Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Memaparkan catatan dengan label ikon. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ikon. Papar semua catatan

Punch Gunalan meninggal dunia

Dikirim oleh Warieh Rabu, 15 Ogos 2012 0 Komen





KUALA LUMPUR: Legenda badminton dan Ahli Dewan Pemasyhuran Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Punch Gunalan meninggal dunia pagi ini pada usia 68 tahun.

Berikut ialah biodata mendiang:
* Dilahirkan pada tanggal 4 Februari 1944 di Sepang, Selangor

Mendapat pendidikan awal di Sekolah King George V di Seremban

* Melanjutkan pelajaran di United Kingdom pada 1964

* Pembabitan dalam sukan badminton bermula pada 1960-an apabila menjadi juara Kejohanan Badminton Negeri Sembilan bagi acara perseorangan, beregu dan beregu campuran (1961-1963).

* Kemudian, menjadi juara remaja Kejohanan Badminton Gabungan Asia (ABC) di Kuala Lumpur pada 1962.
* 1969 - Olahragawan negara

* 1970 - mewakili negara dalam Piala Thomas

* Meraih emas acara perseorangan dan gangsa bagi acara beregu di Kejohanan Komanwel, Christchurch, New Zealand pada 1974.

* 1974 - Olahragawan negara

* Selepas bersara dalam karier sebagai pemain badminton, beliau menjadi Ketua Jurulatih Pasukan Piala Thomas Malaysia pada tahun 1992.

* 1985 - 1997 : - Memegang jawatan Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia.

* Beliau juga turut aktif dalam Asian Badminton Confederation (ABC) sebagai Setiausaha Agung Kehormat dan Naib Presiden bagi International Badminton Federation (IBF) dari 1999 hingga nafas terakhirnya.

J. Sham terkenang rumah nombor 66

Dikirim oleh Warieh Selasa, 20 Disember 2011 0 Komen



SEBELUM bergelar penyanyi J. Sham merupakan seorang guru muzik.


Malah, penyanyi berusia 67 tahun ini juga sukar melupakan kenangan mencipta lagu tersebut.

Kata J. Sham, lagu itu antara yang terawal diciptanya sebelum dia berkahwin di mana ia telah melonjakkan namanya sebagai penyanyi pop yeh-yeh pada tahun 1960-an.

Menurut datuk kepada dua orang cucu ini, lagu Suratku Untukmu secara tidak langsung mengingatkannya pada rumah nombor 66 Jalan Seremban-Tampin yang pernah didudukinya.

Katanya, di situlah lagu malar segar yang penuh nostalgia itu diciptanya empat dekad lalu.

"Apabila bercakap tentang lagu itu, saya pasti akan teringatkan rumah itu yang saya sewa dari tahun 1966 hingga 1969. Idea mencipta lagu dan lirik lagu Suratku Untukmu itu saya dapat sewaktu menyewa selama tiga tahun di situ. Banyak kenangan sewaktu tinggal di situ.

"Saya pun tidak tahu apa jadi dengan rumah itu tetapi dengar cerita ia masih diduduki sampai sekarang. Ketika menyewa di rumah itu, saya bekerja sebagai guru bahasa Inggeris dan muzik di Sekolah Menengah Datuk Taha, Gemenceh, Negeri Sembilan," katanya kepada S3.

Jelas J. Sham yang kali terakhir muncul dengan lagu baru berjudul Mencari Sinar Bahagia pada tahun 2008, biarpun mula menceburi bidang perguruan tetapi minatnya dalam dunia nyanyian sukar dibendung. Apatah lagi, ketika itu dia juga seorang guru muzik.

Justeru, selain sibuk dengan tugasnya sebagai guru sekolah, dia juga mula berjinak-jinak dalam bidang nyanyian pada awal tahun 1966. Lonjakan irama pop yeh-yeh yang sedang hangat ketika itu meluap-luapkan lagi semangatnya untuk terus terbabit dalam bidang muzik.

"Ketika itu, saya menjadi guru sepenuh masa dan menyanyi hanya sambilan sahaja. Tetapi saya rasa seperti terbabit dalam bidang muzik sepenuh masa kerana banyak mengajar mata pelajaran muzik di sekolah. Selepas itu, saya mula mendalami muzik secara lebih serius.

"Saya mula menjadi pensyarah muzik di Maktab Perguruan Sultan Idris (sekarang Universiti Perguruan Sultan Idris) di Tanjung Malim, Perak pada tahun 1973 hingga 1979 sebelum melanjutkan pengajian peringkat sarjana di Universiti Birmingham, England.

"Pulang dari luar negara, saya kemudiannya menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Ilmu Khas di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur sehingga tahun 1999 sebelum bersara dengan jawatan terakhir saya ialah Ketua Jabatan Muzik di maktab tersebut," ujarnya.

Biarpun telah bersara sebagai pensyarah muzik tetapi beliau tidak boleh melupakan bidang nyanyian yang telah menjadi darah dagingnya. Tidak hairanlah sehingga kini, dia masih terus menyanyi dan menerima undangan mengadakan persembahan pentas di merata-rata tempat.

Bagaimanapun, penyanyi itu yang kini menetap di Kajang, Selangor berkata, dia tidak menggunakan ilmu dan kepakarannya dalam bidang nyanyian bagi membantu golongan penyanyi muda meskipun setelah dia bersara sebagai pensyarah muzik.

"Saya bukannya tidak mahu mengajar penyanyi baru atau membuka kelas vokal selepas bersara. Tetapi saya sengaja tidak mahu berbuat begitu kerana ia akan 'mengikat' kerjaya saya sebagai penyanyi. Ini kerana, semua itu memerlukan komitmen yang tinggi.

"Dulu semasa mengajar, kebanyakan pelajar saya terdiri daripada bakal guru muzik di sekolah. Malah, ada di antara mereka yang kini bergelar profesor muzik di universiti tempatan. Pendekatan mengajar untuk akademik dan penyanyi komersial tidak sama," katanya.

J. Sham yang turut popular dengan lagu Di Pinggir Kali, Resam Dunia, Ku Akan Pulang, Kelohan Gemala, Gadis Negeri Sembilan dan Diam Diam menambah, dia bersyukur kerana biarpun telah bersara sebagai pensyarah muzik tetapi dia masih belum bersara sebagai penyanyi.

Kami ada sebab sertai ATM

Dikirim oleh Warieh Selasa, 13 Disember 2011 0 Komen



Mohd. Aidil Zafuan (kiri) dan Mohd. Zaquan Adha Abd. Radzak mempertahankan keputusan memilih ATM sebagai pasukan mereka, musim depan.


PUTRAJAYA - Biarpun ramai pihak yang mempersoalkan keputusan nama-nama besar yang sanggup memperjudikan nasib dengan menyertai pasukan Liga Perdana, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), namun mereka mempunyai alasan tersendiri.

Bagi Zaquan Adha Abd. Radzak, menyertai skuad ATM adalah peluang terbaik untuknya mencari semula sentuhan selepa berehat hampir sebulan akibat kecederaan musim lalu dan dia sanggup bermula semula dari bawah.

"Saya sudah kembali cergas dan mendapat rentak. Bagaimanapun saya mempunyai alasan tersendiri menyertai ATM terutama sekali bila fikirkan soal masa depan. Inilah pasukan terbaik untuk saya kembali bermula dari bawah," katanya.

Hairuddin Omar pula berkata, menyertai ATM adalah peluang terbaik untuk melengkapkan piala yang dimenanginya kerana hanya piala Liga Perdana belum pernah diraih sepanjang kariernya.

"Liga Super dan Liga Perdana tidak banyak beza, malah saya masih belum berpeluang menjulang piala liga ini. Tidak salah jika saya menggunakan peluang ini untuk melengkapkan koleksi piala saya," kata bekas bintang penyerang Negeri Sembilan itu.

Pemain import, Marlon Alex James berkata, mencari cabaran baru adalah alasan utama mengapa ATM menjadi pilihan dan bukanbekas pasukannya, Kedah.

Dia memilih ATM meskipun permah meraih kejayaan treble berganda pada 2007 dan 2008 bersama pasukan Kenari.

"Perkara yang lepas sudah menjadi sejarah buat saya, sekarang ini saya perlu memikirkan tentang masa depan. Saya datang ke sini dengan berpegang kepada tiga perkataan, dedikasi, keazaman dan disiplin walaupun umur saya sudah menjangkau 35 tahun," katanya.

Seorang lagi pemain import, Bruno Sebastian Martelotto pula mengakui dia pulang semula menyertai Liga Malaysia kerana tertarik dengan suasana di sini begitu juga dengan keluarganya.

Azraai yakin prestasi anak didik

Dikirim oleh Warieh Isnin, 12 Disember 2011 0 Komen


Oleh Mohd Amin Jalil

2011/12/12

SEKALIPUN cuaca kebelakangan ini tidak menentu hingga membataskan persiapan juara Piala Malaysia Negeri Sembilan menjelang bermula saingan Liga Malaysia musim depan, semangat dan komitmen tinggi ditunjukkan pemain melegakan ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah.

Menurutnya, tumpuan utama menjurus kepada memupuk persefahaman dan keserasian antara pemain bagi membolehkan kekuatan pasukan mencapai tahap terbaik menjelang sepak mula liga yang dijadualkan bermula dengan perlawanan sumbangsih Piala Sultan Ahmad Shah menentang juara Liga Super 2011 Kelantan, 7 Januari depan.
Rata-rata pemain menunjukkan komitmen tinggi sepanjang latihan dan dalam perlawanan persahabatan menentang Maybank di Bangi, Jumaat lalu, dua pemain import (Jean Emma Namuel Effa Owona dari Cameroon dan Marquen Seirra dari Brazil) turut diuji.
Malah Effa yang beraksi di posisi depan menjaringkan satu gol dalam perlawanan itu dan dia kini semakin menunjukkan kesungguhan untuk mencapai tahap prestasi terbaik manakala Seirra juga kian mantap di posisi pertahanan.

Saya juga menguji penyerang muda, Ahmad Shakir Md Ali untuk bergandingan antara Effa atau Mohd Firdaus Azizul dan berharap prestasi mereka dapat terus ditingkatkan, katanya semalam.

Begitupun, Azraai berkata, hasratnya untuk mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dengan pasukan tempatan sedikit terbatas kerana keadaan padang rosak, malah rancangan bertemu Johor 17 Disember ini di Paroi, juga belum dapat dipastikan.

Begitupun, pengendali berpengalaman itu yakin prestasi anak buahnya akan terus meningkat sebelum memulakan lawatan dan siri persahabatan di Australia, 19 hingga 25 Disember ini.
Walaupun persiapan kami sedikit terganggu, saya yakin prestasi pemain mampu mencapai tahap dikehendaki sebelum memulakan perjuangan musim depan.


Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook