30 April 2013
Mohd Isa Abdul Samad
Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Jempol, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, projek itu sudah dilaksanakan sebelum ini dekat Felda Padang Piol, Jerantut, Pahang dengan 26 unit rumah.
“Manakala kawasan lain akan dibuat sekiranya ada kekosongan tanah. Seperti yang diarahkan Perdana Menteri, kita mesti buat rumah paling kurang 4,000 unit untuk generasi baru di seluruh negara.
“Dalam pembentangan Bajet 2013 tahun lalu juga, mesti jalankan projek perumahan generasi ini sekurangnya 20,000 unit rumah dalam masa lima tahun.
“Kita ada lagi satu program iaitu Sentuhan Kasih Felda, namun memerlukan kawasan yang luas untuk buat perumahan di samping menjana ekonomi melalui pembelian rumah oleh generasi baru,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohd Isa berkata, penjualan kayu getah di Felda Palong 15 yang tergendala proses penjualannya sebelum ini akan diselesaikan dengan segera.
“Penjualan tergendala susulan harga pasaran kayu getah yang tidak menentu, dan haruslah merujuk kepada keadaan yang sesuai untuk membuat jualan.
“Fenomena turun naik harga pasaran ini perkara biasa sama seperti penjualan kayu getah, sawit, minyak dan gas iaitu harganya mengikut pasaran semasa, ada ketikanya turun dan naik,” katanya


0 Komen