2010/05/27
SEREMBAN 2: Seorang peniaga warga asing yang menjual buah-buahan di sebuah pasar malam di sini tergamam dan tidak sempat melarikan barangan perniagaannya dalam satu serbuan pasukan penguatkuasa Majlis Perbandaran Seremban (MPS).
Ketika itu, lelaki terbabit yang berusia sekitar 40-an sibuk menjual buah-buahan dan terpaksa akur terhadap tindakan anggota penguat kuasa menyita gerai dan mengangkut barangan perniagaannya ke dalam lori. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan MPS, Hamri Mohd, berkata hasil pemeriksaan mendapati peniaga terbabit adalah warga Indonesia yang memiliki status Penduduk Tetap (PR).
Katanya, tindakan diambil terhadap lelaki terbabit kerana melanggar Undang-undang Kecil Penjaja, iaitu menjaja tanpa lesen perniagaan.
“Lesen perniagaan di pasar malam hanya diberikan kepada warga tempatan dan warga asing walaupun mempunyai PR tidak boleh berniaga di situ,” katanya.
Dalam operasi di Taman Garden Homes di sini, seramai 60 peniaga diperiksa dan 17 orang dikompaun kerana berniaga tanpa lesen, manakala barangan perniagaan seorang peniaga disita.
Dalam operasi sama di pasar malam Taman Kobena, Senawang, 45 peniaga diperiksa dan tiga peniaga dikompaun kerana berniaga tanpa lesen. Operasi yang bermula jam 6.30 petang berakhir kira-kira jam 8 malam. Operasi itu disertai 40 anggota, iaitu 30 kakitangan MPS dan 10 anggota Jabatan Imigresen serta polis.
Yang Dipertua MPS, Datuk Abd Halim Abd Latif, berkata tujuan operasi itu adalah untuk memastikan semua peniaga pasar malam mempunyai lesen perniagaan sekali gus mengelakkan kehadiran peniaga warga asing atau pendatang tanpa izin.
Beliau berkata, MPS perlu mengambil tindakan tegas terhadap kehadiran peniaga warga asing kerana tidak mahu ia menjejaskan perniagaan peniaga tempatan.
“Operasi itu turut bertujuan mengesan peniaga tempatan yang menyewa lesen perniagaan kepada orang lain, terutama warga asing.
“Kita tidak akan bertolak ansur terhadap peniaga tempatan yang mensia-siakan peluang perniagaan yang diberikan kepada mereka. Jika dapat dikesan, MPS akan membatalkan lesen perniagaan dan permohonan mereka untuk berniaga pada masa depan juga tidak akan dilayan,” katanya.
SEREMBAN 2: Seorang peniaga warga asing yang menjual buah-buahan di sebuah pasar malam di sini tergamam dan tidak sempat melarikan barangan perniagaannya dalam satu serbuan pasukan penguatkuasa Majlis Perbandaran Seremban (MPS).
Ketika itu, lelaki terbabit yang berusia sekitar 40-an sibuk menjual buah-buahan dan terpaksa akur terhadap tindakan anggota penguat kuasa menyita gerai dan mengangkut barangan perniagaannya ke dalam lori.

0 Komen