Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Cukai tanah sekolah diseragamkan RM1

Dikirim oleh Warieh Khamis, 27 Mei 2010

Cukai tanah sekolah diseragamkan RM1

SEREMBAN – Kerajaan Ne-geri memutuskan pemba-yaran cukai tanah tahunan bagi semua Sekolah Ban-tuan Modal (SBM) dan sekolah persendirian diseragamkan kepada RM1, mulai tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad berkata, semua sekolah di bawah SBM dan sekolah persendirian kini dikehendaki membayar cukai tanah tahunan seba-nyak RM1 bagi menye-ragamkan kadar pembayaran tersebut.

Menurut beliau, sebelum ini tiada keseragaman dibuat memandangkan ada antara SBM dan sekolah persendirian dikenakan po-tongan sehingga 50 peratus, 20 peratus malah ada diberi pengecualian.

“Namun kini, kaedah itu akan dilupuskan dengan keputusan baru dengan menyeragamkan pembayaran cukai tanah tahunan ke atas kesemua SBM di atas tanah kerajaan termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT),” katanya kepada pemberita pada sidang media yang diadakan selepas mempengerusikan mesyua-rat Exco di Wisma Negeri, dekat sini, semalam.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan akan mengeluarkan pekeliling kepada pejabat tanah dalam tempoh terdekat dengan mengarahkan pentadbir tanah setiap daerah mengubah semula bil-bil tanah di sekolah berkenaan.

Dalam pada itu, Moha-mad berkata, pemberian kadar cukai ke atas SBM itu tidak akan membantutkan perancangan dan kos pembangunan kerajaan.

“Saya cuma mahu rakyat tahu bahawa Kerajaan Ne-geri sememangnya memberi keutamaan kepada institusi pelajaran kerana kita tidak memandang kepada untung rugi apabila berurusan dengan sekolah terutama berkaitan dengan cukai.

“Oleh itu, saya berharap rakyat, ibu bapa serta pengelola sekolah dapat menghargai pendekatan dibawa kerajaan ini sebagai pemberian ikhlas dalam usaha menjayakan agenda pembangunan pelajaran di Negeri Sembilan,” katanya.

Pada masa sama, Moha-mad berkata, Kerajaan Ne-geri sedia memberi pelepasan kepada mana-mana SBM yang mengalami tunggakan cukai sebelum ini, namun perlu membuat permohonan terlebih dahulu.

Sebanyak 85 SJKC dan 61 SJKT dikehendaki membayar cukai tanah tahunan RM1 mulai tahun ini, setelah Kerajaan Negeri memu-tuskan pembayaran kadar terendah cukai berkenaan bagi semua SBM dan sekolah persendirian diseragamkan.

Pada sidang media berkenaan, Menteri Besar turut menyerahkan peralatan basikal kepada empat atlet sukan Sukma dan bantuan kebajikan kepada 10 ibu tunggal di bawah bantuan Pejabat Pembangunan Wa-nita Negeri Sembilan.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook