Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Memaparkan catatan dengan label PBT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PBT. Papar semua catatan

Ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) akan diumumkan

Dikirim oleh Warieh Khamis, 26 Julai 2018 0 Komen





SEREMBAN –  Kerajaan negeri sudah memilih ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri dan akan mengumumkannya Selasa ini.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata, setiap PBT akan mempunyai 24 orang ahli majlis termasuk empat terdiri daripada ahli badan bukan kerajaan (NGO) dan selebihnya adalah kalangan parti politik dalam PH termasuk pemimpin masyarakat setempat.
Menurutnya, saringan keselamatan turut dilakukan terhadap semua calon ahli majlis itu, sebelum mereka dipilih dengan sebulat suara daripada pimpinan masyarakat.
“Kita sudah pun selesai memilih ahli majlis PBT, dan watikah serta pengumuman pelantikan itu akan disempurnakan pada 24 Julai ini di Wisma Negeri.
“Kesemua ahli majlis akan berkhidmat untuk tempoh setahun sahaja bermula 1 Ogos hingga 31 Disember 2019,” katanya.
Sementara itu, menurutnya tiada sebarang pemilihan muktamad pula terhadap senarai nama Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK berikutan terdapat beberapa kampung belum menghantar nama dan pihaknya yakin masalah tersebut akan diselesaikan dalam waktu terdekat.

SRS prihatin nasib warga emas jadi mangsa samun

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 12 April 2013 0 Komen


Wartawan Sinar Harian
12 April 2013
SRS prihatin nasib warga emas jadi mangsa samun
Ahli SRS menziarahi Awa (tengah) di rumahnya di Kampung Tulang Rimau baru-baru ini.
KUALA PILAH – Seorang warga emas yang menjadi mangsa samun dalam kejadian awal bulan ini menerima kunjungan Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Dangi ke rumahnya, baru-baru ini. 

Ahli SRS, Norhayati Abdullah berkata, SRS bukan hanya menjaga keselamatan kawasan pada waktu malam tetapi turut prihatin kepada mereka yang ditimpa musibah.

“Kami perlu peka kepada keadaan sekeliling, agar keharmonian kejiranan terpelihara.

“Kami bersimpati di atas apa yang berlaku kepada Awa. Tambahan pula dia tinggal seorang diri di kawasan terpencil. Sudah pasti bahaya bagi seorang warga emas tinggal sendirian.

“Justeru itu, pesanan SRS kepada orang ramai agar lebih berhati-hati dengan individu tidak dikenali dan kepada golongan wanita jangan mudah mempamerkan barang kemas kepada orang ramai. Langkah berwaspada adalah lebih baik dari menyesal di kemudian hari,” katanya.

Terdahulu dalam kejadian samun menimpa Awa Harun, 86, menyebabkan dia mengalami kerugian hampir RM10,000 dan kini masih trauma dengan kejadian yang berlaku.

Difahamkan, Awa waktu itu sedang bersarapan di halaman rumah dan didatangi seorang lelaki yang menunggang motosikal.

Lelaki terbabit yang dikatakan hendak menjual batu penurap jalan, mendekati Awa dan berlaku perbincangan.

Namun tiba-tiba, lelaki tersebut telah mengacu sebilah pisau ke arah Awa dan mengugutnya menyerahkan barang kemas.

KRT kesal sikap penduduk

Dikirim oleh Warieh Khamis, 11 April 2013 0 Komen


Wartawan Sinar Harian
11 April 2013
KRT kesal sikap penduduk
Tiong Lay (duduk, lima dari kanan) dan tetamu kehormat dan penduduk setempat yang menyertai Program Gotong-royong di Taman Clonlee.
 
TAMPIN – Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Clonlee mengecam sikap segelintir penduduk yang mementingkan diri dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga penempatan sendiri.

Pengerusi KRT, Tan Tiong Lay berkata, beliau kesal apabila ada penduduk yang tidak mahu bekerjasama dalam menjaga kebersihan di kawasan taman perumahan dan menyerahkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) sahaja untuk menguruskannya.

Menurutnya, senario itu kurang sihat kerana seharusnya kesemua ahli taman memanfaatkan program yang dilaksanakan KRT seperti gotong-royong bagi menjalankan tanggungjawab menjaga kebersihan di taman berkenaan. “Bagaimanapun, dari aspek Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang dilaksanakan di sini, kita berterima kasih kepada penduduk kerana bersama-sama menjaga keselamatan taman dari masa ke masa.

“Malah, kita yakin SRS di sini berjaya mengurangkan kes jenayah di sini di mana pada tahun ini hanya satu kejadian jenayah berlaku di sini berbanding tahun lalu,” katanya sempena Program Gotong-royong di Taman Clonlee, di sini. Turut hadir, Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Naizarina Isa dan Setiausaha MCA Bahagian Tampin, Yap Seong Fook.

Sementara itu, Naizarina berkata, dia berharap kesemua KRT di daerah Tampin akan terus melipatgandakan lagi program yang mampu meningkatkan semangat perpaduan sekali gus turut menyemai sikap toleransi menjaga penempatan sendiri dalam kalangan komuniti setempat.

Tong sampah beroda pastikan pantai bersih

Dikirim oleh Warieh Ahad, 31 Mac 2013 0 Komen


TELOK KEMANG 30 Mac - Sebanyak 20 unit tong sampah beroda (TSB) berkapasiti 120 liter ditempatkan di sepanjang Pantai Saujana dekat sini bagi memelihara kebersihan pantai umum berkenaan.
Kemudahan itu disediakan oleh syarikat konsesi SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM) dengan kerjasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) negeri.
Pengarah PPSPPA, Mohd. Azhar Abd. Hamid berkata, inisiatif itu bertujuan mengatasi masalah lelehan air sampah daripada tong sampah lama yang terdapat di lokasi pejalan kaki sekali gus menangani masalah bau busuk di pantai berkenaan.
''Kita meletakkan tong sampah beroda berkapasiti 120 liter dengan sasaran pengunjung akan membuang sampah ke tong yang disediakan ini.
''Ini adalah salah satu usaha kami dalam membantu menjaga kebersihan pantai ini," katanya di sini, hari ini.
Jelasnya, penggunaan TSB juga akan memudahkan kerja pengutipan sampah yang diangkat menggunakan lori kompaktor berteknologi moden yang dilengkapi dengan sistem pengangkut tong hidraulik.
''Pekerja kutipan sisa pepejal juga tidak perlu menggunakan tangan untuk memasukkan sampah ke dalam lori kompaktor dan masalah sampah tidak dikutip dengan sempurna dapat diatasi melalui penggunaan tong sampah beroda ini," ujarnya.

RM7j bina dewan baharu di Tampin

Dikirim oleh Warieh Khamis, 28 Mac 2013 0 Komen


TAMPIN 27 Mac - Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM7 juta bagi menampung kos pembinaan dewan serbaguna baharu berhampiran Padang Serbaguna Tampin dekat sini.
Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin (MDT), Razali Bakar berkata, projek yang dilaksanakan di bawah Kementerian Kerja Raya itu dijangka siap pada penghujung tahun depan.
''Kemudahan yang mampu menampung kira-kira 1,000 orang dalam satu masa itu boleh digunakan untuk menganjurkan pelbagai program dan aktiviti termasuk majlis perkahwinan.
''Dewan ini dibina untuk kegunaan awam, maka penduduk setempat tanpa mengira kaum boleh menggunakannya untuk majlis keraian atau sebagainya," katanya di sini hari ini.

Bahana tiada kon amaran

Dikirim oleh Warieh Sabtu, 16 Mac 2013 0 Komen

Bahana tiada kon amaran
Wartawan Sinar Harian
16 Mac 2013
Bahana tiada kon amaran
Lutut dan siku Yasir terpaksa dijahit selepas terbabit kemalangan susulan kecuaian kontraktor meletakkan tanda amaran di jalan yang sedang dibaik pulih.
 
TAMPIN - Seorang penunggang motosikal cedera dan terpaksa menanggung kos rawatan serta membaiki kenderaannya akibat kegagalan pihak kontraktor meletakkan kon amaran di jalan yang sedang dibaikpulih menyebabkan dia dan isterinya terbabit kemalangan.

Mangsa yang ingin dikenali Yasir, 40-an dan isterinya, Siti (bukan nama sebenar), 29, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, 8 Mac lalu, dia dan isterinya dalam perjalanan pulang dari Air Kuning ke Gemencheh.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, dia yang biasa menggunakan laluan tersebut tidak menyedari ada kerja membaikpulih jalan sedang dilakukan berikutan ketiadaan sebarang tanda amaran dan pemberitahuan yang diletakkan di situ.

“Apabila sampai di jalan itu, saya gagal mengawal motosikal kerana permukaan jalan yang tidak rata menyebabkan saya dan isteri terjatuh.

“Ada pengguna jalan raya yang berhenti untuk membantu kami, namun saya cekalkan hati menunggang motosikal balik ke rumah dan menunggu saudara terdekat membawa kami mendapatkan rawatan di klinik ,” katanya kepada Sinar Harian di kediamannya, dekat sini, semalam.

Yasir berkata, susulan kemalangan itu, dia mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan antaranya di lutut dan siku tangan kanannya sehingga terpaksa menerima enam jahitan dikedua-dua bahagian tersebut.

Tambahnya, isterinya pula cedera ringan di beberapa bahagian kanan badannya.

“Buat masa ini, kos membaiki motosikal yang hancur di bahagian hadapan dan rawatan di klinik sudah mencecah sebanyak RM500. Pada masa sama, ada pihak yang sudi membantu saya mendapatkan sedikit pampasan daripada pihak kontraktor terbabit.

“Bagaimanapun, perkara penting yang saya harapkan adalah tanggungjawab semua  kontraktor mengambil langkah berwaspada meletakkan tanda amaran di jalan yang dibaikpulih bagi mengelakkan pengguna jalan raya menjadi mangsa.

Bandar Seremban berwarna-warni

Dikirim oleh Warieh Rabu, 13 Mac 2013 0 Komen


SEREMBAN 12 Mac - Sebanyak 85 lot bangunan di pusat bandar ini akan dicat dan diperindahkan semula oleh pihak Majlis Perbandaran Seremban (MPS) seiring dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan Seremban sebuah bandar raya.
Yang Dipertuanya, Datuk Abd. Halim Abd. Latif berkata, program yang mendapat kerjasama AkzoNobel bertujuan untuk menceriakan kawasan bandar ini melalui kepelbagaian warna.
''Kita akan mengecat lot-lot bangunan, yang pemiliknya telah bersetuju untuk mengikuti program ini, sekali gus menukar wajah baharu untuk bandar ini," katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran program mengecat bangunan di Jalan Dato' Lee Fong Yee di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Kampung Baru dan Pengangkutan, Datuk Siow Shen Tin dan Pengarah Urusan ICI Paints (Malaysia) Sdn. Bhd. (AkzoNobel), Goh Cheok Weng.

Peniaga bunga malai dapat premis baru

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 1 Mac 2013 0 Komen


SEREMBAN 28 Feb. - Seramai sembilan peniaga bunga malai di Pasar Besar Seremban dekat sini bakal mendiami premis tetap di situ apabila Majlis Perbandaran Seremban (MPS) membinanya dengan kos RM169,000.
Pembinaan atas dasar prihatin dengan kesungguhan peniaga bunga malai serta mahu melihat peniaga itu mendapat kemudahan yang lebih baik, MPS mula membina premis itu pada 15 Oktober tahun lalu dan siap dalam tempoh singkat.
Sebelum itu, kesemua peniaga bunga malai ini menjalankan operasi harian di tepi jalan dengan membuka payung dan meletakkan meja sementara di situ.
Ahli Majlis MPS, A. Ganeson memberitahu, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah sekali lagi membantu masyarakat peniaga di kawasan pasar ini, di mana kali ini membabitkan pula peniaga bunga malai.
''Ini memastikan peluang perniagaan diberikan kepada semua kaum dan tentulah peniaga masyarakat India melahirkan ucapan terima kasih di atas apa yang dilakukan ini," katanya selepas menyaksikan majlis undi dan penyerahan kunci Gerai MPD kepada peniaga itu di sini hari ini.

14 kamera litar tertutup cegah jenayah di Nilai

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 22 Februari 2013 0 Komen


PENGARAH Jabatan Teknologi Maklumat MPN, Farah Saffarizan Mohd. Esa memberi penerangan kepada Abdul Halim Abdul Latif selepas sidang media Projek Pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV) di kawasan Pentadbiran MPN, Nilai, semalam. 
 
NILAI 21 Feb. - Majlis Perbandaran Nilai (MPN) memasang 14 unit kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa kawasan strategik di daerah itu dalam usaha membanteras kegiatan jenayah jalanan daripada berleluasa.
Yang Dipertuanya, Datuk Abdul Halim Abdul Latif berkata, projek pemasangan CCTV itu selaras dengan hasrat kerajaan menerusi gagasan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
Katanya, inisiatif itu berdasarkan Program Bandar Selamat yang bertujuan mengurangkan kadar jenayah khususnya di kawasan MPN.
"Pihak MPN akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengenal pasti lokasi dan memantaunya secara bersama kerana alat itu akan turut digunakan untuk memantau kesesakan dan vandalisme.

Parkir bermeter tidak sesuai

Dikirim oleh Warieh Ahad, 17 Februari 2013 0 Komen

Parkir bermeter tidak sesuai
Wartawan Sinar Harian
17 Februari 2013
SEREMBAN - Usaha mewujudkan kembali parkir bermeter kenderaan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di sepanjang Jalan Campbell, di sini meresahkan peniaga kerana dilaksanakan pada lokasi tidak sesuai.

Adun Temiang, Ng Chin Tsai berkata, beliau telah dimaklumkan tentang masalah tersebut oleh salah seorang peniaga di situ kira-kira 1.30 petang semalam.

“Setibanya di lokasi dimaksudkan, kita mendapati, kontraktor yang diupah PBT sedang giat menjalankan kerja pemasangan tiang meter terbabit bermula hari ini (semalam).

“Tindakan tersebut tidak dipersetujui peniaga di sini berikutan tiang berkenaan telah dipacak di laluan masuk premis mereka, lantas menyukarkan kenderaan untuk keluar masuk bagi memunggah barang,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.

Berikutan itu, Chin Tsai akan menghubungi PBT yang terlibat secepat mungkin untuk mendapatkan penjelasan.

"Saya hairan, mengapa baru sekarang PBT hendak melakukannya, kerana sudah dua tahun kawasan itu tidak ada parkir bermeter," katanya.
v

PBT perlu rujuk kerajaan negeri

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 8 Februari 2013 0 Komen


SEREMBAN 7 Feb. - Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi-agensi kerajaan yang ingin melaksanakan dasar-dasar kecil baharu perlu merujuk kepada kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum dikuatkuasakan di kawasan masing-masing
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar) menjelaskan, kebanyakan dasar-dasar kecil yang diperkenalkan mempunyai impak yang positif daripada kaca mata PBT sahaja, namun dari aspek lain, tidak memberikan kebaikan untuk jangka masa panjang.
Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri telah mengambil keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan dasar-dasar kecil itu serta-merta untuk dikaji terlebih dahulu secara bersama sebelum dilaksanakan.
"Kita ambil contoh meletakkan meter di tempat letak kereta di bangunan kedai berhampiran kawasan perumahan. Memanglah PBT dapat impak positif tetapi bagi orang ramai yang menetap di kawasan tersebut, itu satu tindakan yang tidak kena pada tempatnya.

90 peratus aduan berjaya diselesai

Dikirim oleh Warieh Selasa, 20 Disember 2011 0 Komen


SEREMBAN 14 Dis. - Sebanyak 90 peratus aduan orang ramai melibatkan masalah setempat berjaya diselesaikan oleh Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dari tempoh Januari hingga 1 Disember tahun ini.

Yang Dipertuanya, Datuk Abd. Halim Abd. Latif menjelaskan, kesemua aduan tersebut melibatkan kepentingan orang ramai seperti masalah longkang, jalan dan sebagainya.

“Selebihnya, kita masih memerlukan sedikit masa untuk diselesaikan kerana ia melibatkan pengurusan dokumen bagi projek melibatkan tender dan sebutan harga.

“Kita percaya bahawa masalah tersebut akan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat ini,” katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama para pengamal media di sebuah hotel di sini malam kelmarin.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Siow Chen Pin.

Justeru kata Abd. Halim, MPS dan MPN yakin dapat menyelesaikan setiap aduan mahupun masalah penduduk dalam tempoh tiga hari.

Malah kata beliau, sebarang status masalah akan dimaklumkan dalam tempoh tiga hari dan tindakan juga akan dibuat dalam tempoh tujuh hari bagi setiap aduan.

“Kita yakin aduan seperti masalah sampah dan longkang dapat diselesaikan secepat mungkin, namun bagi aduan yang melibatkan projek besar seperti perumahan tertangguh, kilang-kilang yang membawa masalah dan sebagainya memerlukan tempoh masa untuk diselesaikan,” katanya.

Dalam pada itu Abd. Halim berkata, kerjasama antara media dan pihak berkuasa tempatan (PBT) amat penting memandangkan kedua-dua badan itu saling memerlukan.

“Apa yang dapat kita lihat media amat membantu pihak MPS dan MPN terutama dalam mengutarakan masalah rakyat. Begitu juga pandangan dan cadangan yang diberikan amat membantu PBT menyelesaikan masalah.

“Saya berharap hubungan baik antara media dan PBT dapat diteruskan bagi menangani isu masyarakat,” katanya.

Kolam takungan pecah, rumah dinaiki air kumbahan

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 25 November 2011 0 Komen


SEREMBAN 24 Nov. - Hampir 20 kediaman penduduk di Taman Bukit Emas di sini terjejas apabila rumah mereka dinaiki air kumbahan akibat sebuah kolam takungan air di kawasan berhampiran pecah hari ini.

Berikutan itu, kira-kira 80 penduduk kawasan terbabit terpaksa berhadapan dengan masalah bau busuk selain menanggung kerugian akibat kerosakan barangan selepas rumah mereka turut dinaiki air sedalam dua kaki.

Seorang penduduk, R. Radakrisnan, 53, berkata, dia baru sahaja membersihkan kawasan rumahnya sebelum dimaklumkan tentang kejadian kolam takungan air berhampiran pecah kira-kira pukul 11.15 pagi.

''Saya dimaklumkan oleh seorang jiran yang turut menyuruh saya mengalihkan barang berharga ke tempat tinggi.

''Saya kemudiannya bersama seorang ahli keluarga bergegas mengalihkan barang berharga seperti peti televisyen dan karpet ke atas meja," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurutnya, hanya dalam sekelip mata, air berwarna hitam naik dengan mendadak membuatkan dia cemas.

Seorang lagi penduduk, S. Sundari, 46, berkata, ketika kejadian, dia sedang bekerja sebelum dihubungi anaknya mengenai perkara itu.

''Apabila pulang ke rumah, saya sedih melihat air yang berbau busuk ini sudah memenuhi bahagian dapur dan beberapa barangan seperti tilam dan kain baju rosak terkena air kotor itu," jelasnya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Abdul Manan Borhan, 64, berkata, kawasan perumahannya sudah beberapa kali dinaiki air akibat sebuah kolam takungan air yang terletak kira-kira 300 meter dari taman ini sering tersumbat.

''Kejadian hari ini dipercayai berpunca daripada kerja-kerja membersihkan kolam berkenaan yang berjalan sejak beberapa hari lalu.

''Saya difahamkan air dari kolam berkenaan dilepaskan ke dalam longkang menyebabkan kawasan ini dinaiki air," jelasnya.


SEREMBAN 23 Nov. - Kerajaan negeri tidak akan menaikkan cukai sebagai jalan mudah untuk meningkatkan hasil pendapatan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, walaupun kaedah itu mampu menambah pendapatan negeri, ia akan menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban yang tinggi.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan mencari kaedah lain yang boleh mendatangkan hasil selain daripada menaikkan cukai.

"Benar, jalan yang mudah ialah menaikkan kadar cukai supaya kita boleh catatkan hasil yang tinggi tetapi ada cara lain yang boleh kita laksanakan bagi menambah pendapatan.

"Yang penting ialah rakyat tidak terbeban dengan kadar cukai yang tinggi," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Negeri Sembilan 2012 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Katanya, kerajaan negeri akan meneroka hasil-hasil baru yang boleh dikutip bagi meningkatkan pendapatan negeri antaranya menubuhkan badan kawal selia air bagi membolehkan kerajaan negeri mengenakan caj terhadap penggunaan sumber air mentah selain meningkatkan kecekapan kutipan hasil batuan seperti pasir sungai.

Bagaimanapun jelasnya, kerajaan negeri telah mengurangkan aktiviti pengambilan pasir di negeri ini sehingga 60 peratus memandangkan ia lebih banyak mendatangkan kerosakan kepada alam sekitar berbanding hasil yang boleh dikutip.

"Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada kakitangan pejabat tanah di negeri ini yang telah berjaya meningkatkan kutipan cukai tanah daripada 60 peratus pada 2004 kepada 90 peratus pada masa ini," katanya.



ABDUL Jalil Jaamat menunjukkan semak-samun sehingga menutupi longkang di Taman Kobena, Seremban, semalam.


SEREMBAN 23 Nov. - Lebih 10 keluarga di sekitar perumahan Taman Kobena dekat sini resah berikutan masalah longkang yang sudah berlarutan selama lima tahun.

Penduduk kawasan itu mendakwa, keadaan bertambah buruk setiap kali longkang berhampiran rumah mereka dipenuhi air sehingga mengeluarkan bau busuk yang meloyakan.

Menurut wakil penduduk, Abdul Jalil Jaamat, 76, ia berikutan longkang yang dibina di kawasan itu tidak memenuhi spesifikasi sistem perparitan yang menyaksikan aliran air menjadi kurang efisien sekali gus sering bertakung.

Katanya, penduduk telah membuat aduan berhubung masalah tersebut kepada pihak berkenaan, namun sehingga kini masih tiada tindakan yang diambil.

"Kami amat kecewa kerana masalah ini tidak diberi perhatian oleh pihak berkenaan, sebaliknya mereka hanya saling menuding jari menyalahkan pihak lain sekali gus terus menjadikan kami sebagai mangsa keadaan.

"Mereka seperti lepas tangan kerana masalah ini sudah berlarutan untuk tempoh yang lama, bukan sehari dua," katanya yang mendakwa masalah itu telah berlarutan sejak 2006.

Jelasnya lagi, sebelum ini penduduk pernah mengambil inisiatif sendiri dengan mengorek saluran longkang tersebut bagi mengelakkan air kotor melimpah ke atas jalan, namun masalah itu gagal diatasi.

"Akibat limpahan itu, jalan di sekitar kawasan ini menjadi berlubang," katanya.

Tambahnya, keadaan akan menjadi bertambah teruk setiap kali musim hujan hingga menyebabkan berlakunya limpahan dan takungan air di sekitar rumah penduduk.

"Air tidak dapat mengalir lancar disebabkan tiada saluran keluar yang efektif. Air mengalir secara perlahan dan akhirnya bertakung," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Tegasnya, keadaan itu boleh mendatangkan pelbagai masalah termasuk dari aspek kesihatan kerana masalah air bertakung akan menjurus kepada pembiakan nyamuk.

Sehubungan itu, Abdul Jalil memohon pihak berkenaan supaya memandang serius masalah tersebut dan dapat mengambil tindakan segera demi kesejahteraan penduduk.



ABD. Halim Abd. Latif (tiga dari kiri) bersama ahli Majlis MPS melihat pelan lokasi cadangan pemasangan lampu isyarat di persimpangan Taman Bukit Mika dan Taman Chip Aik di Jalan Tun Dr. Ismail, Seremban, semalam.


SEREMBAN 23 Nov. - Lebih 5,000 penduduk di sekitar Taman Chip Aik dan Taman Bukit Mika kini boleh menarik nafas lega apabila Majlis Perbandaran Seremban (MPS) akan memasang lampu isyarat di simpang empat di kawasan itu tidak lama lagi.

Yang Dipertua MPS, Datuk Abd. Halim Abd. Latif memberitahu, langkah memasang lampu isyarat dibuat selepas pihaknya menyedari masalah yang dihadapi oleh penduduk berikutan kesukaran untuk keluar dari kawasan persimpangan berkenaan setiap hari.

Jelasnya, MPS telah meluluskan peruntukan sebanyak RM300,000 bagi kerja-kerja memasang lampu isyarat di kawasan simpang empat di Jalan Tun Dr. Ismail dekat sini.

"Kawasan ini penduduknya agak ramai dan setiap hari menggunakan laluan utama ini untuk ke bandar ini mahupun ke Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas).

"Agak sukar bagi mereka untuk keluar dari kawasan persimpangan ini memandangkan lokasi ini terletak di kawasan cerun," katanya selepas melawat lokasi itu hari ini.

Justeru, kata beliau, sebagai langkah awal pihaknya akan mendirikan papan tanda selain meminta kerjasama Unit Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengawal lalu-lintas.

Jelas beliau, pemasangan lampu isyarat itu dijangka dilakukan akhir Disember atau Januari tahun depan.

"Walaupun setakat ini belum ada kemalangan maut dilaporkan, kita akan pasang lampu isyarat itu. Kita harap ia akan memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya sekali gus menyelesaikan masalah di kawasan ini," jelas beliau.

Sarang ular

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 11 Jun 2010 0 Komen

2010/06/11

Penghuni Taman Ban Aik resah haiwan berbisa masuk rumah

RASAH: Penduduk Taman Ban Aik, di sini, sejak beberapa tahun lalu tidak berani membuka pintu dan tingkap, malah menutup semua lubang yang ada pada rumah berikutan bimbang rumah dimasuki ular berbisa dari kawasan semak berhampiran taman itu.

masalah ini dipercayai berlaku akibat kewujudan sarang ular di kira-kira enam rumah terbengkalai dan beberapa blok rumah pangsa yang dipercayai bekas kuaters sebuah agensi kerajaan yang terbiar hingga ditumbuhi pokok besar dan semak-samun.

seorang penduduk, GM Alagappa, 52, berkata rumahnya sudah lima kali dimasuki haiwan berbisa itu dengan kejadian terakhir berlaku minggu lalu ketika dia dan anggota keluarganya menonton televisyen.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, katanya, mereka sedang menonton televisyen apabila isterinya, B Eswary, 42, ternampak seekor ular sawa di ruang tamu.

“Sebelum itu, ketika berbual-bual, isteri saya melahirkan kebimbangan kemungkinan ular memasuki rumah dan tiba-tiba terpandang seekor ular berhampiran sofa yang kami duduk. Mujur ketika itu, tiada seorang pun meletakkan kaki di bawahkatanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.

Alagappa yang tinggal di taman itu sejak 10 tahun lalu berkata, ular itu dipercayai datang dari kawasan semak yang merimbun di beberapa rumah terbengkalai dan kuarters terbiar di belakang rumahnya.
“Sebelum ini, jarang berlaku ular memasuki rumah penduduk walaupun ada rumah terbengkalai di taman ini, tetapi apabila kuarters agensi kerajaan berkenaan ditinggalkan terbiar sejak tiga tahun lalu, banyak haiwan liar datang.

“Keadaan ini mungkin berlaku kerana tiada lagi pihak datang membersihkan kawasan itu hingga menyebabkan semak-samun bertukar belukar,” katanya.

Keadaan itu juga katanya menyebabkan kegiatan jenayah seperti ragut lebih kerap berlaku. Lokasi taman perumahan itu yang terpencil dan dirimbuni semak-samun memudahkan penjenayah menjalankan kegiatan mereka.

Sementara itu, Eswary yang menjalankan perniagaan perkhidmatan perkahwinan di rumahnya berkata, dia takut untuk menjemur pakaian di ampaian belakang rumahnya.

Katanya, ini kerana beliau pernah ternampak seekor ular membelit ampaian di rumahnya ketika hendak menjemur pakaian.

“Sejak itu, saya tidak lagi menjemur pakaian di ampaian kerana takut ular muncul lagi. Jiran juga mengalami perkara serupa,” katanya.

Bagi mengelakkan kejadian ular memasuki rumah berulang, Eswary berkata, dia dan keluarga mencuba pelbagai cara seperti memastikan pintu dan tingkap rumah sentiasa bertutup serta memastikan semua lubang di rumah ditutup, namun ia kurang berkesan.

“Walaupun sentiasa memastikan pintu dan tingkap bertutup serta tiada lagi lubang terbuka, ular masih boleh masuk seperti yang berlaku minggu lalu,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, pihak berkuasa tempatan perlu mengambil tindakan sewajarnya dengan membersihkan semak-samun berhampiran taman itu, malah pemilik kuarters juga tidak boleh lepas tangan dengan membiarkan tempat itu menjadi sarang ular.

Empat kenderaan buruk disita MPS

Dikirim oleh Warieh Khamis, 10 Jun 2010 0 Komen

RASAH 9 Jun - Majlis Perbandaran Seremban (MPS) terpaksa menyita empat kenderaan buruk


Seorang penguatkuasa MPS (kanan) melihat para pekerja menyita sebuah van terbiar di Kawasan Industri Ringan Senawang di sini, kelmarin.

di beberapa bengkel di sini selepas pemiliknya tidak menghiraukan notis pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya kenderaan tersebut dialihkan.

Notis amaran telah dikeluarkan ekoran aduan orang ramai mengenai kenderaan tersebut yang mengganggu pergerakan lalu lintas.

Bagaimanapun, notis yang dikeluarkan MPS seolah-oleh dipandang sepi oleh pengusaha bengkel berkenaan menyebabkan pihak berkuasa terpaksa bertegas dengan mengambil tindakan penguatkuasaan.

Yang Dipertua MPS, Datuk Abdul Halim Abdul Latiff berkata, operasi yang dilancarkan itu dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasanya dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

''Kita banyak menerima aduan mengenai keadaan jalan yang sempit oleh kerana beberapa kenderaan yang dibiarkan begitu sahaja di kawasan jalan raya.

''Ini mengakibatkan jalan yang sepatutnya dua hala menjadi sehala sekali gus menyukarkan orang ramai untuk melalui kawasan berkenaan," katanya di sini hari ini.

Jelas beliau, pihaknya memandang serius perkara itu untuk memastikan kepentingan awam dan masyarakat diberi keutamaan.

Abdul Halim juga menjelaskan, pihaknya akan menjalankan operasi yang serupa di tempat-tempat lain sebagai langkah pemantauan supaya kegiatan seperti itu tidak berlaku demi kepentingan bersama.

Cukai tanah sekolah diseragamkan RM1

Dikirim oleh Warieh Khamis, 27 Mei 2010 0 Komen

Cukai tanah sekolah diseragamkan RM1

SEREMBAN – Kerajaan Ne-geri memutuskan pemba-yaran cukai tanah tahunan bagi semua Sekolah Ban-tuan Modal (SBM) dan sekolah persendirian diseragamkan kepada RM1, mulai tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad berkata, semua sekolah di bawah SBM dan sekolah persendirian kini dikehendaki membayar cukai tanah tahunan seba-nyak RM1 bagi menye-ragamkan kadar pembayaran tersebut.

Menurut beliau, sebelum ini tiada keseragaman dibuat memandangkan ada antara SBM dan sekolah persendirian dikenakan po-tongan sehingga 50 peratus, 20 peratus malah ada diberi pengecualian.

“Namun kini, kaedah itu akan dilupuskan dengan keputusan baru dengan menyeragamkan pembayaran cukai tanah tahunan ke atas kesemua SBM di atas tanah kerajaan termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT),” katanya kepada pemberita pada sidang media yang diadakan selepas mempengerusikan mesyua-rat Exco di Wisma Negeri, dekat sini, semalam.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan akan mengeluarkan pekeliling kepada pejabat tanah dalam tempoh terdekat dengan mengarahkan pentadbir tanah setiap daerah mengubah semula bil-bil tanah di sekolah berkenaan.

Dalam pada itu, Moha-mad berkata, pemberian kadar cukai ke atas SBM itu tidak akan membantutkan perancangan dan kos pembangunan kerajaan.

“Saya cuma mahu rakyat tahu bahawa Kerajaan Ne-geri sememangnya memberi keutamaan kepada institusi pelajaran kerana kita tidak memandang kepada untung rugi apabila berurusan dengan sekolah terutama berkaitan dengan cukai.

“Oleh itu, saya berharap rakyat, ibu bapa serta pengelola sekolah dapat menghargai pendekatan dibawa kerajaan ini sebagai pemberian ikhlas dalam usaha menjayakan agenda pembangunan pelajaran di Negeri Sembilan,” katanya.

Pada masa sama, Moha-mad berkata, Kerajaan Ne-geri sedia memberi pelepasan kepada mana-mana SBM yang mengalami tunggakan cukai sebelum ini, namun perlu membuat permohonan terlebih dahulu.

Sebanyak 85 SJKC dan 61 SJKT dikehendaki membayar cukai tanah tahunan RM1 mulai tahun ini, setelah Kerajaan Negeri memu-tuskan pembayaran kadar terendah cukai berkenaan bagi semua SBM dan sekolah persendirian diseragamkan.

Pada sidang media berkenaan, Menteri Besar turut menyerahkan peralatan basikal kepada empat atlet sukan Sukma dan bantuan kebajikan kepada 10 ibu tunggal di bawah bantuan Pejabat Pembangunan Wa-nita Negeri Sembilan.

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook