1 Mei 2013
Pengarah Pilihan Raya negeri, Afizam Abdullah berkata, seramai 556,583 pemilih berdaftar termasuk pemilih yang tidak hadir akan membuang undi, Ahad ini.
Menurutnya, sebanyak 311 pusat pengundian biasa akan dibuka seluruh negeri dengan mencatatkan 1,010 saluran undi biasa.
“Manakala, sebanyak 37 pusat mengundi awal akan dibuka dengan menempatkan 60 lokasi yang diwartakan.
“Dalam pada itu, sebanyak lapan lokasi akan dijadikan sebagai pusat penjumlahan rasmi undi, mengikut peringkat Parlimen negeri ini,” katanya di sini, semalam.
Afizam berkata, sebanyak lapan tempat akan ditempatkan sebagai pusat penyimpanan peti undi awal iaitu di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu, IPD Jempol, Balai Polis Rahang, IPD Kuala Pilah, IPD Seremban, IPD Rembau, IPD Port Dickson dan IPD Tampin.
Menurutnya, persiapan untuk PRU13 di negeri ini berjalan lancar seperti yang dirancang bagi membolehkan pilihan raya berlangsung dengan sempurna tanpa sebarang kesulitan.


0 Komen