) 3423 KLH




2. CHAI TONG CHAI (PKR) 5957 MNG 2534

N13230 - LUKUT 86.5 190 1. EAN YONG TIN SIN (DAP) 7692 MNG 3954




2. YEONG SENG WONG (BN) 3738 KLH

N13231 - BAGAN PINANG 84.9 375 1. TUN HAIRUDIN BIN ABU BAKAR (BN) 10206 MNG 6067




2. RAMLI BIN ISMAIL (PAS) 4139 KLH

N13232 - LINGGI 85.4 263 1. ABDUL RAHMAN BIN MOHD REDZA (BN) 7859 MNG 3260




2. ROSMAN BIN JONET (PKR) 4599 KLH

N13233 - PORT DICKSON 82.8 202 1. DANIEL A/L SIMON (BEBAS) 70 HD




2. TANALETCHUMY A/L PALANISAMY (BN) 4287 KLH




3. RAVI A/L MUNUSAMY (PKR) 6709 MNG 2422
P133 TAMPIN 85.2 1042 1. ABDUL RAZAKEK BIN ABDUL RAHIM (PAS) 18228 KLH




2. SHAZIMAN BIN ABU MANSOR (BN) 29390 MNG 11162

N13334 - GEMAS 85.9 351 1. ABD RAZAK BIN AB SAID (BN) 15040 MNG 10911




2. KARIP BIN MOHD SALLEH (PKR) 4129 KLH

N13335 - GEMENCHEH 83.6 286 1. MOHD ISAM BIN MOHD ISA (BN) 7782 MNG 3025




2. MOHD NOR BIN YASSIN (PAS) 4757 KLH

N13336 - REPAH 85.7 291 1. VEERAPAN A/L SUPERAMANIAM (DAP) 8293 MNG 1944




2. YAP SEONG FOOK (BN) 6349 KLH




3. HAJI FADZIL BIN A BAKAR (BEBAS) 1390 HD


Summary :
PARTI POLITIK & CALON BEBAS MENGIKUT TIAP-TIAP KAWASAN DEWAN UNDANGAN NEGERI

Political Party & Independent Candidate According to State Constituencies
JUMLAH KERUSI YANG DIPEROLEHI OLEH TIAP-TIAP PARTI POLITIK & CALON BEBAS MENGIKUT KAWASAN-KAWASAN PILIHANRAYA DEWAN UNDANGAN NEGERI

The Number Of Seats Captured By Political Party & Independent Candidate Based On State
PERATUS (%)

Percentage (%)
BN 22 61.11     
DAP 11 30.56     
PKR 3 8.33     
TOTAL 36 100.00  




SEREMBAN - Barisan Nasional (BN) berjaya mengekal menubuh kerajaan di Negeri Sembilan selepas memenangi 22 kerusi daripada 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) mengalahkan pakatan pembangkang yang mendapat 14 kerusi DUN.
BN menang di kerusi DUN Pertang, Sungai Lui, Klawang, Serting, Palong, Jeram Padang, Lenggeng, Ampangan, Juasseh, Seri Menanti, Senaling, Pilah, Johol dan Labu, Paroi, Chembong, Rantau, Kota, Bagan Pinang, Linggi, Gemencheh dan Gemas.
Pembangkang pula memenangi 14 kerusi DUN, DAP menang 11 kerusi manakala PKR memenangi tiga kerusi iaitu di Chennah, Nilai, Lobak, Temiang, Sikamat, Bukit Kepayang, Rahang, Mambau, Senawang, Chuah, Lukut, Port Dickson, Bahau dan Repah.
Bagi kerusi Parlimen, BN memperoleh lima kerusi dan pembangkang mendapat tiga kerusi.

Kecoh di tiga pusat undi

Dikirim oleh Warieh 0 Komen


NURULATIQ AHMAD BANDI
6 Mei 2013
kecoh
Penyokong Pakatan Rakyat meletakkan kenderaan mereka di pintu pagar utama SK Kampung Sawah dipercayai untuk menghalang kenderaan SPR keluar membawa undi ke Pusat Penjumlahan Und
kecoh
Kereta rasmi ketua polis, Superintendan Abd Wahab Harun dikelilingi orang ramai yang berhimpun membuat kecoh di pintu pagar masuk SJKC Chung Hua Lukut.
Anggota LSF tiba di SJKC Chung Hua Lukut.
Anggota LSF tiba di SJKC Chung Hua Lukut.
PORT DICKSON - Ketenangan sepanjang waktu mengundi disudahi dengan insiden kekecohan di tiga pusat mengundi kawasan Telok Kemang pada jam 5 petang semalam.

Tiga pusat mengundi berkenaan adalah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Lukut, Sekolah Kebangsaan Kampung Sawah dan SJKC Kampung Baru Sungai Nipah.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada penyokong yang tidak berpuas hati selepas mendapati Ketua Pusat Mengundi (KPM) enggan mengesahkan borang penjumlahan undi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Bagaimanapun selepas perbincangan dilakukan bersama calon dan ejen calon yang menasihatkan agar penyokong masing-masing bersurai, mereka akhirnya akur.

“Kekecohan itu mengakibatkan proses membawa kertas undi berserta keputusan ke Pusat Penjumlahan Undi Port Dickson di Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson terlewat dari waktu asal namun semuanya berjaya diselesaikan tanpa insiden tidak diingini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Abd Wahab berkata, dalam kejadian di SJKC Chung Hua Lukut, polis terpaksa mengerahkan Light Strike Force (LSF) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan untuk mengawal keadaan.

“Dianggarkan seramai 700 orang berhimpun di SJKC Chung Hua Lukut sementara 200 di SJKC Kampung Baru Sungai Nipah dan SK Kampung Sawah,” katanya.

Tiga beradik kembali sekolah

Dikirim oleh Warieh Ahad, 5 Mei 2013 0 Komen


Wartawan Sinar Harian
4 Mei 2013
Tiga beradik kembali sekolah
Tanaletchumy (kiri) mendengar luahan Sharifah Nora selepas ketiga-tiga anaknya kini kembali bersekolah selepas berhenti sejak setahun lalu.
PORT DICKSON – Keperitan hidup sebuah keluarga di Kampung Gelam, yang tidak mampu menghantar tiga daripada empat anaknya ke sekolah sejak setahun lalu berakhir selepas mendapat perhatian daripada calon Barisan Nasional (BN) Dun Port Dickson, Dr P Tanaletchumy.

Tanaletchumy berkata, selepas mengetahui masalah keluarga itu, beliau terus menghubungi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Gelam.

“Hari ini (semalam) semua urusan bersama sekolah sudah dilakukan dan Isnin depan mereka boleh bersekolah semula sementara barang keperluan seperti uniform dan kasut sekolah akan sediakan,” katanya.

Menurutnya, hatinya tersentuh dengan kesempitan hidup keluarga tersebut kerana dia juga datang daripada keluarga sederhana.

“Saya juga dibesarkan dalam keluarga yang susah tetapi saya yakin, jika tiga beradik ini mempunyai semangat kental dan ada pihak memberi sokongan, mereka mampu mencapai kejayaan,” katanya.

Sementara itu, ibu kepada tiga beradik tersebut, Sharifah Nora Mohd Saad, 27, berkata, dia sangat terharu dan gembira kerana anak-anaknya diberikan peluang untuk bersekolah.

"Terima kasih diucapkan kepada Dr Tana (Tanaletchumy) yang sudi membantu kami,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini dia sekeluarga tinggal di Palong, Jempol, namun berpindah ke Bangi pada 2011.

“Ketika itu, suami saya bekerja sebagai pengawal keselamatan dan anak-anak masih bersekolah di asrama Rumah Titian Kasih, Titiwangsa.

“Namun atas kesempitan hidup kami tidak dapat membayar rumah yang disewa dan terpaksa menumpang di rumah emak di Setapak kira-kira sebulan sebelum mengambil keputusan berpindah ke kawasan kampung,” katanya.

Sharifah Nora berkata, pada 2012, anak-anaknya yang bersekolah di Titian Kasih keluar dari rumah kebajikan berkenaan.

“Baru-baru ini, ada juga pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat datang mengambil maklumat keluarga dan berharap bantuan akan segera diluluskan,” katanya yang sarat mengandung enam bulan.

Katanya, dia yang tidak bekerja hanya bergantung kepada pendapatan suaminya, Hanip Hassan, 45, yang bekerja sebagai penjaga tandas awam di Stesen Bas Port Dickson.

Kedai penuh keratan akhbar

Dikirim oleh Warieh 0 Komen


SARINAH MAT KASIM
4 Mei 2013
Kedai penuh keratan akhbar
Mohd Liza (baju hijau) menggunting rambut pelanggan yang datang ke kedainya.
Kedai penuh keratan akhbar
Cermin di kedai gunting rambut penuh dengan keratan akhbar.
 
SEREMBAN -  Jika kebanyakan orang awam mengibarkan bendera parti atau menggantung poster calon kegemaran mereka sebagai tanda sokongan, berbeza pula dengan seorang tukang gunting rambut di sini, yang menghiasi seluruh kedainya dengan keratan akhbar.

Bukan sahaja di dinding, tetapi hampir keseluruhan cermin utama dalam kedai gunting rambutnya itu ditampal dengan keratan akhbar mengenai keistimewaan dan kelebihan Pakatan Rakyat (PR) berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pemilik Kedai Gunting Rambut Tunas, Mohd Liza Azme, 43, ketika ditemui Sinar Harian berkata, setiap kali menjelang pilihan raya dia akan berbuat demikian bagi menunjukkan sokongan, sekali gus membantu PR khususnya Pas berkempen.

“Tahun ini merupakan kali keempat saya berbuat demikian (menampal keratan akhbar), sejak mula menjalankan perniagaan ini 18 tahun lalu.

“Banyak cerita yang bersumberkan daripada akhbar tempatan seperti Sinar Harian dan beberapa akhbar lain digunting untuk ditampalkan di seluruh kedai saya ini.

“Motif saya, apabila pelanggan datang, mereka boleh membaca setiap artikel yang ditampal sementara menunggu giliran mengunting rambut,” katanya ketika ditemui di kedainya di Center Point, Sikamat, di sini, kelmarin.

Mohd Liza yang mempunyai tiga orang pekerja itu, turut memberi baju T parti kepada semua pekerjanya, dan wajib dipakai selama tempoh 14 hari berkempen.

Tambahnya, walau pun kedainya dipenuhi cerita dan artikel mengenai parti pembangkang, namun sehingga kini operasinya berjalan seperti biasa.

“Setiap hari kedai saya ada pelanggan, walau pun yang datang itu adalah mereka yang pro BN, tetapi itu semua tidak menjadi masalah kerana kita masing-masing akan hormat pandangan tersendiri,” katanya.

Ubah kerusi DAP Lukut kepada BN

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 3 Mei 2013 0 Komen


Vincent Yeong Seng Wong (kanan) bersama barisan Gerak Gempur BN bersiap sedia untuk berkempen ketika ditemui di Kampung Sri Parit, Lukut, Port Dickson, baru-baru ini.
TELOK KEMANG 2 Mei - Pembangkang sudah lenyap di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lukut. Calonnya dari DAP, Ean Yong Tin Sin sudah tidak ada pengaruh lagi.
Ini kerana, calon Barisan Nasional (BN) di situ, Vincent Yeong Seng Wong mula melebarkan keyakinan rakyat, malah kehadirannya di setiap pelosok sudah diterima kerana rakyat percaya dengan dasar yang dibawa BN, rakyat didahulukan dalam manifestonya.
"Teorinya mudah, DAP tidak buat kerja di DUN Lukut. Cakap bolehlah. Ini tidak serupa dengan BN, kita cakap penuh dengan isu. Bila janji, kita tepati," kata Seng Wong kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Katanya, sokongan masyarakat Cina di DUN Lukut sudah berubah dan prinsipnya mudah, jika mana-mana parti yang dapat meyakinkan kaum Cina dalam hal kesejahteraan, keamanan, ekonomi, maka mereka akan memilih parti itu.
"Dalam BN semuanya sudah terbukti dan kita punyai semua resipi itu. DAP tidak ada kerana mereka mengutamakan hak individu dalam parti dan sebab itulah krisis dalaman mereka kian meruncing," ujarnya.
Kata Seng Wong, BN pernah menang kerusi DUN Lukut pada 2004 dan ia bukanlah kubu kuat pembangkang.
"Rakyat mahukan perubahan di sini. Ini baru ubah namanya. Kita perlu memastikan kerusi DUN Lukut diubah kepada BN," ujarnya.
Seng Wong yang memegang pelbagai jawatan dalam persatuan Cina peringkat daerah dan negeri berkata, peranannya itu akan memberi peluang terbaik untuk menerang kepada ahli persatuan terutama kaum Cina mengenai perjuangan dan agenda BN.
Antara jawatan yang disandang beliau ialah Pengerusi Persatuan Cina Daerah Port Dickson, Pengerusi Persatuan Perniagaan Cina Negeri Sembilan, Pengerusi Ahli Lembaga Sekolah Menengah Chun Hwa Port Dickson dan Penyelaras Pusat Khidmat BN DUN Lukut.
"Saya yakin dan percaya, ahli dalam persatuan yang saya sertai menyokong perjuangan BN. Saya juga melihat kaum Melayu dan India di kawasan ini juga telah kembali menyokong BN," katanya.
Menurut beliau, sebagai bekas Ahli Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) beliau mempunyai pengalaman berkhidmat kepada rakyat.
Seorang pengundi DUN Lukut, Liang Yock Chooy, 59, memberitahu, dia akan terus memberi sokongan kepada BN kerana kecewa dengan khidmat pembangkang selama ini.
"Saya berharap kaum Cina memberi sokong kepada BN memenangi DUN ini. Pembangkang tidak buat kerja selama mereka berkhidmat," katanya.
Sementara itu, Cheok Wah Seng, 55, juga berharap BN menang kali ini berkata, rata-rata penduduk kesal mempunyai wakil rakyat pembangkang kerana beliau tidak mampu membawa sebarang pembangunan di pekan Lukut.


Abu Ubaidah Redza (tengah) beramah mesra dengan penduduk kampung selepas majlis cukur jambul dan mengetuai bacaan doa di sebuah rumah| di Ampangan, Seremban, baru-baru ini.
SEREMBAN 2 Mei - Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan, Abu Ubaidah Redza, 61, tidak asing lagi bagi penduduk di kawasan itu, malah kelibatnya sentiasa dapat dilihat rakyat yang mesra menyapa beliau sebagai 'Haji Abu' di Ampangan, dekat sini.
Penampilannya yang bersahaja dan kadang-kala berkain pelekat dan berketayap amat disenangi penduduk di kawasan itu apatah lagi Abu Ubaidah sering dipanggil mengetuai bacaan tahlil dan yasin di rumah penduduk dalam majlis kenduri.
Baru-baru ini, beliau turut mengunjungi rumah penduduk di kawasan itu dalam majlis cukur jambul dan mengetuai bacaan doa.
Pendek kata, Haji Abu adalah "imam" bagi penduduk di DUN Ampangan tersebut.
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, Abu Ubaidah berhadapan saingan daripada Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Kamarul Baharin Abbas di kerusi DUN Ampangan.
Kata Abu Ubaidah, perjuangan politiknya adalah berteraskan keikhlasan dalam usaha membantu rakyat menerima pembangunan selain menjaga kebajikan mereka.
"Alhamdulillah, setakat ini saya melihat maklum balas dan sokongan daripada penduduk amat positif. Jika saya dipilih saya amat bersyukur dan berjanji akan memberikan yang terbaik.
"Apapun saya tidak mahu bercakap tentang parti lain, yang penting kita jaga 'rumah' kita sendiri, kalau kita buat baik, Allah SWT akan balas dengan baik, kerana semua orang ada silap masing-masing, saya juga pernah buat salah dan kita bukan bersifat maksum seperti nabi," katanya.


Mohd. Ghazali Abdul Wahid (tiga dari kiri) bersalaman dengan Pengerusi COMBI KRT Taman Tuanku Jaafar Fasa 3 (Zon A), Salim Ramli (tiga dari kanan) dalam majlis meraikan kemenangan Konvensyen COMBI 2013 Peringkat Negeri Sembilan di Pusat Aktiviti KRT Taman Tuanku Jaafar Fasa 3 di Seremban, semalam.
SEREMBAN 2 Mei - Turun bertemu rakyat bukanlah untuk bermegah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 tetapi adalah tanggungjawab Barisan Nasional (BN) mendengar kehendak rakyat untuk diberi perhatian segera.
Calon BN kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi, Mohd. Ghazali Abd. Wahid berkata, antara pendekatan yang dilakukannya ialah mendengar, mencatat dan bertindak terhadap mana-mana keperluan yang perlu disegerakan.
"Pertama, kita mesti hormat kepada penduduk. Janganlah semasa berkempen, kita terus meninggi diri. Pengundi perlu didekati dengan berhemah dan itulah prinsip saya," katanya ketika ditemui pemberita di Taman Tuanku Jaafar, dekat sini hari ini.
Tambahnya, tempoh terakhir berkempen akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk bertemu rakyat dan usaha meyakinkan mereka memilih BN Ahad ini.
"Sokongan pengundi terhadap BN amat positif. Tambahan pula dasar, transformasi dan manifesto BN yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah semakin sebati dalam diri rakyat," katanya.
Beliau yang merupakan bekas kakitangan syarikat telekomunikasi gergasi negara, Telekom Berhad (TM) negeri ini berkata, jentera BN telah lama digerakkan dalam kawasan DUN Paroi dan kali ini akan diperkuat dengan nilai-nilai kepimpinan yang berdasarkan syarak.
"Inilah masanya untuk kita menjadikan BN sebagai platform memperkukuhkan silaturrahim antara pemimpin dan rakyat, sekali gus membuktikan kepada pembangkang BN adalah parti yang menyatukan penduduk dan semua kaum," tegasnya.
Dalam majlis di Taman Tuanku Jaafar (TTJ) itu, beliau turut meraikan Kawasan Rukun Tetangga TTJ Fasa 3 Zon A yang mempunyai sebanyak 333 buah rumah dengan jumlah penduduk sekitar 1,500 orang selepas muncul johan Konvensyen COMBI peringkat negeri kategori poster baru-baru ini.


Projek Jalan Raya Lingkaran Tengah Seremban (MRRS) dibina bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Bandar Seremban dan sekali gus memberi keselesaan kepada pengguna terutama pada waktu puncak.
RASAH 2 Mei - Limpahan pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rahang dekat sini tidak dapat dinafikan malah lokasi ini terus membangun dengan pesat biarpun dikuasai pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008.
Mengambil kira kawasan ini berdekatan dengan ibu negeri, Rahang kini berkembang pesat sehinggakan tempias pembangunan Seremban turut dinikmati dan semestinya memberikan impak positif kepada masyarakat setempat.
Usaha memajukan kawasan ini oleh kerajaan negeri yang diterajui Barisan Nasional (BN) dapat dilihat dan dirasai menerusi pembinaan Jalan Raya Lingkaran Tengah Seremban (MRRS) sekali gus merungkai permasalahan orang ramai bagi mengatasi kesesakan.
Pembinaan projek menelan belanja lebih RM200 juta ini sekali gus memadamkan rungutan orang ramai mengenai kesesakan lalu lintas pada waktu puncak dan musim perayaan disebabkan mereka tiada pilihan lain untuk menggunakan laluan pusat bandar Seremban untuk melalui kawasan ini.
Laluan sepanjang lapan kilometer itu dibangunkan sejak 2006 dan siap dalam tempoh dua tahun membabitkan perbelanjaan lebih RM200 juta bagi Fasa 1.
Ia juga merupakan salah satu pendekatan kerajaan dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas memandangkan orang ramai terpaksa menggunakan laluan utama di bandar Seremban untuk ke kawasan ini.
BN juga dilihat terus memainkan peranan yang berkesan dalam menyelesaikan masalah rakyat khususnya berkaitan penempatan di Kampung Abok selepas kawasan asal itu dibangunkan untuk menjayakan pembinaan MRRS.
Sebanyak 100 penduduk di kawasan ini diberi tawaran rumah jenis rumah bandar dengan harga yang berpatutan iaitu antara RM50,000 dan RM52,000 berbanding tawaran asal sebanyak RM72,000.
Malah menerusi persetujuan yang dilakukan oleh kerajaan negeri, pembayaran rumah berkenaan boleh dibuat menerusi dua mekanisme sama ada membelinya secara terus atau sewa beli tanpa sebarang faedah berjumlah RM198.35 hingga RM191.70 sebulan .
Tidak terkecuali beberapa isu setempat yang lain turut berjaya diselesaikan membuktikan BN lebih kehadapan dalam menyelesaikan masalah dalam kalangan masyarakat dan bukannya seperti pembangkang yang meraih populariti murahan.
Dalam pada itu, calon BN Rahang bagi PRU-13, Julia Wong Pik Min memberitahu, usaha yang dilakukan oleh kerajaan membuktikan BN tidak pernah meminggirkan masyarakat di kawasan ini kerana matlamat utama adalah untuk kesejahteraan rakyat.
"Hari ini, jika kita masuk ke kawasan DUN Rahang, jalannya banyak yang berubah. Rahang juga rancak membangun dan penduduk sekitar mendapat banyak kemudahan seperti dewan orang ramai dan banyak lagi," ujarnya.
Kata Julia, pembangkang terutama DAP yang sebelum ini diberi peluang mewakili rakyat di DUN Rahang gagal melaksanakan tugas mereka dengan baik dan banyak isu setempat diselesaikan oleh BN.
"Sebagai contoh, banyak keluhan diluahkan oleh masyarakat di Kampung Dato' Mansor yang mengadu mengenai masalah banjir di kawasan mereka, walaupun telah dimaklumkan kepada wakil rakyat terdahulu tetapi ia tidak dapat maklum balas yang baik dan mereka hanya tunjuk muka sahaja.
"Jadi kita di BN telah menyelenggara kawasan longkang berdekatan bagi memastikan masalah banjir dapat diatasi dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan," tambahnya.
Turut dijelaskan mengenai rintihan masyarakat India di Kampung Pasir dekat sini yang memerlukan beberapa prasarana termasuk jalan raya di kawasan kampung itu dan hasilnya sebanyak RM450,000 telah diperuntukkan untuk menyediakan kemudahan tersebut.
Malah turut disediakan tapak padang permainan kanak-kanak di kawasan berkenaan selain menyediakan gelanggang futsal bagi penduduk setempat menjalankan aktiviti riadah mereka yang menelan belanja lebih RM160,000.
"Tidak terkecuali sistem perparitan di kawasan ini turut diselenggara dengan kos sebanyak RM40,000 selain melaksanakan dasar pencahayaan di kawasan ini menerusi pemasangan 60 buah tiang lampu di sini," katanya.
Apa yang pasti katanya, beberapa kemudahan seperti dewan orang ramai bakal didirikan di Kampung Pasir itu dan sudah pastinya ia akan memberikan kemudahan kepada orang ramai bagi menjalankan aktiviti kemasyarakatan.
Jelas beliau, menerusi usaha yang dilakukan oleh BN membuktikan bahawa BN komited dalam menyelesaikan apa juga masalah yang dihadapi oleh masyarakat setempat tidak seperti pembangkang yang hanya melepaskan batuk di tepi tangga.
"Apa pembangkang buat di sini sepanjang lima tahun? Kuasa mereka mahu, tetapi untuk menyelesaikan masalah mereka longgokan dan salahkan BN, kalau begitu kenapa mahu menjadi wakil rakyat tetapi tidak berfungsi.
"Saya fikir sudah tiba masanya penduduk di kawasan DUN Rahang untuk berubah kerana tempoh lima tahun yang diberikan kepada pembangkang ternyata tidak membawa sebarang perubahan seperti yang dinyatakan sebelum ini," katanya.



1 Mei 2013
KUALA LUMPUR - Polis menyiasat perbuatan seorang wakil kepada calon parti yang mengunci sembilan peti undi di sebuah pusat pengundian awal Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Port Dickson, Negeri Sembilan semalam.
  
Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Ramli Mohamed Yusoof berkata kejadian berlaku pada pukul 7.10 malam dan selepas siasatan awal, individu itu dibebaskan malam tadi dengan ikat jamin.
  
"Individu itu telah bertindak mengunci sembilan peti undi tanpa kebenaran daripada Penolong Pegawai Urusetia Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertugas di pusat berkenaan," katanya pada taklimat media di Bukit Aman, hari ini.
 
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.
  
Sementara itu, Ramli berkata dua laporan polis berhubung dakwat kekal yang hilang sejurus dicuci telah dibuat oleh Naib-naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar di Balai Polis Travers dan Tian Chua di Balai Polis Jinjang semalam.
 
Menurut SPR, dakwat kekal itu sepatutnya hanya boleh hilang sepenuhnya selepas 7 hari.
  
Ramli berkata SPR sedang menyiasat kedua-dua laporan itu.
  
Dalam pada itu, katanya sebanyak 1,068 aktiviti kempen PRU13 berlangsung di seluruh negara semalam iaitu 543 ceramah, perjumpaan dan mesyuarat (145), kunjungan rumah ke rumah (35), kempen (195) dan lain-lain sebanyak (150). - Bernama


Wartawan Sinar Harian
1 Mei 2013
SEREMBAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Sembilan telah melantik seramai 9,978 petugas bagi mengendalikan proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di negeri ini.

Pengarah Pilihan Raya negeri, Afizam Abdullah berkata, seramai 556,583 pemilih berdaftar termasuk pemilih yang tidak hadir akan membuang undi, Ahad ini.

Menurutnya, sebanyak 311 pusat pengundian biasa akan dibuka seluruh negeri dengan mencatatkan 1,010 saluran undi biasa.

“Manakala, sebanyak 37 pusat mengundi awal akan dibuka dengan menempatkan 60 lokasi yang diwartakan.

“Dalam pada itu, sebanyak lapan lokasi akan dijadikan sebagai pusat penjumlahan rasmi undi, mengikut peringkat Parlimen negeri ini,” katanya di sini, semalam.

Afizam berkata, sebanyak lapan tempat akan ditempatkan sebagai pusat penyimpanan peti undi awal iaitu di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu, IPD Jempol, Balai Polis Rahang, IPD Kuala Pilah, IPD Seremban, IPD Rembau, IPD Port Dickson dan IPD Tampin.

Menurutnya, persiapan untuk PRU13 di negeri ini berjalan lancar seperti yang dirancang bagi membolehkan pilihan raya berlangsung dengan sempurna tanpa sebarang kesulitan.

Pasang mercun masa ceramah

Dikirim oleh Warieh Selasa, 30 April 2013 0 Komen


NUR SHARIEZA ISMAIL
30 April 2013
mercun
Mohamad Fauzi (kanan) menunjukkan kotak berisi 138 unit mercun yang berjaya dirampas dan juga dua rampasan bahan mercun yang lain.
SEREMBAN – Tindakan seorang lelaki dipercayai penyokong tegar sebuah parti politik yang ingin memasang mercun semasa berlangsungnya ceramah bagi kempen PRU13 di Pinggir Bandar Seremban menerima padah apabila dia ditahan polis, malam kelmarin.

Suspek berusia 41 tahun yang berasal dari Jalan Kuala Sawah itu ditahan kira-kira jam 9 malam dan polis telah berjaya merampas sebuah kotak besar berisi 138 unit mercun.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamarudin berkata, ini adalah rampasan terbaru diketuai Inspektor Mohamad Fauzi Bolhadi, hasil daripada pemantauan yang dilakukan oleh pihak polis di lokasi-lokasi ceramah parti politik.

“Sebelum ini, polis turut merampas dua lagi bahan mercun di lokasi berasingan iaitu di Bandar Seremban dan Seremban 2,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, di sini, semalam.

Beliau berkata, berdasarkan soal siasat ke atas suspek, bahan mercun terbabit diperoleh daripada selatan semenanjung.

“Polis juga menemui bahan mercun itu disimpan di rumahnya, bagaimanapun dalam kuantiti yang sedikit,” katanya.

Beliau berkata, suspek kini ditahan di bawah Seksyen 4(a) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun jika sabit kesalahan.
Menurut Saiful Azly, tindakan suspek yang tidak mengikut undang-undang yang ditetapkan itu telah secara tidak langsung mencemar nama baik parti politik berkenaan.
“Saya mengharapkan ketua-ketua parti politik yang bertanding pada PRU13 ini menasihati penyokong-penyokong tegar mereka supaya akur dan tidak melakukan perkara yang melanggar undang-undang ditetapkan semasa berlangsungnya ceramah.

“Bagaimanapun, saya memuji dengan kerjasama yang diberikan oleh kesemua parti politik yang bertanding kerana patuh dengan arahan selain memohon permit daripada pihak polis.

“Setakat ini sahaja, polis meluluskan sebanyak 117 permit daripada 119 permohonan yang diterima,” katanya.

Dalam pada itu, Saiful Azly turut memberitahu, polis telah menerima 38 laporan berhubung kesalahan-kesalahan dalam pilihan raya sejak 20 April lalu.

'Saya tak kisah kena tegur'

Dikirim oleh Warieh 0 Komen


Wartawan Sinar Harian
30 April 2013
Saya tak kisah kena tegur
Mohd Ghazali menenangkan perasaan Juwita Rashid, 48, yang tidak dapat menahan sebak menerima kunjungan calon BN di Dun Paroi itu.
PAROI – “Saya sanggup ditegur dan terima apa jua nasihat daripada masyarakat setempat sekiranya ada yang mengatakan saya sombong melihat kepada riak wajah sepanjang tempoh berkempen. Mungkin disebabkan keletihan, saya dilihat sebegitu. Saya tidak ada masalah untuk ditegur agar saya boleh perbaiki mana yang kurang,” demikian menurut calon BN Paroi, Mohd Ghazali Abd Wahid, 53, ketika ditemui pada kempen walk-about di sini, semalam.

Beliau sebelum ini dikatakan kurang mesra bersama masyarakat setempat.

Mohd Ghazali berkata, mungkin dirinya calon baru menyebabkan terdapat kekangan, bagaimanapun ia tidak sama sekali dijadikan alasan untuknya berusaha menarik sokongan pengundi di kawasan itu bagi membolehkan BN merampas kembali Dun Paroi dari Pas.

“Sesiapa yang kurang mengenali saya, saya tidak salahkan mereka namun ada juga yang kenali saya dan boleh menerima.

“Saya akui kurang bercakap, tetapi saya amat pentingkan kerja. Beri peluang kepada saya. Saya akan kerja dengan lebih kuat untuk masyarakat dan pengundi di kawasan sekiranya diberi mandat pada 5 Mei nanti,” katanya.

Mohd Ghazali yang juga Ahli Majlis Perbandaran Nilai (MPN) berkata, sepanjang tempoh berkempen ini, dia hanya sempat tidur selama dua jam sahaja.

“Biarpun tidur hanya dua jam, namun fokus saya untuk memastikan kemenangan BN di Dun Paroi tidak terjejas.

“Kepercayaan pucuk pimpinan parti yang telah melantik saya sebagai calon BN di kawasan ini akan tetap diteruskan malah saya akan berjuang sehingga ke akhir garisan,” katanya.

Mengulas mengenai fokusnya untuk pembangunan di Dun Paroi katanya, kemudahan asas di Dun Paroi sememangnya sudah lengkap di bawah pentadbiran kerajaan negeri BN sebelum ini namun mungkin berkaitan dengan tempat-tempat rekreasi keluarga ia perlu diperhebatkan.

“Sekiranya setiap kawasan perumahan mempunyai laluan jogging, ia adalah lebih baik supaya masyarakat di Dun Paroi ini boleh beriadah bersama keluarga di samping menjaga kesihatan,” katanya.


Wartawan Sinar Harian
30 April 2013
Abu Samah
Abu Samah (dua, kanan) berkata sesuatu ketika menziarahi penduduk, Mok Yee (tengah), di kampung Baru Air Mawang.
JOHOL - “Kita perlu menang untuk menyambung legasi pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang telah diterajui sejak 55 tahun lalu. Kita sudah ada pengalaman, jadi, tidak perlu ubah,” kata calon Barisan Nasional (BN) Dun Johol, Abu Samah Mahat.

Beliau berkata, semangat untuk tekad menang perlu diterapkan kepada jentera pilihan raya malah pengundi sekalipun.

“Apa yang pasti, kita mahu teruskan pemerintahan BN dan akan berusaha merancakkan Johol kepada pusat pentadbiran seperti mana waktu dulu. Pekan Johol dahulunya memiliki pusat pentadbiran bagi Kuala Pilah, tetapi apabila dipindahkan di Kuala Pilah, Johol sunyi.

“Jadi usaha membangunkan Johol, saya akan teruskan supaya ekonomi orang kampung dapat dipertingkatkan malah kawasan ini rancak dengan pelbagai bentuk pembangunan,” katanya.

Beliau berkata demikian di Bilik Gerakan MCA Air Mawang kemudian mengadakan Walkabout di Kampung Baru Air Mawang serta deretan kedai di pekan berkenaan, baru-baru ini.

Menurutnya, semasa berkempen, beliau turut menyampaikan betapa pentingnya amalan membaca dan budaya ini perlu diterapkan kepada golongan kanak-kanak hingga dewasa.

“Saya minat membaca buku, kerana dari buku kita dapat timba pelbagai maklumat. Seharusnya amalan ini diterapkan kepada sesiapa jua.

“Selain itu, sebagai alat yang menggerakkan jentera BN, saya akan meneruskan kebajikan masyarakat supaya mereka tidak tercicir. Mereka yang layak akan diberi keutamaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu, semangat setia kawan amat penting jika mahu BN menang pada pilihan raya umum (PRU) kali ini.

Menurutnya, beliau mengamalkan sentuhan peribadi dalam setiap hati pengundi dan sudah pasti pengundi adalah rakannya, jadi kesetiaan itu penting dalam perhubungan persahabatan.

“Tidak kira di mana jua saya jumpa mereka, adakalanya di kedai kopi, saya akan berbual dengan mereka tentang BN. Melalui pendekatan ini, mereka akan mengenali saya dengan lebih rapat.

“Kami bersyukur sekiranya BN menang kelak. Jadi, jentera kempen perlu sentiasa melakukan yang terbaik untuk PRU ini selain jangan terlalu leka sebaliknya lebih fokus kepada agenda yang perlu diutamakan,” katanya.

Abu samah berkata, perjuangan BN perlu diteruskan bagi memastikan segala perancangan untuk membangunkan Dun Johol tercapai.


Wartawan Sinar Harian
30 April 2013
Mohd Isa Abdul Samad
Mohd Isa Abdul Samad
JEMPOL - Kira-kira 4,000 unit projek perumahan generasi baru di tanah rancangan Felda akan dilaksana secara berperingkat di seluruh negara mengikut keluasan kawasan yang sedia ada.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Jempol, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, projek itu sudah dilaksanakan sebelum ini dekat Felda Padang Piol, Jerantut, Pahang dengan 26 unit rumah.

“Manakala kawasan lain akan dibuat sekiranya ada kekosongan tanah. Seperti yang diarahkan Perdana Menteri, kita mesti buat rumah paling kurang 4,000 unit untuk generasi baru di seluruh negara.

“Dalam pembentangan Bajet 2013 tahun lalu juga, mesti jalankan projek perumahan generasi ini sekurangnya 20,000 unit rumah dalam masa lima tahun.

“Kita ada lagi satu program iaitu Sentuhan Kasih Felda, namun memerlukan kawasan yang luas untuk buat perumahan di samping menjana ekonomi melalui pembelian rumah oleh generasi baru,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Isa berkata, penjualan kayu getah di Felda Palong 15 yang tergendala proses penjualannya sebelum ini akan diselesaikan dengan segera.

“Penjualan tergendala susulan harga pasaran kayu getah yang tidak menentu, dan haruslah merujuk kepada keadaan yang sesuai untuk membuat jualan.

“Fenomena turun naik harga pasaran ini perkara biasa sama seperti penjualan kayu getah, sawit, minyak dan gas iaitu harganya mengikut pasaran semasa, ada ketikanya turun dan naik,” katanya



30 April 2013
SEREMBAN - Orang ramai di Negeri Sembilan tidak perlu bimbang untuk keluar mengundi pada Ahad ini (5 Mei) kerana keselamatan mereka dan ketenteraman awam adalah terjamin.
Ketua Polis negeri Datuk Osman Salleh berkata anggota polis berada di semua tempat mengundi untuk mengawal, memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap  kemungkinan ada pihak yang berniat jahat untuk cuba menggagalkan proses pilihan raya umum kali ini.

"Kita bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan yang akan berlaku kerana kita mempunyai anggota yang mencukupi untuk menghadapi situasi berkenaan.

Saya beri jaminan keselamatan dan ketenteraman awam adalah terjamin," katanya kepada pemberita selepas mengundi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Beliau menasihatkan pengundi keluar awal, di sebelah pagi, bagi mengelak kemungkinan hujan pada sebelah petang.

Osman turut meminta mereka yang keluar mengundi agar berkongsi kenderaan bagi mengelak kesesakan di tempat mengundi.

"Saya juga nasihatkan pengundi yang balik mengundi ke negeri masing-masing (luar Negeri Sembilan) dan meninggalkan rumah, jika perlu, maklumkan kepada polis kerana anggota polis akan membuat rondaan dan pengawasan," katanya. - Bernama

Pakatan Rakyat cemburui BN

Dikirim oleh Warieh 0 Komen



Wartawan Sinar Harian
30 April 2013
Pakatan Rakyat cemburui BN
Shaziman (dua, kiri) dan Yong Chin (kanan) serta Ab Razak (belakang, kiri) ketika hadir sempena Majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia di Dewan Kampung Tiong, malam kelmarin.
GEMAS – “Pihak Pakatan Rakyat (PR) mencemburui Barisan Nasional (BN) sebab BN ada kuasa dan boleh membawa pelbagai bentuk pembangunan buat rakyat,” tegas Pengerusi BN Bahagian Tampin, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, pada Majlis Jamuan Rakyat 1 Malaysia di Dewan Kampung Tiong, di sini, malam kelmarin.

Shaziman berkata demikian di hadapan lebih 1,000 individu majoriti terdiri daripada kaum Tionghoa di Dun Gemas sempena majlis anjuran Kelab Saudagar-saudagar Cina Gemas dan MCA Gemas.

Menurutnya, disebabkan cemburu juga, PR melemparkan pelbagai tuduhan bagi meraih kepercayaan masyarakat sedangkan kerajaan BN tidak pernah mengabaikan nasib masyarakat.

“Malah, di Gemas sendiri, kerajaan BN membawa pelbagai bentuk pembangunan bagi manfaat masyarakat antaranya penyelesaian masalah banjir dengan membina benteng bagi projek tebatan banjir.

“Kita yakin dengan projek ini, kita berjaya mengurangkan risiko kejadian banjir di sini dan apa yang lebih penting  banjir di Gemas tidak seburuk tahun-tahun sebelum projek dijalankan,” katanya.

Hadir sama, Calon BN N34  Dun Gemas, Abd Razak Ab Said dan Ketua MCA Cawangan Gemas, Datuk Tan Yong Chin.

Untuk rekod, perlaksanaan lapan projek di daerah ini iaitu dua projek di Dun Repah, tiga projek di Dun Gemencheh dan empat lagi di Dun Gemas dengan kos kira-kira RM2.26 juta dijangka mampu mengatasi masalah banjir.

Kawasan yang paling teruk dilanda banjir sekiranya hujan melebih 60 mm ialah Taman Sungai Gemas.  Bagaimanapun, penduduk tidak lagi perlu bimbang kerana kerja menggali dan mendalam serta membina benteng yang menelan kos RM 1.4 juta siap dibina.

Selain itu, projek tebatan banjir yang siap dilaksanakan  di Dun Gemas ialah pembinaan benteng tanah sepanjang 300 meter di Kampung Baru Tiong (RM250,000) dan menggali serta mendalam sungai serta membina longkang sepanjang 150 meter di Felda Jelai 4 dengan kos RM 250,000.



29 April 2013
Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
KUALA PILAH - "Tangkaplah saya, heretlah saya ke mahkamah. Saya tetap ulang lagi, (Penasihat DAP) Lim Kit Siang sebagai rasis dan dia memang rasis".

Demikian respons bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh semalam bahawa pembangkang akan menangkap dan menghadapkannya ke mahkamah kerana mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Lim sebagai perkauman, jika berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Beliau berkata Karpal Singh membuat kenyataan itu kerana mahu menghalangnya daripada menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai sikap Lim yang didakwanya rasis.

"Terkejut saya, pucat muka saya (nada menyindir)...fasal Pengerusi DAP Karpal Singh mahu tangkap saya kerana saya mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai perkauman.

"DAP hanya mahu bertanding di kawasan majoriti Cina kerana mereka hanya diterima pengundi di kawasan berkenaan dan tindakan DAP ini ternyata menunjukkan sikap rasis mereka," katanya semasa berucap pada satu majlis di Kampung Padang Jual, Johol, di sini hari ini.

Dr Mahathir mendakwa sekutu DAP iaitu Pas juga bersikap rasis kerana hanya mahu bertanding di kawasan majoriti kaum Melayu terutamanya di Kelantan dan Terengganu.

Katanya ini berbeza dengan Umno dan MCA yang tidak menunjukkan sikap perkauman kerana boleh bertanding di mana-mana kawasan di seluruh negara tanpa mengira majoriti kaum.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Nik Aziz Nik Mat bersikap hipokrit apabila menunaikan solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya Jumaat lalu kerana mahu meraih undi di sana.

"Dulu Pas kata mereka nak lelong pusat pentadbiran persekutuan Putrajaya tapi sekarang tak mahu lelong pula dan mahu menawan Putrajaya dalam PRU ini...buat la pusat pentadbiran seperti Putrajaya di Kelantan," katanya.

Turut hadir pada majlis itu isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan calon BN untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Johol Abu Samah Mahat. - Bernama

Fitnah bukan budaya BN

Dikirim oleh Warieh 0 Komen


Wartawan Sinar Harian
30 April 2013
Fitnah bukan budaya BN
Shamsulkahar (tiga, kiri) sempat beramah mesra dengan peniaga kedai kuih di Bandar Seri Jempol, baru-baru ini.
JEMPOL - “Kita (Barisan Nasional) bercakap apa yang kita laksanakan dan rancang, janji ditepati, bukan berkempen siang malam membuat pertuduhan tidak berasas sebagaimana yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat (PR).

Demikian kata calon BN bagi kerusi Dun Serting, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli selepas berkempen di sekitar Bandar Seri Jempol, baru-baru ini.

Kata beliau, pihak lawan bebas untuk bertanding mahupun berkempen ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini berikutan Malaysia mengamalkan demokrasi.

“Cara mana pihak lawan untuk berkempen, terpulang kerana itu hak mereka, cuma tinggal lagi dari segi fitnah-memfitnah bukan budaya amalan BN.

“Apa yang mengecewakan, mereka (PR) sering buat pertuduhan tidak berasas, kemudian timbul pula persepsi atau celarukan minda dan pemikiran masyarakat pada hari ini iaitu ketika kita dalam suasana aman ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas berkempen di sekitar Bandar Seri Jempol, baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Shamsulkahar berkata, menerusi perkembangan terkini yang diterimanya setakat ini, Dun Serting dilihat kekal sebagai kubu kuat BN.

Katanya, keyakinan itu juga diperkuatkan bahawa sebelum ini Dun Serting secara tradisinya dimiliki penuh oleh BN.

Malah, Shamsulkahar turut mengakui menerima sokongan penuh daripada kalangan pemuda dan pengundi baru.

“Sehingga kini juga, sepanjang tempoh lima tahun saya berkhidmat sebagai Adun Dun Serting sebelum ini, tiada masalah ataupun aduan tertunggak.

“Cumanya aduan tentang peneroka yang mahukan pinjaman perumahan Felda dipercepatkan, hal ini telah saya panjangkan kepada pengurusan Felda.

“Manakala, masalah bekalan air juga telah diselesaikan iaitu dengan naik taraf loji air Bahau, naikkan kapasiti air sedia ada untuk daerah Jempol khususnya kawasan Felda Serting Hilir Kompleks dan Raja Alias yang ada gangguan bekalan air,” katanya.

Namun kata Shamsulkahar, tindakan diambil oleh kerajaan negeri menaik taraf loji air di Bahau, Jempol daripada 7 juta gelen kepada 14 juta gelen dalam satu-satu masa, dengan kos RM40 juta, berjaya mengatasi masalah gangguan air.

“Dalam masa sama kawasan Felda Serting Hilir Kompleks yang mendapat bekalan air sepenuhnya dari Pahang sekarang ini 60 peratus bekalan air dari Bahau sudah sampai ke sana,” katanya.

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook